Wednesday, October 20, 2010

20102010 - APALAH ADA PADA NOMBOR !


Cantik betul nombor atau angka 20102010 tu. Ia adalah tarikh hari ini. Dua puluh haribulan sepuluh tahun dua ribu sepuluh. Mungkin ada orang memilih hari ini untuk bertunang atau berkahwin. Bagaimanapun setakat ini saya tidak pula mendapat sebarang jemputan. Agaknya sebab tarikh tersebut tidak jatuh di hujung minggu.

Tapi apalah ada pada nombor atau angka kan. Kadang-kadang nombor atau angka juga boleh mengelirukan.

Contohnya saya telah cuba melaga-lagakan DUA alat penyukat ketibaan ini. Memang saya pasang dua kat blog saya. Saja suka-suka.

Di dapati mereka telah melaporkan angka atau bilangan ketibaan yang berlainan.
Jauh pulak bezanya tu.





Alat penyukat di sebelah atas kata ada 19 pelawat sedang "online"

Alat penyukat di sebelah bawah pula kata ada 5 sedang "online"

kata siapa yang nak di dengar ?
kata siapa agaknya yang betul ?
mana satu nak di percaya ?

kadang-kadang tu makin banyak maklumat kita terima, makin keliru kita.
serupa macam kita tengok jam kat kedai jam ... tak tahu masa yang mana satu yang betul !!






 

Lihat pula jumlah pelawat ke blog saya yang telah direkodkan oleh Blogspot dua hari lalu seperti di bawah.




30000 (tak termasuk lawatan saya) .. kira ramai jugalah berbanding dengan 1000 kan !


Tapi cuba pula lihat pendapatan yang diberi oleh Tetuan Nuffnang selama ini.

RM27.34 !!!



RM 27.34 ...


Itulah jumlah RM yang terkumpul sejak saya berblog. Untuk minyak kereta sehari pun tak cukup.

Kalau ada RM200 - RM300, boleh juga guna untuk buat hadiah kontes !


Apa-apa pun, mencari duit bukanlah tujuan saya berblog .. tapi bila tengok kengkawan selalu tayang cek yang dia orang terima dari Nuff, saya terasahinadinadukalaranestapadanhiba juga.

Tapi apalah yang ada pada angka kan !

p.s: saya telah pun menutup akaun dengan Nuffnang dan beralih ke Mangga Ad. Selepas sebulan dua nanti, tengok pula apa terjadi. Kalau tidak memberansangkan juga, mungkin saya terpaksa bawa teksi. Saya ada Estima. Kalau saya buat teksi, tentu ramai orang yang nak naik kan !


.
.

64 comments:

  1. Salam THJ,

    Betul tu.. apalah ada pada nombor tapi yang penting dengan nombor tu jugaklah dapat kita berbelanja...

    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. senang igt itu plg penting..
    bagus idea bw teksi tu..tp mesti kena caj mahal sbb myk mahal!hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam Kanda AL...

    Kalau estima tu jadi teksi dan tuan pemandunya, saya nak jadi penumpang yang pertama!

    ReplyDelete
  4. salam pakcik..

    wah da tak bz sangat la nih ek sebab da bukak balik komen... :)

    erm betol2 takde apa pada nombor.. nombor tuh cuma nombor2 biasa je.. haha

    ReplyDelete
  5. Baru buka ruangan komen ke Abg Hamzah..elok juga bawa teksi..

    Saya dulu pernah juga bawa teksi..tapi teksi sapu jer..lumayan juga..hehe!

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Salam TuanHaji,..

    nombor atau angka sekadar angka saja..biarlah, jgn ada di antara kita memujanya sampai jd alpha..

    ReplyDelete
  8. heh! angka nuffnang yang betoi dan bole diterima sebab dia memang bagi betui-betui

    ReplyDelete
  9. 20102010 apalah ada pada nombor..tapi kalau nak baca ikut jumlah susah juga ye tuan haji...kalau di tukar/jumlah jadi notRM ..eh..eh boleh ke?

    ReplyDelete
  10. yang penting hati dan niat kita...

    ReplyDelete
  11. salam tuan..
    tuan kena updated selalu
    di bahagian survey di account
    nuffnang..dia akan bagi buffered
    earning..iklannya akan keluar
    lebih kerap..punca pendapatan kurang
    tetamu ramai..tapi bila mereka datang masa iklan tak keluar jadi
    tak di kira oleh nuffnang..


    New Entry "Palestine Will Be Free?"

    ReplyDelete
  12. ayahanda..
    cheqna hanya ada 0.78 sen sahaja..
    hahahahaha
    tapi tak kisah pun sebab tu bukan tujuan utama berblog...

    ReplyDelete
  13. tarikh yang cantik..
    sape2 yg bsalin tarikh ni, senang nak ingat ic anak..same gak dgn tarikh 10/10/10..hihi..

    ReplyDelete
  14. ish...penting la nombor2 ni. sebab saya baru je tgk nombor yg saya dapat utk tahun ni. kecik besar nombor tu mempengaruhi masa depan juga.

    p/s: teringat n3 pasal 'tatau'..skrg mesti ramai dah tau..hehe, news paper semlm byk citer kat tatau..

    ReplyDelete
  15. salam pakngah

    nak buat kontes?

    1st peserta adalah sya.....

    boleh ke?


    tarikh hari ni
    kalau syalah kan

    tepat jam 2010hrs
    20.10.2010

    kalau je yek...

    enpakwe lafazkan aku terima nikahnya...

    hahahahaaa...
    kalau tau...kalau saje ;p

    ReplyDelete
  16. salam,

    saya berblog sbb suka2..x dpt duit pun x pe..dapat byk2 lagi suka..haha!

    ReplyDelete
  17. salam ziarah..semoga blog tuan haji akan sukses selamanya..aminn

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum, Tuan haji,

    Angka Nuff Tuan haji tu nampaaknya lebih banyak sikit dari saya,
    tapi mangga ad tu apa plak, saya nak juga cuba kalau boleh..

    ReplyDelete
  19. salam tuan AL,

    tak moh naik teksi estima, naik2 jer meter udah 5 hinggit.. hihi.. lagi mahei dari 27 hinggit 34 sen..

    ReplyDelete
  20. oops silap,
    tambang bila sampai ke destinasi lagi mahei dari 27.34 sen..

    ReplyDelete
  21. salam,

    ingka pada angka?

    tentu banyak kisahnya...

    ReplyDelete
  22. Salam THJ...

    Moga tuan haji sihat hendaknya..

    ReplyDelete
  23. ehhhhhh... ada apa-apa la pada angka

    .
    .


    .
    .


    klu tak, takkan la berebut2 org gi kedai 4 angka tu

    ;D sy tak termasuk

    ReplyDelete
  24. Salam Tuan,
    ramai juga yang amat suka bermain dengan angka, terutama sukan empat angka

    ReplyDelete
  25. anak buah saya lahir 20.02 tahun 2002..cantik juga. Lahir bula di Kedah.. 020220-02-XXXX. Jgn terkeliru sudah lah kan?

    ReplyDelete
  26. slaam Al..he he ..jenuh nk membacanya..senapas pulak tu..hinadina...dan...bersambung2 bagus jugakan...macam betul2 terasa hati la tu..

    ReplyDelete
  27. Salam Pak Ngah..

    Angka tu penting.. kalau tidak tak tahu berapa umur kita... silap2 haribulan kalau jalan sebelah Pak Ngah orang ingat kita sebaya agaknya..hehe

    (gurau je ek Pak Ngah, jangan mare ek, nanti penat Mak Ngahnya nak pujuk :) )

    ReplyDelete
  28. Saya tak suka nombor 2.Anak kedua...tak hebat dilayan mcm anak 1.Bini ke 2 kena tahan makicerca isteri nombor 1.
    Boss ke 2 kena kata yes,yes kat boss pertama...takut takut kena bar dari jadi nombor 1.

    Betulkan tuan haji?

    ReplyDelete
  29. AZRINA

    SALAM KEMBALI. MAAF LAMBAT DAPAT JAWAB.

    MAKNANYA NOMBOR TU PENTING JUGALAH KAN !

    ReplyDelete
  30. HAMIZAH

    SAYA CAJ TENGOK PENUMPANG .. KALAU KERABAT DI RAJA TU, MAHALLAH SIKIT. HEHE

    ReplyDelete
  31. KAKCIK

    SALAM KEMBALI.

    KALAU KAK CIK SAYA TAK CAJ APA-APA, DENGAN SYARAT KAKCIK YANG BAWAK !

    ReplyDelete
  32. AJEE

    SALAM KEMBALI.

    BZ JUGA .. TAPI KERANA DESAKAN MELAUI SMS, EMEL, FB DAN DIRI SENDIRI SAYA BUKA KEMBALI. SAYA BUAT IKUT SETAKAT MANA TERDAYA.

    BETUL KE ORANG PEREMPUAN SANGAT SENSITIF TENTANG BERAPA UMUR MEREKA ?

    ReplyDelete
  33. RELEVAN

    KALAU SAYA BAWA TEKSI, TUNGGU JER KAT RUMAH. SAPA NAK NAIK KENA DATANG KAT RUMAH SAYA ! HEHE

    ReplyDelete
  34. PAKCIKLIE

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG ADA ORANG YANG TAKSUB DENGAN NOMBOR, SAMPAI BERGOLOK BERGADAI.

    ReplyDelete
  35. CEMOMOI

    MEMANG ANGKA NUFFNANG TU BETUL, TAPI JUMLAH YANG DIA HULUR TU YANG TAK BETUL.

    ReplyDelete
  36. KAK WAN

    SAYA SETUJU KALAU DI TUKAR KEPADA NOTE RM, TAPI MASALAHNYA TAK BOLEH !

    ReplyDelete
  37. KAZAZTAN TEAM

    TERIMA KASIH KERANA MENUNAIKAN NIAT MELAWAT DAN MENINGGALKAN KOMEN KAT BLOG SAYA BUAT KALI PERTAMA.

    ReplyDelete
  38. ZULKBO

    SALAM KEMBALI.

    NASIHAT TUAN ITU BAGUS SEKALI, TAPI SAYANG SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT !

    ReplyDelete
  39. CHEQNA

    KALAU CEHQNA NAK SAYA PUNYA, AMBILLAH. TAPI KENALAH MINTA SENDIRI DENGAN NUFFNANG !

    ReplyDelete
  40. JEJARI HALUS

    BETUL .. TARIKH TU HANYA DATANG SEKALI SAHAJA DALAM HIDUP KITA.

    ReplyDelete
  41. MENTIBANG LAUT

    TENTANG KEPENTINGAN NOMBOR TU, BERGANTUNG KEPADA PROFESYEN SESEORANG ITU. KALAU DALAM BISNESS, BOTTOMLINE ATAU BREAKEVEN ITU ADALAH PENTING.

    SAYA TAK FAHAM MAKSUD PAPER BANYAK CERITA TENTANG TATAU .. CERITA APA TU ? SAYA TAK JUMPA PULAK.

    ReplyDelete
  42. SAYANGSAYANGIBU

    SALAM KEMBALI.

    NANTILAH SAYA BUAT KONTES TU. TAPI NAK "SET UP" TU YANG TAK BERAPA PANDAI LAGI !

    ReplyDelete
  43. MAKDARATERDIVA

    SALAM KEMBALI. DALAM HAL NI KITA SERUPA.

    ReplyDelete
  44. ROM

    SAYA TERHARU ATAS PENGHARAPAN ITU ..IA MEMBUATKAN SAYA TERUS MENCARI DAN MENCURI RUANG UNTUK BERBLOG.

    ReplyDelete
  45. LIPISLADY

    ALAIKUMSALAM.

    MANGGA AD TU SATU SYARIKAT PENGIKLANAN MACAM NUFFNANG JUGA. TENGOKLAH KAT BLOG SAYA NI, KAN ADA IKLAN DARI MANGGA AD TU !

    ReplyDelete
  46. AANAS

    SALAM KEMBALI

    KALAU AWAK NAIK FREE SAHAJA. SYARATNYA SAMA SEPERTI YANG SAYA SYARATKAN KPD KAKCIK DI ATAS. HEHE

    ReplyDelete
  47. AHMAD HUMAIRI

    SAYA TAK ADA APA-APA KISAH ISTIMEWA YANG BAGUS HARI INI. YANG TAK BAGUS TU ADALAH ... HARI INI SAYA HADIR DIALOG DENGAN MPS TENTANG SAMAN YANG TELAH DIKELUARKAN KEPADA PEMILIK2 TANAH YANG BUAT BANGUNAN TANPA KEBENARAN.

    ReplyDelete
  48. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI. SAYA SIHAT, ALHAMDULILLAH.

    ReplyDelete
  49. KTS

    SAYA TAK NAMPAK PUN ADA ORANG BEREBUT2 !

    ReplyDelete
  50. IBUINTAN

    DALAM ISLAM MEMANG ADA RAHSIA TERTENTU TENTANG ANGKA .. MISALNYA ANGKA 7, BANYAK YANG BOLEH DI BAHASKAN.

    ReplyDelete
  51. MISZ SEPHIA

    MEMANG NOMBOR TU SENANG DI INGAT. KALAU BOLEH DI TENDER MACAM NOMBOR PLET KENDERAAN, MUNGKIN RAMAI YANG MASUK BUAT BIDAAN.

    ReplyDelete
  52. KAK ERNA

    MEMANG TERASA HATI DAN KINI TELAH PUN BERCERAI TALAK SATU DENGAN NUFFNANG.

    ReplyDelete
  53. NIDA

    KALAU AWAK JALAN SEBELAH SAYA, NANTI ORANG INGAT SEORANG ANAK PEREMPUAN BERJALAN DENGAN AYAH NYA !

    ReplyDelete
  54. MOKJADEANDELL

    BETUL .. KALAU ORANG TANYA APAKAH NAMA GUNUNG YANG KE 2 TERTINGGI DI DUNIA TENTU RAMAI YANG TAK TAHU. TU SEBAB SEMUA ORANG NAK NOMBOR 1.

    TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN MEMBERI KOMEN KALI PERTAMA.

    ReplyDelete
  55. cerita bot karam di sarawak, di pekan tatau. surat khabar hari selasa..kebanyakkan tajuk utama. masih 'tatau' lagi ke? :)

    ReplyDelete
  56. MENTIBANG LAUT

    YE KE ? PUNYALAH SIBUK, TAK SEMPAT BACA SURAT KHABAR ATAU TENGOK BERITA KAT TV. NANTI BALIK NI SAYA CARI SURAT KHABAR HARI SELASA, KALAU TAK KENA BUANG LAGI.

    TERIMA KASIH. SEKARANG SAYA SUDAH TIDAK TATAU LAGI.

    ReplyDelete
  57. teringin nak naik teksi estima..eh, teringin nak naik estima..

    ReplyDelete
  58. Salam tua,

    Saya pun letak manggaAd tapi 0.16 sen... tapi tengok dulu seperti kata tuan... lebih baik tutup kalau tak munasabah...

    ReplyDelete
  59. DINAS

    ITU PERKARA KECIK .. BISA DI ATUR. BILA NAK NAIK ? CEPAT SIKIT SEBELUM IA DI JUAL SEBAB HARAPKAN NUFFNANG PUNYA HASIL, TAK BOLEH HARAP !

    ReplyDelete
  60. SALLEHFAUZI

    SAYA TERSENYUM BACA SALAM AWAK ! SAYA TAHU AWAK SILAP TAIP. TAK MENGAPA.

    DAH BERAPA LAMA AWAK LETAK MANGGA AD ?

    SAYA CUBA MASUK BLOG AWAK .. TAPI TAK RETI NAK KLIK KAT MANA.

    ReplyDelete
  61. pakcik tanye la umo saya bape... sah2 dengan bangga saya nak gtau saya da 27... hihi

    erm tp mebi ada kot yang tanak orang tau die da bertambah usia.. terpulang masing2 kan :)

    ReplyDelete
  62. AJEE

    BAGUSLAH AWAK TAK SEMBUNYI. UMUR UNCLE PUN ADA DI TULISKAN KAT PROFILE UNCLE TU. AWAK SEBAYA DENGAN ANAK UNCLE YANG KE DUA.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.