Tak tahu punca makan apa. Puas saya fikir apa yang telah saya makan. Tak dapat jawapannya. Sebab sejak malam raya lagi, semasa 'round' takbir rumah ke rumah dah mula makan macam-macam.
lemangsataylontongmeesotowhippotatoesdokongmeejawaagaragarorentehsupekor antara sebahagiannya.
Mula-mula terasa sakit, saya makan Pil Chi-Kit Tek Aun, tak berkesan. Saya malas nak pergi klinik sebab ingatkan tak serius. Kelmarin pergi rumah kakak, kat Ulu Kelang. Dia beri ubat sakit perut anak dia yang ada berlebih seperti gambar di atas. Saya dah telan ikut arahan dan perut saya dah berasa selesa sikit hari ini walaupun belum pulih seperti sedia kala.
Semasa di Ulu Kelang, kalau tak sakit perut, teringin juga nak pergi rumah Yunus Badawi. Manalah tahu dia beri duit raya. Lepas juga duit minyak dan duit tol. Dia khabarnya baru dapat durian runtuh dari Nuffnang.
Sebahagian kecil adik-beradik dan anak-anak buah saya yang datang beraya.
.
.
Salam Kanda AL...
ReplyDeletesaya juga yang tidak beraya! :(
KAKCIK
ReplyDeletePATUTLAH JANJI TEMU KITA TIDAK KESAMPAIAN. KENAPA ?
salam.biasalah dimusim raya.semuanya nampak sedap di pandang mata. semuanya nak di makan.
ReplyDeleteSelamat hari raya.
ReplyDeleteSemoga cepat sihat.
dan boleh makan-makan lagi.
salam tuan aji,
ReplyDeletemungkin sebab makanan dan mungkin juga sebab air minuman...
hehehe...tertanya juga kat manalah sungai di LH tu, mesti tak tanggal kain pelekat tu sebab senang bila 'emergency call'
salam
ReplyDeleteKiteorg kalau dpt 'calling' mcm tu, nnt mak masak nasi. Makan nasi kosong pun ok. Mak kata sejukkan perut.
Tengok mknn yg uncle makan, xde nasi pun..
selamat mandi sungai... eh.. pergi sungai tu mandi ke tak??
ReplyDelete:D
menurut kata nenek sy, klu perut buat ragam time raya, maknanya 'ahli2' perut sdg berlatih kungu, silat dan silambam..
takpe... normal tu, kata nenek lagi..
normal bagi org yg ada lemangsataylontongmeesotowhippotatoesdokongmee sbg ahli2 perutnya
:D
:D
tahniah!!
ReplyDeleteorg lain belum masuk pejabat,awak dh masuk..
.
.
psstt.. Encik Yunus Badawi kata dtg lepas ni pun dia akan bg duit raya... datang laaa.. :D
psssttt lagi... tolong kirim salam dkt anak2 buah tu ya... hurrmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm :D
terkejutperut tuh..sebln posa tiba2 kena sumbat macam2..hehehe..
ReplyDeleteKanda AL...
ReplyDeletebudak sepet demam... lepas tu, ayannya kata jalan sesak teruk... malas dia nak memandu dalam kesesakan itu!
Masa balik ke Tk Intan (hari raya pertama) budak sepet muntah sampai basah seat kereta...
lorr...patut la kat sungai BOD, COD meningkat....hehe
ReplyDeleterajin2 mkn ubat k...
ooo...ke "sungai" tu ke.. ingatkan sungai mana la.. lambat pickup sket la.. agaknya otak da tepu dgn lemak2 lemangketupatbutterkuihrayarendangdagingkuahkacang hehehehe
ReplyDeleteselamat hari raya pakcik! duit raya takde ke? :D
salam tuan Al
ReplyDeleteget well soon. rugi woh raya2 ni perut meragam..hihihi
kite 2 raya pertama makan puas2..yg pelik pi rumah sape2 pun rasa mcm sedap gile semua makanan...masuk raya ke3...kontrol balik mkn sebab perut dah makin boncet. hihi
kak ngah start mlm td kol 1pg da muntah2.. pastu stiap satu jam ke sungai gak.. sampai laa kol 5 6pg.. tros mc.. hukhuk..
ReplyDeletebile plak derang dtg tu?smlm ke?
KAKNGAH
ReplyDeleteYA DIA ORANG DATANG TENGAH HARI SEMALAM. LEPAS ITU KITA KONVOI PERGI RUMAH MAKLONG YAM KECUALI PAKUDA YANG KENA BALIK KE MELAKA.
MALAMNYA MAK ITAM DARI KAMPUNG DAN KAKLONG, PIAN DAN DILA DATANG PULAK.
HABIS MEE BANDUNG ABANG SHAM BUAT SEPERIUK BESAR.
SEKARANG NI PERUT MACAM MANA ? SAKIT LAGI.
MONALEA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
KADANG2 KITA MAKAN SEBAB NAK JAGA HATI ORANG YANG MENGHIDANG. KALAU TAK MAKAN, TAK SEDAP PULAK. BILA DAH MAKAN, TERSEDAPLAH PULAK ! HEHE
IKAN EMAS
ReplyDeleteMEMANG TAK SERONOK SAKIT PERUT NI. SAYA TAK BOLEH BAYANGKAN KALAU IA BERLAKU DI RUMAH DI KAMPUNG SAYA YANG TANDAS ADA SATU SAHAJA. HARUS DI TUNAIKAN DIBELAKANG POKOK PISANG SAHAJA.
IBUINTAN
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
TAK SYAK LAGI SEBAB MAKANAN DAN MINUMAN. SEMUA ORANG KENA, KECUALI ANAK SULUNG SAYA DAN SUAMINYA YANG TERSELAMAT KERANA DIA BERAYA DI RUMAH MERTUA DIA DI MUAR.
MISZ SEPHIA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. BUKAN TAK NAK MAKAN NASI. TAK ADA SELERA. TAPI MALAM TADI DAH MULA MAKAN NASI DAH.
KTS 1
ReplyDeleteSAMPAIKAN TERIMA KASIH SAYA KAT NENEK AWAK YANG KATA SAYA MASIH NORMAL.
KTS 2
ANAK BUAH YANG MANA SATU ?
HAMIZAH
ReplyDeleteMEMANG PERUT TERKEJUT BESAR .. MAKLUMLAH SEBELUM INI DIA BERCUTI DI SIANG HARI.
Salam THJ
ReplyDeleteSaya kurang sihat juga hari raya ni kerap jer sakit kepala...ni dah masuk 4 hari terus-terusan sakitnya tapi tetap juga berhari raya di rumah sdra2 saya..
KAKCIK
ReplyDeleteTAK MENGAPA .. ORANG KATA RAYA SEBULAN.
EQBALZACK
ReplyDeleteHEHEHE .. SAYALAH SALAH SEORANG PENYUMBANGNYA.
MEMANG MALAS NAK MAKAN UBAT, TETAPI TERPAKSALAH MAKAN JUGA.
NADHIERA
ReplyDeleteDUIT RAYA ADA, TAPI AWAK KENALAH DATANG RUMAH DAN SALAM DENGAN PAKCIK.
GADISBUNGA
ReplyDeleteMEMANG RUGI DAN MENYUSAHKAN. TAPI NAK BUAT MACAM MANA DAH. MASALAHNYA SAYA TAK TAHU SAMPAI SEKARANG MAKANAN MANA YANG JADI PUNCA. KALAU TAHU SENANG NAK SINGKIRKAN.
ALHAMDULILLAH HARI INI DAH SEMAKIN PULIH WALAUPUN RASA SENGAL2 TU MASIH ADA.
ABD RAZAK
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. USTAZ SAKIT KEPALA PULAK. TAPI SAKIT PERUT MENYUSAHKAN BERBANDING SAKIT KEPALA. SEMASA SAYA PERGI KE RUMAH KAKAK SAYA DI ULU KELANG DARI SEREMBAN, SAYA TERPAKSA BERHENTI DI SETIAP R & R DAN STESYEN MINYAK UNTUK MENCARI KELEGAAN.
salam..... hmmmmmmmm kena control mkn len kali...
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteTuan Haji, raya setahun sekali, makanan semuanya sedap2 belaka, mana munkin untuk menolaknya, tahun depan munkin dah tak jumpa dah...saya pun macam tu, semua yang dihidangkan saya makan, langsung tak tolak...
Uncle
ReplyDeleteSaya hari raya ketiga pun dah keje..
tapi sambung balik cuti dua hari..
hari raya kedua jer saya sakit perut
lepas tue..dah ok..
enjin lama... mana bleh nak masuk semua. hehe... tak bestnya raya kat sungai..
ReplyDeleteSalam Tuan Haji,
ReplyDeleteBagus juga macam tu sekali sekala...bersihkan bahagian dalam.
Dengan kata lain 'cerah perut'...
ALIMAZ
ReplyDeleteBUKAN TAK NAK CONTROL .. TAPI NAK JAGA HATI ORANG BERI MAKAN.
LIPISLADY
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
RAYA DUA KALI. SEKALI LAGI HARI RAYA HAJI. SAYA RASA BUKAN SEBAB BANYAK MAKAN. SEBAB SELAMA INI PUN MEMANG BANYAK MAKAN. TETAPI SAYA PERCAYA ADA MAKANAN YANG SAYA MAKAN ITU TELAH TERCEMAR.
AUJINZ
ReplyDeleteMAKNANYA SAKIT PERUT NI DAH JADI FENOMENA UNIVERSAL. BUKAN SAHAJA KHUSUS KEPADA PERUT ORANG TUA SEPERTI KATA SESETENGAH SAHABAT BLOGGER !
MENTIBANG LAUT
ReplyDeleteLAGI TAK BEST KALAU RAYA KAT LAUT. HEHE
NIDUS2
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
BETUL JUGA KATA AWAK TU. BAGI 'CERAH PERUT' SEKALI SEKALA. TAK ADA LAGI SAKI BAKI MAKANAN SEBELUM ITU DALAM PERUT. YANG TAK BAGUSNYA, WALAUPUN DAH HABIS DIKELUARKAN, RASA NAK KE SUNGAI TU TETAP ADA.
Tak tahan kalau dah sakit perut nie.. duduk bangun serba tak kena semoga sihat sembuh la dah hendaknya. Jangan lupa makan tu dgn Bismillah :)
ReplyDeleteklinik saya masih tutup la....
ReplyDeletekalau tak....
memang saya jemput beraya di klinik saya...
FOC...
:)
Makanan yang bercampur baur akibat terlalu banyak atau berjenis-jenis memang akan menyebabkan perut kita meragam. Ini adalah kerana makanan akan menghasilkan bahan kimia sesuai dengan sifat kimianya iaitu sama ada berasid, beralkali, atau neutral (Fuh, terasa macam profesor le plak...)
ReplyDeleteApapun semoga Tn Hj cepat sembuh. Nanti boleh sambung nikmat makan...
tahun ni raya kat darat sama spt tahun lepas..tgh tgu org tmn lavendari buat open house je ni..bila la agaknya
ReplyDeletesaya pun terbabit dengan kes ke sungai tu. tapi bermula dari jam 3 pagi. kalau kira guna sempoa tu, dekat 15 kali juga.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeletealhamdulillah sy pun kena bahang2 akibat mkn tak hingat dunia..tp tak sampai g jumpa doktor..sapu minyak dah ok...
ps..nak g umah YB lah..untung2 dpt duit raya..
jemaah takbir yg lain pun senasib juga ke atau encik sorang jer.kalu encik sorang jer, sah encik tak basuh tangan sebelum makan! encik tau tak tangan encik tu ade kuman! kuman! (intonasi macam iklan budak sekolah tu.:D)
ReplyDeleteAKUANAKPAHANG
ReplyDeleteSEBENARNYA SAKIT APA PUN TAK TAHAN. SAKIT PERUT LAGILAH RENYAHNYA. KENA PERGI TANDAS BANYAK KALI. KALAU NAK BERJALAN2, RASA BIMBANG TAKUT TERKUCIL.
ALHAMDULILLAH PERUT SAYA SUDAH 98% SIHAT KEMBALI HARI INI.
DRSINGA
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS TAWARAN ITU. BOLEH SAYA AMBIL "RAIN CHECK" ?
KUASAI MINDA
ReplyDeleteTAK DAPAT NAK ELAKKAN MAKAN MAKANAN YANG BERCAMPUR BAUR. KALAU SEMUA RUMAH BUAT NASI IMPIT SAHAJA, TAK SERONOKLAH PULAK KAN !
ALHAMDULILLAH SAYA SUDAH HAMPIR NORMAL. MAKSUD SAYA PERUT SAYA.
MENTIBANG LAUT
ReplyDeleteOH .. TAHUN NI AWAK JADI ORANG DARAT LAH YA !
NANTI SAYA BUAT SATU ENTRI MENGENAI KENAPA SAYA TAK BUAT RUMAH TERBUKA.
AZKETOM
ReplyDeleteSAYA TAK ADA SEMPOA KAT RUMAH. TAPI KIRAAN KASAR SAYA, LEBIH DARI 15 KALI JUGA (MANA BOLEH KALAH DENGAN AWAK) HEHE
IDALARA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
AWAK PAKAI MINYAK CAP APA ? SAYA PAKAI MINYAK CAP KAPAK.
YB TENGAH SIBUK SEKARANG NI. YE LAH ORANG DAH KAYA DAPAT HABUAN DARI NUFFNANG.
MRPENYUBIRU
ReplyDeleteMUNGKIN JUGA SAYA TAK BASUK TANGAN. DAHLAH TU, SALAM PULA DENGAN MACAM2 ORANG, TERMASUK BANGLA KAT SURAU LEPAS SEMBAHYANG RAYA. TAK TAHULAH DARI SIAPA SAYA DAPAT KUMAN ITU.
eh, dokong pun ada gak ke time raya² ni pakcik?.. haa.. agaknye dokong tu dah berkungfu ngn ahli perut yang lain² kot. bak kata blogger ku tak sempurna. :P
ReplyDeletehttp://wanshah87.blogspot.com
WANSHAH
ReplyDeleteBUKAN SETAKAT ADA .. TUAN RUMAH SIAP BEKAL SATU PLASTIK LAGI UNTUK BAWAK BALIK KE RUMAH.
Dah dekat kenapa tak singgah rumah? Kalau sakit perut, kat sini pun ada tandas hehehe
ReplyDeleteYB
ReplyDeleteBIARLAH PEMERGIAN KE RUMAH AWAK TU DALAM KEADAAN SELESA. NANTI NAK SEMBANG PUN TAK DAPAT, APALAGI KALAU NAK MENJAMAH MAKANAN. SEMUANYA RASA TAK SELERA.
NANTILAH .. SATU HARI SAYA AKAN SAMPAI JUGA.