"Aku terimalah nikahnya Norijan binti Masri
dengan maskahwinnya seribu ringgit, tunaiiiii"
Peristiwa itu berlaku 30 tahun dahulu. Hari ini genaplah perkahwinan saya selama 30 tahun dengan isteri saya sekarang. Hanya dialah satu-satunya isteri saya sejak 30 tahun lalu hingga ke hari ini.
Saya hanya tumpukan cerita sebelum kahwin dan diawal perkahwinan sahaja. Kalau nak cerita semua, seminggu tak habis.
Kami berkenalan semasa Makngahnya menghadiri kursus pendek untuk guru2 tadika pada tahun 1979 di Wisma Belia, Kuala Lumpur. Tak lama, lebih kurang seminggu je kursus tersebut. Pesertanya ramai juga. Rasanya dekat 40 orang. Di antara ramai-ramai tu, entah kenapa dengan dia saya berkenan.
Semasa itu, saya adalah salah seorang pegawai yang ditugaskan menguruskan kursus tersebut. Tugas mengurus tersebut saya laksanakan dengan penuh dedikasi dan diteruskan sampai sekarang tetapi kepada Makngahnya seorang sahajalah.
Semasa itu, saya adalah salah seorang pegawai yang ditugaskan menguruskan kursus tersebut. Tugas mengurus tersebut saya laksanakan dengan penuh dedikasi dan diteruskan sampai sekarang tetapi kepada Makngahnya seorang sahajalah.
Cerita sambil tengok gambar lagi seronok. Gambar 1, 2 dan 3 sangat meninggalkan kesan kepada saya.
Gambar 1: Program malam terakhir yang diaturkan oleh peserta kursus.
Mula-mula dia orang kenakan seorang pegawai tempat saya bekerja.
Saya seronok mentertawakan dia.
Gambar 2: Tak lama kemudian giliran saya pula dikenakan.
Saya tarik Makngahnya ketengah dewan.
Gambar 3: Akhirnya kita nyanyi lagu "geylang si paku geylang" ..
kalau tak silap sayalah !
Gambar 4: Makngah bersama dengan sebahagian dari rakan sekursusnya.
Gambar 5: Lawatan Makngah dan rakan-rakannya ke pejabat Encik Hamzah. Sila jangan ketawakan fesyen rambut, tali leher, seluar dan kasut saya.
Gambar 6: Kemudian Makngahnya balik ke negeri dia (Perlis)
seraya menurunkan ilmu yang telah dipelajarinya.
Gambar atas Makngahnya sedang beraksi dengan anak2 muridnya.
Entah apalah yang dikelentongnya tu !
Dipendekkan cerita perkenalan singkat selama seminggu itu, berterusan dengan fb, sms, emel, surat menyurat dan sesekali melalui telefon dan seterusnya risik merisik, pinang meminang dan akhirnya berkahwin. Kalau dijumlahkan semua pertemuan saya dengan Makngahnya dari mula berkenalan sehingga berkahwin (iaitu dalam tempoh kira-kira setahun setengah), boleh dikira dengan jari. Saya berkahwin pada 15 Ogos 1980 (bukan dalam bulan puasa).
Pada masa itu saya bertugas di Kuching, Sarawak. Dapat cuti kahwin hanya 5 hari sahaja. Kita berkahwin dan bersanding pun simpel-simpel jer ! Selepas berkahwin saya pun bawalah dia berpindah ke Kuching, Sarawak. Anak kami yang pertama lahir di sana.
Pada masa itu saya bertugas di Kuching, Sarawak. Dapat cuti kahwin hanya 5 hari sahaja. Kita berkahwin dan bersanding pun simpel-simpel jer ! Selepas berkahwin saya pun bawalah dia berpindah ke Kuching, Sarawak. Anak kami yang pertama lahir di sana.
Gambar 7: "Boleh harap ke orang sebelah aku ini" -
Agaknya itulah yang sedang Makngahnya fikir dan renungkan.
Gambar 8: Staf kat pejabat tolong aturkan majlis kecil
di rumah sewa saya untuk meraikan perkahwinan kami.
Untuk mereka datang ke Semenanjung pada masa itu,
al-makum sahajalah.
Gambar 10: Di tebing sungai Sarawak yang mengalir lesu bersama
Pak dan Mertua serta saudara yang mengunjungi kami di Kuching
bila Makngahnya dah dekat nak bersalin.
Nun diseberang tu kelihatan bangunan kediaman TYT,
"Fort Margherita" dan pejabat saya.
(Orang yang membelakangkan kamera itu bukan saudara mara saya)
Gambar 8: Staf kat pejabat tolong aturkan majlis kecil
di rumah sewa saya untuk meraikan perkahwinan kami.
Untuk mereka datang ke Semenanjung pada masa itu,
al-makum sahajalah.
Gambar 9: Saya bekerja di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak
di Tingkat 3, bangunan di belakang tu.
Gambar 10: Di tebing sungai Sarawak yang mengalir lesu bersama
Pak dan Mertua serta saudara yang mengunjungi kami di Kuching
bila Makngahnya dah dekat nak bersalin.
Nun diseberang tu kelihatan bangunan kediaman TYT,
"Fort Margherita" dan pejabat saya.
(Orang yang membelakangkan kamera itu bukan saudara mara saya)
(Gambar selingan )
Gambar 11. Kami datang kembali dengan 3 orang anak
kira-kira 22 tahun kemudiannya.
kira-kira 22 tahun kemudiannya.
Tebing sungai sudah dinaik taraf dan menjadi begitu cantik sekali.
Gambar 12: Makngah dengan kengkawannya semasa di Kuching.
Hubungan kita sesama pegawai dari Semenanjung
amat rapat sekali. Jumlah kita pada masa itu pun
tak ramai macam sekarang. Boleh lagi kenal semuanya.
Gambar 13: Sempat juga kelab pejabat kami pergi melawat staf sepejabat semasa Sambutan Gawai Dayak. Masa itu saya jadi pengerusi kelab.
Rupanya ada lagi orang Sarawak yang tak pernah sampai ke rumah panjang.
Gambar 14: Ditepi pantai Sun Two Bonk @ Santubong.
Kira bulan madu kamilah.
Maaf gambar terpaksa dikelabukan.
Tak sesuai sangat untuk tontonan zaman sekarang.
Faham-faham sahajalah pakaian waktu itu.
Tepi pantai pulak. Sekarang dah tak buat lagi macam tu.
Makngahnya memang pandai masak. Apa benda yang dia masak semuanya sedap. Masak lemak cili api, sedap. Masak kari, sedap. Masak kurma, sedap. Masak asam pedas, sedap. Yang tak sedapnya kalau dia tak nak masak. Itu sebablah muda2 lagi dulu saya dah dapat pingat PJK (Perut Jauh Kedepan) selain dari malas eksesais. Kalau ada pun eksesais, setakat main karom dan dam aji sahaja.
Selang beberapa purnama, saya mendapat tawaran untuk bekerja di Washington D.C. Rezeki Makngah agaknya.
Gambar 15: Saya tinggal di Divine Street, McLean, Virginia.
Saya bekerja di Washington D.C.
Hari-hari berulang menyeberangi Sungai Potomac.
Saya bekerja di Washington D.C.
Hari-hari berulang menyeberangi Sungai Potomac.
Macam orang duduk Selayang kerja KL lah lebih kurangnya.
Masa tu susah nak cari makanan halal waktu 'lunch'.
Saya pun bawa bekal .. sampailah sekarang.
Masa tu susah nak cari makanan halal waktu 'lunch'.
Saya pun bawa bekal .. sampailah sekarang.
Gambar 16: Baru balik dari majlis sambutan hari raya
yang dibuat di rumah seorang kawan.
Masa pergi penuh bekas, masa balik bawa bekas kosong,
sebab makanan yang dibawa dah habis kena belasah dek kengkawan !
Gambar 17: Tengah lepak-lepak kat rumah kawan.
Mat Saleh tu kawin dengan orang Melayu.
Hubungan kita sesama
masyarakat Malaysia amat erat dan mesra sekali.
Nenek sebelah kanan Makngah tu adalah nenek kami
yang datang bersama kami dari
Gambar 18: Masa kat US, ramai juga kengkawan yang
tumpang rumah saya. Misalnya Dato' Johari Abdul,
sekarang MP kawasan Merbok yang mengalahkan
Zainudin Maidin. Dia tumpang rumah saya kira-kira
sebulan sementara menunggu pertukarannya ke Los Angeles.
(Gambar Selingan)
Gambar 20: Gambar terbaru kami semasa majlis pertunangan
Kakngahn anak kedua kami pada bulan April lalu.
"Ya Allah berikan kami kesihatan tubuh badan, dimurahkan rezeki, dijauhkan dari sebarang mudarat, tetapkan iman kami dan perpanjangkanlah kasih sayang dan umur kami, agar dapat kami terus melaksanakan amanah Mu membesarkan anak-anak kami yang telah Kau kurniakan serta dapat menerus dan memperbanyakkan lagi amal ibadat kami kepada Mu ya Allah. Amin"
......................................................................................................
Gambar-Gambar Selingan.
Anaknya tertidur ...
Ayahnya terlelap ...
Emaknya terlena ... shhhh !
..
.
"Di antara ramai-ramai tu, entah kenapa dengan dia saya berkenan." --> Cinta pandang pertama la tu :)
ReplyDeletehehehe..memang sy dah tergelak pun tguk fesyen rambut 30 tahun(masa tu usia sy sweet 17th)dulu...ngeeehehe..
ReplyDeleteps patutpun terpikat..makngahnya mng cun habis!
salam tuan haji,
ReplyDeleteselamat ulangtahun perkahwinan yg ke 30..semoga berkekalan bahagia hingga ke akhir usia...
cinta pandang pertama yang moga kekal selamanya..
keenseman tuan terserlah dr dulu dan kini,hehehe...salam dan tahniah pada makngah juga
**tambahan..
ReplyDeleteSelamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 30..muga kekal abadi dalam kebahagiaan di dunia dan bersama jua di akhirat" aminnn...
epy 30th anniversary uncle~
ReplyDeletemak ngah maintain cun lah~
>_<
salam tuan Hj..alhamdulillah..dah bersama selama 30 tahun..selamat ulangtahun perkahwinan,.semoga terus berkekalan kebahagian hingga kehujung nyawa..
ReplyDeletetahniah.... yang penting persefahaman kan
ReplyDeleteKeputusan Liga Inggeris
hepi anibeseri... :)
ReplyDeleteOwhh Tuan ,
ReplyDeleteso sweets.. rasa besh baca n3 ini .
Tahniah ! tentu MakNgah tersenyum , hati berbunga riang hari ini .
lalalala
waaahh.. teruja membaca. cam kisah cinta pandang pertama yang sangat happy ending..
ReplyDeletesemoga bahagia ke akhir hayat bersambung bawak ke syurga.. =)
Selamat Ulangtahun perkahwinan ke 30..
Slmt ulangtahun perkahwinan..........wah! makngah nyer cantik n comeii orgnyer.... :)
ReplyDeleteSalam Kanda AL..
ReplyDeletesemoga terus berpanjangan dalam keadaan berkasih sayang ke akhir hayat masing-masing. Amin untuk doa diakhir catatan itu. :)
assalamualaikum pakcik,
ReplyDeleteselamat menyambut ulangtahun ke 30.. moga berkekalan hingga ke akhir hayat ya..
maintain dengan makngah je tau.. takleh tambah dah maklong ke maklang ke makteh ke.. hehehe..
salam ayahanda
ReplyDeleteselamat ulangtahun perkahwinan ke 30
se,oga kekal bersama bahagia hingga hujung nyawa
terasa diawang awangan bila baca n3 ini..
tahniah ayahanda dan bondanya mak ngah =)
Encik Al
ReplyDeleteSalam Ramadhan & Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 30. Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin
Selamat ulang tahun, semoga dimurahkan rezeki,kesihatan yang baik, panjang umur dan diberkati. Amin.
ReplyDeletetali leher tu tak biasa la pakai tapi seluar bellbottom tu memang fesyen IM la tu.
ReplyDeletekalau pakai dengan terompah pun orang tak perasan.
semoga semuanya berkekalan hingga akhir hayat
ReplyDeleteerm sweet nye kisah ni..tersenyum kambing saya sorang2 bace entry ni.mak ngah maintain cantik walaupun dah berusia.pak ngah pun sama..errr..kacak..bukan cantik okay. :)
ReplyDeletehappy 30th anniversary pakngah n makngah.semoga berbahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat..amin...
sungguh klasik..
ReplyDeletesgt indah masa lalukan..
semoga Tuan Hamzah kekal bersama isteri buat selamanya..
amin..
suka baca..somaga kekal ke hujung nyawa..
ReplyDeletehappy anniversary bang. semoga diberkati sentiasa.
ReplyDeletehari ni makngah masak special apa agaknye bang?
Salam TH.
ReplyDeleteAsyik saya nengok gambo lelama TH ceria betul masa dulu2 yaa.. semoga jodoh kekal keakhir hayat jua :)
* selamat berpuasa.
Salam Tuan Hamzah,
ReplyDeletenostalgia betul kalau tengok fesyen dolu2 , hehehe. Selamat menyambut ulangtahun yang ke-30
selamat menyambut ulang tahun ke 30 AL dan selamat menjamu selera waktu berbuka nanti.Panjang cerita, boleh dapat A kalau cikgu tadika tu baca. huhu..
ReplyDeleteSelamat ulang tahun perkahwinan....Alhamdulillah. Semoga kebahagiaan berkekalan...
ReplyDeleteSalam al-lavendari
ReplyDeleteAlhamdulillah. Selamat ulangtahun perkahwinan ke 30! Semoga Allah sentiasa menyayangi sdr sekeluarga. Seronoknya kenang sejarah hidup, terutama babak2 dgn Makngah tu. Tup, tup, tup kini dah bermenantu pula.
Bila tengok rambut Ketua Rumah tu, saya jadi rindu rambut selebat itu dgn warna yang macam tu!
Salam,
ReplyDeleteKita ni sama2 pasangan lama. LF lebih sikit je - - senior 8 tahun. Makngah LF sorang (sama kita) - 1 Isteri 1 Malaysia !
Gambar masa akad nikah tu suatu sejarah - - kena simpan baik2.
LF ucapakan selamat menyambut ulang tahun perkahwinan. Moga terus kekal bahagia hingga akhir hayat. Amin !
SALAM RAMADHAN Tuan Haji..tahniah atas ulangtahun ini dan kejayaan anak-anak tuan haji..terharu sy tgk kesemua gambar itu dan terus refleks kepada kedua ibubapa saya dan mertua saya...
ReplyDeletesemoga tuan haji kan terus sukses baik dalam kerjaya mahupun keluarga..
Selamat Ulangtahun Perkahwinan dan Salam Ramadan
ReplyDeleteMula2 sekali, selamat hari ulangtahun **teringat lagu 70an Hail Amir dengan janggut seciput dia tu** hehe
ReplyDeleteMakNgah masih maintain ayu dan lembut orangnya..tapiiii...PakNgah tu dah tak hensem sebab rambut dah tak berketak ketak macam dolu2...heheheeeeeeeee.....
Selamat ualngtahun perkahwinan ke 30 tahun ( harap ni la sekali saja saja ulangtahun pertama ke kedua..ke 30 ke ...ingat tau !)
ReplyDeletesalam kat KakNgah yang cun !
ngeeeee...hebat makngah punya jaga ..daripada sekilo dah jadi berpa kilo sekarang ???
salam,
ReplyDeleteklasik betul gambar lama2 tu dan tahniah untuk ulangtahun perkahwinan yang ke-30 moga kebahagiaannya berterusan hingga hujung nyawa..
salam:)
ReplyDeleteseronok tgk koleksi gambar2 yang semmgnya pasti kan mengembalikan banyak nostalgianya..:):)
happy anniversary yang ke 30..
ReplyDeleteamin ( mengaminkan doa tadi)
ps-sempena sambut anniversary ni..akan mengajak mak masak lomak ayam kampung yang dibeli di pasar tani ampangan..
alhamdulillah....
ReplyDeletesemoga tuan haji sekeluarga berbahagia dunia akhirat!
SALAM SEMUA.
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN YANG DIBERIKAN. SAYA AMAT MENGHARGAINYA.
INI HANYA JAWAPAN AWAL SAYA.
SAYA BARU BALIK DARI KELAS. LETIH SESANGAT.
LEPAS TERAWIH NI SAYA CUBA JAWAB TAKAT MANA TERDAYA.
Salam Tuan Haji..
ReplyDeleteTahniah selamat ulang tahun perkahwinan.... semoga dirahmati Allah SWT
hepi eniveseri ayah&mak..
ReplyDeletesmoge panjang umor.. murah rezeki (pastu share laa skit..ehehe)..
to ayong - tu saje la tu kan.. nak masak lemak plak.. huhh..
lastly.. love u both..
ANIF
ReplyDeleteCINTA PANDANG PERTAMA TU TAK PASTI. TAPI CINTA SAMPAI SEKARANG, PASTI.
IDALARA 1
ReplyDeleteORANG KATA JANGAN TERGELAK, DIA TERGELAK JUGA.
CUN TU UNTUK MENARIK SAHAJA BUAT KALI PERTAMA. ADA BENDA2 LAIN LAGI YANG MEMBUAT TERPIKAT.
IDALARA 2
SAYA BERTERIMA KASIH ATAS DOA ITU. AMIN.
IBUINTAN
ReplyDeleteAKHIRNYA ADA JUGA ORANG NAK PUJI KEENSEMAN SAYA. TERIMA KASIH. KALAU TAK WAGHIH SIAPA LAGI. HEHE
DYNA
ReplyDeleteBETUL KE MAKNGAHNYA MAINTAIN CUN ? NAK BUAT MACAM MANA .. DAH NASIB UNCLE !
TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU.
KAK ERNA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. MUDAH-MUDAHAN BEGITULAH. SAYA SENTIASA BERUSAHA KEARAH ITU.
SHARINGINFOZ
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCPAN ITU. SETUJU. YANG UTAMA PERSEFAHAMAN.
ATIE
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN ATIE.
LINDA
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN TAHNIAH TU. KITA SENYUM SOKMO. LALALA
happy 30th anniversary!
ReplyDeleteu patut pergi honey moon again
like picture 14
it is ok to wear like tht...after all kat beach...hopefully takde tsunami jelah hahaha...
p/s: hi, this is my 1st time here as Fin note ur blog as one of her favs
Dear AL and Jan.
ReplyDeleteHappy 30th Wedding Anniversary.
It seems like yesterday. I still remember that you forgot to bring your favourite belt and had to borrow mine.
p/s I didnt like your hair then and was suspicious of U. However U are indeed a good husband, daddy and friend. I like to hear your story, but not your argument.
I still remember how you forced me to drive your mercedez benz in order to stimulate my wants years ago. Thats so nice of U. Well,i donot disappoint you. See u in Alor Sena, Perlis.
Sena Creek.
ASADA RYUTARO
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS DOA KEBAHAGIAAN SAYA TERUTAMANYA YANG MENGHARAPKAN IANYA BERSAMBUNG BAWAK KE SYURGA ITU.
IBU HANI
ReplyDeleteTUHAN ITU MAHA ADIL .. SUAMI YANG TAK COMEL DI ANUGERAHKANNYA ISTERI YANG CANTIK.
KAKCIK
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU DAN TURUT MENGAMINKAN DOA SAYA.
NADHIERA
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU. PAKCIK AKAN AKUR NASIHAT NADHIERA ITU. MAINTAIN JANGAN TAK MAINTAIN ! HEHE
CHEQNA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. TERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA ITU.
DAH TURUN DARI AWANG2AN ?
ZOOL@TOD
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. TERIMA KASIH ATAS DOA DAN UCAPAN ITU. MAAF SAYA DAH AGAK LAMA TAK BERKESEMPATAN UNTUK MEMASUKI BLOG SDR.
DAUN BIDARA
ReplyDeleteTERIMA KASIH UCAPAN DAN DOA ITU. NASIB BAIK AWAK TAK DOAKAN BERTAMBAH ZURIAT ! HEHE
INSAN MARHAEN
ReplyDeleteKALAU PAKAI SELUAR BELLBOTTOM DAN TEROMPAH, LAMBAT LAUN MESTI ORANG PERASAN BILA KITA BERJALAN. HEHE
ONE ZABA
ReplyDeleteMUNGKIN TAK SEMUANYA AKAN BERKEKALAN SAMPAI KE AKHIR HAYAT. MISALNYA KEHITAMAN RAMBUT. HEHE
MIMIE
ReplyDeleteSUSAH JUGA PAKNGAH NAK TAFSIRKAN SENYUMAN AWAK ITU. APA-APA PUN TERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA MIMIE. MUDAH2AN DIPERKENANKANNYA.
ALVIN
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA ALVIN.
NASIB BAIK AWAK KATA SUNGGUH KLASIK DAN TIDAK SUNGGUH ANTIK ! HEHE
HAMIZAH
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA CACATAN PERIBADI SAYA DAN JUGA ATAS UCAPAN DAN DOA ITU.
TIJAH
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA ITU.
MAKNGAHNYA MASAK IKAN KERAPU STEAM DLL.
AKUANAKPAHANG
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. TERIMA KASIH ATAS DOA ITU. MULA2 TU RASA SEGAN JUGA NAK CERITA DAN KELUARKAN GAMBAR2 LAMA TU. TAPI BILA TIMBANG2 MUNGKIN ADA KEBAIKANNYA, SAYA TERUSKAN HASRAT ITU.
Salam THJ..
ReplyDeleteSemoga perkahwinan tuan haji terus utuh hingga ke akhir hayat..
AIDAH
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. MEMANG NOSTALGIA BILA TENGOK GAMBAR DULU2. RASA BARU MACAM TAHUN LEPAS SEGALA PERISTIWA ITU BERLAKU.
LAUK APA HARI INI ?
MENTIBANG LAUT
ReplyDeleteCIKGU TADIKA ITU BAGI A+++ TAU.
TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU.
AWAK BILA PULAK LAGI ?
CKLAH
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN CIKGU ITU. ALHAMDULILLAH .. SO FAR SO GOOD !
ABANG TEMUK.
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA YANG BAIK-BAIK DARI ABANG.
BUKAN SETAKAT BERMENANTU, BAHKAN SUDAH BERCUCU.
TENTANG RAMBUT TU, HITAM KE PUTIH KE, LEBAT KE JARANG KE, SEMUANYA SAYA SUKA.
LUAHFIKIRAN
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. TAHNIAH JUGA KEPADA LF KERANA KEKAL 1 MALAYSIA. HEHE
TERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA ITU. MUDAH2AN DOA SENIOR INI DIMAKBULKANNYA.
Tahniah kepada tuan yang telah mengharungi dunia perkahwinan dengan jayanya. Kisah-kisah yang tuan ceritakan adalah kisah-kisah gembira dan berjaya yang mungkin telah berjaya melupakan kisah-kisah sedih dan duka lara. Semoga tuan berkekalan ikatan sehingga ke anak cicit, murah rezekinya, bahagia, dan menjadi teladan kepada pasangan muda. Amin.
ReplyDeleteROM
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. TERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA ROM.
AWAK BERTUAH KERANA MASIH ADA IBU BAPA DAN MERTUA. SAYANGILAH DAN GEMBIRAKANLAH MEREKA SENTIASA.
AIDA ALI
ReplyDeleteSALAM RAMADHAN. TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU.
FA*ATIP
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN TAHNIAH ITU.
SAYA MEMANG SELAMANYA TIDAK HENSEM DARI DULU SAMPAI SEKARANG, KALAU DI BANDINGKAN DENGAN BRAD PITT. HEHE
AWAK KATA MAKNGAHNYA MAINTAIN AYU. TENGOKLAH SIAPA TUKANG MAINTAINNYA !
IKAN EMAS
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN WARNING ITU. SAYA AKAN INGAT. DONT YOU WORRY.
PASAL BERAT TU, SAYA PAKAI PAUN TAK PAKAI KILO. KALAU SEBUT KILO TU, RASANYA MACAM BELI DAGING LEMBU PULAK.
PENJEJAK MAYA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. KLASIK KE ANTIK ? HEHE
TERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN HARAPAN ITU.
PN KARTINI
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. MEMANG BANYAK NOSTALGIA GAMBAR ITU. IA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MENGEMBALIKAN PERASAAN MACAM DULU2.
AYONG
ReplyDeleteBERAPA EKOR NAK MASAK ? CAMPUR APA ? KENAPA NAK AJAK EMAK MASAK ?
MASIH TAK PANDAI LAGI KE MASAK SENDIRI ? SAMPAI BILA NAK PANDAI MASAK ?
PIEWAHID
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU YANG AKAN MENJADI DOA BUAT SAYA SEKELUARGA.
ATIE
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. TERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA ITU.
REENDU
ReplyDeleteKENAPA NAK SHARE-SHARE ? AMBIL SEMUA PUN TAK APA !
JANGAN MELALAIKAN SEMBAHYANG !
BELLA
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA TURUT MEMBERI UCAPAN. FASAL HONEY MOON TU, RASANYA TAK PERLU SEBAB HARI-HARI SAYA HONEY MOON. HEHE
KIRIM SALAM KEPADA FIN!
ASC
ReplyDelete1. TERIMA KASIH KERANA MUNCUL UNTUK SAMA2 MEMBERI UCAPAN. SAYA MENGHARGAINYA.
2. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMINJAMKAN TALI PINGGANG. LAIN-LAIN RAHSIA JANGAN BUKA TAU !
3. TERIMA KASIH KERANA TAK KATUK KEPALA SAYA DULU SEBAB ABANG TAK SUKA RAMBUT SAYA.
4. TERIMA KASIH KERANA SERONOK MENDENGAR CERITA SAYA.
5. MUNGKIN TAK BALIK PERLIS, SEBAB SEJAK 3-4 BULAN LEPAS PAK E DAH DUDUK DENGAN SAYA. DIA MAKIN UZUR "MENTALLY".
6. KALAU BERKELAPANGAN DATANGLAH MELAWAT PAK SEDARA DAN SEPUPU ABANG DI SINI.
ABD RAZAK
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. TERIMA KASAIH ATAS UCAPAN ITU YANG MENJADI DOA DAN MEMBERI SEMANGAT KEPADA SAYA.
POK LI
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN TAHNIAH DAN DOA ITU. ALHAMDULILLAH, SAYA TIDAK BANYAK (ATAU TIDAK ADA) KISAH2 SEDIH SEPANJANG 30 TAHUN LALU. SIKIT2 TU BIASALAH .. ADAT ORANG BERUMAH TANGGA. SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT KAN!
HARAP2 BEGITULAH UNTUK 30 TAHUN AKAN DATANG DAN SETERUSNYA DENGAN KEIZINAN DAN RAHMAT ALLAH JUA.
hepi anniversry...lama tu n ttp kekal bahagia...doa sy agar tn haji n pn hajah bahagia selama2nya....
ReplyDeletehehhhe...joyah pon 1st time nyebuk kat cni..Cik Linda yang kenalkan..nway, epi eniveseri uncle..eh, bleh ke pggil uncle nih??sukati jek..
ReplyDelete*makngah mmg menten cun..
salam tuan..
ReplyDeleterambut masa muda style
sebijik macam Boery Marantika
ni mesti romantik..tu yang mak ngah
jatuh cinta..he he..selamat menyambut ulangtahun perkahwinan kalian yang ke-30..moga sihat dan bahagia selalu...
jeles saya.... selamat ulang tahun perkahwinan... raya ni balik mana...
ReplyDeleteSaya suka bell-bottoms!
ReplyDeleteHappy Aniversary. Moga berkekalan bahagia dunia akhirat.
Gambar 1 tu, siapa yang duduk sebelah siapa? heheheheh
ReplyDelete...ooo... apakah Norijan bt Masri kekasihku yang dulu..?
ReplyDeleteNZA
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA ITU. SEMOGA DIPERKENANKANNYA. MUDAH-MUDAHAN.
JOYAHSPORT
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KALI PERTAMA.
PASAL MAKNGAHNYA MAINTAIN CUN TU, KENALAH BEGITU. KALAU TIDAK TAK MATCHING PULAK KAN.
KALAU UMUR JOYAH BELUM 30, BOLEHLAH PANGGIL UNCLE.
ZULKBO
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. AWAK SILAP. YANG SEBENARNYA BROERY MARANTIKA YANG TIRU RAMBUT SAYA. HEHE
TERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA ITU.
ALIMAZ
ReplyDeleteRAYA NI BELUM TAHU LAGI BALIK PERLIS KE TIDA SEBAB KAT ALOR SENA DAH TAK ADA SIAPA LAGI. PAK MERTUA DAH DUDUK DENGAN KAMI SEKARANG. KALAU SAYA BALIK, SAYA AKAN KONTEKS. NOMBOR LAMA AWAK ADA LAGI NGAN SAYA ... KALAU TAK BERUBAHLAH.
NAIZAF 1.
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA AWAK ITU. SELUAR BELLBOTTOM NI LECEH SIKIT NAK BERJALAN, ASYIK SANGKUT JER !
NAIZAF 2.
TENTANG GAMBAR 1 TU, SEBENARNYA KITA DUDUK SEBELAH MENYEBELAH. TAPI SAYA YANG DUDUK DULU. HEHE
lawanya makngah...
ReplyDelete.
ikan di laut, asam di darat
ReplyDelete.
.
dah 30 tahun ikan dan asam bersama di dalam belanga, (dalam belanga kaan??) apa rahsianya masih tak 'basi' ??
;D
tahniah. sudah 30 tahun awak jadi suami dia.
p/s : lelaki manalah yg tak suka tgk mak ngah tu.. sy yg perempuan ni pun suka tgk... errr.. jgn takut. sy normal ;D
kirim salam ngan mak ngah.
oh.. satu lagi..
ReplyDeletetuan ingat sendiri tarikh ulangtahun ni??
tahniah. kuat ingatan tuan. tak makan kepala ikan eh...... ;D
Jarang jumpa lelaki 'luarbiasa' mcm tuan ni... nasib tuan dah berpunya... :D :D :D
Hepy 30th anniversary! :)
ReplyDeleteoh.. sorry.. ada satu lagi...
ReplyDelete.
.
melalui pengamatan sy berdsrkan n3 tuan ni, sy perasan dlm 30 thn tu,
*fesyen pakaian tuan berubah...
*fesyen rambut berubah...
*fesyen kasut berubah.. (berubah kaaan?? err.. ke tuan masih pakai kasut tu lagi :D)
tapi fesyen misai tetap sama... pernah cuba ubah??
errr.. ok.. tak jawab pun tak mengapa
.
.
sy teruja nak jadi pengomen yg ke-100 sebenarnya
:D
selamat ulangtahun yg ke-30
alaaaaaaaa....
ReplyDeletetak dpt jadi pengomen yg ke-100!!!
.
.
SELAUT KASIH.
ReplyDeleteENTAHLAH. MUNGKINLAH KOT.
ASALLAH KAPAS MENJADI BENANG,
BARANG YANG LEPAS JANGAN DIKENANG.
HEHE
TASEKM
ReplyDeleteTAK PUJI PAKNGAHNYA PUN TAK PE .. TAK KECIK HATI. HEHE
KTS 1
ReplyDeleteNAH AMBIK KAU. EMPAT PELURU SEKALI TEMBAK.
RAHSIANYA .. KALAU NAK GADUH BIAR SORANG-SORANG CAKAP. KALAU DUA-DUA CAKAP, SIAPA NAK DENGAR.
KTS 2
ReplyDeleteJANGANKAN KEPALA IKAN, KEPALA LEMBU PUN SAYA MAKAN. OTAKNYA LAH.
KTS 3.
ReplyDeletePERNAH CUBA UBAH. SURUH HUJUNGNYA NAIK KE ATAS. DIA TAK MAHU. DEGIL MACAM TUANNYA. INI JAWAPAN TENTANG MISAI.
KTS 4.
ReplyDeleteTAK DAPAT PUN TAK APA. BUKAN ADA HADIAH APA-APA PUN.
TAPI AWAK BOLEH DAPAT GELARAN "PENGOMEN TERBANYAK DALAM SATU ENTRI DALAM MASA YANG DEKAT-DEKAT".
ADA PUASHATI ?
SANI
ReplyDeleteTERIMA KASIH. AWAK BILA LAGI ?
asalamulikum ayahnda..
ReplyDeleteindahnya kenangan...err bila nak tambah satu lagi..
selamat puasa
Uncle Al-lavendari..
ReplyDeletesaya tau kenape beliau yang uncle terpikat..
Mak Ngah memang cunnnn..
ape ape pun.. semoga kekal hingga ke akhir hayat..
boleh laa lepas nie cerita orang dulu2 bercinta tanpa internet.. hik hik hik..
...heheheeeee.... saya gurau je Pak Ngah... selamat berpuasa dan salam juga pada Mak Ngah nya...
ReplyDeleteHuh, Pak Ngah... I'm speechless...
ReplyDeleteBRUTALSOLO
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
NDAK JUGA KALAU AWAK DAPAT CARIKAN YANG SECANTIK DAN SEBAIK MAKNGAHNYA !
AUJINZ
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU. ORANG DULU-DULU BERHUBUNG MELALUI SURAT MENYURAT. KADANG2 TU KALAU TAK ADA SURAT, TAK PASAL2 POSMEN KENA MARAH !
salam..
ReplyDeletemedoakan agar, brkekalan sepanjang hayat...:)
SELAUT KASIH.
ReplyDeleteSAYA PUN GURAU JER. TAPI NAK CAKAP DARI SIAPA SALAM INI !
BUDI RIJALI
ReplyDeleteLALU SAYA NAK KATA APA PULAK NI ?
DMX
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS DOA TUAN ITU. MOGA2 DIMAKBULKANNYA.
salam pak cik...patut la...cinta pandang pertama ya..makngah sampai sekarang cantik la....selamat mnyambut ulanag tahun perkahwinan...so sweet..
ReplyDeletehamboi... terkenang-knang semasa dulu pulok pakcik hari ni...
ReplyDeleteSalam tuan haji,
ReplyDeleteadalah dengan ini saya mengucapkan selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-30.
Tuan dan isteri telah melalui satu perjalanan yang panjang......
Tahniah!
HONEYBUNNY
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN PUJI2AN ILA ITU.
AHKAKBATIK
ReplyDeleteTERKENANG MESTILAH MASA DULU .. TAK KAN TERKENANG MASA DEPAN PULAK. HEHE ... JANGAN MARAH PAKCIK GURAU JER.
AL-MANKARAQI
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. ADALAH DENGAN INI SAYA MENERIMA DENGAN GUMBIRA UCAPAN TAHNIAH DARI AWAK ITU.
Salam Bg. Aji,
ReplyDeleteTahniah semuga terus sihat dan jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat.....aaminnn...
saya pun ari ni genap 19 tahun usia perkahwinan semuga mendapat lindungan dan restu Allah serta dieratkan kasih sayang...insyaallah..
alhamdulillah...
ReplyDeletetahniah tuan & makngah!
seronok sgt baca kebahagiaan nan berpanjangan ... :) semoga sampai syurgaaa!
tuan,
ReplyDeletesama la tarikh anniversary kte..
Selamat hari ulangtahun perkahwinan buat tuan & isteri yer..
AZMNOR
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. TERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA ITU.
TAHNIAH JUGA KEPADA AWAK YANG MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 19 HARI INI. SEMOGA TERUS BERBAHAGIA SEHINGGA KE AKHIR USIA.
19 TAHUN JUGA SUATU TEMPOH YANG LAMA. SYABAS !
SZ MSS
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA ITU. DAN TERIMA KASIH JUGA KERANA SUDI MEMBUAT KUNJUNGAN KALI PERTAMA.
JEJARI HALUS.
ReplyDeleteYE KE ? TAK SANGKA. TAHNIAH KAT AWAK. TAPI AWAK ULANGTAHUN KE BERAPA ?
SEMOGA TERUS BERBAHAGIA SEHINGGA KE HUJUNG NYAWA.
TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU.
Salan Tuan haji;
ReplyDeleteBest lah baca n3 ni.
Selamat ulang tahun perkahwinan,
semoga dipajangkan umur, di murahkan
rezeki n bahagia hingga hujung nyawa.
Lin J. sdk sabah.
semoga berbahagia hendaknya pakcik...
ReplyDeletesgt nostalgia gmbr2 tu..best :)
LIN J
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. TERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA ITU. BOLEHKAH SAYA TAHU SERBA SEDIKIT TENTANG LIN INI. SAYA TERTANYA-TANYA SIAPA GERANGANNYA YANG MEMBERI KOMEN YANG YANG SEDAP DIDENGAR INI.
NANIE
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN JUGA INGATAN NANI TERHADAP BLOG PAKCIK. LAMA NANIE TIDAK SINGGAH DAN PAKCIK PUN LAMA TAK SINGGAH BLOG NANIE.
Salam bang.
ReplyDeleteNak ucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kat blog abg ni pulak. Hebat kisah abg dan makngah.
Bab lepas kahwin pergi Sarawak sehingga dapat anak pertama tu ada persamaan dgn saya. Sayapun bawa emak Adam ke Sarawak lepas kahwin sehingga dpt abg Adam yg sulung hehehe
Bila nak main dam aje dgn saya?
ReplyDeleteYUNUS BADAWI.
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. TERIMA KASIH KERANA BERI UCAPAN SEKALI LAGI WALAUPUN DAH UCAP MELALUI SMS TEMPOH HARI.
MEMANG BUMI KENYALANG SUBUR. NASIB BAIK DAH KAWIN. KALAU TIDAK, HARUS KAWIN DENGAN ORANG SANA.
YB.
ReplyDeleteKALAU MAIN DAM, KOMPOM ABANG KALAH SEBAB AWAK CERDIK SANGAT... KALAU DI NILAI DARI CARA AWAK MENJAWAB SETIAP PERSOALAN DIDALAM BLOG DAN FB DAN SMS.
KITA LAWAN PINGPONG NAK ?
mmg sronok tgk gmbar lama2 ni, teringat msa zaman sy kecik hehe..
ReplyDeleteslmt ulngthn perkahwinan..
he..he..he..gambar2 old timer ni.. Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan yg ke 30 Tn Hj
ReplyDeleteMAIYAH
ReplyDeleteTENGOK GAMBAR LAMA2 BANYAK LUCU DAN SEDIH. LUCU TENGOK FESYEN RAMBUT, TIE, KASUT, BAJU DLL. SEDIH BILA TENGOK PERUT DAH TAK MACAM DULU DAN YANG LAGI SEDIH ADA INSAN YANG DALAM GAMBAR TELAH TIADA BUAT SELAMA-LAMANYA.
TERIMA KASIH ATAS UCAP SELAMAT MAIYAH ITU.
GISMO
ReplyDeleteTERIMA KASIH BANYAK2 ATAS UCAP SELAMAT ITU. KALAU TAK TUNJUK GAMBAR2 TU NANTI, BUDAK2 SEKARANG TAK TAHU.
Salam THJ... (baru dapat masuk, semalam tak boleh la... ada masalah kot)
ReplyDeleteAnyway, Selamat menyambut Ulangtahun ke-30 Perkahwinan, didoakan semoga THJ dan isteri serta keluarga kekal sihat, murah rezeki dan aman bahagia hingga ke akhir hayat...
Amin Ya ALLAH...
hepi anniversary abang allavendari itteww..
ReplyDeleteMakngahnya jelita dari dulu sampai sekarang..;)
ReplyDeleteselamat menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke30....
moga berkekalan ke akhir hayat..
selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke30 en hamzah & wife... bestnyer tgk pic2 lame2 ni... mak ngah dr dl sampai skrng cun... ;d
ReplyDeleteselamat ulangtahun perkahwinan untuk uncle ngan mak ngah....
ReplyDeletemoga kekal bahagia dan murah rezeki hendaknya sampai bila-bila...
Salam tuan haji,
ReplyDeleteSaya org Sandakan. jumpa blog th (pu.e.c org x re.t)dari blog kawan (Daddy Zuki).sejak 2 sy selalu baca blog th klu berkesempatan. sy baru brjinak dgn dunia blog.Sy kagum dgn cara penulisan th ringkas, bersahaja tp ada mesaj.
Sy masih di tahap belajar membuat blog sendiri...
Lin J. Sdk.
Salam Tuan Haji;
ReplyDeleteSaya org Sandakan.Bekerja dan menetap di Sandakan. Jumpa blog th (pu.e.c org x re.t)dr blog kawan (Daddy Zuki).Klu ada kesempatan sy selalu baca blog th.
Sy kagum dgn cara penulisan th ringkas, bersahaja tp ada mesej.
sy sedang belajar membina blog sendiri dgn bantuan kawan.
Itu saja serba ringkas mengenai sy;
Lin J. sdk
Salam THJ,
ReplyDeleteSelamat menyambut ulang tahun yang ke 30. Semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa.
tersenyum2 sendiri tengok gambar2 lama..
THJ, mak ngah memang manisss.
salam singgah en al-lavendari..
ReplyDeleteseronok betul baca kisah tn haji nih..
rajin betul tn haji tangkap gambar ye buat kenangan.. seronok betul bila dapat reflect balik..
ni yang saya ter'inspire' ni nak selalu snap and print gambar di sekeliling..
skarang asyik simpan dlm hardisk, agak kurang feel nye.. he..he..he..
selamat belated anniversary tn haji..
sya paling lewat mengucapkan
ReplyDeleteselamat ulangtahun yg ke 30 pada pakngah dan makngah..
--------------------------------
"Di antara ramai-ramai tu, entah kenapa dengan dia saya berkenan."
makngah cantik..... sobab tu pakngah terpandang dan terbekonan....;p
Salam, selamat menyambut ulangtahun perkahwinan ke 30!
ReplyDeleteoohh...main tarik-tarik tangan mak ngah ya...
ReplyDelete(merefer ke sebelum menyanyi lagu geylang si paku geylang itu...)
.
selamat ulang tahun..
semoga berkekalan....selamanya..
RKA
ReplyDeleteSalam kembali. Maaf lambat jawab. Saya pergi Kota Bharu dan baru balik sebentar tadi.
Terima kasih atas ucapan dan doa itu. Amin.
EN_ME
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA TURUT MEMBERI UCAPAN.
SITI MURNI
ReplyDeleteNAK BUAT MACAM MANA. DAH NASIB SAYA AGAKNYA.
TERIMA KASIH BANYAK2 ATAS UCAPAN YANG DIBERIKAN.
HAJARUS
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN HAJAR. BERNASIB BAIKLAH PASANGAN MAKNGAHNYA ITU.
AIN
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA TURUT MEMBERI UCAPAN DAN MENDOAKAN KEBAHAGIAAN UNCLE DAN MAKNGAHNYA.
LIN J.
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. TERIMA KASIH KERANA MEMINATI BLOG SAYA.
SAYANG KITA BARU KENAL. KALAU TIDAK MASA SAYA PERGI SANDAKAN BARU-BARU INI BOLEH BERJUMPA DAN MINUM TEH KAT MANA-MANA.
BLOG PUEORGXRET ITU TELAH BERHENTI BEROPERASI KERANA SAYA TAK LARAT UNTUK MAINTAIN DUA. YANG INI PUN LETIH JUGA MENGURUSKANNYA.
AZRINA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. TERIMA KASIH KERANA MEMUJI MAKNGAHNYA DAN PAKNGAHNYA TAK KECIK HATI. TERIMA KASIH JUGA ATAS UCAPAN DAN DOA ITU.
BLURR33
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH BLOG SAYA DAN JUGA ATAS UCAPAN ITU. GAMBAR-GAMBAR YANG AWAK AMBIL TU BOLEHLAH DI KONGSI BERSAMA DAN JUGA MENJADI RUJUKAN ANAK2 KITA NANTI.
tahniah..semoga jodoh kekal hingga ke hujung usia...pesen rambut dan pakaian masa tu..alahai kelakarnya bila lihat semula..
ReplyDeleteSAYANGSAYANGIBU
ReplyDeleteAWAK BUKAN ORANG MELAYU TERAKHIR YANG MEMBERI UCAPAN. SETAKAT INI NAMPAKNYA DRSINGA YANG KELEWATAN.
APA-APA PUN TERIMA KASIH KERANA TURUT MEMBERI UCAPAN.
PASAL CANTIK TU RAMAI LAGI YANG CANTIK2.
DINAS ALDI
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH BUAT KALI PERTAMA DAN MEBERI UCAPAN ITU.
DRSINGA
ReplyDeleteSAYA TAK TARIK TANGAN DIA. SAYA TARIK MELALUI EKOR MATA SAHAJA. BETUL. SILA PERCAYA.
TERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA DOKTOR ITU. AMIN.
KAMSIAH
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA ITU.
SAYA PERCAYA FESYEN RAMBUT DAN PAKAIAN ITU AKAN MUNCUL SEMULA PADA MASA AKAN DATANG.
Selamat ulang tahun perkahwinan, semoga berbahgia selalu....
ReplyDeleteHAMSINI
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA TURUT MEMBERI UCAPAN DAM JUGA ATAS DOA ITU.
Makngahnya cantik sampai sekarang!! sebab tu ada statement ni :
ReplyDelete"Di antara ramai-ramai tu, entah kenapa dengan dia saya berkenan."
kalau ada kesenangan masa, kongsilah dengan semua tips KEKAL 30.
Semoga tuan haji dan makngahnya kekal ke akhir hayat. amin.
LIVE LOVE LAUGH
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN KUNJUNGAN YANG PERTAMA.
TAK ADA TIPS LAH SANGAT. CUMA KALAU BERGADUH, SORANG2 CAKAP. JANGAN DUA-DUA CAKAP .. TAK ADA SIAPA YANG NAK DENGAR !
selamat ulang tahun ke 30..semoga bahagia hingga ke syurga...suka baca coretan tuan haji kepada makngah ni..sweet la tuan haji ni...
ReplyDeletemakngah mmg cun dari muda...
ASHA
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA ASHA ITU. LAGI TERIMA KASIH SEBAB KATA SAYA "SWEET".
PASAL MAKNGAHNYA, NAK BUAT MACAM MANA. DAH NASIB SAYA. TERIMA JER LAH ! HEHE
selamat ulang tahun ke 30...semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...
ReplyDeletesori...agak terlambat...lama tk jenguk pakngah
ROSNANIE
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA ITU.
DAN TERIMA KASIH JUGA KERANA ROSNANIE TAK LUPAKAN BLOG PAKNGAH.
hehe...tak tahan tang gambar ramai-ramai kat tangga tu. bukan main besar lagi encik kangkang yer.. mungkin sebab seluarnya pun besar jugak.hehe
ReplyDeleteMRPENYUBIRU
ReplyDeleteHAHAHA.
SAYA BARU PERASAN, KANGKANGAN SAYA LEBIH BESAR DARIPADA ORANG LAIN.
DAPAT AWAK MENGECAM GAMBAR SAYA YA !
salam al-lavendari.. ammi kagum sangat dengan entry ni.. susah nak jumpa blogger post gambar2 retro kan.. btw.. tahniah atas kebahagiaan rumah tangga sehingga ke hari ini... masa al-lavendari kawin.. ammi pun tak lahir lagi... heheh... 5 tahun selepas kawin baru ammi lahir.. ammi doakan semoga rumah tangga kekal hingga ke syurga.. amin..
ReplyDeleteammibear.com
AZ
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRI PAKCIK YANG INI. AWAK HAMPIR SEBAYA DENGAN ANAK PAKCIK YANG KETIGA.
PAKCIK JUGA TURUT MENGAMINKAN DOA AWAK ITU.
Saya nak komen gaya dudu pakngah pada gambar 5. Gaya dudu seorang pemimpin tu..:)
ReplyDeletewah lama 2. sweet. hehe..
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteMemang stedilah Pak Ngah.hehe
manisnya kenangan yg ade kan pakngah :)
ReplyDeletesy baru 10 thn berumahtangga..tp sy lom dikurniakan rezeki baby lagi pakngah...ape2 pon sy redha...hehe...
salam kenal ye pakngah & slmt berforum di SyoknyerBlogging :)
~tice su~
SU
ReplyDeleteBELUM ADA REZEKI .. REDHA DAN TENTU ADA HIKMAHNYA YANG KITA TAK TAHU. DALAM PADA ITU TERUSKAN BERUSAHA.
SALAM KENAL JUGA DENGAN ORANG SEREMBAN.
sweetnya memori itu...
ReplyDeletemoga berkekalan bahagia
NAJWA
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRI LAMA SAYA. DIHARAPKAN BIARLAH NYAWA JADI PEMISAH. DOAKAN KAMI KEKAL BAHAGIA HINGGA KE HUJUNG NYAWA.
uncle,
ReplyDeletesaya baru baca. allaalallal sweetnye.
makngah memang jelita orangnye!
MASZUBER
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRI LAMA UNCLE. TENTANG MAKNGAHNYA, BEGITULAH KATA KEBANYAKAN ORANG!
sangat cantik isteri pakngah ! Natural beauty :-) .. Saya pun di luar negara sekarang, memang betul lah bukan dulu aja sampai sekarang susah cari makanan yang halal
ReplyDeleteLILY DAMIA
ReplyDeleteLUAR NEGARA TU KAT MANA ? MELANCONG KE ATAU ATAS URUSAN RASMI ?
Sori ketinggalan ketapi. Tahniah lah semoga bahgia selamanya. kat Sarawak rupanya. Patutla tak nmpk kat semenanjung. kim salam kat mak ngah.
ReplyDeleteketinggalan ketapi. Tahniah semoga kekal hingga keakhir hayat. kesarawak rupanya. patut tak nmpk kat semenanjug. Alhamdulillah semoga sentias dimurahkan rejeki.
ReplyDeleteSKY IS BLUE
ReplyDeleteKAT SARAWAK SETAHUN LEBIH SIKIT JE. TAPI LEPAS TU PERGI USA, 3 TAHUN. BALIK KERJA KAT INTAN, BKT KIARA.
sangat sweet dan bahagia. hope that i'll be in ur shoes someday. =)
ReplyDeleteFARHANNAARIS
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SUDI BACA DAN KOMEN ENTRI LAMA UNCLE DAN DOAKAN FARHANNA MENEMPUH JALAN YANG SAMA KELAK.
sweetnya~
ReplyDeletesenang je kan org dulu2..bekenan je kawen..
:D
p/s:sori lambat komen..ceq baru baca..hehe
UNIMEOW
ReplyDeleteTAK JUGA SEMUANYA .. RAMAI JUGA YANG BERKENAL DAN BERCINTA BAGAI NAK RAK .. TAPI AKHIRNYA KAWIN DENGAN ORANG LAIN.
Salam Tn.Hj,
ReplyDeleteMasih belum terlambat untuk mengucapkan selamat ulangtahun perkhawinan yg ke 30...
Semuga bahagia hingga ke akhir hayat bersama isteri tersayang di samping anak-anak....
very sweet memory....Amin
Pernikahan kami sudah 21 tahun....
ROZILA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
TERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA ITU.
SAYA JUGA DOAKAN PERKAHWINAN AWAK BERBAHAGIA SEHINGG KE HUJUNG NYAWA.