Monday, September 6, 2010

SIKSANYA NAK MENCARI EPOK-EPOK YANG SEDAP !


Ini bukan gambar hiasan. Ini adalah gambar epok-epok yang saya beli

Hari Sabtu lalu saya di ajak Makngahnya singgah PARAM kat Stadium Paroi. Nak tambah lauk sikit katanya sebab malam tu saya berbuka nasi Arab lauk kambing kat surau. Dia malas nak masak banyak. Sebab kat rumah, saya sorang jer yang makan banyak.

Terlanjur dah sampai, saya pun bercadang nak beli kuih epok2 itu. Ada orang panggil Badak Berendam, ada yang panggil kueh Sepang. Tak kesahlah. Apa ada pada nama. Kalau tak sedap, tak sedap jua. Dah dua kali saya beli kueh tu, di dua tempat yang berbeza. Dukacita di maklumakan bahawa rasanya adalah mengecewakan. Banyak masuk tong sampah dari yang dimakan.  Kali ini  tidaklah mengecewakan sangat, tapi tak dapat menandingi kelazatan epok-epok buatan arwah Mak saya. Semoga rohnya aman di sana.

Mulanya saya hampir2 berputus asa dan kecewa kerana selepas berjalan dari satu gerai ke satu gerai dan menghampiri gerai terakhir, kueh tu tidak juga berjumpa.  Saya macam dah nak menangis  berpatah balik, tiba-tiba ternampak kueh itu di gerai yang terakhir dalam deretan gerai2 di PARAM itu.  Lalu saya pun belilah.


Pengajarannya: Kita jangan cepat berputus asa sebelum habis berikhtiar. Entah-entah rezeki kita, Allah letak di hujung sekali, kerana mungkin Allah sengaja nak menguji kesabaran dan istiqamah kita dalam berusaha.

.......................................................................................

Sub-entri: Rezeki Ramadan.




Sebentar tadi saya terima pemberian sebuah kek lapis dan
sekeping kad raya kiriman seorang kawan dari Sarawak.
Terima kasih atas ingatan beliau kepada saya.

.................................................


kad raya dari keluarga 4S :  suhaimi, suziyanti, sarah dan syimir 




terima kasih sz | m.s.s

.

59 comments:

  1. ooo epok-epok namanya. ingatkan keropok berendam tadi.


    biasanya org yg sabar akan selalu ada ganjaran untuknya

    ReplyDelete
  2. kat param tg ipoh ada jual kuih sepang ni, biasanya sedap intinya, inti kelapa bergula anau..
    selalu beli memang tak mengecewakan...

    ReplyDelete
  3. lorr..yg saya tau epok2 tu karipap..huhu!

    ReplyDelete
  4. Salam Kanda AL...

    Eh... setahu saya, epok2 tu adik beradik sepusat sepusing dengan karipap! Makngah mesti pandai buat yang sedap, kan? :)

    Sudilah ambil kad raya kat rumah saya tu, ya... :)

    ReplyDelete
  5. epok2 yg kite tahu tu rupenye mcm karipap tp inti sayur...ini rupanya badak berendam ye...

    saya ni kategori sabar jugak...asyik berjalan sebab tak jumpe2...(eh dah ke laut perginye heheh)

    ReplyDelete
  6. Salam TH..
    lama jugak saya tak makan epok2 sayur ni terasa ingin le pulak :)

    ReplyDelete
  7. saya ingat kuih akok td, tuan haji..tp mmg saya panggil badak berendam..msih ramai org beratur nak beli popia k.kangsar tue, tuan haji???

    ReplyDelete
  8. MRPENYUBIRU

    TAPI HARI TU SAYA NYARIS HILANG SABAR .. NASIB BAIK PUASA !

    ReplyDelete
  9. IBUINTAN

    MALAM TADI DAH ADA ADIK BAWA DARI KAMPUNG. DIA BELI KAT JUASSEH. SEDAP. TAPI MASIH TAK SAMA MACAM ARWAH MAK BUAT.

    ReplyDelete
  10. MAKDARA TERDIVA

    TULAH SAYA CAKAP, MACAM2 GELARAN ORANG PANGGIL. TU BELUM DALAM BAHASA CINA ATAU SIKH ATAU MAT SALEH. HEHE

    ReplyDelete
  11. KAKCIK

    SALAM KEMBALI.

    SEJAK DARI KECIL, ITULAH NAMA YANG SAYA TAHU. MAKNGAHNYA TAK BERAPA PANDAI NAK BUAT, SEBAB KUEH NI TAK ADA KAT PERLIS. SEBENARNYA DIA BELUM CUBA LAGI.

    TERIMA KASIH ATAS KAD ITU. NANTI SAYA PERGI AMBIL.

    ReplyDelete
  12. GADIS BUNGA

    ORANG KATA SABAR ITU SEPARUH DARI SABARIAH .. SAYA PUN DAH KE LAUT NI. HEHE

    ReplyDelete
  13. AKUANAKPAHANG

    SALAM KEMBALI. YANG DALAM GAMBAR TU, BERINTIKAN KELAPA. KAT TEMPAT AWAK ADA JUAL TAK ?

    ReplyDelete
  14. ROM

    MEMANG ADA ORANG BERATUR NAK BELI POPIAH TU. TAPI TAK LAH PANJANG SANGAT. RASANYA TAK SAMPAI 10 ORANG KOT. GERAI BADAK BERENDAM YANG SAYA BELI NI SEDERET LAH DENGAN ORANG YANG JUAL POPIAH TU.

    ReplyDelete
  15. Macam tu rupanya kuih epok-epok. bertambah lagi pengetahuan saya.

    ReplyDelete
  16. DINAS ALDI

    LAAA .. BARU TAHU ! ITU PANGGILAH ORANG KAMPUNG SAYA LAH.

    ReplyDelete
  17. salam ayahanda
    sihat??
    ooo ini rupanya epok2..
    baru kenal =)

    ReplyDelete
  18. Epok epok..dulu2 kawan ingat epok2 ni spesis keropok..rupanya bukan..

    ReplyDelete
  19. alahai, buatkan sy teringat kat arwah mak sy, huhuhu

    di sini maksu nak amek kesempatan nak memohon kemaafan dan mengucapkan salam syawal, salam ceria.

    ReplyDelete
  20. macam belum pernah lagi makan kuih epok-epok ni. tak dapat nak bayangkan sedap dia macamana.. hehe =)

    ReplyDelete
  21. kadang-kadang, yg buat rasa lebih kecewa, bila kuih tu nampak sedap, tapi rasa takda..

    bersangka baik saja lah.. org yg buat tu berpuasa..

    ReplyDelete
  22. Salam uncle,

    Saya pun tahu epok-epok tu karipap sayur. tu yg terkejut sekejap tgk gambar ada kuah-kuah..hehe

    ReplyDelete
  23. sey panggil tu kuih sopang bang. bukan sopak yer. tapi kat ttj ada jual. pasar mlm hr selasa tiap2 minggu mmg ada. makcik yg jual tu muka dia masammmm giler. tapi kuih dia sumer sedap2 belaka.

    ReplyDelete
  24. begitu juga susahnya nak cari mertabak yg sedap walaupun ramai yg menjualnya.

    ReplyDelete
  25. saya tak pernah makan kuih ni. Nak try sket =P

    ReplyDelete
  26. mula2 tguk wajah 'epok2' tadi terkejut gak..nape epok2 gitu rupanya..kalu kt melaka atau johor epok2 ni mcm popia cuma bezanya kulit dia mcm karipap tp intinya sayur2an dan sy mng pakar buat epok2 tu..
    epok2 yg sdr AL ckpkan td saya pangil badak berendam..zaman la ni mng payah nk cari yg sedap dn berkualiti...yg penting inti dan kuahnya santan ori tidak dicampur tepung jagung..

    ReplyDelete
  27. pakngah
    badak berondam tu
    kue kesukaan kami sekeluarga
    terutama ayah

    ReplyDelete
  28. CHEQNA

    KAT TEMPAT AWAK TAK ADA KE KUEH MACAM NI ?

    SELAMAT BERKENALAN DENGAN EPOK2.

    ReplyDelete
  29. RELEVAN

    LEMAH BETUL SUBJEK ILMU ALAM AWAK NI. HEHE

    ReplyDelete
  30. MAK SU

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU. SAMA2LAH KITA BERMAAF-MAAFAN.

    SEMOGA BERGEMBIRA DI HARI RAYA.

    ReplyDelete
  31. ASADA RYUTARO 1 & 2

    MUNGKIN DIA ORANG TAK ADA ISO ATAU MANUAL. TENGOK MEKDI ATAU KFC, SAMA SAHAJA RASANYA, BILA2 MASA DI MANA2.

    EPOK2 TU RASANYA SEJIBIK MACAM KUEH BADAK BERENDAM !

    ReplyDelete
  32. MISZ SEPHIA

    DAH HILANG TERKEJUT. TADI KAT SURAU, DIA ORANG KATA KUIH SEPANG BASAH.

    ReplyDelete
  33. TIJAH

    TAK KESAHLAH MUKA DIA MASAM JANJI KUEH SEDAP, BUKAN SEBALIKNYA.
    IBUINTAN KATA KAT PARAM TANJUNG IPOH PUN ADA. BUKAN IPOH YA !

    RASANYA SENANG LAGI NAK PERGI TG IPOH SEJAK ADA HAIWEI BARU NI !

    ReplyDelete
  34. ONE ZABA

    MEMANG BETUL. TU SEBAB BILA ADA SATU GERAI KUEHNYA SEDAP, AKAN BERATUR ORANG UNTUK MEMBELINYA.

    MULALAH GERAI LAIN CEMBURU !

    ReplyDelete
  35. EIRA EIXORA

    BOLEH .. TAPI SAYANGNYA TAK BOLEH POS KAT AWAK .. TAKUT BASI !

    ReplyDelete
  36. IDALARA

    ITU KUEH TRADISI MELAYU. MEMANG SUSAH NAK CARI RASA YANG ASLI. DEKAT2 SIKIT PUN TAK APALAH.

    SAYA BELUM PERNAH JUMPA APALAGI MAKAN EPOK2 SAYUR. RUPANYA ADA LAGI MAKANAN YANG SAYA TAK TAHU.

    ReplyDelete
  37. SAYANG2IBU

    TAPI BUDAK2 SEKARANG, DIA ORANG TAK BERAPA SUKA MAKAN. ELOK JUGA SEBAB BOLEH MAK DAH AYAH DIA MAKAN TANPA GANGGUAN.

    ReplyDelete
  38. Tahun lepas beraya di kedah
    tahun ini beraya di jengka
    puasa sudah zakat pun sudah
    beraya kita hindari prasangka

    Lupakan sengketa bermaafan
    dari hujung rambut ke hujung jari
    halalkan kata-kata mana yang termakan
    sesama muslim jauhi cakar-mencakari

    ReplyDelete
  39. salam tuan..
    rasanya saya
    belum pernah makan
    lagi epok-epok ni??
    guane lah rasanya
    gamak??

    ReplyDelete
  40. rasa cam pnah makan tapi dah makan tahun tak makan

    sabo bab makan eelok juga nanti kempunan plak

    ReplyDelete
  41. siksanya nak mencari epok2 yg sedap??

    .
    .


    .
    .

    klu nak cari donat yg sedap, sy boleh tolong :D


    tumpang tanya, epok2 ni dr sagu ke ?? mcm pernah tgk.. mcm pernah rasa.. tp tak tau la kuih yg sama ke tak...

    ReplyDelete
  42. Assallamualaikum,

    Begitu rupanya epok-epok.
    Kat Kedah di panggil apa eh kuih ni..Nak kena cari juga ni.

    Selamat Hari Raya!

    ReplyDelete
  43. suka juga dengan badak direndam nih. sesekali oklah nak makan...kalau teringin sangat, tapi kalau hari-hari...tak larat!! Kolestrol naik.

    p/s : macam confuse dengan kuih puteri mandi.

    ReplyDelete
  44. Salam THJ...

    Kali pertama tengok kueh ni..

    Kalau berpeluang ke sana nanti, mahu juga merasanya..

    ReplyDelete
  45. rezeki kalau dah tersurat takkan kemana ya.

    ReplyDelete
  46. bagi saya epok2 ni mcm karipap tapi inti sayuran..yang macam ni tak pernah saya makan lagi..nanti kena cuba ni..TQ, bertambah la sejenis lagi kueh tempatan dlm senarai' hv to try' saya ni..

    ReplyDelete
  47. ZULKBO 1


    "puasa sudah zakat pun sudah"

    .. PUASA BELUM SUDAH TAU !


    halalkan kata-kata mana yang termakan

    .. SAYA RASA TAK ADA YANG TERMAKAN !

    ReplyDelete
  48. ZULKBO 2

    SALAM KEMBALI.

    RASANYA SEBIJI MACAM KUEH BADAK BERENDAM ! HEHE

    ReplyDelete
  49. CEMOMOI

    LAMA BETUL AWAK TAK MAKAN KUEH NI ! KATANYA KAT TANJUNG IPOH ADA JUAL. DENGAR BETUL2 .. BUKAN IPOH TAPI TANJUNG IPOH KAT KUALA PILAH. HEHE

    ReplyDelete
  50. KTS

    DONAT TAK PAYAH TUNJUKLAH JUAL KAT MANA. KAT GLOBE SILK STORE PUN BANYAK JUAL.

    EPOK2 INI DI BUAT DARI TEPUNG BUKAN SAGU. TEPONG APA, ENTAH. YANG PASTINYA BUKAN DARI TEPUNG SAGU ATAU PUN TEPUNG PELITA. PUAS HATI ?

    ReplyDelete
  51. NADZ

    KAT KEDAH TAK TAHULAH ADA KE TAK ADA. TAPI KAT PERLIS SAYA TAK PERNAH JUMPA.

    KALAU SAYA PERGI NAT BILA BALIK KE PERLIS, SAYA SUKA BELI TEPUNG BUNGKUS.

    ReplyDelete
  52. AZKETOM

    KUEH PUTERI MANDI, JAUH BEZANYA. DIA KECIK-KECIK, DAN BERKUAH BANYAK.

    INI SATU LAGI KUEH, YANG SAYA LANGSUNG TAK JUMPA SEPANJANG BULAN RAMADAN.

    ReplyDelete
  53. ABD RAZAK.

    SALAM KEMBALI.

    KALAU NAK DATANG NANTI, BERITAHU AWAL2, BOLEH SAYA USAHAKAN MENCARINYA.

    ReplyDelete
  54. ABU MUAZ

    BETUL, TAPI KENA CARI JUGA !

    ReplyDelete
  55. HANI

    KALAU ORANG PANDAI BUAT MEMANG SEDAP. YANG PENTING INTINYA KENA SEDAP. MESTI CUBA, TAPI JANGAN SELALU. NANTI MEMUDARATKAN KESIHATAN.

    ReplyDelete
  56. salam tuan haji..sila ambil kad raya sy utk tuan haji di entri sy pg nie...

    ReplyDelete
  57. ROM

    SALAM KEMBALI.

    SAYA DAH AMBIL DAN MASUKKAN DALAM DRAF. NANTI SEKEJAP LAGI SAYA PUBLISH. TUNGGUUUUUU!

    TERIMA KASIH ATAS INGATAN ITU.

    ReplyDelete
  58. eh !

    kiter panggil badak berendam !

    susah nak jumpa jumpa inti yang sedap sebab orang dah tak guna kelapa muda lagi..kelapa hampas kottt...

    ReplyDelete
  59. IKAN EMAS

    BETUL CAKAP AWAK. MUNGKIN BUKAN HAMPAS TAPI RASA MACAM HAMPAS.

    INI KES NAK UNTUNG BANYAK ATAU KES TAK TAHU NAK BUAT, TAPI NAK BUAT JUGA !

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.