Friday, October 1, 2010

RENUNGAN HARI JUMAAT - SEORANG PEREMPUAN 'B.L.O.N.D.E' DATANG KE SURAU SAYA.

 

Gambar Hiasan - Ihsan Google

Satu pagi yang hening,  semasa keluar dari surau selepas selesai sembahyang Subuh saya berselisih dengan seorang perempuan Melayu. Dia yang baru keluar dari kereta berjalan tergesa-gesa menuju surau. Di tangannya terjinjing sebuah beg (saya percaya berisi telekung) sambil di ekori dari belakang oleh seorang budak perempuan. Saya kira dia dalam perjalanan dan singgah sebentar untuk bersembahyang.

Saya tidak memfokuskan pandangan saya kepada muka perempuan itu, sebab mata saya lebih tertumpu kepada rambut dia yang di warnakan perang (blonde) yang sebahagian besarnya tidak tertutup oleh skafnya. Lebih kurang macam gambar di atas.

Saya tak tahu nak cakap apa.

Dalam kehidupan kita sehari-sehari, pasti kita akan berjumpa dengan personaliti2 seumpama ini.

Ada yang berpakaian tidak sempurna menutup aurat (bukan langsungg tidak menutup aurat, hanya tidak sempurna)  macam perempuan yang saya ceritakan tadi,  tetapi mereka sangat ta'at mengerjakan sembahyang samada yang wajib atau sunat, berpuasa wajib dan sunat, sering bersedekah, ringan tulang membuat kerja-kerja kebajikan. Bercakap pula tidak pernah meninggi suara atau menunjuk lagak.

Sebaliknya pula, kita juga sering berjumpa atau terbaca kisah wanita (termasuk lelaki) yang menutup aurat dengan sempurna tetapi sembahyang tak pernah. Apa lagi berpuasa atau bersedekah. Setiap kali membuka mulut, pasti umpatan atau kata nista yang terkeluar. Semua orang salah, kecuali dia. Sangat cemburu kepada kelebihan dan kebahagiaan orang lain dan sombong serta riak akan kelebihan sendiri. Bahkan saya juga pernah terbaca, ada di antara mereka yang ditangkap kerana berkhalwat dan lebih dari itu ... !

Alangkah ...




p/s: Dari FB.

Hari ini kalau tiada halangan selesailah puasa 6 saya. Lebih banyak cabaran dan dugaannya berbanding puasa 30 hari di bulan Ramadhan. Patutlah ganjaran yang dijanjikanNya sangat lumayan.


.

67 comments:

  1. Assallamualaikum ,
    Tahniah dengan berjayanya melalui halangan 6 hari berpuasa.

    Itulah yang terjadi di kalangan kita..terkadangnya yang menutup aurat tidak sempurna itu amat bagus sekali budi perangainya..dan yang bertudung bak telekung tu ada terkadangnya sombong, riak, cakap besar dan kuat suaranya..
    mengata usah dikira..semua orang tak kena....

    Jadi masing-masing tanggung jawab..jadilah insan yang sempurna..perbetulkan diri secara perlahan-lahan..insyaallah.

    banyak pula mama komen ni
    Selamat Hari raya enam..

    ReplyDelete
  2. Salam Kanda AL...

    kata orang kampung saya, 'jangan menilai buku darim kulitnya'. Tapi, bab aurat - itu adalah hukum.

    Esok beraya semula, ya? Cadangnya saya nak ke Nilai, esok pagi. Tapi rancangan dah bertukar - kena pergi ke Kedah dan P.Pinang pula.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Yang bertudung tu riak munkin sebab mereka dah pasti masuk syurga, tapi sebenarnya riak itulah yang membunuh segala amalan dan kebaikan mereka,

    Tapi yang bertudung tak sempurna itu munkin masih kuat cinta mereka kepada dunia ini dan tak mustahi akan di datangkan hidayah oleh Allah untuk menutup aurat mereka lebih sempurna satu hari kelak..

    ReplyDelete
  4. di FB skrg ni lg byk pendedahan yg bertudung mencuri. Tak tahulah samada mereka ambil kesempatan guna pakaian tu atau memang teknik untuk mencuri. Yang dapat kesannya...kita jugak.

    ReplyDelete
  5. setuju dengan kata2 nadz, tak semestinye menutup aurat tu baik luar dlm nya...malah yg sebaliknya, baik luar dlm nya...

    ReplyDelete
  6. salam tuan haji..sy tak berani nak komen kerana semua org tahu hukumnya tetapi persoalannya sejauh mana kesedaran..itu sahaja??? walau apepun, jgn kiter sesekali mempersendakan hukum Allah dengan berkata " kubur lain-lain"..
    p/s: tahniah..selesai poser enam

    ReplyDelete
  7. Salam THJ...

    Setiap kebaikan yang dilakukan akan menarik kebaikan yang lain-lain dan lama-lama ianya akan sempurna.

    Begitulah disebaliknya, janganlah hendaknya kita cenderung kepada satu maksiat lama-lama ianya akan menarik maksiat yang lain.

    Wallahu'alam...

    ReplyDelete
  8. Semoga Allah sentiasa memberi taufek hidayah petunjuk dan perlindungan kepada hambaNya ini...


    Aminnn

    ReplyDelete
  9. Lebih malang terkadang ada yg menutup aurat sekadar pesen sahaja. Bukan diatas menutup aurat itu diatas dasar kewajipan dan ketaatan pad Allah.

    * Lawo-lawo kulit derian isinya tak tentu lagi bergitu juga disebaliknya.

    ReplyDelete
  10. Salam Tuan Haji..

    Saya sambung apa yang tuan haji tulis akhir sekali..... alangkah! ruginya.... kedua2 nya.....

    ReplyDelete
  11. td saya rasa mcm ada n3 baru pasal teknik halang menghalang..kan2???

    ReplyDelete
  12. Menutup aurat adalah hukum, Islam bukan hanya sembahyang sahaja Puan blonde.
    Terimalah Islam seluruhnya bukan apa yang kita suka sahaja.
    Semoga kedua-duanya beroleh hidayah dari Allh s.w.t.
    Alangkah beruntungnya kalau kita mendapat kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.

    ReplyDelete
  13. MENTIBANG LAUT 1

    INI BUKAN KES AMBIL KESEMPATAN ATAU MENYAMAR .. MEMANG BETUL2 PUNYA. KALAU KES MENYAMAR TU, BOLEH REPORT POLIS.

    MENTIBANG LAUT 2

    SAYA TERPAKSA JAWAB KOMEN AWAK DULU SEBAB SOALAN NI. MEMANG BETUL. SAYA ADA BACA SATU ENTRI DAN SECARA TAK SENGAJA SAYA TERKLIK "LINK TO THIS POST". SETELAH SEDAR, SAYA CEPAT2 DELETE. MEMANG ALERT DAN CEKAP BETUL MATA AWAK.

    ReplyDelete
  14. mungkin tak iklas beribadat mengamalkan ajaran Islam menyebabkan semuanya berlaku..

    ReplyDelete
  15. NADZ

    ALAIKUMSALAM.

    SATU KOMEN YANG MENYATAKAN KEBENARAN WALAUPUN PAHIT UNTUK DITELAN.

    ELOK DIBACA BERSEKALI DENGAN KOMEN UST. ABD RAZAK.

    ReplyDelete
  16. KAKCIK

    SALAM KEMBALI.

    INSYAALLAH .. LEPAS BUKA NANTI, RAYALAH.


    SELAMAT PERGI DAN KEMBALI DARI KEDAH DAN PP.

    ReplyDelete
  17. bertudung litup sekalipun kita, kalau tiang agama tak dijaga takde maknanya jugak kan....

    moga kita tidak tergolong dikalangan mereka yang lalai dan kerugian...

    pssst, jeles betul dengan uncle tau, ain baru berjaya puasa 1 hari, lagi 5 hari akan disambung ahad hingga khamis nanti...

    selamat berhari raya enam...

    ReplyDelete
  18. LIPISLADY

    ALAIKUMSALAM. SAYA SANGAT SETUJU. KITA DOAKAN SEMOGA YANG BERTUDUNG TIDAK SEMPURNA ITU DIBERIKAN HIDAYAH OLEH ALLAH JUA.

    ReplyDelete
  19. EMME

    SETUJUJ. TENGOK MACAM EMME, WALAUPUN BERTUDUNG, TAPI TETAP NAMPAK CANTIK.

    JAGA-JAGA .. JANGAN MELOMPAT TINGGI SANGAT. HEHE

    ReplyDelete
  20. ROM

    BELUM BOLEH TERIMA UCAPAN TAHNIAH LAGI .. LEPAS BUKA NANTI BARU BOLEH TERIMA. HEHE

    ReplyDelete
  21. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI. DALAM KES INI, ADA PERCAMPURAN ATAU PERTEMBUNGAN DI ANTARA PERBUATAN BAIK DAN YANG TIDAK BAIK.

    HARAP2 KEBAIKAN AKAN MENARIK YANG LAIN2 TU KEPADA KEBAIKAN DAN BUKAN SEBALIKNYA.

    ReplyDelete
  22. IKAN EMAS

    AMINN .. BOLEHKAN ORANG LELAKI MENGAMINKAN DOA ORANG PEREMPUAN ?

    ReplyDelete
  23. AKUANAKPAHANG

    SAYA KALAU NAK BELI DURIAN TETAP AKAN TENGOK KULITNYA .. KALAU DAH BERLUBANG SANA SINI ATAU NAMPAK LEBAM SANA SINI, PASTI SAYA REJECT.

    ReplyDelete
  24. ATIE

    SALAM KEMBALI.

    PANDAI AWAK MENYAMBUNGNYA ... BOLEH BERI A ++

    ReplyDelete
  25. NIDUS2

    SETUJU DENGAN APA YANG AWAK TULIS. MUNGKIN PUAN BLONDE ITU DALAM PERJALANAN MENUJU KESEMPURNAAN.

    ReplyDelete
  26. HAMIZAH

    MEMANG UNTUK MENCAPAI TARAF IKHLAS ITU TERAMAT SUKAR. KITA BUAT SAHAJA SURAHAN DAN TINGGALKAN LARANGAN. TENTANG KEIKHLASA ITU, KITA SERAHKAN KEPADA ALLAH UNTUK MENILAINYA.

    ReplyDelete
  27. AIN

    JANGAN BERTANGGUH LAGI. UNCLE INI PUN KIRA DAH TERLEWAT APA LAGI ORANG YANG BARU PUASA SEHARI. HEHE

    ReplyDelete
  28. ATIE

    TERIMA KASIH KERANA MASIH SUDI BERKUNJUNG.

    MAAF SAYA TAK RETI NAK BUAT TANDA LOVE2 TU KAT NAMA ATIE.

    ReplyDelete
  29. hmmmmm macam mana ya, kalau boleh tutup aurat dan mengerjakan amal ibadat, itulah sebaik-baiknya... yang lain tak tahu nak komen

    ReplyDelete
  30. Ermmm emme panggil uncle. Jue bole pnggil uncle jugak ker?

    *soalan x de kena mengena ngn entry ni. hehehe

    ReplyDelete
  31. Salam buat Tn Hj AL...
    Selamat menyambut raya puasa 6 esok hari...

    Masalah aurat ni, dan masalah keperiadian manusia adalah satu masalah yang sangat memening dan mengelirukan. Macam yang Tn Hj katakan, ada yang nampak macam tak sempurna pakaiannya, tapi sebenarnya dia taat, dan ada pula yg macam lengkap semuanya, tapi dia ingkar...

    Kita sebagai manusia biasa, tentulah tidak boleh untuk menilai dan menghakimi manusia lain. Namun, hukum tetap hukum. Jika benar yg tidak menutup aurat itu taat dengan melakukan puasa, solat,dan seagainya, maka seharusnya dia juga harus taat dalam bab menutup aurat. Barulah tidak dipandang serong....

    ReplyDelete
  32. JUE

    UNCLE TAK KISAH, NAK PANGGIL APA PUN, PANGGILLAH. CHEQNA MISALANYA PANGGIL AYAHANDA.

    KALAU JUE NAK PANGGIL ABANG PUN, UNCLE TAK KECIK HATI ! HEHE

    ReplyDelete
  33. slamat hari raya uncle! dah abis puasa 6 pun kene raya gak kan eheheh

    bab aurat tu mmg kritikal la zaman skrg ni. ada yg tutup aurat tapi selamba gak berpegang tgn dan berpeluk2 dgn boipren...isk!

    ReplyDelete
  34. SHARINGINFOA

    KAKAK BLONDE TU DALAM PERJALANAN UNTUK MENUJU KESEMPURNAAN. SEKURANG2NYA DIA JAUH LEBIH BAIK DARI GRO-GRO DI KELAB2 DANGDUT MISALNYA.

    ReplyDelete
  35. KUASAI MINDA

    SALAM KEMBALI.

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN SELAMAT HARI RAYA ITU.

    KOMEN AWAK ITU SEBENARNYA TIDAK PERLUKAN ULASAN LAGI SEBAB SUDAH TEPAT SEKALI.

    ReplyDelete
  36. GADIS BUNGA

    TAK KENA RAYA .. CUMA SAMBUNG RAYA !

    ELOKNYA USAHLAH PAKAI TUDUNG, KALAU DAH TERPAKSA NAK BERPELUK2 DENGAN BOIPREN.

    ReplyDelete
  37. memang susah berbuat baik, banyak saja halangannya.. orang orang yang benar benar bermaksud saja yang berjaya

    ReplyDelete
  38. salam tn hj...

    terlanjur bercerita , ummi nk sambung sikit kisah dr seorang kenalan..minatnya memancing bila kelapangan..
    ceritanya pada ummi n hubby , selama dia keluar memancing , bilik solat disediakan , itu terpulang ler kpd individu itu sendiri dgn Allah, tp mereka x pula pernah mengumpat org ,
    sbliknya ada pula geng surau , bila abis solat masuk kedai kopi ,asyik bcerita hal org lain ...
    hmmmmmm , ummi no komen ..

    ReplyDelete
  39. jangan nilai orang dr warna rambutnya :D

    .
    .

    Nak luruih, rantangkan tali
    Nak tinggi, tingkekkan budi
    Nak aluih, babaso basi
    Nak elok, lapangkan hati
    Nak mulia, tapek’i janji
    Nak taguah, paham dikunci
    Nak kayo, kuaik mancari
    Nak tuah, batabua budi
    Nak namo, tinggakan jaso
    Nak pandai, rajin baraja


    renungan di hari jumaat :D

    ReplyDelete
  40. Menarik..

    apapun, didoakan kepada hamba ALLAH itu, semoga tahap kepatuhannya terhadap Islam akan lebih menyeluruh lagi. Ameen ya Rabb..

    ReplyDelete
  41. alangkah indahnyaaaa...hidup ini...

    ReplyDelete
  42. yg wajib tetap wajib buat..yg dilarang tu plak, jgn memandai nak buat :)

    selamat hari raya tuan haji..heheh!

    ReplyDelete
  43. Erm..tak tahu nak komen apa..(tapi nk komen gak sbb lame x tinggalkan komen).
    Cume saya selalu terasa hati dengan orang-orang 'kuat' agama ni, terlalu cepat menjatuhkan hukum. Tak semua yang berbaik sangka.
    Spt saya, masih byk yg perlu dipelajari tapi kerap juga dicondemn oleh orang-orang 'kuat' agama ni..

    ReplyDelete
  44. moga mrk tdk gunakan tudung dgn tujuan lain.. :(

    ReplyDelete
  45. DAUN BIDARA

    MEMANG DUNIA KINI PENUH PANCAROBA .. DUGAAN DAN CABARAN MENGASAK DARI PELBAGAI SUDUT.

    ReplyDelete
  46. UMMI HUMAIRA

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG BENAR APA YANG UMMI CAKAPKAN ITU .. ITU SANGAT MENYEDIHKAN !
    KOMEN UMMI SENADA DENGAN MAKSUD ENTRI SAYA.

    ReplyDelete
  47. KU TAK SEMPURNA

    SAYA BUKAN ORANG MINANG. TAK DAPAT MAKSUD SEPENUHNYA. NAMUN BEGITU SAYA PERCAYA PERBILANGAN ITU AMAT DALAM MAKNANYA.

    NAK TANYA SIKIT .. "RAJIN BARAJA" ITU APA ? RAJIN BELAJAR KE ?

    ReplyDelete
  48. ASHRAFI

    INI KISAH BENAR YANG SAYA ALAMI SENDIRI. BUAT KEPALA SAYA PUSING MEMIKIRKANNYA. DUNIA SUDAH TUNGGANG TERBALIK.

    SAYA JUGA TURUT MENGAMINKAN DOA AWAK.

    ReplyDelete
  49. ABU MUAZ

    MEMANG INDAH KALAU TIADA SEBARANG SEKATAN. BOLEH BEBAS MELAKUKAN APA SAHAJA. BOLEH ENJOY SEPANJANG MASA. TAPI RAMAI JUGA YANG BUNUH DIRI KERANA TERLEBIH ENJOY!

    ReplyDelete
  50. MAKDARA

    SEKARANG DAH BOLEH TERIMA UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AWAK. TADI SIANG BELUM BOLEH LAGI.

    APA AWAK CAKAP TU BETUL .. JANGAN TERBALIK PULAK. YANG WAJIB TAK PERNAH BUAT DAN YANG DILARANG ITULAH YANG DIKERJAKAN SELALU.

    ReplyDelete
  51. MISZ SEPHIA

    KALAU MEREKA TERLALU CEPAT MEJATUHKAN HUKUMAN, MEREKA BUKANLAH DARI GOLONGAN YANG KUAT BERUGAMA. TIDAK BERHIKMAH DALAM MENDIDIK. CEWAH .. MACAM USTAZ PULAK SAYA BERCAKAP.

    ReplyDelete
  52. POK LI

    TAHNIAH .. SAYA SEKARANG INI SEDANG BERAYA.

    ReplyDelete
  53. MIAYAH

    ORANG LELAKI PUN SAMA .. CUMA TENGOK YANG DIBICARAKAN KAT MAHKAMAH, BUKAN MAIN LAGI PAKAI KOPIAH PUTIH.

    ReplyDelete
  54. ha'ah.. rajin baraja tu rajin belajar

    .
    .

    sy pun bukan org minang gak :D

    ReplyDelete
  55. kat blog saya masih ada update n3 tu..tu yg saya klik dan pos terus..huhu, mana tau ada yg minat nak baca..

    ReplyDelete
  56. Salam THJ, moga sihat sentiasa

    saya sangat tertarik dan setuju dengan komen Abang A Razak...



    jazakallahu khair...

    ReplyDelete
  57. anak saya selalu kata,'perempuan Islam lebih cantik bila memakai tudung'

    selamat beraya kali ke dua

    ReplyDelete
  58. KTS

    TERIMA KASIH KERANA BERSUSAH PAYAN DATANG BALIK SEMATA-MATA UNTUK MENGAJAR PAKCIK.

    TAK SANGKA KITA SAMA-SAMA BUKAN ORANG MINANG YE !

    ReplyDelete
  59. MENTIBANG LAUT

    OWH BEGITU KISAHNYA ! INGATKAN TERSILAP JUGA MACAM SAYA. RUPANYA SENGAJA BUAT.

    ReplyDelete
  60. RKA

    SALAM KEMBALI. MEMANG KOMEN UST RAZAK YANG PALING AUTORITATIF KERANA DIA SEORANG USTAZ YANG TINGGI ILMUNYA.

    ReplyDelete
  61. IBUINTAN

    ADA ORANG TU SUKA ORANG LAIN TENGOK DIA CANTIK. TAPI ADA JUGA ORANG YANG SUKA DIA SENDIRI TENGOK DIRI DIA CANTIK .. !

    ReplyDelete
  62. CEMOMOI

    SUSAH SUSAH PUN KENA KABO JUGA ..!

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.