Ustaz pun pandai melawak. Tapi lawak mereka ada mesej dan berkisar tentang agama.
Lawak Satu
Ustaz cerita, ada orang tanya dia:
"kalau pergi ke Mekah kita tak kena tukar salam ke Ustaz ?"
"kalau pergi ke Mekah kita tak kena tukar salam ke Ustaz ?"
"kenapa pulak", Ustaz tanya balik.
"Salam Satu Malaysia boleh guna ke ?" - orang itu jawab sambil bertanya.
Lawak Dua.
Ustaz cerita dia pernah lihat ada orang sembahyang sambil meniarap dalam kapalterbang dalam perjalanan ke Mekah, lalu Ustaz bertanya:
"Kenapa awak sembahyang macam itu ? "
"Kan ke Ka'bah kat bawah. Tak kan Ustaz tak tahu pulak ", jawab orang itu.
Lawak Tiga.
Ustaz cerita dia pernah lihat ada orang sembahyang, sebelah kakinya atas simen dan sebelah lagi atas sejadah.
Ustaz tanya orang itu:
"kenapa kaki kiri tak letak atas sejadah sama ?"
"Masa ambil sembahyang tadi, saya sempat basuh kaki kanan jer, air dah habis" jawab orang itu.
Lawak Empat.
Ustaz cerita dia pernah lihat ada orang angkat tangan masa Takbiratulihram cuma setakat bahu sahaja. Setelah orang itu selesai sembahayang, Ustaz pun bertanya:
"kenapa tak angkat tangan sampai aras telinga"
"Kan ke saya angkat tangan sampai aras telinga tadi" - jawab orang itu.
Gambar Hiasan - Ihsan Google
Mesejnya.
Kita kena belajar, kalau tak tahu. Dan kalau tak faham, tanya. Jangan main tafsir-tafsir sendiri.
.
Memang ada jenis yang bodoh sombong.. tak tahu tapi enggan bertanya..
ReplyDeletedah ramai orang brasa bule beri pendapat pasal agama tu yang susah tu
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletesaya ada satu lagi...
"sahke sembahyang kalau pakai tali leher?"
Assalamualaikum Ustaz..pagi pagi sudah buat lawak yer?..
ReplyDeletehe..he..he..malu bertanya sesat jalan..tp dlm bab2 agama better bertanya...kalau tak sampai ke sudah kita tetap salah...
ReplyDeleteitulah sikap manusia yang tak mahu bertanya, jangan berlagak pandai walhal diri sendiri tak pasti tindakan yang dibuatnya betul ke idak.
ReplyDeletesalam satu malaysia. hehehhehe
ReplyDeletesalam tuan haji..
ReplyDeletelawak2 jugak tapi lawak berisi.... 100% sokong tak tau bertanya dan belajar.....tq lawak yang membina
malu bertanya sesat jalan
ReplyDeleteayahanda sihat????
lawaknya tuan tanah ni...
ReplyDeletezaman skrg byk ruang utk belajar. kalau malu nak bertanya bukak la internet. semua maklumat ada..
ReplyDeletesalam tuan AL,
ReplyDeleteminta dijauhkan sikap sombong cenggini ...
salam THJ, semoga sihat selalu
ReplyDeleteanak murid tak mengantuk - ustaz buat lawak
ustaz mengantuk - anak murid tergelak
macam cikgu Sha'ari (masam-masam manis)...
entry terbaru saya untuk THJ...dah baca lom...?
senyum kojap...
ReplyDeletelawak, sinis, sindirian yg membina..
tak tak tau jangan memandai..
byk kes orang yg bodoh sombong
Hahhahahaha.. penuh makna...
ReplyDeleteSalam THJ...
ReplyDeleteDalam berlawak gitu, ada mesej yang perlu kitak ambil kira, iaitu salah satunya, perkara ibadah bukan boleh main ikut jer, kena berguru dengan orang yang faqih dalam agama...
Salam Tuan Haji...
ReplyDeleteOrang tu MALU bertanya ke..atau BERLAGAK pandai..
hahaha!!!
ReplyDeleteustad pun kene buat lawak supaya pendengar ceria dan awet muda sentiasa. :D
KAKCIK
ReplyDeleteYANG SEBENARNYA DIA TAK TAHU YANG DIA TAK TAHU. DIA INGAT DIA TAHU. KALAU DIA TAHU YANG DIA TAK TAHU, PASTI DIA AKAN BERTANYA. UNTUK TAHU SAMADA KITA TAHU ATAU TAK TAHU, KENA BELAJAR.
WALLAHUA'LAM.
CEMOMOI
ReplyDeleteBAGUSLAH KALAU DAH RAMAI BOLEH BERI PENDAPAT ASALKAN IANYA BETUL DAN TIDAK SESAT ATAU MENYESATKAN.
RELEVAN
ReplyDeleteALAIKUMSALAM. SAYA BUKAN USTAZ. SAYA CERITA TENTANG CERITA USTAZ. CERITA USTAZ ITU TERSIRAT MAKNA.
AHMAD HUMAIR
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
KALAU PAKAI TALI LEHER SAHAJA, TAK SAH. KALAU PAKAI KOPIAH SAHAJA PUN TIDAK SAH. HEHE
GISMO82
ReplyDeleteKADANG2 KITA MALU BERTANYA SEBAB TAKUT ORANG PANDANG RENDAH KAT KITA. BETUL KATA AWAK TU, KALAU MALU BERTANYA SAMPAI KE SUDAH KITA TETAP SALAH.
MIDONZ
ReplyDeleteBETUL .. JANGAN MALU BERTANYA KALAU KITA TIDAK TAHU ATAU TIDAK FAHAM. LANTAKLAH APA ORANG NAK KATA. KADANG2 ORANG YANG MENGATA ITU PUN DIA BUKANNYA TAHU SANGAT.
MONALEA
ReplyDeleteSALAM ITU HANYA UNTUK KITA SAMA-SAMA ORANG MALAYSIA.
ATIE
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
BAGUSLAH AWAK TIDAK MENGANGGAPNYA HANYA SEKADAR LAWAK.
TETAPI JANGAN BERTANYA KEPADA SEMBARANGAN ORANG. SELIDIK DULU LATARBELAKANGNYA. SEBAB KALAU SILAP BERTANYA, LAGI SESAT KITA DI BUATNYA.
Entri ini buat saya tersenyum..
ReplyDeleteKadang-kadang punca segala masaalah berpunca daripada silap pemahaman dan salah tafsiran..
CHEQNA
ReplyDeleteSESAT DI HUJUNG JALAN BALIK KE PANGKAL JALAN. KALAU TAKUT SESAT DI PANGKAL JALAN, GUNA GPS. HEHE
SAYA SIHAT WALAFIAT ADANYA.
ABU MUAZ
ReplyDeleteBUKAN LAWAK SAYA, SAYA HANYA PENCERITA SAHAJA.
MENTIBANG LAUT
ReplyDeleteADA JUGA PELAJARAN YANG KITA KENA BERGURU. KALAU BELAJAR SORANG2, TAKUT TERSILAP. CONTOHNYA BELAJAR TAJWID. KENA ADA GURU DENGAR DAN BETULKAN.
AANAS
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
BETUL .. TAK RUGI BERSIFAT MERENDAH DIRI DAN TAK ADA UNTUNGNYA MENYOMBONG DIRI.
RKA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
DALAM PADA USTAZ BUAT LAWAK TU PUN ADA JUGA YANG TERMENGANTUK.
NANTI SAYA BACA ENTRI TERBARU ITU. DAN SAYA KOMEN DI SANA.
IKAN EMAS
ReplyDeleteKALAU CERDIK PUN TAK PERLU SOMBONG JUGA. APALAGI KALAU TAK CERDIK. TAPI ADA KE ORANG RASA DIRI DIA TAK CERDIK ?
WEBMASTER@ECHAM
ReplyDeleteHANYA JAUHARI YANG MENGENAL MA'NIKAM BUKANNYA JOHARI MENGENAL MANIAM. HEHE
ABD RAZAK
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SANGAT BETUL APA YANG UST CAKAP ITU. SEMAKIN BANYAK SAYA BELAJAR, SAYA RASA SEMAKIN BANYAK YANG SAYA TIDAK TAHU.
ULAMA2 DULU BERSUSAH PAYAH MENGARANG KITAB, HINGGAKAN ADA MEMBUJANG SAMPAI KE MATI, KITA NAK BACA PUN MALAS. KADANG2 SAYA RASA BERSALAH JUGA BERBLOG INI SEBAB BANYAK BUKU2 UGAMA YANG BELUM HABIS DI BACA.
KAKWAN
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
MUNGKIN DIA RASA DIA BETUL AGAKNYA. ATAUPUN DIA BUAT PEMAHAMAN SENDIRI BERDASARKAN ILMU YANG SEDIKIT.
SANGAT BAHAYA. BOLEH SESAT DAN MENYESATKAN.
GADIS BUNGA
ReplyDeleteUSTAZ BUAT LAWAK UNTUK ELAKKAN PELAJAR2 VETERAN DARI MENGANTUK.
UNCLE DAH JAWAB KOMEN ALONG DALAM ENTRI LAMA UNCLE.
salam tuan haji,
ReplyDeleteentry yg betul betul menyedarkan saya.slalu kita rasa amalan kita btol,lagi2 amalan yg kita rasa dh lama kita buat berterusan.kena tegur skali,kekdg sedar kekdg ssh nk sedar.
ANIF
ReplyDeleteSAYA SETUJU. LEBIH BESAR MASALAH SILAP FAHAM DARI TIDAK FAHAM. KALAU TIDAK FAHAM, BOLEH DI PERJELASKAN. TETAPI KALAU SILAP FAHAM, AMAT MERBAHAYA SEBAB KITA INGAT DIA BENAR2 FAHAM.
ihikss..sabarrr je la lawak ustaz2 nih... mesti ada juga kes kisah benar tu....
ReplyDeleteWAK
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
KADANG2 "TO UNLEARN" LEBIH SUSAH DARI "TO LEARN" SEBAB IA SUDAH JADI HABIT DAN SEBATI DALAM JIWA KITA.
SZ|MSS
ReplyDeleteUSTAZ2 NI SEBENARNYA CUBA NAK SAMPAIKAN MESEJ SECARA HALUS DAN BERSENI. MAKLUMLAH PELAJAR2NYA SUDAH VETERAN BELAKA. NANTI ADA PULAK YANG TERASA.
laawak la Uncle...suke baca lawak yg pendek2 cam nih...ilang ngantok saya...tq...
ReplyDeletehaha! lawak la ustaz tu..tu sbb ade pepatah..malu bertanya sesat jalan..
ReplyDeletetapi kalau banyak tanya pun menyampah gak kan... :)
Kita kena belajar, kalau tak tahu. Dan kalau tak faham, tanya. Jangan main tafsir-tafsir sendiri- mesej yg sgt berguna
ReplyDeletesalam Tuan..
ReplyDeletebetul tu,kena selalu
belajar..lawak penuh
bermakna ustaz tu yek?
"SALAM ITU HANYA UNTUK KITA SAMA-SAMA ORANG MALAYSIA".
ReplyDeleteDapat pahala ke, salam macam tu Tuan Haji?
".... KADANG2 SAYA RASA BERSALAH JUGA BERBLOG INI SEBAB BANYAK BUKU2 UGAMA YANG BELUM HABIS DI BACA".
No komen...
panjang telinga kanns..
ReplyDeleteJika lebih tahu akan lebih byk yang tak tahu...macam2 pe'el manusia nie. :)
ReplyDeletesalam akhi Hamzah...
ReplyDeleteada lagi satu ungkapan...
pandai tak leh nompang (ilmu)
bodoh tak nk dengar cakap org.....
he he he
Bertambah koleksi cerita lawak saya datang ke blog tuan kali ini.
ReplyDeleteHa..ha..dah lama tak ketawa dari pembacaan.
pandai ustaz ni buat lawak...
ReplyDeleteustaz tu taknak anak murid yg duduk paling belakang terlelap tu..
dalam bab agama tak tau eloklah bertanya, jangan main hentam sendiri saja, tambah-tambah lagi bab solat yang wajib dilakukan setiap hari
EMME
ReplyDeleteKALAU NGANTUK .. TIDURLAH. TAPI JANGAN SAMPAI ORANG TAHU AWAK TIDUR. HEHE
MAKDARA
ReplyDeleteSAYA JUGA MENYAMPAH KALAU ORANG TANYA BENDA YANG SAMA BERULANG-ULANG KALI DALAM SATU MASA. MAKNANYA DIA TAK AMBIL PERHATIAN APA YANG KITA CAKAP.
SANI
ReplyDeleteKALAU NAK BERTANYA, TANYALAH PADA YANG TAHU .. KALAU SILAP TANYA, KITA PUN BOLEH HANYUT SAMA.
ZULKBO
ReplyDeleteSAMPAI MATI PUN KITA TAK AKAN HABIS BELAJAR. CONTOHNYA UNTUK BERBLOGGING INI, MASIH BANYAK LAGI SELOK BELOK YANG KITA KENA PELAJARI.
DI SAMPING ITU PENEMUAN DAN TEKNOLOGI BARU MUNCUL SETIAP MASA.
NIDUS2
ReplyDeleteNO KOMEN .. SAYA PERCAYA ORANG YANG BERTANYA LEBIH TAHU AKAN JAWAPANNYA.
EN_ME
ReplyDeleteUNTUNG DIA ... TAK PAYAH ANGKAT TANGAN TINGGI2 UNTUK CECAH TELINGA. HEHE
AKUANAKPAHANG
ReplyDeleteKITA TAK KAN DAPAT TAHU SEMUA. TAPI KITA MESTI TAHU APA YANG PATUT KITA TAHU. KALAU YANG PATUT KITA TAHU PUN KITA TAK TAHU, TAK TAHULAH APA NAK JADI.
UMMI HUMAIRA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
KALAU BEGITU .. DUA-DUA TAK BERI APA-APA MANFAAT KEPADA ORANG !
Kalu bab belajar ni memang tak abih-abih. Selagi tua selagi tu banyak lagi tak belajar...
ReplyDeleteada yag jenis bodoh sombong tapi ada yg jenis memang bodoh... pada kita dia bodoh.. pada dia, dia tak bodoh...
ReplyDeletepakcik dah pi pakistan atau india atau afrika ka belum?
jgn lupa bawak ubat heart-attack atau migraine...
CKLAH
ReplyDeleteDAH BANYAK KOLEKSI LAWAK SAYA .. DAH SAMPAI SIRI KE 19. KETAWA JUGA SATU TERAPI JIWA.
IBUINTAN
ReplyDeleteTERLELAP JUGA. BILA ORANG TERGELAK, KITA PUN TERTANYA2 DAN MINTA KAWAN ULANG.
ELOK BERTANYA KEPADA ORANG BERILMU AGAR KITA TIDAK SILAP ATAU WAS-WAS DALAM BERIBADAH.
AZIEAZAH
ReplyDeleteBETUL TU .. KATA ORANG, KITA BELAJAR DARI DALAM BUAIAN HINGGA KE LIANG LAHAD.
AHKAKBATIK
ReplyDeleteINDIA DAN PAKISTAN BELUM SAMPAI. TAPI ORANG INDIA DAN PAKISTAN DAH SAMPAI KE TEMPAT PAKCIK. KAT SINI PUN KITA TENGAH MIGRAINE SEKARANG DENGAN KERENAH MEREKA.
AFRIKA SELATAN PERNAH SAMPAI. PERGI TENGOK SAFARI.
ada org tanya ustaz, bole tak jawab telefon masa solat
ReplyDelete.
.
ramai yg gelak .. sy pun gelak juga.. lawak betul soalan tu (kononnnya)
.
.
kemudian cerita kat kawan... tapi kawan tak gelak..
.
.
rupa2nya benda yg lawak bg kita, mungkin tak lawak bg org lain
.
.
rupa2nya benda yg kita ingat semua org tahu, mungkin sbnrnya ramai juga yang tak tahu
.
.
rupa2nya kawan sy ingat boleh jawab telefon masa solat... apakah??
:D
lawak ilmiah tu baik kan pakngah...
ReplyDeleteustaz kalau tak buat lawak nanti majlis suram dan yg tertidur pun ramai...
Saya suka lawak yang kedua, solat sambil meniarap...tak terfikir pula lawak macam tu.
ReplyDeleteApapun, lawak dan bahan gurauan ni kita kena ambil sebagai satu bentuk hiburan ringan sahaja. Jangan hingga mempersendakan sesuatu...
memang lawak keh keh keh!!!
ReplyDeleteKTS
ReplyDeleteKADANG2 MEMANG ADA SOALAN TU NAMPAK MACAM TAK PATUT DITANYAKAN. MISALNYA KALAU BUDAK TAHUN 6 TANYA 2 KALI 5 BERAPA ? WALAUPUN DIA MUNGKIN BENAR2 TIDAK TAHU, TAPI SEPATUTNYA SOALAN ITU TIDAK DITANYAKAN OLEH BUDAK YANG SUDAH BERADA DI TAHUN 6. JADI SEPERTI YANG PERNAH SAYA KATA
"BILA KITA TAK PERNAH BERTANYA, ORANG ANGGAP KITA TAK CERDIK. TETAPI BILA KITA MULA BERTANYA, SAHLAH ANGGAPAN ORANG YANG KITA CERDIK"
LANA BULU
ReplyDeleteTAPI SAYA JUGA PERNAH BEBERAPA KALI MENDENGAR USTAZ BUAT LAWAK AGAK MELAMPAU SEHINGGA KE TARAF LUCAH.
WALAUPUN NIAT DIA BAIK, TAK NAK BAGI ORANG TIDUR, TAPI CERITA YANG DI BAWA TIDAK SESUAI.
KUASAI MINDA
ReplyDeleteYO LAH TU !
ISMAIL FITRY
ReplyDeleteGELAK, GELAK JUGAK !
malu bertanya sesat jalan kan....
ReplyDeleteketawa saya baca entri ini. Tapi tulah, malu bertanya memang sesat jalan. Di sebalik lawak ada maksud yang tersirat tu...
ReplyDelete