Friday, September 3, 2010

RENUNGAN HARI JUMAAT: IKHLAS KE TAK IKHLAS MEMBERI ?



 Gambar ihsan Google.

Dalam konteks memberi ini, saya boleh bahagikan golongan ikhlas dan tak ikhlas ini kepada 5:


1. Ikhlas - beri banyak

2. Ikhlas - beri sikit

3. Tak ikhlas - beri banyak

4. Tak ikhlas - beri sikit

5. Tak ikhlas - tak beri langsung.

Semuanya golongan di atas saya boleh terima  kecuali golongan nombor 5. Golongan ini selalu cakap "buat apa beri, kalau tak ikhlas".  Sebenarnya dia kedekut, cuma berselindung disebalik kata-kata itu.

Walaupun mungkin ada golongan yang tidak ikhlas dalam memberi seperti golongan nombor  3 dan nombor 4, tak apalah,  mereka memberi juga dan orang lain boleh merasa.  Lagi pun kita bukan boleh tahu, seseorang itu memberi dengan  ikhlas atau tidak.

Jadi,  memberilah walaupun tak ikhlas, kerana dengan pemberian itu orang lain dapat faedahnya dan lama-lama kelamaan nanti timbullah rasa ikhlas itu. Tapi kalau dapat memberi dengan ikhlas lagilah baiknya.


p/s 1:  rasanya komen lebih kurang macam entri ini  pernah saya beri dalam blog sahromnasrudin.  Saya pinjam kejap idea ni. Tak apa kan ? Tujuan saya ikhlas.

P/S 2:  puisi raya yang paling kreatif saya terjumpa adalah kat sini.  Sungguh bijak blogger sorang ini  mencipta puisi itu dengan memanipulasikan singkatan namanya ... RKA.

................................................................ 

Kad Raya ckLah @ Xiiinam.


Sorang lagi blogger tegar nak bercuti. Jumpa lagi selepas Syawal, katanya.
Maknanya dia nak bercuti lebih sebulan dari hari ini.
Ini membuatkan saya pun teruja nak bercuti.
.
.

80 comments:

  1. salam hari jumaat pakcik..
    pakcik pun da bercuti lama ke? selamat hari raya aidilfitri.. hehe

    ReplyDelete
  2. salam pagi jumaat yang hening uncle,

    kita doakan yang tak ikhlas tapi nak memberi tu dibukakan pintu hati untuk lebih ikhlas lepas ni....

    ruginya dengan pahala yang sedia menanti.....

    ReplyDelete
  3. salam pak AL ...
    Saya berperasaan #3@#4 bila tengok budak2 yang berjual2 balm,kalendar ke apa...dlm hati @ otak asek terpikif betul ke diorg ni buat kutipan derma utk madrasah2,sekolah2 pondok...klu betul sgt kasihan sbb sepatutnya pd waktu itu diorg sdg belajar atau mentelaah buku...

    ReplyDelete
  4. Salam THJ,

    InsyaAllah sentiasa akan ikhlas walaupun tak sebanyak mana.


    *teringat pada Along. Kalau ke pasar malam; setiap orang yg minta sedekah dia nak beri duit.. "takpa ibu kat rumah nanti Along boleh makan yg ibu beli,tapi orang2 yg minta sedekah ni susah ,tak boleh jalan (kurang upaya).. ". Terdiam saya.

    ReplyDelete
  5. kita akn sgt ikhlas bila kita memberi dan org yg menerima tu pun tak tahu kita yg beri.



    .

    ReplyDelete
  6. Salam THJ..

    Moga tuan haji sihat hari ni..

    Jika orang-orang memerlukan kamu, maka itu adalah kenikmatan.

    Janganlah mengabaikan keperluan mereka, kerana itu adalah bencana.

    ReplyDelete
  7. Saya memberi sekadar yang termampu..

    ReplyDelete
  8. salam hari jumaat.. =)

    kalau orang dapat tengok pahala bersedekah dengan ikhlas, pasti hari-hari nak bagi sumbangan walaupun sedikit.

    ramai dah yg nak bercuti, nampaknya raya ni mybe agak sunyi dunia blogging ni. sekarang je dh ramai yg sibuk prepare itu ini..

    Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pakcik sekeluarga..

    ReplyDelete
  9. salam.biarlah ikhlas di hati bila memberi.Beri sekadar yang termampu.

    ReplyDelete
  10. Salam Kanda AL..

    kadang2 kita ikhlas hendak memberi, malangnya kemampuan kita terhad.... :(

    ReplyDelete
  11. salam ziarah..betul tu tuan haji..sy masih ingat komen itu dalam entri tajuk berkenaan dgn ikhlas..mmg itu la komennya...ikhlas mmg sukar nak diukur..
    p/s: tuan haji dpt tak kad raya dr YAB MB???

    ReplyDelete
  12. dah stat keje pagi Jumaat ni dgn penuh keikhlasan kesucian hati..

    tetiba teringin nak jenguk n3 baru..ikhlas baca n3 ni.

    ada kes kita ikhlas nak bagi tapi yg tukang terima pulak banyak songel..pot pet pot pet ( tapi dia rembat jugak benda yg kita bagi....hehehe

    ReplyDelete
  13. Salam tuan..
    saya selalu perhatikan
    bila time solat hari jumaat
    kebyakkkan dah siap duit
    singgit dalam poket tunggu
    troli kecik lalu baru nak
    erhemm..erhemm masuk duit
    supaya orang nampak..IKHLAS
    tak agaknya tu?he he..

    ReplyDelete
  14. Saya prefer bagi time orang belum mai penuh masjid..tak pun tunggu orang semua dah balik..bagi singgit orang tak nampak..la la la..

    ReplyDelete
  15. salam

    ikhlas memberi kerana ALLAH...

    ReplyDelete
  16. Salam Tuan Haji.
    Berilah walupun pun sedekit. Kerana sedikit lebih bermakna drp banyak jika ada ungkitanya kelak. Sebaiknya biar ikhlas 100% :)

    ReplyDelete
  17. kalau beri tak ikhlas dapat pahala tak eh?

    ReplyDelete
  18. memang niat nak beri, tapi kene beri kat semua esp. makcik2, & anak2 buah.(bab duit raya)hihi..

    kang ade sorg tlepas cakap nnt ade yg kene beri, ade yg tak, ade ckit ade byk, haru jdnya.perang dingin plak nnt.(wpun ade prasaan brat sbelah).

    so, kene catu sorg2 bg sama rata.hihihi..

    boleh kata ikhlas la jugak kan.

    ReplyDelete
  19. Salam THJ, semoga tuan sekeluarga sihat selalu...

    Patutlah saya tengok tetiba je pengujung RKAinstinct meningkat berbanding semalam rupanya ada iklan percuma...terimakasih banyak THJ... dan terimakasih semua atas kesudian anda mengunjungi RKAinstinct...

    Minal Aidil Walfaizin
    Maafkanlah kami Zahir Dan Batin...

    ReplyDelete
  20. BANG HAMZAH > semua orang dalam mood nak bercuti raya nihhh...

    Setuju, berilah wpun tak ikhlas, kerana pemberian itu sudah pasti memberikan kesan sedikit sebanyak kepada penerima.

    Tapi kalu ikhlas bagi penampar, kesannya dahsyat bang...hehehe

    ReplyDelete
  21. salam tuan haji. orang kedekut ni selalu rugi.
    selamat hariraya...

    ReplyDelete
  22. salam Jumaat tuan AL,

    ala, memberi sikit tak de kurangnya...bajet bukak puasa je pun kdg2 dah boleh bagi 2-3 org anak yatim makan, betul tak?

    nampak gaya saya pun kene announce cuti walaupun saya strt cuti khamis depan. huuu~

    ReplyDelete
  23. NADHIERA

    SALAM KEMBALI. CUTI KERJA DUA HARI JER. CUTI BERBLOG, BELUM PASTI. RASA TERUJA BILA LEPAS SORANG, SORANG NAK BERCUTI.

    SELAMAT HARI RAYA.

    ReplyDelete
  24. AIN

    SALAM KEMBALI. ASALKAN MEMBERI SUDAHLAH. DAN KALAU IKHLAS MEMBERI, ITULAH YANG SEBAIK-BAIKNYA.

    TAPI SUSAH. TU SEBAB BANYAK KITA LIHAT, BUAT MOCK CHEQUE BESAR2, PANGGIL SURAT KHABAR, TV DLL SEMATA-MATA UNTUK MEMBERI.

    ReplyDelete
  25. SZ|MSS

    SALAM KEMBALI.

    SAYA JUGA CURIGA KAT BUDAK2 TU. SAYA KHUATIR MEREKA DIPERGUNAKAN OLEH SINDIKET TERTENTU UNTUK MEMINTA SEDEKAH.

    SAYA SENDIRI PERNAH TERKENA. KITA KESIAN, BERILAH LEBIH SIKIT. RUPANYA DIBERI KEPADA BAPAK DIA SEORANG PENAGIH DADAH.

    ReplyDelete
  26. AZRINA

    SALAM KEMBALI. KALAU DAPAT MENGIKHLAS DIRI, ALHAMDULILLAH. ITULAH YANG SEBAIK-BAIKNYA,

    MEMANG MURNI HATI ALONG TU .. TAK BERKIRA UNTUK BERSEDEKAH.

    ReplyDelete
  27. TASEK M

    MEMBERI SECARA ANONYMOUS TU ADALAH PALING BAIK. TETAPI KALAU DIHEBAHKAN DENGAN NIAT SUPAYA ORANG LAIN TURUT SERTA, TAK MENGAPA JUGA.

    ReplyDelete
  28. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI.

    PERKATAAN BENCANA ITU SUNGGUH MENGGERUNKAN SAYA.

    ReplyDelete
  29. ANIF

    LEBIH BAIK BEGITU KERANA KEPERLUAN UNTUK FAMILI SENDIRI PERLU DIUTAMAKAN JUGA.

    ReplyDelete
  30. ASADA RYUTARO

    SALAM KEMBALI.

    BETUL. KALAULAH DAPAT TENGOK PAHALA, MUNGKIN ORANG AKAN BERGADUH2 UNTUK BERSEDEKAH.

    SELAMAT HARI RAYA DIPERANTAUAN.

    ReplyDelete
  31. MONALEA

    SALAM KEMBALI. BETUL. BERI SEKADAR TERMAMPU. JANGAN PULA JADI ROBIN HOOD MODEN!

    ReplyDelete
  32. KAKCIK

    SALAM KEMBALI.

    NIAT YANG IKHLAS HENDAK MEMBERI TETAPI TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN, SUDAH MENDAPAT PAHALA.

    ReplyDelete
  33. ROM

    SALAM KEMBALI. MEMANG IKHLAS SULIT DIUKUR, TAPI ADA PROXY NYA.

    YAB MB DAH LUPA KAT SAYA !

    ReplyDelete
  34. IKAN EMAS

    SAYA TERSENYUM BACA PARA AKHIR KOMEN AWAK. BAGI JE SEDAS KAT ORANG MACAM TU ! HEHE

    ReplyDelete
  35. ZULKBO

    BIAR TAK IKHLAS MEMBERI DARI IKHLAS TAK BERI.

    KALAU BERI SINGIT, SEMBUNYI, KALAU BERI RM50, BUAT2 LAMBAT JER MASUKKAN DALAM PETI. KAN ?

    ReplyDelete
  36. MANJE

    SALAM KEMBALI. BEGITULAH SEBAIKNYA.

    ReplyDelete
  37. POK LI

    T.KASIH. AWAK TAK CUTI KE ? MAKSUD SAYA, DUA-DUA - KERJA DAN BLOG.

    ReplyDelete
  38. AKUANAKPAHANG

    SALAM KEMBALI.

    SETUJU. BERILAH SEDIKIT TETAPI BERTERUSAN, DARIPA BERI BANYAK HANYA SEKALI DAN LEPAS TU DIUNGKIT KEMBALI.

    ReplyDelete
  39. KUCINGORENGEMUK

    PASAL PAHALA SAYA TAK TAHU .. TAPI KALAU AWAK NAK BAGI SAYA RM100K WALAUPUN TAK IKHLAS, SAYA TETAP TERIMA DENGAN TANGAN TERBUKA. HEHE

    ReplyDelete
  40. JEJARI HALUS

    SUSAH JUGA YA. BERI SALAH, TAK BERI LAGILAH BANYAK POT PETNYA.

    ReplyDelete
  41. RKA

    SALAM KEMBALI.

    SAYA PUN IKHLAS NAK BANTU PROMOTE ENTRI YANG BERMUTU.

    KALAU AWAK PUN IKHLAS NAK BERI SESUATU, SAYA SEDIA TUNGGU KAT PINTU. HEHE

    ReplyDelete
  42. AZIEAZAH

    KALAU AWAK IKHLAS NAK BAGI PENAMPAR, SAYA PULAK TIDAK IKHLAS MENERIMANYA. IKHLAS NI KENA DUA HALA. KAN ?

    ReplyDelete
  43. KAKPAH.

    SALAM KEMBALI. BETUL. MEREKA RASA MEREKA UNTUNG. SEBENARNYA DIA RUGI YANG AMAT SANGAT. DISANA NANTI MENYESAL TAK SUDAH.

    ReplyDelete
  44. GADISBUNGA

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG BENAR, ITULAH DIA FALSAFAH PUASA SUPAYA MENGENANG ORANG YANG KURANG BERNASIB BAIK,

    SAYA BELUM NAK BERCUTI LAGI, CUMA TERUJA TENGOK ORANG NAK BERCUTI.

    ReplyDelete
  45. bila kita memberi kita senyap2 ek... dan selepas itu, kita tak kira bajet kita plaks, kan... itulah ikhlas (serba sedikit). susah nak dapat tu. selalunya lepas beri can senyap, tapi balik kang dok bajet balik belek-belek, melainkan kalu ikhlas tapi takat 50 sen singgit dua inggit jer, hahaha, resam

    ReplyDelete
  46. tangan yang memberi, lebih baik dari yang menerima


    ------------------------

    tp sya pernah tertipu dengan seorang makcik
    muka sangat kesian
    kata baru sampai dari kampung, pergi rumah anak tp tak ada dirumah

    nak balik kg tak ada duit,sya bagilah dia duit untuk tiket sbb kesiankan..

    esoknya bila sya ke sana lagi, terjumpa lagi makcik ni dan dia sedang mengenakan orang lain.

    kesimpulanya adalah

    jerat tak pernah lupa pada pelanduk
    tp pelanduk terlupa adanya jerat

    ReplyDelete
  47. Sedar atau tidak, semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita akan terima semula. Apatah lagi jika konsep memberi itu disusuli dengan ikhlas. Ikhlas tu dalam hati, bukan di mulut, jadi tiada siapa yang tahu kecuali ALLAH Taala. Sebab tu yang memberi dengan ikhlas ALLAH akan tambahkannya dengan lebih lagi...

    ReplyDelete
  48. bagi salah tak bagi pon salah, hui serba salah dibuatnya

    ReplyDelete
  49. Selamat Hari raya Uncle..

    jumpa online pada hari Raya ketiga..
    koh koh koh..

    ReplyDelete
  50. dulu memang liat nak bagi..
    tapi setelah terbiasa..

    Insya Allah..kita takkan berkira..

    ReplyDelete
  51. ONE ZABA

    BARANGKALI JUGA. TAKUT KETINGGALAN ZAMAN KAN.

    ReplyDelete
  52. MAKSU

    KALAU MAKSU DI BERI PILIHAN, RM10 RIBU TAK IKHLAS ATAU RM100 IKHLAS. MANA SATU NAK AMBIL ?

    ReplyDelete
  53. SAYANGSAYANGIBU

    BATUL. TANGAN YANG DI ATAS LEBIH BAIK DARI TANGAN YANG DI BAWAH.

    SAYA RASA SETIAP DARI KITA ADA PENGALAMAN TERTIPU. SAYA SENDIRI BANYAK KALI. ADA SEKALI TU, DIA BERJALAN TERENGSOT2 MASA MINTA SEDEKAH, DI HARI YANG LAIN SAYA TERSEREMPAK RUPANYA DIA BOLEH BERJALAN.

    ReplyDelete
  54. Beri pada yg sepatutnya menerima & seikhlas mungkin. Kadang2 tertipu, itu di luar bidang kuasa diri, hanya Allah SWT yg dapat membalasnya.

    ReplyDelete
  55. kita tak payahla bercuti... biar budak-budak je .

    ReplyDelete
  56. salam,

    tangan yang di atas tu lebih mulia dari tangan yang di bawah..

    cuma kekadang fikir beberapa kali juga sebab yang meminta tu muda sihat walafiat tetapi bersangka baiklah mungkin dia ada penyakit dalaman yang kronik..

    ReplyDelete
  57. bg sy, ikhlas tu bila tgn kiri kita tak tau pun yg tgn kanan kita ada memberi...

    .
    .


    hulur tgn kanan, tgn kiri simpan belakang,


    .
    .

    sbb nak garu belakang bdn.. ihihihi

    eh eh eh... :P

    ReplyDelete
  58. Kena ikhlas memberi..jika tidak ikhlas yang memberi tidak akan dapat apa2..yang menerima sahaja akan mendapat..

    ReplyDelete
  59. DYNA

    TERIMA KASIH KERANA SINGGAH. DAH MALAM BARU DAPAT JAWAB.

    ReplyDelete
  60. KUASAI MINDA

    SETUJU. ALLAH AKAN TAMBAH REZEKI KITA MELALUI JALAN YANG TIDAK DI SANGKA2.

    ReplyDelete
  61. CEMOMOI

    KALAU DUA2 SERBA SALAH, BAIK BAGI !

    ReplyDelete
  62. ALVIN

    TAK KISAHLAH KALAU BERKIRA, JANJI BERI !

    ReplyDelete
  63. AUJINZ

    HARI RAYA KE TIGA ONLINE ? KAT MANA ?
    FB KE ? IKHLAS KE TAK IKHLAS ? HEHE

    BAGUSLAH SEKARANG AWAK DAH TAK LIAT LAGI ! HEHE

    ReplyDelete
  64. DINAS

    TERTIPU TAK APA .. KITA TAK RUGI APA-APA SEBALIKNYA ORANG YANG MENIPU ITU YANG BAKAL RUGI BESAR!

    ReplyDelete
  65. ABU MUAZ

    PASAL NAK LAYAN BUDAK2 LAH KENA BERCUTI. LETIH TAU !

    ReplyDelete
  66. PENJEJAK MAYA

    SALAM KEMBALI.

    SAYA KALAU TENGOK ORANG TU SIHAT WALAFIAT TU, MEMANG TAK BERI PUNYA.

    BOLEH BACA SINI ENTRI YANG BERKAITAN:

    http://al-lavendari.blogspot.com/2010/06/mintak-dua-hinggit.html

    ReplyDelete
  67. KTS

    SAYA KALAU NAK GARU BELAKANG, CARI DINDING ATAU TIANG. BARU PUAS. KALAU DENGAN TANGAN TAK TERGAPAI SEMUA AREA.

    ATAU PUN MINTA ORANG LAIN TOLONG GARUKAN.

    ReplyDelete
  68. RELEVAN

    BETULLAH TU .. KALAU TAK BERI, MANA ORANG NAK DAPAT.

    ReplyDelete
  69. ikhlas..yg saya pernah dgr masa ceramah,ialah apabila kita tak ingat langsung pemberian kita tu...selagi kita dok ingat,apalagi dok ungkit..tak ikhlas namanya

    ReplyDelete
  70. selalunya saya Tak Ikhlas no5 bila ada orang meminta2 derma ..tapi mereka diturunkan segerombolan dari sebuah van...atau pakcik buta bertongkat yang dipimpin oleh orang yang berlainan tiap2 malam..dan akan dikutip menaiki kenderaan sesudah meng-cover suatu kawasan...
    .
    musykil....

    ReplyDelete
  71. saya ikhlas komen kat sini walaupun dah lambat dan mengantuk...anak raja nye urusan..penat!!

    ReplyDelete
  72. KAMSIAH

    MEMANG BETUL LAH TU. TAPI SOALNYA TERBUATKAH OLEH KITA INSAN BIASA INI ?

    ReplyDelete
  73. DRSINGA

    SAYA PUN BEGITU .. INGAT LAGI TAK ENTRI SAYA YANG BERTAJUK "MINTA DUA HINGGIT" ?

    ReplyDelete
  74. MENTIBANG LAUT

    GAMBAR TERBARU AWAK INI, MENAKUTKAN SAYA. IKHLAS SAYA CAKAP ! HEHE

    ReplyDelete
  75. Salam Tuan Haji...

    Ikhlas tu sikit atau banyak terletak dihati..... ikutlah kemampuan... jangan ikut hati... nanti mati... ye tak tuan haji selamat hari raya..

    ReplyDelete
  76. ATIE

    SALAM KEMBALI.

    YA JANGAN IKUT HATI .. NANTI MATI.

    IKUT ATIE TAK APA !

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.