Monday, August 23, 2010

MENCHOLEK DAN SEMBAHYANG TASMIH DI KOTA BHARU.

1. Pengenalan.

Pagi hari Rabu minggu lepas  saya ke Kota Bharu, Kelantan bukan atas urusan peribadi. Aduh Saleha  malasnya. Tapi oleh kerana S.Y.M.P .. harus pergi juga.  Kerana itu minggu lepas saya berada di Sibuk Tahap 1.


Gambar 1. Kat KLIA untuk menaiki keretapi  pesawat.

2.  Belum "check-in" dah shopping.

Dalam perjalanan dari airport Kota Bharu, kami diberitahu  bilik di hotel belum siap. Lalu kami buat keputusan nak menengok-nengok dulu.


Gambar 2. Kedai batik ni tempat pertama kami tengok-tengok
 sebelum pergi ke Rantau Panjang.
Saya tertarik dengan kehalusan dan keindahan ukiran perahu itu.

Di Rantau Panjang saya tak beli apa-apa. Gerai-gerai menjual barang (kebanyakkan dari Siam) nampak lesu tanpa pengunjung. Penjual cuba memujuk untuk membeli barang mereka. Kadang-kadang tu rasa nak beli, bukan sebab perlu tetapi sebab kasihan melihat mereka. Apa jadi kalau seharian tiada siapa yang membeli. Alangkah beruntungnya saya -  hujung bulan, duit masuk. Hujan ke,  panas ke, banyak kerja ke, tak ada kerja ke,  duit tetap masuk. Syukur.

Baliknya singgah pasar Buluh Kubu, belilah batik sehelai dua. Makngahnya pesan baju kelawar see thru. Oleh kerana masa ini bukan musim cuti sekolah, memang mewah dengan layanan. Saya dilayan oleh 5 orang Che Meks. Tunjuk saja kain atau baju mana, habis dibuka dan diperagakan. Saya larang supaya tidak membuka terlalu banyak. 

 "Tak po, abe" jawab mereka.



3. Berbuka dengan 99 jenis makanan.

Walaupun sebelum ini saya pernah buat entri malas nak berbuka puasa kat hotel, nampakanya tak dapat nak elakkan. Saya agak ada tak kurang 99 jenis makanan - pelbagai kueh mueh, lauk pauk, buah-buahan, minuman dsb. Tetapi tidak ada satu pun, yang kena dengan tekak saya kecuali buah rambutan seperti yang kawan saya makan tu. Masa ini teringat masakan Makngahnya.


Gambar 3. Berbuka puasa di hotel ditepi suangai Kelantan.

4. Terawih di Masjid Muhammadi

Malamnya saya terawih kat masjid Muahammadi. Jalan kaki saja dari hotel ikut lorong belakang kedai. Terasa aman sebab tak nampak budak-budak berpeleseran. Selepas azan Isyak ada kira 20 minit lagi baru sembahyang. Kira sempatlah jemaah yang belum mandi tu, mandi dahulu atau yang berniaga memuktamadakan jual beli mereka.


 Gambar 4: Lepas 8 Rakaat saya pun balik. Dan ramai juga yang balik.

5. Mencolek selepas Terawih

Malam pertama saya selepas terawih saya di jemput untuk pergi “mencholek”. Sebelum ini saya tidak tahu apa maksud mencolek itu. Rupanya pergi makan-makan makanan ringan seperti gambar di bawah. Dia orang kata, aktiviti mencholek ini memang menjadi satu kegiatan yang popular selepas terawih di Kelantan.


Gambar 5: Rupa makanan yang di maksudkan.
Sebut "cholek" tu kena sengaukan sikit.


Gambar 6: Antara bahan-bahan untuk di cholek.

6. Sembahyang "Tasmih"

Dalam pelaksanaa tugas saya, ada kalanya saya harus menemuduga pelanggan-pelanggan saya. Ada seorang anak muda  saya perhatikan hitam dahinya seperti kebanyakan dahi orang yang kuat sembahyang. Saya tanya kenapa dahinya hitam.

“Sembahyang tasmih” jawabnya.

Seumur hidup saya tak pernah lagi dengar sembahyang "tasmih". Selepas dijelaskan oleh rakan dari Kelantan baru saya tahu sebenarnya anak muda itu  "sembahyang atas simen”. Saya dengar macam sembahyang tasmih jer. Saya tidak dibolehkan menyiarkan gambar anak muda itu disini.

7. Dengar Ceramah Politik

Semasa check in nak balik kat airport, kami diberitahu kapalterbang MAS lewat 2 jam. Lalu kami buat keputusan nak pergi dengar ceramah politik. Tak perlu rasanya saya cerita apa yang diceramahkan. Jalan menuju ke situ dipenuhi peniaga yang menjual bermacam barang seperti pakain, perhiasan diri, makanan dsb. Orang yang menendengar ceramah duduk bersila dibawah khemah di atas jalanraya. Sayang saya tak boleh berlamaan disini kerana harus ke airport untuk balik ke KL. cuma sempat beli sebuh kopiah dan sebuah raja akok. 



Gambar 6: Para pendengar ceramah sedang khusuk mendengar ceramah.

8. Apa yang di beli.

Antaranya saya beli baju batik, baju bukan batik,  kain untuk dibuat baju, kopiah, kueh akok, cekmek molek, murtabak raja, cream puff, serunding (sambal) daging dan ayam.


Gambar 7:  Raja akok berbanding akok biasa.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sub entri: Rezeki Ramadhan.

Petang Sabtu balik dari kelas, sebaik memasuki rumah hidung saya sudah terdengar terbau yang amat menyenangkan. Jiran depan rumah beri. Punyalah banyak. Terpaksalah memanjangkan sedekah kepada orang lain kerana kalau saya nak makan sekeluarga memang tak habis. Isinya cukup tebal dan tiada ulat dan enak sekali. Syukur.



Gambar 8: Mirin, cucu saya yang pertama (setakat ini)
telah dipaksa oleh atuknya menjadi model bersama buah durian..
.

70 comments:

  1. Nak komen pasal durian dulu... Huhuhu.. sedap nampaknya!!! :)

    Suami kakcik juga akan ke Kelantan minggu depan, InsyaAllah - semata-mata memenuhi jemputan berbuka puasa. Huhuhu lagi sebab tak boleh nak ikut!!! :(

    ReplyDelete
  2. bestnya makngah bila pakngah tetap teringat air tangan isterinya walaupun dijamu pelbagai juadah...heheee...

    ReplyDelete
  3. salam..duk hotel mane, tuan haji??? mesti marbeles smpi ada 99 buah lauk kan..mencholek tue mcm mengeteh ya?? huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. Ni le pertama kali saya dengar pasal sembahyang 'tasmih' tu. Tak pasti sama ada itu adalah istilah bahasa kolokial, atau penuturnya menyebut (sembahyang atas simen) terlalu cepat, atau penuturnya sengau agaknya...

    Apapun, raja akok dalam gambar tu memang nampak menyelerakan...

    ReplyDelete
  5. salam ayahanda
    wah..ke negeri cik mek molek nampaknya..
    akok kedut???pernah dengar??hehehehe

    ReplyDelete
  6. lamanya dah tak makan cholek.. hampir 5 tahun! bila la baru dapat jejak lagi ke kelantan..

    yg pasal 'sembahyang tasmih' tu, adakah 'tasmih' tu bermaksud 'atas simen' dalam loghat kelantan? hurmm.. ke ada solat yg d namakan solat tasmih?

    cam masih segar bonar buah durian tu. baru angkat dari kebun jiran tu ke?

    ReplyDelete
  7. akok tu kueh pilihan berbuka kami setiap hari....

    kueh lain memang jarang kami beli...

    sedappppp sekali bila dimakan, tapi kalau terlebih makan boleh hilang kaki tangan terkena kencing manis...

    hehehe...

    kat sana hubby ain cakap kiuh muih murah giler. kalau akok satu ringgit boleh dapat 5 bijik.....

    kat paka ni, dua ringgit baru dapat 3 bijik...

    huhuhu...

    ReplyDelete
  8. KAKCIK

    MANA ADA DURIAN TAK SEDAP KAK CIK OI !

    RUGINYA KALAU TAK IKUT. KAKCIK RENGEKLAH AGAR DAPAT IKUT. SAYA RASA SERONOK SANGAT DAPAT PERGI KELANTAN, WALAUPUN PADA MULANYA AMAT MALAS NAK PERGI.

    ReplyDelete
  9. Wahh.. Padat dengan aktiviti. Patutlah tahap kesibukan berada pada tahap 1 :)

    ReplyDelete
  10. SZMSS

    YE LAH, KITA DAH KAWIN 30 TAHUN .. DAH SEBATI. MAKNGAHNYA DAH TAHU SUKATAN ASAM GARAMNYA.

    ReplyDelete
  11. ROM

    SALAM KEMBALI. SAYA DUDUK HOTEL GRAND RIVERVIEW. MEMANG BILIK SAYA PUN DAPAT VIEW SUNGAI.

    AGAKNYA MENCHOLEK TU MACAM MENGETEH JUGALAH. SAYA SELALU MENGOPI TAPI BUKAN DALAM EXAM. HEHE

    ReplyDelete
  12. Kanda AL..

    kakcik yang tak nak ikut. Kesian kat anak-anak, lainlah kalau bukan bulan puasa. Dia pergi petang, balik malam. Mana boleh lama-lama tanpa bawa isteri. Hehehe.. (^_*)

    ReplyDelete
  13. KUASAI MINDA

    YANG SEBENARNYA PENUTURNYA BERCAKAP DENGAN CEPAT DALAM LOGHAT KELANTAN.

    RAJA AKOK MEMANG SEDAP SEHINGGA TERGIGIT JARI !

    ReplyDelete
  14. CHEQNA

    SALAM KEMBALI CHEQNA. SAYA TAK SUKA AKOK KEDUT. SAYA SUKA AKOK LICIN. TAPI AKOK LICIN, MAKNGAHNYA PULAK CEMBURU. HEHE

    ReplyDelete
  15. ASADA RYUTARO

    SENANG JER NAK PERGI, NAIK JER KAPALTERBANG, BAS, KERETA DAN KERETAPI PUN BOLEH. HEHE

    SEMBAHYANG TASMIH TU ADALAH SEMBAHYANG ATAS SIMEN YANG DISEBUT DENGAN CEPAT DALAM LOGHAT KELANTAN.

    MEMANG DURIAN ITU SEGAR DARI LADANG JIRAN.

    ReplyDelete
  16. AIN

    BETUL KE AKOK KALAU MAKAN BANYAK BOLEH HILANG KAKI TANGAN ? UNCLE RASA TAK LAH MANIS SANGAT. MUNGKIN SEBAB UNCLE DAH MANIS KOT ! HEHE

    UNCLE TAK TAHU AKOK KECIK TU BERAPA HARGANYA SEBIJI. TETAPI RAJA AKOK TU BERHARGA RM3.50 SEBIJI.

    AIN TAK PANDAI BUAT SENDIRI KE ?

    ReplyDelete
  17. ANIF

    TAPI MINGGU NI DAH OK SIKIT. BOLEHLAH JAWAP KOMEN DENGAN CEPAT DAN LAWAT BLOG KENGKAWAN NANTI.

    ReplyDelete
  18. KAKCIK LAGI

    KALAU GITU TAK YAH LAH HUHUHU !

    ReplyDelete
  19. wah tuan haji benar2 sibuk nampaknya, sama sibuk tugas dan shoping...

    walau ke mana mak ngahnya sentiasa ada (dlm ingatan)..

    ReplyDelete
  20. Salam abg.

    Itulah untungnya org makan gaji. Panas atau hujan hatta ribut salji sekalipun kat Msia ni, cukup bulan masuk gaji.

    Kalau berniaga atau kerja sendiri mcm saya ni, tak tentu lagi.

    Tapi sedangkan burung keluar pagi perut kosong tapi balik petang perut berisi, inikan pula kita yg diberi akal. InsyaAllah rezeki Allah ada di mana2.

    Maaflah kalau mcm emo sikit huhuhu

    ReplyDelete
  21. Ada keseronokan berjalan di bulan puasa walaupun malas.

    ReplyDelete
  22. doyan tu memang sodap

    bang, kalu nak tengok sampan yang comei tu suruh dorang bawak kat kampung nelayan pantai sabak

    kat situ ada satu restoran terapung kat jambatan tok kassim... berbaloi-baloi makan kat situ

    ReplyDelete
  23. best nye akok tuh...hoh...sedappp~

    >_<

    ReplyDelete
  24. bab masak memasak mak ain yang terror, ain terror makan jer...

    kalau dapat akok yang kurang manis dan gebusss kira bertuah sangat, tapi mostly mesti manis sampai rasa nak tercekik tekak....

    tak tau harga??? ni mesti main tunjuk dan terus bayor jer...

    hehehe...

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah..
    Murah rezeki nya.
    Tengok tajuk, ingatkan mencholek tu macam cuit makanan ckit.(sebab dlm bhsa swk, 'culit' tu cuit makanan skadar rasa.)hihi..
    Lebih macam makan bsar rupanya.

    ReplyDelete
  26. IBUINTAN

    MEMANG TERKEJAR2 SEBAB MASA TAK BANYAK. TUGAS YANG RASMI TU TETAP DISEMPURNAKAN DENGAN SEBAIKNYA.

    KESEMPATAN YANG SEDIKIT TU DIGUNAKAN SEPENUHNYA UNTUK MEMBELI BENDA2 YANG TAK ADA ATAU YANG SANGAT MAHAL KAT SEREMBAN.

    ReplyDelete
  27. HAMIZAH

    ORANG KLATE RUPONYO DEMO NI!

    JADI TAK CAKAP KELANTAN SAYA ?

    ReplyDelete
  28. YB

    SALAM KEMBALI.

    ORANG GOMEN NI, KALAU KERJA SETENGAH MATI PUN, GAJI BANYAK ITU JUGA. MEREKA TAK PERNAH MIMPI UNTUK MEMILIKI KAPALTERBANG. TAK MACAM ORANG KORPORAT ATAU BEKERJA SENDIRI.

    APA-APA PUN REZEKI MASING-MASING TELAH DITENTUKANNYA. KALAU BUKAN REZEKI KITA, DALAM MULUT PUN BOLEH TERJATUH.

    ReplyDelete
  29. POK LI

    DI ZAMAN NABI DULU MEREKA BERPERANG MENENTANG MUSUH DENGAN MENAIKI UNTA DAN KUDA DI BULAN PUASA. KITA NAIK KAPALTERBANG PUN MALAS. TAK PATUT.

    TAPI KALAU DIBERI PILIHAN, MEMANG SAYA CUBA ELAKKAN BERPERGIAN DI BULAN PUASA (KECUALI PERGI KELANTAN). HEHE.

    ReplyDelete
  30. CEMOMOI

    APASAL AWAK LAMBAT SANGAT CAKAP ?
    TAK APA LAIN KALI BOLEH PERGI.

    ReplyDelete
  31. DYNA

    MEMANG SEDAPPP ! ORANG KATA NAK BUAT AKOK TU TAK SUSAH, TAPI NAK BAGI SEDAP TU YANG SUSAH.

    ReplyDelete
  32. AIN

    MEMANG BENAR UNCLE MAIN TUNJUK JE. YANG ITU 10, YANG ITU 4, YANG ITU 6 DAN SETERUSNYA. LEPAS TU TANYA 'BERAPA SEMUA'

    ReplyDelete
  33. RED

    INI ORANG KELANTAN KENA TOLONG JAWAB NI. RASANYA MACAM MOREH LAH KALAU KAT SINI, TAPI MOREH BERBAYAR !

    ReplyDelete
  34. JEJARI HALUS

    BETULLAH TU, MAKAN SIKIT-SIKIT. MASING2 DENGAN LIDI/GARFUNYA. GAMBAR TU BUKAN SAYA MAKAN SORANG.

    ReplyDelete
  35. salam singgah Tuan,
    saya ingat colek tu kejenye macam celup-celup dan makan...

    ReplyDelete
  36. salam,

    walaupun duit gaji kita setiap bulan masuk tapi yang berniaga tu lazimnya lebih lumayan pendapatannya..

    ReplyDelete
  37. Tak ada cuba minum 'air tuak' kelantan Che' Hamzah?

    ReplyDelete
  38. Salam Bang HAMZAH > tengok rambutan teringin, tengok durian laaagi teringin.

    uishhh masa ni ler terfikir, ngaper la saya tak dok berjiran dgn Bang Hamzah? hehehehe

    ReplyDelete
  39. Salam,
    Blog walking dari blog en.me. Herm, nice blog. Bestnye g Kelate. Saya sejak puasa tak berkesempatan lagi balik kelate.

    ReplyDelete
  40. Beruntung Mak Ngahnya dapat Pak Ngah, dihadap sampai 99 jenis masakan pun tetap terkenang masakan Mak Ngah nan satu. Suami mithali gelarannya..

    ReplyDelete
  41. FIDDEOMAR

    SALAM KEMBALI. TEPAT SEKALI DESKRIPSI AWAK ITU. TERIMA KASIH KERANA SINGGAH KALI PERTAMA DAN TINGGALKAN JEJAK. DAH ELOK DEMAM NANTI, DATANGLAH LAGI YA.

    ReplyDelete
  42. PENJEJAK MAYA.

    SLAM KEMBALI.

    BUKAN SEMUA ORANG BERNIAGA LUMAYAN PENDAPATANNYA, BANYAK JUGA YANG RUGI. SEBALIKNYA ORANG KERJA KERAJAAN TAK PERNAH RUGI.

    ReplyDelete
  43. CKLAH

    TAK TERINGIN PULAK. TAK TAHU KENAPA. MUNGKIN SEBAB TAK BOLEH MINUM WAKTU SIANG MASA HARI TENGAH PANAS KOT !

    ReplyDelete
  44. AZIEAZAH

    BANYAK LAGI LOT KOSONG KAT KAWASAN PERUMAHAN SAYA NI. KALAU AWAK BERHAJAT BOLEH DATANG TENGOK.

    ReplyDelete
  45. EIRA

    SALAM KEMBALI.

    ORANG KELATE RUPANYA. RAYA NANTI BALIK TAK ?

    TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH KALI PERTAMA.

    ReplyDelete
  46. DAMAI IMPIAN.

    MAKNGAHNYA PUN BERUNTUNG DAPAT PAKNGAHNYA. SAMA-SAMA UNTUNG MAA !

    TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH KALI PERTAMA.

    ReplyDelete
  47. Salam THJ..

    Suka saya tgk gambar yang tuan haji ambik dari pintu masjid tu..indah nampak dalam masjid tu..

    ReplyDelete
  48. sedap ke akok tu? IM sempat singgah pantai cendering...

    ReplyDelete
  49. agh!! akok!!!

    terasa nk balik ganung la plok..

    [smayang tasmih. hehehe..]

    ReplyDelete
  50. salam..

    hehehehe..
    pandai bercerita,,
    sy senyum je k..

    ReplyDelete
  51. very nice blog..
    next time dtg kb give me a call, nnti kalau nak dapatkan makanan tradisi kelantan boleh i tunjukkan yg 'the best in town'.
    Rantau panjang mmg la gitu kalau bukan di musim cuti, lenggang saja.
    hehehe...tak kisah la betul ke salah istilah collek tu..small matter jer.
    terima kasih kerana singgah di blog saya tu.salam kenal.

    ReplyDelete
  52. salam...buat pertama kali dengar sembahyang tasmih..ingatkan sembahyang apa.....saya kalau ke Kelantan...kurang faham bahasa @ tak reti bahasa !

    ReplyDelete
  53. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI. MEMANG INDAH DAN MENDAMAIKAN SUASANA DI DALAM DAN DI LUAR MASJID ITU. DAN BILA DENGAR BACAAN IMAM MUDA, LAGI TERKESAN DI JIWA.

    ReplyDelete
  54. INSAN MARHAEN

    IKUT SELERA SAYA MEMANG SEDAP. NAK BUAT SENDIRI TAK RETI.

    PANTAI CENDERING TU KAT KELANTAN KE ?

    ReplyDelete
  55. ORANGLIDI

    KAT TERENGGANU ADA JUGA JUAL AKOK KE ? AKOK KEDUT KE AKOK LICIN ? HEHE

    ReplyDelete
  56. ALVIN

    SALAM KEMBALI. NAK LUMBA LARI DENGAN AWAK MEMANG TAK LARAT. APA LAGI .. CERITA JER LAH ! HEHE

    ReplyDelete
  57. HANI

    TERIMA KASIH ATAS KOMEN DARI ORANG KELANTAN SENDIRI.

    TENTANG EJAAN TU TAK APALAH. TAPI TENTANG SEBUTAN TU, SAYA CUBA TAK MAHU MENJADI. DIA ADA 'SABDU' DAN JUGA 'IDGHAM'.

    BILA SAYA GI KELANTAN LAGI, SAYA AKAN CALL. INSYAALLAH.

    ReplyDelete
  58. SONATA

    MEMANG SAYA PUN TAK BERAPA FAHAM. TAPI KALAU NAK BELI APA2, MAIN TUNJUK2 JER.

    SEMBAHYANG TASMIH TU MUNGKIN FASAL SURAUNYA DAH PENUH, TU SEBAB DIA TERPAKSA SEMBAHYANG ATAS SIMEN.

    ReplyDelete
  59. tu durian D24 ke tu? sedap tu..

    ReplyDelete
  60. ooooo..agaknye yg dahi hitam2 tu sebab semayang tasmih la yer??? :)

    ReplyDelete
  61. GISMO

    YE LAH KOT. TAK ADA PULA DIA TULIS DURIN KLON APA, BELASAH JER LAH. TENTANG RASANYA TAK USAH CERITALAH. SEMUA ORANG TAHU RASA DURIAN MACAM PERIA KAN !

    ReplyDelete
  62. MAKDARA

    MUNGKIN JUGA "TASPAN" ( ATAS PAPAN ). HEHE.

    ReplyDelete
  63. Antaranya saya beli baju batik, baju bukan batik, kain untuk dibuat baju, kopiah, kueh akok, cekmek molek, murtabak raja, cream puff, serunding (sambal) daging dan ayam.


    muat bagasi?? :D



    .
    .

    sayo doh baco sumo komen balah awok kat entri dulu.. teghimo kasih la deh :D

    ReplyDelete
  64. KTS

    TAK MUAT. KENA JINJING DALAM BEG PLASTIK. MINTA KAWAN TOLONG BAWAKAN.
    "BIAR MENYESAL BELI JANGAN MENYESAL TAK BELI"

    ReplyDelete
  65. Betulla Mirin tu cucu yg pertama. Tak perlu kot letak perkataan "setakat ini" cos rasa2nya sampai bila2 Mirin akan kekal jadi cucu pertama.

    hehe

    Jgn Marah ye, nanti kurang pahala puasa!

    ReplyDelete
  66. Pk cik , hotel Grand River View eyh ?

    ReplyDelete
  67. NUNU

    BETUL .. UNCLE SUKA HOTEL TU, DEKAT DENGAN MASJID, PASAR BULUH KUBU DAN PASAR SITI KHADIJAH.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.