Friday, October 22, 2010

RENUNGAN HARI JUMAAT - NAK BUAT HARI INI ATAU NAK BUAT ESOK ?



Kadang-kadang dalam menyiapkan satu-satu kerja, kita bebas memilih salah satu dari opsyen berikut:

Opsyen 1.

Kalau kerja itu boleh disiapkan hari ini, buat apa nak tunggu esok.

Opsyen 2.

Kalau kerja itu boleh disiapkan esok, kenapa nak buat hari ini.


Tetapi jangan lupa, orang tua-tua ada berkata:

kerja bertangguh tak menjadi,
kerja beransur tak bertahan.

dalam memilih pekerjaan pula, selalu kita terpaksa buat kerja yang kita tak nak buat ... dan sering juga kita tak dapat buat kerja yang kita nak buat. itulah hakikat kehidupan.

......................................................................................................


Sub-entri:

Kesian kat budak ni duduk sorang-sorang kat luar negeri !
Saya ada baca entri dia yang terbaru kat sini.  Mungkin tuan-tuan dan puan-puan boleh tolong sabarkan atau nasihatkan dia. Kalau ayah dia yang cakap, mungkin dia tak ndak dengar.


.

39 comments:

  1. Salam pagi Jumaat..
    keja harini mesti dibuat hari ni dan andai mampu keje esuk pun sy nk siapkan...

    ReplyDelete
  2. Salam Kanda AL...

    Budak tu tak dengar cakap ayah dia.. tapi dia baca je! :)

    ReplyDelete
  3. kje ..ohh..kjer...layan je la demi sesuap nasi, semangkuk kuah, segelas minuman, sebotol kicap dan sepeket mee segera huhuhuhuh

    ReplyDelete
  4. Salam abg Hamzah..

    Nanti terbeban dengan kerja kerja tertunggak ni..

    tertunggak sikit sikit tak per..kalu upah di bagi tertuggak tunggak tentu ada yang bising..

    ReplyDelete
  5. salam tuan haji,
    semenjak duamenjak ni saya dah mula tak berani bertangguh sbb besok belum pasti masih bkesempatan atau tidak.

    p/s- salam kat budak tuan haji. bgtau dia: sabar... :)

    ReplyDelete
  6. Salam Jumaat..

    tengah tengok apa/ke mana kena buatpergi hari esok

    ReplyDelete
  7. keja tak habih-habih, pendek kata celik mata, keja, keja, kejaaaa

    ReplyDelete
  8. Salam pagi Jumaat bang.

    Org tua2 pun ada berkata:
    Kalau tak dapat kerja yg kita suka, sukailah kerja yg kita ada.

    ReplyDelete
  9. Saya suka kerja yg saya ada. Kalau takde kerja baru saya sedih huhuhu

    ReplyDelete
  10. budak tu mesti ada kaitan dgn n3 kerja ni. mesti dia tak suka dgn apa yg dia kena buat...

    ReplyDelete
  11. kita dah tolong nasihatkan budak yg duduk sorang2 kat luar negeri tu

    .
    .

    .
    .

    harap2 dia dgr nasihat kita!

    .
    .

    upahnya mana??
    hiiiiiiiiiii :D

    ReplyDelete
  12. jgn buat keja last minit ye tuan..ade yang kene saman kang..

    ReplyDelete
  13. as-Salam Pak Ngah

    Alangkah baiknya andai duit berkoyan-koyan.. bolehlah upah orang untuk buat kerja kita..hehe

    ReplyDelete
  14. Salam, bertangguh dalam sesuatu kebaikkan adalah tergolong org2 yg dalam kerugian..
    "esok masih ada belum tentu untuk anda"..

    ReplyDelete
  15. IDALARA

    SALAM KEMBALI.

    ITU ADALAH PRINSIP HIDUP YANG BAGUS. BERTUAH LAH BOSS DAPAT PEKERJA MACAM NI.

    ReplyDelete
  16. KAKCIK

    SALAM KEMBALI.

    PANDAI JUGA KAKCIK MENGENAKAN SAYA YA ! 1-0

    ReplyDelete
  17. ROM

    SESUAP NASI MANA CUKUP ROM .. NASIB BAIK ADA SEPEKET MEE SEGERA. HEHE

    ReplyDelete
  18. RELEVAN

    SALAM KEMBALI

    SAYA SANGAT GEMBIRA KALAU KALAU DAPAT TUNGGAKAN GAJI .. !

    ReplyDelete
  19. PIEWAHID

    SALAM KEMBALI

    ELOKLAH BEGITU .. TIDUR PUN BOLEH LENA, DAN HATI PUN TAK RUNSING KAN !

    ReplyDelete
  20. IKAN EMAS

    SALAM KEMBALI.

    HARI INI PUNYA DAH SOLOSAI KO ?

    ReplyDelete
  21. CEMOMOI

    LEBIH BAIK SUSAH BANYAK KERJA DARI SUSAH TAK ADA KERJA !

    ReplyDelete
  22. YB

    SALAM KEMBALI.

    HARAP2 BUDAK KAT SINGAPURA TU BACA KOMEN AWAK INI ..!

    ReplyDelete
  23. MENTIBANG LAUT

    BANYAK BENDA YANG DIA TAK SUKA NAMPAKNYA !

    ReplyDelete
  24. KTS

    TERIMA KASIH. UPAH HANYA BOLEH DI PERTIMBANGKAN KALAU NASIHAT ITU BERKESAN !

    ReplyDelete
  25. JEJARI HALUS

    KEKADANG ADA ORANG BAGI KERJA KAT KITA LAST MINUTE ! ITULAH MASALAHNYA ..

    ReplyDelete
  26. NIDA

    SALAM KEMBALI.

    ADA JUGA KERJA YANG KITA TAK BOLEH UPAH ORANG. MISALNYA PELUKIS .. TAK BOLEH UPAH ORANG UNTUK MELUKIS BAGI PIHAK MEREKA. BETUL TAK ?

    ReplyDelete
  27. PAKLCIKLIE

    SALAM KEMBALI.

    ESOK PUN BELUM TENTU ADA .. ENTAH2 PETANG NI KIAMAT. ITU ADALAH HARUS BELAKA KEPADA ALLAH.

    ReplyDelete
  28. eish...byk keje ni. takleh tangguh2! arghh!!!!

    ReplyDelete
  29. Salam THJ...

    Kerja hari ni siapkan dulu jangan bertangguh. Yang esok belum tentu samada kita hidup lagi ataupun sudah pergi

    ReplyDelete
  30. sebijik macam ayah dia.

    sudah makan aa?

    ReplyDelete
  31. apa yang saya boleh bagitau ialah bersyukurlah apa yang kita ada... kerana sedikit je orang yang bersyukur.

    ReplyDelete
  32. kata kata yang benar... saya dah mencuba menagguh kerja ..memang tak jadi...terima kasih

    ReplyDelete
  33. kekadang IM tak tahu nak buat mana dulu sebab terlalu banyak yang urgent, super urgent dan super duper urgent!

    ReplyDelete
  34. to abu muaz - ye! saye suda makan.. :p

    ReplyDelete
  35. GADISBUNGA

    KALAU DAH HABIS KERJA .. BOLEHLAH BUAT KERJA BARU PULA !

    ReplyDelete
  36. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI.

    BETUL .. ESOK KITA BELUM TENTU ADA LAGI. ESOK BELUM TENTU KITA LAPANG. ESOK BELUM TENTU KITA MAMPU LAKUKANNYA.

    ReplyDelete
  37. ABU MUAZ

    KOMEN PERTAMA AWAK ANAK SAYA DAH JAWAB.

    KOMEN AWAK YANG KEDUA MEMANG SAYA SETUJU BENAR. KEBANYAKAN ORANG MASIH TIDAK PUAS DENGAN APA YANG DIA ADA.

    ReplyDelete
  38. BRUTALSOLO

    SATUJU .. KALAU KITA TANGGUH KERJA HARI INI KE ESOK HARI, KERJA ESOK BILA PULAK NAK BUAT !

    ReplyDelete
  39. IM

    MULA-MULA BUAT YANG SUPER DUPER URGENT, KEMUDIAN SUPER URGENT DAN AKHIRNYA BUAT YANG URGENT. HEHE

    SELAGI BELUM HABIS, JANGAN ADJOURN !

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.