Pada13 September 2010 lalu, akhbar Utusan Malaysia,
Penyebar Fikiran Rakyat
telah membuat satu rencana tentang keluarga Sofea Jane.
Selanjutnya akhbar itu bercerita bahawa
rupa anak sulung Sofea, Arissa yang saling tak tumpah seperti ibunya.
Betul ke penggunaan peribahasa Saling Tak Tumpah itu ?
Apa yang saya tahu ialah Salin Tak Tumpah. Bukan Saling Tak Tumpah.
Salin dan saling tu ada beza.
Sekarang mari kita lihat apa kata SMK Perimbun, Cheras.
Saya tak jumpa yang DBP punya.
Yang ini pun sudah mencapai matlamat saya.
Sila klik untuk besarkan dan lihat peribahasa nombor 16.
Memang saya tak jumpa peribahasa Saling Tak Tumpah.
Apa yang saya jumpa ialah peribahasa yang berbunyi Salin Tak Tumpah.
Salin Tak Tumpah bermaksud dua orang yang serupa benar.
Apa yang saya jumpa ialah peribahasa yang berbunyi Salin Tak Tumpah.
Salin Tak Tumpah bermaksud dua orang yang serupa benar.
"eleh ini perkara kecik .. tak usahlah nak di besar-besarkan "
Mungkin itulah reaksi Utusan Malaysia, kalau ditimbulkan perkara ini.
Kuman H1N1 pun kecik juga !
..................................................................................................
Sub-Entri - Jamuan Raya Orang.
London, Negeri Sembilan. Apa kata Emme .. hehe !
.
.
Sub-Entri - Jamuan Raya Orang.
Saya terbaca dalam beberapa blog dari bloggers yang bertugas
di Kementerian Pengajian Tinggi tentang jamuan hari raya mereka baru2 ini
di PICC, Putrajaya. Sikit pun tak ajak. Nampak meriah dan mewah betul. Merelip-relip. Jeles saya.
Sekarang saya nak bagi dia orang jeles pulak.
di Kementerian Pengajian Tinggi tentang jamuan hari raya mereka baru2 ini
di PICC, Putrajaya. Sikit pun tak ajak. Nampak meriah dan mewah betul. Merelip-relip. Jeles saya.
Sekarang saya nak bagi dia orang jeles pulak.
Tengok gambar siapa kat bawah ni.
London, Negeri Sembilan. Apa kata Emme .. hehe !
.
.
salam akhi Hamzah...
ReplyDeletememang tak tumpah , sebiji wajah ibu nya...mcm kembar plak..
gambar yg kat bawah sekali tu yg buat semua org jeles...
waw , pertama kali ummi jd ratu pecut kat sini... he he he
ReplyDeletesalin lauk dari magkuk lain ke mangkuk satu lagi tapi sikit pon tak tumpah = jadi le 'salin tak tumpah...' gamaknya gitu le akal budi dan imaginasi melayu untuk kata "sikit pon tak berubah muka deme tu"
ReplyDeleteUMMI 1 DAN 2
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
TAHNIAH. SAYA JUGA TERPERANJAT BILA UMMI SAMPAI DULU DARI ORANG LAIN.
MEMANG SAH ANAK EMAK .. "SALIN TAK TUMPAH"
Perkataan sebenarnya adalah SALIN..
ReplyDeleteBiasanya kalau disalin, akan keluar 'benda' itu dari bekas asalnya. Tapi bila disalin, tak keluar - melekatlah jadinya!
Kalau salin tertumpah mungkin jadi lain kut.... bak kata perpatah kalau dah ikut acuan... begitulah kuihnya.
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletehehehhe
saya dah lama tak beli utusan nih, dah lama boikot pun, berat sebelah, tak penyebar fikiran rakyat pun, blablablabla....
heehheh
salam haji..sebelah menteri tue sape?? yg pompan tue huhuhuh
ReplyDeletesalam ayahanda
ReplyDeletecantiknya anak dia...
salin tak tumpah...nanti kena tanya pada yang pakar...
wah ayahanda.dan dan tu letak gamabr mau kasi si emme jeles.hahahahaha
erm...selama ni salah le kita... he..he..he..
ReplyDeleteJue biasa sebut saling x tumpah! rupenye salah ek? hehe...
ReplyDelete*Emme x bukak blog lagi kot. Meh Jue tlg katakan, "Eh..eh...Tok Pa!" =) ex-YBM KPT.
Wahaha.. Bergambar dengan Pak Menteri la.. uish memang jeles :)
ReplyDeleteSalam Uncle~ amboi2....lawan jeles nampak...ape pun, uncle, tabik spring la...gambar dgn Menteri lagi...piwit,
ReplyDeleteCheqna, takde la jeles...malah tumpang berbangga yew...
sama2 cantik...
ReplyDeletehehehe... singgah salam perkenalan n follow sini=)
Salam THJ...
ReplyDeleteWah segaknya tuan haji duduk sebelah pak menteri..
rasanya gambar yang last sekali tu sesuai diletakkan caption "saling tak tumpah" kut. hehe
ReplyDeleteTQ uncle..selama ni saya ingat saling tak tumpah heeeee...
ReplyDeleteSalin tak tumpah..
ReplyDeletetapi media dah pusing pusingkan..
kita yang jadi pening..
Salam bang.
ReplyDeleteAbg nak kasi org KPT jeles tapi kami pun kena tempiasnya huhuhu.
Ni yg jeles ni
susah2 sangat guna istilah seiiras jer la...
ReplyDeleteleh gitewww....
anak melissa saila pun macam photostat muka mak dia...
sebijik ke sejibik? huhuhu....
poning ain dengan macam2 istilah ni, dah la kita ni bukan pakar bahasa...
selalu baca saling
ReplyDeletetak baik oo buat org jeles..ni yg rasa nak upload pic dgn anak raja. ngeh..ngeh..
ReplyDeletewah...
ReplyDeletetajuk ni dah buat peminat SALING rasa jealous.
masa sophia jane berSALIN dulu dia lupa nak bgtau tukang tulis tuuu ejaan yg betul !
betul jugak. salin bermaksud copy. dalam bahasa melayu copy adalah kopi. jadi kopi tu tak tumpah lah. betullah tu uncle....
ReplyDeleteSalam THJ, semoga ceria selalu...
ReplyDelete"Salin Tak Tumpah" adalah yg paling tepat.
Pengajarannya kalau nak buat peribahasa cuba elak dari menggunakan perkataan yg hampir sama yg boleh mengelirukan spt salin dan saling...
Sebaiknya gunakanlah "Tonggeng Tak Tumpah"...
Kalau org dulu gunakannya saya pasti tak jadi issue sekarang nie...
"Rupa anak sulung Sofea, Arissa Tonggeng Tak Tumpah seperti ibunya"
heheeee... tutup kes.....
SALING tu orang Terengganu cakap..memang sebenarnya SALIN..
ReplyDeletesalin tak tumpah
ReplyDelete.
.
tapi sadin boleh tumpah...
:D
hiiiii... sbnrnya ilmu baru ni.. slma ni sy ingat saling tak tumpah
salam...
ReplyDeletehmmm...nasib baik dulu dalam karangan BM saya x guna prkataan ni. lg pun, dulu2 mmg x tergerak nak check ..
Makanan Aka-Ala Fear Factor [Asia]. Ada Beranikah Anda Makan?
CEMOMOI
ReplyDeleteSATU PENJELASAN YANG CUKUP SEMPURNA .. MEMANG ITULAH YANG DIMAKSUDKAN.
TAPI BUKAN SALIN LAUK JER !
KAKCIK
ReplyDeleteKALAU DAH MELEKAT GERENTI TAK TUMPAH ! HEHE
AKUANAKPAHANG
ReplyDeleteKALAU SALIN TERTUMPAH .. MUNGKIN MUKA ANAK SOFEA TU ADA IRAS-IRAS AKUANAKPAHANG KOT. HEHE
BLUECITY
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SAYA PUN TAK BELI .. OFIS YANG KASI !
ROM
ReplyDeleteDIA TU KETUA PENGARAH, UNIT PERANCANG EKONOMI, JABATAN PERDANA MENTERI. SEKARANG DAH BERSARA.
CHEQNA
ReplyDeleteSAYA LETAK GAMBAR TU, SEBAB DALAM SALAH SATU BLOG ITU ADA GAMBAR MENTERI TERSEBUT BERGAMBAR DENGAN PEGAWAI2NYA. KEBETULAN GAMBAR ITU MEMANG DAH ADA DALAM KOMPUTER.
GISMO82
ReplyDeleteSELAMA INI SAYA TAK SALAH !
salam
ReplyDeleteterima kasih kerana kongsi info untukoo salin tak tumpah tu...
selama ni kita ingat betul ler saling tak tumpah.. (^_^)
untung kawen + beranak masa muda2 lagi cik puan sofea jane nih...
ReplyDeleteanak dah besar pun maknya tetap mudaaa lagiks...
SALIN...?ini lah first time tau. rupa2nya yang digunakan selama ni..salah lah...:(
ReplyDeleteJUE
ReplyDeleteMUNGKIN KEPADA ORANG TERENGGANU TAK SALAH KOT .. !
TERIMA KASIH KERANA SUDI FOLLOW DAN KOMEN BUAT KALI PERTAMA KAT BLOG SAYA.
ANIF
ReplyDeleteMASA ITU SAYA IKUT ROMBONGAN DIA MELAWAT LONDON DAN BANDAR2 YANG BERDEKATAN ATAS URUSAN RASMI.
EMME
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. UNCLE TAK ADA GAMBAR DENGAN MENTERI SEKARANG. GAMBAR DENGAN BEKAS MENTERI KPT PUN OK JUGAK LAH KAN. DIA SEORANG MENTERI YANG BAIK DAN SMART !
ZURAZARI
ReplyDeleteMEMANG MEREKA SAMA2 CANTIK. DARAH KACUKAN SELALUNYA BEGITU.
TERIMA KASIH KERANA SUDI JADI FOLLOWER DAN TINGGALKAN KOMEN BUAT KALI PERTAMA.
ABD RAZAK
ReplyDeleteSALAM KEMBAL.
GAMBAR TU RASANYA 4-5 TAHUN DULU. MASA TU SEGAK LAGI. RAMBUT PUN MASIH BANYAK HITAM DARI PUTIH, TAK MACAM SEKARANG. HEHE
MRPENYUBIRU
ReplyDeleteBOLEH SAJA LETAKKAN CAPTION TU .. TAPI APA MAKNAYNYA ?
WANITA MUTALIB
ReplyDeleteLEPAS NI KENALAH TUKAR PENGGUNAANNYA. TERIMA KASIH KERANA MASIH SUDI ZIARAH.
AUJINZ
ReplyDeleteKALAU KITA DAH TAHU, ORANG TAK BOLEH PUSING2KAN KITA.
YB
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
APESAL PULAK TETIBA JER AWAK NAK JELES ?
AIN
ReplyDeletePERKATAAN SEIRAS TU MEMANGLAH BETUL .. TAPI KALAU NAK GUNA PERIBAHASA YANG TEPAT KENALAH HATI2.
UNCLE PUN BUKAN PAKAR BAHASA. CUMA MINAT SAHAJA. MUNGKIN KEPADA ORANG LAIN ITU PERKARA KECIK, TAPI UNCLE TAK BOLEH TENGOK KALAU ADA SALAH. MESTI NAK BANGKITKAN. ORANG NAK TERIMA KE TIDAK, TERSERAH ..!
DAUN BIDARA
ReplyDeleteKALAU DAH SELALU BACA GITU .. BENDA YANG TAK BETUL PUN DAH RASA MACAM BETUL !
MENTIBANG LAUT
ReplyDeleteBILA NAK UPLOAD .. SAYA TAHULAH AWAK KERJA DENGAN JABATAN YANG ADA PERKATAAN DI RAJA .. HEHE
IKAN EMAS
ReplyDeleteAWAK MEMANG PANDAI MENGGUNAKAN PERKATAAN SALING DAN SALIN .. TEPAT PADA TEMPATNYA !
GADISBUNGA
ReplyDeleteSALAH. YANG BETULNYA LIHAT KOMEN CEMOMOI DI ATAS.
SALING NI DALAM BAHASA INGGERISNYA "MUTUAL" .. MACAM SAYA SUKA AWAK, DAN AWAK PUN SUKA SAYA .. JADILAH KITA SALING MENYUKAI ANTARA SATU SAMA LAIN.
RKA
ReplyDeleteKITA TAK BUAT DAH PERIBAHASA KECUALI GENG SENARIO. APA YANG KITA GUNAKAN MASA INI TELAH DICIPTA OLEH NENEK MOYANG KITA DAHULU.
TONGGENG TU MACAM TAK BERAPA SEDAP BUNYINYA SEBAB ORANG KAKI BOTOL PUN, SUKA TONGGENG !
ENTAHLAH .. ADA KE PERIBAHASA BARU ? MUNGKIN SAYA AGAK KETINGGALAN, MAKLUMLAH ENJIN LAMA !
RELEVAN
ReplyDeleteTAPI SURAT KHABAR ITU TAK GUNA DIALEK ORANG TERENGGANU. TAK TAHULAH PULAK KOK WARTAWAN ITU ORANG GANU.
KTS
ReplyDeleteCIKGU PUN TERSILAP SELAMA INI YE ! TAL APA .. KTS.
AWAK MASIH TERBAWA2 DENGAN N3 DR SINGA KE SEBABTAK LUPAKAN SADIN TU ?
RED
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
KALAU GUNA PUN, ENTAH2 CIKGU PUN TAK PERASAN.
MANJE
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
NASIB BAIK AWAK BACA N3 NI, KALAU TIDAK AWAK SILAP SAMPAI KE SUDAH. TAPI MESTI ADA ORANG YANG MATI2 KATA 'SALING TAK TUMPAH' TU YANG BETUL.
SZ|MSS
ReplyDelete"anak dah besar pun maknya tetap mudaaa lagiks..."
TAK TEPAT KOMEN TU. SEPATUTNYA:
"EMAKNYA MASIH NAMPAK MUDA LAGI"
SITI MURNI
ReplyDeleteBETTER LATE THAN NEVER.
SEBENARNYA BAHASA MELAYU KITA INI AMAT INDAH DAN BERSENI. SAYA SANGAT KAGUM DENGAN NENEK MOYANG KITA DULU YANG TELAH MENCIPTA PERIBAHASA, BIDALAN, PERUMPAMAAN, PANTUN, SELOKA, GURINDAM, SYAIR DSB YANG BEGITU INDAH DAN BERMAKNA SEKALI.
Salam Bang,
ReplyDeleteSememangnya Tuan Haji lah tempat rujuk permasalahan begini.
(Tuan Haji_lah...jarak ke dekat).
al...
ReplyDeletemmg betul 'salin tak tumpah'
Dah kerap cuba betulkan...tp org tak ikut jgk..
samalah halnya...
'melepaskan batUk ditangga'
yang sebenarnya...
"melepaskan batOk di tangga"
(oops...terlebih sudah)
kita biasa dengar saling...nasib baik
ReplyDeletedah tak payah nak ambik periksa kalau tak mau jugak kantoi!
NIDUS2
ReplyDeleteIKUT AWAKLAH .. KALAU RASA TAKUT, DEKATLAH. KALAU RASA RIMAS JARAK LAH ! HEHE
MUNSYIRAGBAR
ReplyDeleteKALAU ORANG MASIH TAK NAK IKUT JUGA, HEMPUK DENGAN TANGGA. BUAT APA BATUK2 ! HEHE
FA*ATIP
ReplyDeleteBARU SATU SOALAN TAK DAPAT JAWAB .. TAKKAN TERUS KANTOI PULAK ! SOALAN LAIN MESTI BOLEH JAWAB PUNYA.
AGAKNYA LAH !
assalamualaikum tuan tanah.
ReplyDeleteBahasa Melayu memang kompliketet ( ehehehe ).
Walau nama saja Bahasa Melayu, tapi berbagai2 lagi bunyi nya masi. ini kerana setiap negeri ada bahasa Melayu'nya sendiri atau panggilan mudah 'loghat'.
Adakah frasa: saling tak tumpah itu datang dari negeri Terengganu?
nasib baik saya tak ajar peribahasa tu pada budak tahun satu, saya pun ingat saling....
ReplyDeletekena lebih peka lagi
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTertinggal keretapi,
Salin = tukar = pindah = + tak luak = tak jejas = salin tak tumpah.
Saling = sama-sama =, contoh - saling menyayangi, saling berutusan..
hee..gambaq bawah yg 'saling' tak tumpahnya...
ReplyDeleteterpegun tengok kecantikan dua beranak tu..salin tak tumpah rupanya, bukan saling eh..
ReplyDeletenasib baik ade org mcm tuan yang very the detail tentang perkara-perkara sebesar zarah h1n1 ini dan sudi mengingatkan kami. kalau tak sampai sudah saling-menyaling. mekasih yer...
ReplyDeleteGEMATRIA
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH KALI PERTAMA DAN JADI FOLLOWER SAYA.
KEPELBAGAIAN ITULAH YANG MENYERONOKKAN. MACAM MAKANAN JUGA. KALAU ADA KUIH AKOK SAHAJA, WALAUPUN SEDAP, JEMU JUGA KAN.
SAYA TAK PASTI PERKATAAN SALING TU DATANG DARI TERENGGANU KE TIDAK. TETAPI PENJELASAN OLEH LIPISLADY DIBAWAH CUKUP CANTIK.
IBUINTAN
ReplyDeleteMEMANG BANYAK ORANG TERKELIRU SEBAB DUA2 TU DEKAT NAK SAMA BUNYINYA DAN MACAM BETUL JER RASANYA.
LIPISLADY
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. INILAH KOMEN YANG PALING LENGKAP WALAUPUN RINGKAS. TERIMA KASIH KERANA SALING BANTU MEMBANTU.
LANA BULU
ReplyDeleteGAMBAR BAWAH TU KAN KE BERTIGA .. MANA SATU YANG DI MAKSUDKAN ?
DINAS ALDI
ReplyDeleteSEGERALAH INGAT KEPADA PENCIPTA MEREKA !
LAIN KALI INGAT BETUL2. LIHAT KOMEN LIPISLADY DAN CEMOMOI UNTUK LEBIH JELAS.
SANI
ReplyDeleteADA JUGA ORANG YANG NAMPAK TULISAN HINI TU .. NASIB BAIK TAK KELUAR TEMUDUGA PTD HARI TU. KALAU TIDAK TOLAK MARKAH.
SEMOGA BERJAYA ! KALAU AWAK KAWIN NANTI, NAMPAK MUDA BALIK. HEHE
salam..
ReplyDeletetadi saya cari kat google keyword 'saling tak tumpah', sekali tengok, blog pakcik yang keluar kat tempat no 3..
hebat tu.. :)
HIDIER
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA MEMBERI TAHU. KALAU TIDAK PAKCIK TAK PERASAN PUN.
Sy rasa x sama pn muka sofea jane ngn ank dier.. Hehe. Dr kecik ingat saling. Rupa2nya.. Tqvm, pak ngah. Jamuan raya? B4 ramadhan eh? Tatau plaks sy..
ReplyDeleteIni entri sudah sangat lama sebenarnya, sudah hampir 2 tahun .. tapi masih relevan.
Delete