Thursday, August 26, 2010

KAD RAYA YANG MEMBAWA REZEKI.



Setiap tahun sejak beberapa tahun lalu saya dapat kad hari raya dari  "Asrama Anak Yatim Al-Tawqa, Pengkalan Hulu, Perak". Saya baru menerima kad raya tersebut semalam.  Kiranya kad yang pertamalah (selain dari kad kedai tempat saya buat cermin mata).  Di samping itu di selitkan rayuan membeli tanah untuk di wakafkan.  Seperti tahun-tahun sebelum ini, adalah juga saya memberi sedikit sumbangan.

Kali ini saya berniat untuk beri lebih sedikit, kerana beban pun kian berkurang sebab anak ke tiga saya "As" sudah tamat belajar dan mula bekerja.

Saya pun mengisi borang untuk pembelian tersebut tetapi tak dapat nak pos sebab buku cek tertinggal kat rumah.

Tak lama kemudian, saya mendapat berita semua kakitangan kerajaan dan pesara akan diberi duit raya RM500 seorang.

Lihat tu, belum pun sempat saya mengirimkan sumbangan  tersebut, Allah telah pun menggantikannya. Allah Akbar.

-------------------------------------------------------
Sub-entri: Rezeki Ramadhan Lagi.

Sebelah paginya seorang rakan sepejabat saya Miss Ann (bukan nama sebenar)
yang sangat cun (sungguh) yang baru balik dari tugas luar datang ke bilik saya
membawa sebeban keropok lekor yang saya pesan.  Saya tanya ...

"Berapa ?"

"Tak payahlah Tuan Haji, saya niat sedekah. Ikhlas ni". 

"Saya pun ikhlas nak bayar" 

"Tapi saya yang niat dulu"...  jawab dia sambil tersenyum manis.

"Kalau gitu terima kasih aje lah"

Saya terimalah sedekahnya. Malas saya nak gaduh2 fasal keropok lekor !




Tengok gambar ni harus Azieazah buat keputusan untuk berjiran dengan saya !
.
.

83 comments:

  1. baru nak g baca...hehehehe
    jangan marah pakngah..
    bukan selalu dapat 1st... ;p

    ReplyDelete
  2. murah rezeki lavender... :)..saya pun nak berjiran gak ler..haha!

    ReplyDelete
  3. pak ngah
    enpakwe sya pun dah sebut pasal rm500 tu,
    dia kata
    semua tu nak beri pada Mak abah, MIL FIL dan makcik sebagai duit raya..
    sya? cadang nak bayar niat di pusat zakat.
    Semoga dipermudahkan..amin
    rezeki yg tak di duga.

    ReplyDelete
  4. salam tuan haji..lame tak rase keropok lekor pasar payang..keropok lekor tue yg paling sodap sekali...

    ReplyDelete
  5. Salam THJ,

    Alhamdulillah..

    rezeki.

    psst:
    THJ, Ada lebih tak kopok tu?..nak jugak rasa..hehe

    ReplyDelete
  6. Salam Kanda AL..

    raya kat mana nanti?? Kalau raya kat Lavender Heights, kakcik ingat nak datanglah.. (buat muka tak malu..hehehe..)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. rezeki datang tanpa diduga.. :)

    ReplyDelete
  8. Salam Tuan
    Saya bertandang lagi..
    Apa khabar orang di sini.
    Moga sihat selalu,ceria
    dan berbahagia.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,

    Lama saya tak menyinggah disini, banyak entry yang menarik saya dah ketinggalan, rugi betul tapi saya dah kada' sebahagian darinya, insyaAllah ada masa kada' lagi, entry yang paling saya suka 30 tahun dia jadi isteri saya, HAPPY ANNEVESARY lewat sikit ucapannya pun tak apa yee..semuga kebahgiaan sentiasa mengiringi keluarga Pak Ngah Aji dan Mak Ngah,..Amin.

    ReplyDelete
  10. selagi ada kesempatan, kita tambahkanlah saham akhirat kita :)

    ReplyDelete
  11. Salam al-lavendari
    Alhamdulillah. Itu janji Tuhan. Dia memang beri balik, malah berganda-ganda.

    Baguslah jadi pesara-PENCEN. Abang Temuk ingat, kalau orang tu pesara-KWSP, gomen masukkan juga sikit dlm akaun KWSPnya. Tapi dia terlupa pula. What to do!

    Banyaknya keropok lekor! Pasal tu, bukan setakat nak berjiran, kot boleh sedapurlah.

    ReplyDelete
  12. Uncle.. kita jirannnkannn..
    kita geng kannn..


    kopok lekor sikitttt...



    saya pun nak duit raya gakkkkk... muahahahha...

    ReplyDelete
  13. Salam Tuan Haji,

    Alhamdulillah murah rezeki th,
    harap2 rezeki saya pun mcm tue jua.

    sedikit info megenai saya;
    saya org sandakan. Kerani di firma arkitek yg letaknya 1 1/2 batu dr hotel tmpat th meginap semasa di sdk dulu. Jumpa blog th dr blog kawan(daddy zuki)

    Lin J. sdk

    ReplyDelete
  14. salam tuan haji...

    sedekah penyubur rezeki......

    ReplyDelete
  15. Salam THJ, semoga sihat...

    Keropok Lekor dengan lampu Tujuh Lekor tu adik-beradik ke...?

    Kalau adik beradik, siapa abang dan siapa adik...?

    ReplyDelete
  16. Salam tuan AL..
    tu dia, lom bagi lagi, udah dapat balasan .. betapa lintasan hati pun Allah dengar..

    semalam masa bagi kurma kat cikgu anak, dia kata kurma kat rumah dah habis, tengok2 kurma baru sampai.. hihi..:)

    ambe balik ganu raya nih, boleh makan kepok leko sampai tergolek.. :)

    ReplyDelete
  17. Bang HAMZAH.. ini macam punya kalu, bukan lagi nak jadi jiran sebelah, terus nak pindah duduk serumah! hahahaha


    *Rumah al-Taqwa tu pernah juga Yayasan yg saya sertai terlibat menyumbang dan membuat program suatu ketika dulu, cuma saya jer tak sempat nak ke sana meninjau.

    Moga sedekah diberkati...

    ReplyDelete
  18. Keropok losong lagi best drp keropok lekor yaa dak? Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  19. cakap pasal sedekah teringat satu kisah.....

    waktu danish kecik2 dulu ain bawak la dia pergi jumpa sorang pakcik ni untuk berubat....

    bila ain bagi pakcik ni duit dan cakap sedekah dia tak nak ambik...

    dia cakap dia tak mintak sedekah.....huhuhu

    dengan tak sengaja pulak dan terbuat dia kecik hati.

    bila ain cakap takpe la, saya hadiah kat pakcik, baru la dia nak ambik....

    sensitip jugak perkataan sedekah ni kan...

    ReplyDelete
  20. Salam THJ..

    Moga tuan haji sihat hendaknya..

    Elok juga buat sumbangan wakaf asrama tu, membantu anak yatim. Keuntungannya kita akan perolehi di sana kelak.

    ReplyDelete
  21. peh! memang murah rezeki tul, amal ayat seribu dinar kot...

    ReplyDelete
  22. pakcik tanak bagi saya kad raya ke? da lama tak dapat kad raya tau.. hehe

    (erk takpe ke selamba je saya panggil pakcik? hehe)

    ReplyDelete
  23. Salam Tuan haji,
    Bulan puasa memang banyak dapat rezeki yang tak di sangka ...mungkin sebab saya selalu bersedekah ..sedekah senyuman...heee..

    ReplyDelete
  24. SAYANGSAYANGIBU 1,2 & 3

    ELOK SANGATLAH TU .. KATA ORANG HATI GAJAH SAMA DI LAPAH, HATI KUMAN .. ISH KECIK SANGAT !

    ReplyDelete
  25. MAKDARA TERDIVA

    MARI KITA DUDUK RUMAH FLAT RAMAI-RAMAI NAK. SEMUANYA BLOGGER .. MAU GAMAT !

    ReplyDelete
  26. ROM

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG SEDAP ROM. TEPUNG 10 % IKAN 90%. YANG SELALU KITA BELI TU SEBALIKNYA. BUKAN MAIN LIAT, MAHU TERCABUT GUSI.

    ReplyDelete
  27. AZRINA

    MEMANG ADA LEBIH .. TAPI MASALAHNYA TAK DAPAT NAK HANTAR MELALUI BLOG !

    ReplyDelete
  28. KAKCIK

    SALAM KEMBALI.

    TAHUN NI RASANYA RAYA KAT RUMAH JER. NAK DATANG SILAKAN. TELEFON DULU. TAPI MACAM MANA NAK BAGI NOMBOR TELEFON SAYA EK ?

    ReplyDelete
  29. ANIF

    BETULLAH NIF. REZEKI DATANG BERGOLEK-GOLEK. SYUKUR.

    ReplyDelete
  30. ZULKBO

    SALAM KEMBALI.

    SELAMAT BERTANDANG. ORANG DISINI SIHAT2 SAHAJA TETAPI SIKIT LAPAR DAN DAHAGA.

    ReplyDelete
  31. salam tuan haji,
    belum memberi sudah menerima balasannya, rezeki yang tak terduga kan tuan haji...

    Yayasan tu memang begitu, selagi kita menyumbang setiap tahun kita menerima kad raya, saya tidak menerima lagi sebab terhenti menyumbang (selepas kadnya hilang)

    ReplyDelete
  32. LIPISLADY

    ALAIKUMSALAM.

    SAYA PUN PERASAN AWAK LAMA TAK MENYINGGAH. TERIMA KASIH KERANA TAK LUPA KAT BLOG INI. TERIMA KASIH JUGA ATAS UCAPAN ANIVERSARY TU.

    ReplyDelete
  33. MAK SU

    BETUL .. MARI KITA TAMBAHKAN PELABURAN YANG DIJAMIN TIDAK RUGI !

    ReplyDelete
  34. ABANG TEMUK

    SALAM KEMBALI.

    KALAU ABANG DUDUK DEKAT2 BOLEH JUGA HANTAR. TU LAH SAPA SURUH DUDUK JAUH-JAUH ! HEHE

    ReplyDelete
  35. AUJINZ

    NAK KOPOK DAN DUIT RAYA .. KENA DATANG RUMAH. TAPI MASA RAYA TU, JAMIN KOPOK TU DAH DISELAMATKAN.

    ReplyDelete
  36. LIN J SDK.

    SALAM KEMBALI. ALHAMDULILLAH, REZEKI TUHAN BERI MELIMPAH RUAH. SYUKUR SANGAT2.

    KALAU TAHU AWAL, BOLEH JUMPA. TAK APA. KALAU SAYA PERGI SANA LAGI, SAYA CARI LIN. BOLEH ?

    ReplyDelete
  37. BRUTALSOLO

    AGAKNYA ITULAH REZEKI ORANG YANG TAK BRUTAL. HEHEHE JANGAN MARAH. GURAU JER !

    ReplyDelete
  38. ATIE

    SALAM KEMBALI. MEMANG BENAR, SEDEKAH PEMABAWA REZEKI. TAK ADA LAGI DENGAR ORANG JATUH PAPA KERANA BERSEDEKAH.

    ReplyDelete
  39. RKA

    SALAM KEMBALI.

    TAK TAHULAH KEROPOK DENGAN LAMPU TU ADIK BERADIK KE TIDAK. KALAU TENGOK NAMA AYAH MEREKA, BARANGKALI HARUS BOLEH JADI MUNGKIN AGAKNYA MEREKA ADIK BERADIK.

    ReplyDelete
  40. AANAS

    SALAM KEMBALI.

    AMBOI .. BEGITU SEKALI HAJATNYA NAK MAKAN KERPOK SAMPAI TERGOLEK ! KALAU NAK TERGOLEK PUN KENA CARI TEMPAT YANG SESUAI UNTUK 'LANDING'. HEHE

    ReplyDelete
  41. AZIEAZAH

    NAK DUDUK SERUMAH ? SAYA TAK SANGGUP NAK BERDEPAN DENGAN PERANG DUNIA KE 3.

    RUMAH AL-TAQWA TU PUN SAYA BELUM PERNAH SAMPAI LAGI.

    ReplyDelete
  42. AKUANAKPAHANG

    APA YANG SAYA DIFAHAMKAN KEROPOK LEKOR TU NAMA SEJENIS KEROPOK DAN LOSONG TU NAMA TEMPAT/KAMPUNG DI PINGGIR BANDAR KT. KALAU SAYA TERSILAP HARAP ADA ORANG KT BETULKAN.

    ReplyDelete
  43. AIN

    AIN PATUT BERI PAKCIK TU PILIHAN.

    KALAU SEDEKAH AIN KATA NAK BERI RM1,000 DAN KALAU HADIAH AIN KATA NAK BERI RM10. AGAK2 DIA NAK PILIH SEDEKAH KE HADIAH.

    KALAU AIN NAK SEDEKAH KAT UNCLE FERARI WARNA MERAH SEBIJIK, DENGAN SENANG HATI UNCLE TERIMA.

    ReplyDelete
  44. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI.

    BENAR SEKALI SARANAN UST ITU. PELABURAN YANG DIJAMIN MENGUNTUNGKAN. (TERTAKLUK KEPADA SYARAT TERTENTU JUGA KAN !)

    ReplyDelete
  45. ORANGLIDI

    MEMANG KERPOK LEKOR DARI LOSONG GANU.

    ReplyDelete
  46. CEMOMOI

    TAK ADA AMAL AYAT APA-APA. DUIT DINAR DAH BOLEH GUNA KE SEKARANG NI ?

    ReplyDelete
  47. AJEE

    BAGI ALAMAT PENUH UNTUK PAKCIK KIRIMKAN KAD. KALAU TAK SAMPAI NANTI TOLONG BERITAHU YA.

    AWAK NAK PANGGIL APA, PANGGIL LAH. NAK PANGGIL ABANG PUN PAKCIK TAK KECIK HATI.

    ReplyDelete
  48. IBUINTAN

    SALAM KEMBALI.

    KALAU NAK MENYUMBANG SILAKAN. NAMA DAN ALAMATNYA BOLEH DIDAPATI DARI KAD YANG SAYA SCAN TU.

    ReplyDelete
  49. Alhamdulillah..rezeki Allah beri dtg tak mengira masa...syukur2.

    ReplyDelete
  50. Kanda AL..

    ini no hp kakcik : 0122830569... (jangan hantar mesej : TAHNIAH, nombor anda telah memenangi ...................................... ) hehehe... :)

    ReplyDelete
  51. salam....
    bykkan sedekah barulah kite dimurahkan rezeki..

    salam ziarah dari saye...

    ReplyDelete
  52. Murah rezeki di bulan puasa ini..

    ReplyDelete
  53. SFAW

    JAZAKALLAH ATAS KUNJUNGAN KALI PERAMA.

    ReplyDelete
  54. alhamdulillah...
    rezeki tak di duga, Allah smpikan dgn mcm2 cara... ;)

    saya pun nak berjiraaannnn ngan pakngah! ;p

    ReplyDelete
  55. PAKCIKLIE

    BENAR .. KADANG2 REZEKI DATANG DALAM BENTUK DAN DARI ORANG YANG TIDAK DI SANGKA-SANGKA.

    ReplyDelete
  56. KAKCIK

    TERIMA KASIH BANYAK2 KERANA BERI NO. HP. MASA NAK DATANG NANTI, CALL LAH SAYA DULU. TAKUT SAYA PERGI MEMANCING. HEHE

    ReplyDelete
  57. DINAS ALDI

    REZEKI DATANG DALAM PELBAGAI CARA. ALHAMDULILLAH.

    ReplyDelete
  58. AINNORAINI

    SALAM KEMBALI. BEGITULAH JANJI ALLAH.

    TERIMA KASIH KERANA SUDI ZIARAH KALI PERTAMA.

    ReplyDelete
  59. RELEVAN

    BETUL .. HARI-HARI DAPAT MAKAN FREE KAT SURAU. MAKANAN SENTIASA BERLEBIH2.

    ReplyDelete
  60. SZMSS

    TULAH SAYA CADANGKAN KITA RAMAI2 GENGBLOGGER DUDUK SATU FLAT 40 TINGKAT. NDAK ?

    ReplyDelete
  61. oh! dpt bonus raya..xtau pun..boleh la bodek hubby nih..

    ReplyDelete
  62. Alhamdulillah, murah rezeki tuan haji! :-)

    ReplyDelete
  63. Salam uncle,

    Dah dapat kad raya? Saya takde dpt pun except daripada anak murid saya..huhu.

    Tahniahlah ye uncle utk kite dan semua kakitangan kerajaan yg lain, dpt duit raya. tu duit emergency, takut2 gaji dah abis sblm gaji akan dtg..huhu

    ReplyDelete
  64. alhamdulillah.murah rezeki..banyaknya keropok lekor..

    ReplyDelete
  65. salam akhi Hamzah...

    kita baru niat pahala dah dpt berganda2 , pulangan rezeki pun bertambah...Alhamdulillah ...

    ReplyDelete
  66. Bersedekah di bulan Ramadhan.... menyuburkan rezeki yang ada.

    ReplyDelete
  67. HAMIZAH

    BODEK JANGAN TAK BODEK. ADA KOMISYEN TAK PADA ORANG YANG BERITAHU ? HEHE

    ReplyDelete
  68. NAIZAF

    LEPAS RAYA NANTI SAYA BELANJA !

    ReplyDelete
  69. MISZ SEPHIA

    KITA NI BETUL2 MAKAN GAJI. MAKAN DULU, GAJI KEMUDIAN.

    ANAK MURID BAGI KAD PAKAI SETEM TAK ? KALAU TAK PAKAI, KESIAN KAT POS MALAYSIA !

    ReplyDelete
  70. KAK ERNA

    MEMANG BANYAK, TAPI MOLOT PUN BANYAK YANG NAK DI SUMBAT. HEHE

    ReplyDelete
  71. UMMI HUMAIRA

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG BENAR KATA UMMI TU. SESUNGGUHNYA ALLAH ITU TIDAK MEMUNGKIRI JANJINYA.

    ReplyDelete
  72. CKLAH

    CIKGU TAK ADA BERNIAT KE NAK SEDEKAH KAT WARGA MAS ?

    ReplyDelete
  73. teringat azam IM nak hantar kadraya 50 keping tahun ni. tak start lagi...

    ReplyDelete
  74. terliuq tgk kopok lekor tu... sedapnyeeee

    ReplyDelete
  75. INSAN MAHAEN

    UISH .. BANYAKNYA. ELOK HANTAR SEKARANG. NANTI POS MALAYSIA JEM !

    ReplyDelete
  76. SUHANA

    SALAM. LAMA TAK DENGAQ ! APA HABAQ ? DAH PI MANA DAH ?

    KALAU TERLIUQ, MAILAH SINI !

    ReplyDelete
  77. spjgn yg sy perasan, klu org bg sesuatu kat tuan, pastinya BANYAK BANYAK...

    durian berpuluh biji
    ikan berpuluh ekor

    ni keropok lekor, berpuluh batang

    .
    .


    adakah sebab

    1. mereka rasa tuan makan BANYAK BANYAK??
    atau
    2. memang tuan mkn BANYAK BANYAK??

    atau

    soalan objektif. Sila bulatkan jawapan yang paling BENAR.

    ;D

    ReplyDelete
  78. KTS

    JUJURNYA SAYA TAK MAKAN BANYAK-BANYAK DALAM SEKALI MAKAN. TAPI SIKIT-SIKIT TAPI BANYAK KALI MAKAN.

    MAAF, SAYA TAK RETI NAK MEMBULATKAN JAWAPAN.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.