Monday, August 9, 2010

DIA ORANG CAKAPLAH KAN ...!

"Kau tau tak ? Dia orang cakap si Karim tu kena tampar dek bini dia kat kantin masa rehat tadi. Padan muka dia... gatal sangat !

Amboi-amboi sedapnya awak menyambung-nyambung cerita. Dia orang tu sapa ? Boleh percaya ke dia orang tu? O.k lah dia orang tu boleh percaya. Tapi cerita dia orang tu betul ke? Dia orang ada tengok ke si Karim tu kena tampar?

Kalau pun dia orang tengok Karim memang kena tampar, entah-entah bininya tampar nyamuk kat pipi dia.

Atau mereka sengaja bergurau senda - bertepuk-tampar.

Biarlah dia laki bini nak bergurau macam tu. Masa Karim menampar, dia orang tak nampak. Dia cuma nampak masa Karim kena tampar.

Dan kalau pun betul2 si Karim tu kena tampar dek bininya, apasal pulak dia orang yang sibuk-sibuk. Bukan dia orang yang kena tampar.

Yang awak ni pergi menyambung cerita dia orang ni (seperti artikel di bawah) siapa suruh ? Nanti tak fasal-fasal awak lak kena tampar !


.
.
.

50 comments:

  1. kadang2 tampar menampar tu bawa bahagia apaaa...

    kannnn?

    ReplyDelete
  2. TIJAH

    KADANG2 TAMPAR MENAMPAR TU BAWA LEBAM PUN ADA JUGA ..

    KANNN ?

    ReplyDelete
  3. sambung-menyambung, lebih elok kepada perkara yg bermanfaat.

    gossip dan kabar angin pun ok juga, baru laku suratkabar.

    ReplyDelete
  4. sesekali tampo mulut takde insurans tu ok jugaak

    ReplyDelete
  5. ooo..karim rupanya nama boipren kakak heliza tu.hihi

    ReplyDelete
  6. Kerana mulut santan binasa.
    usah cari pasal usah tambah dosa :)

    ReplyDelete
  7. salam THJ, semoga sihat selalu...
    Kebetulan RKA ada terjumpa Heliza dgn 'kakak' dia last 2 weeks kat KFC Ampang Park... memang nampak perbezaan yg jelas dari segi penampilan keduanya...rupa pun tak sama...
    apapun naluri RKA terdetik semua syarikat penerbitan perlu ambik wartawan yg tahu serba sikit hukum-hakam agama...
    wallahu'alam

    ReplyDelete
  8. Salam AL,
    Dikhuatiri SEKSI kepada SEKSA akibat perbuatan sendiri !

    ReplyDelete
  9. dah tu, lepas kena tampar? takkan DIA ORANG tak cerita? takkan cerita separuh jalan je? DIA ORANG tak tengok ke apa yg berlaku lepas tu? DIA ORANG pegi mana?

    **hehee..nak kumpul maklumat je!**

    ReplyDelete
  10. salam tuan..
    bab rumahtangga orang memang
    orang suka sangat hebohkan..
    rumah sendiri susu anak dah habis
    pun tak tahu..he he

    ReplyDelete
  11. Salam Kanda AL..

    memang seronok menjadi penyambung cerita dengan menokok tambah dan mengurangkan di sini sana..

    Akibatnya???

    ReplyDelete
  12. xmo komen apa2 kalau pasal artis ni..

    ReplyDelete
  13. Ohh tuan ,

    Lain kali , tampar jek
    Dia Orang tuh !!

    ReplyDelete
  14. tampar nyamuk tu.sekarang ni..siang2 pun banyak nyamuk..takut aedes..kena tampar cepat2 sebelum sempat hisap darah..

    ReplyDelete
  15. saye suke men tampar2 nyamuk~



    >_<






    lame xsinggah blog uncle~
    slmt pose~

    ReplyDelete
  16. tak pasal2 dia orang dapat *saham* percuma kan. sebarkan benda baik pun dapat *saham* percuma gak.. :) tapi pencatat dan buku dia lain2 ler..

    ReplyDelete
  17. apa la dia orang ni..
    bagi la kita orang peluang atau sikit masa nak layan blog ..

    ReplyDelete
  18. ain selalu jugak kena penampar....

    dapat dari tangan si cilik sarah sbb mama tak ikut kehendak dia...

    huhuhu...

    kalau mama dia balas balik, harusss jadi kes dera kan....

    sudahnya mama dia berlakon ler nangis tak henggat dunia....

    ReplyDelete
  19. salam.. blog hopping.. singgah2 la blog hamba kalau nak baca pengalaman hamba mengembara di 45 BUAH NEGARA.. :)

    ReplyDelete
  20. Salam Tuan haji...

    Tak kisah lah kalau tak tau kesudahan ceritanya... he..he.. selamat menyambut ramadhan....

    ReplyDelete
  21. salam,

    tak usah percaya khabar angin malah berita dalam akhbar tu pun selalu tidak benar..

    ReplyDelete
  22. berkata tanpa restu empunya kisah tu katanya mengumpat..sekiranya benar
    sekiranya tak benar adalah fitnah..
    hhmm..

    ReplyDelete
  23. AL-MANKARAQI

    JANGAN CEPAT PERCAYA KHABAR ANGIN, SELIDIKI DULU PEMBAWA KHABAR ANGIN ITU, AGAR KITA TIDAK MENZALAMI SESIAPA !

    ReplyDelete
  24. CEMOMOI

    YANG MENAMPAR TU PERLU AMBIL INSURAN DULU TAKUT DIA TAMPAR BALIK !

    ReplyDelete
  25. MRPENYUBIRU

    YE KE, NASIB BAIK AWAK BERITAHU !

    ReplyDelete
  26. AKUANAKPAHANG

    PANTUN BARU KE TU ? SETAHU SAYA KERANA PULUT SANTAN BINASA !

    ReplyDelete
  27. POKLI

    SAYA JUGA TAK SUKA GOSIP DAN DI GOSIP !

    ReplyDelete
  28. RKA

    LAMA BETUL SAYA TAK PERGI AMPANG PARK .. ADA LAGI RUPANYA.

    TENTANG CADANGAN PERLU AMBIK WARTAWAN YANG TAHU SERBA SIKIT HUKUM HAKAM AGAMA TU SETUJU SANGAT. TERBUKA JUGA PELUANG UNTUK LULUSAN SEKOLAH ABIM NANTI.

    ReplyDelete
  29. LUAHFIKIRAN

    SALAM KEMBALI LF. AMARAN TELAH PUN LAMA DIBERI .. MEREKA SEMUA BERANI MENCABAR SERUAN ILAHI. LIHAT LAH KESUDAHANNYA NANTI. KITA DOAKAN MEREKA SEGERA MENDAPAT KEINSAFAN.

    ReplyDelete
  30. FA*ATIP

    HAHAHA .. NANTI SAYA TENGOK BALIK RAKAMAN CCTV !

    ReplyDelete
  31. ZULKBO

    SALAM KEMBALI. ADA PEPATAH MELAYU YANG TEPAT MENGGAMBARKAN APA YANG AWAK CAKAP TU:

    "KOKOK BERDERAI-DERAI EKOR BERGELUMANG TAHI" .. MACAM TAK BERAPA TEPAT JER PEPATAH NI!

    ReplyDelete
  32. KAKCIK

    SALAM KEMBALI.

    AKIBATNYA .. TIMBUL MACAM2 KESIMPULAN YANG SALAH DARI CERITA TOKOK TAMBAH. KADANG2 ORANG YANG LEBAM PIPI, DIKATA TELAH MATI ..!

    ReplyDelete
  33. RED

    INI BUKAN CERITA FASAL ARTIS .. INI CERITA FASAL TABIAT SUKA MENYAMBUNG CERITA TANPA USUL PERIKSA.

    ReplyDelete
  34. LINDA

    OK LAIN KALI SAYA TAMPAR, LEPAS TU SAYA CAKAP LINDA YANG SURUH .. BOLEH ?

    ReplyDelete
  35. KAK ERNA

    NYAMUK KENA SEMBUR .. MACAM MANA NAK TAMPAR YANG TELAH BERUMAH TANGGA DIBAWAH KATIL MISALNYA.

    ReplyDelete
  36. DYNA

    ADA JAWATAN KOSONG PENAMPAR NYAMUK NANTI AWAK BOLEH LAH MINTA .. HEHE

    SELAMAT BERPUASA.

    ReplyDelete
  37. AANAS

    BETUL TU .. TAPI SEBAB TAK DAPAT SAHAM TU KAT SINI YANG BUAT ORANG TAK BERAPA TERTARIK AGAKNYA.

    ReplyDelete
  38. HAMIZAH

    MEMANGLAH TAMPARA MANJA ASALNYA .. TAPI BILA SAMBUNG MENYAMBUNG CERITA, AKHIRNYA DAH CERITA LAIN PULA.

    ReplyDelete
  39. IKAN EMAS

    SIAPA KAH ORANGNYA YANG TAK BERHATI PERUT ITU ? PATUTLAH AWAK TENGGELAM TIMBUL JER AKHIR2 INI !

    ReplyDelete
  40. AIN

    UNCLE INGAT SARAH TU IKUT PERANGAI EMAK DIA KOT !

    ReplyDelete
  41. JHAZKITARO

    SALAM KEMBALI. SERONOK JUGA KALAU DAPAT BACA CERITA KISAH PENGEMBARAAN ITU. INSYAALLAH SAYA AKAN MELAWAT BLOG AWAK NANTI.

    ReplyDelete
  42. ATIE

    SALAM KEMBALI. SETUJU. BUAT APA KITA MENYIBUK NAK TAHU KESUDAHAN CERITANYA KAN !

    SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN JUGA KEPADA ATIE.

    ReplyDelete
  43. PEMJEJAK MAYA

    SALAM KEMBALI. MEMANG BANYAK SEKALI BERITA YANG DILAPORKAN TIDAK TEPAT. SAYA SENDIRI PERNAH MENGALAMINYA. KADANG2 ADA JUGA MEREKA MINTA MAAF ATAU BUAT RALAT TETAPI "DAMAGED HAS BEEN DONE"

    ReplyDelete
  44. LANABULU

    TEPAT SEKALI. DOSA MENGUMPAT AMAT BERAT TETAPI KITA SERING TAK PERASAN MELANGGARINYA ATAU SENGAJA MELANGGARINYA ATAS BERBAGAI DALIH.

    ReplyDelete
  45. SALAM AL-LAVENDARI
    MUNGKIN SEBAB DIA 'ORANG', MAKA DIA SUKA SAMBUNG CAKAP & CAKAP SUMBANG. TENTU YANG DIA 'KUCING' TAK BUAT BEGITU. DLM BULAN PUASA BIASA JUGA KITA DENGAR 'ORANG' BERKATA, "AKU BUKAN NAK MENGUMPAT DALAM BULAN PUASA NI, TAPI ......" SELAMAT MENGISI RAMADAN DENGAN IBADAH YANG MUDAH-MUDAHAN MENDAPAT KEREDAAN ALLAH.

    ReplyDelete
  46. laaaa...sapa la yang suka sangat buat spekulasi tamparan kontroversi ni..mai sini saya nak kasi penampar sekali....*ngeh...tak berani pun..ayat je lebih...

    ReplyDelete
  47. ABANG TEMUK.

    SAYA JUGA BUKAN NAK MENGUMPAT, TAPI DIA ORANG CAKAP MACAM ITU SEBAB NAK MENYEDAPKAN HATI SENDIRI YANG RASA BERSALAH.

    SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN JUGA DARI SAYA BUAT ABANG.

    ReplyDelete
  48. SITI MURNI

    KADANG2 TAMPARAN DENGAN AYAT LEBIH MEMBERI KESAN DARIPADA TAMPARAN DENGAN TANGAN ! TAPI IA KHUSUS KEPADA ORANG YANG RETI BAHASA. KALAU ORANG TAK RETI BAHASA, SEMACAM JER !

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.