Sunday, August 29, 2010

TERKENANG SEMASA DULU 12 - LAWATAN KE EMPAT NEGARA DALAM TEMPOH DUA MINGGU ... ALA ALA JEJAK RASUL !

Kadang2 seronok juga berjalan2 (di samping urusan rasmi)
 kena tanggung dek orang ni.
Tapi Makngahnya saya yang tanggung tau.


Gambar 1 - Mula-mula nak tunjuk dulu  part yang rasminya.
Di antaranya melawat dan mengadakan perbincangan
dengan pegawai di Kementerian Waqaf di Mesir.
Lepas tu baru boleh tunjuk part yang tak berapa rasminya.


Gambar 2 - Ini hotel tempat kita menginap di Damsyik, Syria.
 Ada cerita di sini.
Kita tanya guide kita, adakah makanan di hotel ini halal.
Dia kata "jangan bimbang, semua hotel di sini makanannya halal".
Besoknya masa sarapan pagi ada
 hidangan yang kita tengok was-was.
Kita tanya manager. Dia kata "daging ba alif ba ya".
Kemudian bila guide kita tiba, kita pun tanya
kenapa semalam dia kata semua makanan hotel2 di sini halal.
Dengan selamba jer dia jawab "... kecuali hotel ini"


Gambar 3 - Makngahnya di hadapan makam Salahuddin al-Ayyubi -
seorang panglima Islam yang tersohor.


Gambar 4 - Kesan tembakan askar Yahudi memenuhi
dinding bangunan salah sebuah hospital di "Golan Heights".


Gambar 5 - Bosra - panggung dulu-dulu. Cuaca sangat sejuk.
Tu yang duduk rapat-rapat tu !
Saya pernah buat entri mengenainya di sini


Gambar 6 - Di depan makam Sahibul Khafi. 


Gambar 7 - Di Jordan kita menginap di sini.
Kawalan keselamatan macam nak naik kapal terbang.


Gambar 8 - Dihadapan bangunan Perbendaharaan kerajaan dulu2
 yang dipahat dari batu gunung - Petra, Jordan.


Gambar 9 - Saya tidak berupaya menenggelamkan diri di Laut Mati.
 Kelihatan berbalam-balam di belakang adalah negara orang Yahudi.


Gambar 10 - Kita menginap di sini semasa di Kaherah.
Diberi kawalan keselamatan 24 jam oleh polis di sini.
Mereka bergilir-gilir menunggu dekat lif tingkat kami menginap.
 Sampai waktu sembahyang, mereka sembahyang atas karpet sebelah lif.
Tak ada nak sibuk-sibuk cari sejadah ke, tikar ke, kopiah ke !


Gambar 11: Makngahnya berposing di beranda hotel.
Kelihatan Sungai Nil mengalir lesu membelah kotaraya Kaherah.


Gambar 12 - Di hadapan salah sebuah piramid.
Piramid tak payah ceritalah kan.
Semua orang tahu piramid tu kat Bangladesh.
Suhu masa itu belasan darjah calcius.
Awas penipu dan pengambil kesempatan berkeliaran.
Kami nyaris kena .. nasib baik ada pak polisi mengiringi kami.


Gambar 13 - Dalam bot menelusuri Sungai Nil sambil
makan malam dan menengok tarian gelek.
Saya terkedu bila melihat ada pak Arab yang berjubah
dan berkopiah ghairah menari sama !


Gambar 14 - Di Dubai, United Arab Emirates.

Tolonglahjanganbandingkanperutsayadenganbangunandisebelahkiriitu!


Kesimpulan.

Lawatan ini walaupun banyak memberi pengalaman tetapi amat-amat meletihkan. Letih kerana banyak kali bertukar-tukar penerbangan, hotel, kenderaan darat dan letih kerana banyak berjalan kaki serta menaiki kuda. Alangkah seronoknya bila  balik semula ke rumah dan tidur di rumah sendiri walaupun rumah kita 'blur' .



* Malaysia lagi best !
.

.


87 comments:

  1. Seronok membaca pengalaman Tuan semasa berada diluar negara :)

    Sekurang-kurangnya ada juga Tips yang berguna untuk dikongsi bersama.

    Tapi memang bentu Tuan, penipu memang ada dimana-mana :)

    ReplyDelete
  2. Salam THJ,

    *Jauh Perjalanan Luas Pemandangan.

    *Makam Sahibul Kahfi tu sederet ke THJ ?

    *Ntah bila saya akan sampai..

    ReplyDelete
  3. Aiseh.. typing error pulak :)


    Tapi memang betul Tuan, penipu memang ada dimana-mana :)

    ReplyDelete
  4. dekat piramid tu la ramai yg ambik kesempatan. uh.. jual mahal2 padahal hrga barang sbnrnya murah je..

    tapi sememangnya sangat best berjalan2.. err.. maksud saya kerja sambil dapat berjalan-jalan. hehe =)

    gambar kat dubai tu dah siap pesan awal2 jangan bandingkan.. tp sbb pesanan tu la td tiba2 terbanding plak.. ngee =P

    ReplyDelete
  5. bestnya jalan2..

    tuan haji ni lecturer kat apium ke?
    (belum habis godek2 kat blog ni?)

    ReplyDelete
  6. Amboiii... sungguh cantik tempat tempat di negara orang..

    Sama cantik dan mata terpesona juga dgn cantiknya MAKNGAH tuu.

    *Pic yang last tu saya pernah tengok dah Bang HAMZAH post dulu, dgn tajuk sapa tiru sapa, pasal design Menara TM, kan?

    ReplyDelete
  7. Salam THJ...

    Makam Sahibul Kahfi tu kat negara mana tuan haji, yang pernah saya ziarah di Jordan.

    Pernah juga saya pergi ke Laut Mati tu tapi kemudiannya ada ustaz beritahu bahawa Nabi melarang kita ziarah tempat seperti tu kerana di bawahnya tempat orang-orang yang Allah azab.

    Baginda bersabda, "Aku khuatir kalau kamu akan ditimpa azab seperti yang pernah menimpa kaum Tsamud. Oleh itu janganlah kamu masuk ke wilayah mereka".

    ReplyDelete
  8. Salam Tn Hj,
    TQ share pengalaman. Sy dedulu x bape suka bjalan, tp sejak 'terjebak' 3 thn kat UK buat sy suka tgk tempat org. Mmg umah dan negara kita lagi bes but sometimes ada juga part yg tmpt org laaagi bagus. Sebab itu 'banyak berjalan luas pengalaman, btambah pengetahuan'. Cuma bab penat..mak aaai..bila balik tu rasa nk coti lagi sebulan biar btl2 ilang penat kan..

    ReplyDelete
  9. wooo syoknya jadik orang gomen yerk...

    ReplyDelete
  10. nasib tanay semula kan..saya tak pernah pergi..tapi kawan pergi ke satu negeri tu...dah termakan katak..dan kura2..
    terus lepas tu..makan roti aje..sampai balik..

    ReplyDelete
  11. suka baca pengalaman ni...insyaAllah nak pegi cuti nanti!

    ReplyDelete
  12. Salam Kanda AL..

    nasib baik saya tak terlepas dari mambaca catatan ini. Barulah saya tahu rupa2nya Piramid itu di Bangladesh! (^_*)

    Gambar dengan Burj Al Arab tu nampak macam kembar!

    Kenapa kelabuasapkan gambar rumah tu??? Ooooo.. takut saya singgah, ya? :)

    ReplyDelete
  13. salam:)

    seronok jalan2 ekk..:)

    ....jauh perjalanan luaslah pandangannya..Yang pasti pengalaman itu sesuatu yang berharga:)

    ReplyDelete
  14. Boleh bukukan tuan. Pengalaman di luar negara.

    ReplyDelete
  15. Salam. Seronoknya menimba pengalaman di negara orang. Kawalan ketat sampai sebegitu rupanya.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum,

    Tuan Haji, seronok dapat lihat Negara orang yee,, Kata orang banyaak berjalan luas pengalaman..lapang fikiran...

    ReplyDelete
  17. alaa...
    kita tak heran la kalau takat 4 negara dlm masa 2 minggu

    sebab kita boleh pegi 10 negara dlm masa 2 jam je...tak caya ?
    jom kita ke TTI, KTrg

    ( komen nada jeles gitu!!)

    ReplyDelete
  18. Petra sungguh cantik dan menakjubkan kan...
    (saya tak lah pernah sampai Petra..nengok kat gambar dan Indiana Jones aje...)

    ReplyDelete
  19. Salam bang.

    Piramid bukan kat Pakistan ke bang? hehehe

    Masa saya melawat piramid saya tak mampu nak tinggal di hotel mewah mcm abg sbb takde yg tanggung. Saya tinggal bersama keluarga org Mesir. Salah seorg anak mereka kawan saya masa belajar tapi dia tak balik Mesir masa tu. Mujur jumpa rumah mereka hehehe

    ReplyDelete
  20. Lain kali kalau abg ada peluang pergi melancong lagi dan tak tahu siapa nak bawa, bolehlah bawa saya. Boleh tumpang bilik hotel. Saya tawarkan diri utk jadi jurufoto abg - ambil gambar cantik2 utk blog abg hehehe

    ReplyDelete
  21. bestnya...jauh perjalanan, luas pandangan ...
    tak bestnya, memang penatttt ..hehehe..kat sana mesti terbayang2 rumahku syurgaku kan...tp dah smpi rumah teringat nak jalan2 plak :p

    ReplyDelete
  22. Seronok tengok gambar2 Tn Hj di luar negara. Untung dapat jalan2 dan kenal2 tempat orang, sebab masa tu baru kita yakini peribahasa '...hujan batu di negeri sendiri...'
    Apapun, pengalaman ke negara orang tu memang sangat berguna untuk disampaikan kepada semua. Sekurang2nya kita tau apa lebih dan kurangnya....

    ReplyDelete
  23. ni kementerrian apa? agak2 saya ada post tak kat sana? huhu...

    ReplyDelete
  24. teringin sangat nak berjalan ke luar negeri..tapi belom ada kesempatan lagi.tngok gambar2 pakcik pun cukup la..

    ReplyDelete
  25. tergelak-gelak baca piramid kt Bangladesh.. Mesti Taj Mahal pulak kt Sri Lanka kan? hehe..

    ReplyDelete
  26. salam,

    pergi ke mana pun kena berwaspada halal haram tu..

    ReplyDelete
  27. Chik Na belum sampai lagi Jordan dan Mesir tu... bercita-cita nak p Jordan masa cuti sekolah Disember nanti..tu pun kalu hubby still kerja kat Damsyik lg masa tu

    ReplyDelete
  28. ANIF

    PENIPU ADA DI MANA-MANA TERMASUK DI ALAM MAYA !

    ReplyDelete
  29. AZRIN

    MAKAM TU SEKELOMPOK, TIDAKLAH SEDERET SANGAT. ADA JUGA DI TUNJUKKAN KUBUR ANJING PENGIKUTNYA DI DALAM GUA YANG SAMA OLEH PENJAGA MAKAM TERSEBUT.

    ReplyDelete
  30. ASADA

    DEKAT PIRAMID TU NAK AMBIL GAMBAR DENGAN UNTA PUN DI DIKENAKAN BAYARAN. NAK SEMBAHYANG KAT SURAU PUN DI MINTA (SECARA TAK DIRECT) BAYARAN. MELAMPAU BETUL.

    KALAU AWAK DAH TERBANDING GAMBAR KAT DUBAI TU, TAK APALAH. TAK SENGAJA DI MAAFKAN.

    ReplyDelete
  31. HAMIZAH

    LAGI BEST KALAU ORANG SPONSOR.

    PASAL JAWATAN SAYA TU, SAYA HANYA PENUNTUT DI APIUM. PERNAH SAYA BUAT SATU ENTRI 'MARI MELAWAT KELAS SAYA' BARU2 INI. AWAK PUN ADA KOMEN. JEMPUT LIHAT DI SINI:

    http://al-lavendari.blogspot.com/2010/08/mari-melawat-kelas-saya.html

    ReplyDelete
  32. AZIEAZAH

    PIC YANG LAST TU TAK PERNAH POST LAGI. YANG PERNAH DI POST TU GAMBAR SAYA DENGAN MAKNGAHNYA. NAMUN IA PADA MASA DAN TEMPAT YANG SAMA.

    ReplyDelete
  33. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI.

    MAKAM TU KAT JORDAN RASANYA. PADA MASA ITU SAYA MENGIKUT JALAN DARAT DARI SYRIA KE JORDAN. JADI SAYA TAK PASTI DI NEGARA MANA SAYA MASA ITU.

    PASAL KE LAUT MATI TU, SAYA PUN MACAM USTAZ JUGA TAK TAHU SEBELUM INI NABI LARANG. NAK BUAT MACAM MANA, DAH TERPERGI. SEMOGA ALLAH MENGAMPUNKAN KESALAHAN SAYA.

    ReplyDelete
  34. KHAI

    SALAM KEMBALI.

    BERJALAN INI MENGHASILKAN DUA NATIJAH. KALAU TEMPAT ORANG TU BURUK, KITA AMBIL SEBAGAI SEMPADAN. TETAPI KALAU IA BAIK, KITA JADIKAN TELADAN.

    BANYAK PERKARA2 BAIK YANG BOLEH KITA JADIKAN TAULADAN KAT UK.

    ReplyDelete
  35. CEMOMOI


    ADA SYOK DAN ADA TAK SYOKNYA MACAM KERJA SWASTA JUGA. 'YOU CAN'T ENJOY BEST OF BOTH WORLDS' KATA ORANG PUTIH.

    ReplyDelete
  36. KAK ERNA

    SAYA PUN TAK SANGKA DI BUMI PARA ANBIA ADA KES MACAM INI.

    LEPAS TU, BARU PIHAK HOTEL BUAT PENGASINGAN.

    ReplyDelete
  37. SONATA

    ELOKLAH KITA MELAWAT TEMPAT2 MACAM INI, SEKURANG2NYA SEKALI DALAM HIDUP KITA.

    ReplyDelete
  38. KAKCIK

    GAMBAR RUMAH TU, SAYA NAK FOKUSKAN KEPADA BENDERA MALAYSIA SEBENARNYA.

    GMBAR DENGAN BANGUNAN ITU, MEMANG NAMPAK MACAM KEMBAR, CUMA BANGUNAN ITU TINGGI SIKIT DARI SAYA.

    ReplyDelete
  39. PN KARTINI

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG SERONOK KALAU PERJALANAN ITU DI TANGGUNG SEPENUHNYA OLEH ORANG LAIN.

    ReplyDelete
  40. POK LI

    IDEA TU BAGUS JUGA. TAPI PENGALAMAN SAYA NI 'NOTHING' BERBANDING PENGALAMAN ORANG LAIN.

    TAKUT SAYA SORANG JE YANG BACA NANTI. HEHE

    ReplyDelete
  41. DINAS ALDI

    MEREKA BIMBANG KEPADA KESELAMATAN KITA KERANA MEREKA FAHAM DENGAN PERANGAI RAKYAT MEREKA.

    ReplyDelete
  42. LIPISLADY

    MEMANG BENAR KATA ORANG BANYAK BERJALAN LUAS PENGALAMAN DAN LETIH LENGUH SELURUH BADAN, DUIT PUN BERKURANGAN !

    ReplyDelete
  43. IKAN EMAS

    SAYA PUN BELUM PERNAH SAMPAI LAGI KE TTI DI KT TU. SATU HARI NANTI NAK PERGI JUGAK.

    ReplyDelete
  44. DRSINGA

    MEMANG SAYA KAGUM DAN TAKJUB AKAN KEHEBATAN ORANG DULU-DULU. KATANYA BANYAK LAGI YANG BELUM DI DISCOVER YANG BERADA DIBAWAH BUMI MEREKA.

    ReplyDelete
  45. YB 1

    SALAM KEMBALI. DUDUK ALA-ALA 'HOME STAY' TU DAPAT PENGALAMAN YANG UNIK JUGA.

    YB 2

    TAWARAN AWAK TU TAK DAPAT DI PERTIMBANGKAN KERANA ANAK SAYA YANG KETIGA TU SEORANG JURUGAMBAR PROFESSIONAL.

    ReplyDelete
  46. komen terakhir pd jam 7.16pm sblm dipanggil makngah nye utk berbuka..hehe, selamat berbuka AL. saja nak tgk komen.

    ReplyDelete
  47. SZ|MSS

    BETUL .. BILA DAH HILANG LETIH, MULALAH PLAN NAK JALAN SEMULA.

    ReplyDelete
  48. KUASAI MINDA

    MEMANG BETUL, BILA DAH TENGOK NEGARA ORANG, BARU RASA BETAPA BERTUAHNYA JADI RAKYAT MALAYSIA.

    TAPI KALAU HUJAN EMAS DI NEGERI SENDIRI, BAGUS JUGA KAN !

    ReplyDelete
  49. MENTIBANG 1

    SETAKAT INI POS MACAM JAWATAN AWAK BELUM ADA DI KEMENTERIAN INI !

    MENTIBANG 2

    TAJAM MATA AWAK. HABIS SAYA BALAS KOMEN YB, HAIQAL DAN SOUND, "BUKA .. BUKA"

    ReplyDelete
  50. MIMIE

    KATA ORANG 'KALAU NAK SERIBU DAYA .. DIMANA ADA KEMAHUAN DISITU ADA JALAN'

    AJAK LAH SUAMI PERGI HONEYMOON KAT LUAR NEGERI NANTI.

    ReplyDelete
  51. MISZ SEPHIA


    YA KE TAJ MAHAL KAT SRI LANGKA ? SAYA MATI-MATI INGAT KAT BUKIT MERTAJAM. SUDAH TUKAR KA ?

    ReplyDelete
  52. PENJEJAK MAYA

    SALAM KEMBALI. BENAR .. KAT NEGARA PARA ANBIA PUN KITA KENA HATI2 !

    ReplyDelete
  53. CHIK NA

    BAGUSLAH TU, DARI DAMSYIK SAYA CADANGKAN NAIK KENDERAAN DARAT KE JORDAN. BOLEH TENGOK2 DAN BELI CENDERAMATA DALAM PERJALANAN.

    ReplyDelete
  54. Salam al-lavendari
    Seronok mengimbau kisah kerja & kisah makan angin dulu-dulu. Puas juga tengok 'hujan emas di negeri orang', ye?

    ReplyDelete
  55. betuah pakngah boleh bertugas sambil melancong lagu ni..

    ReplyDelete
  56. Gambar 14 - Di Dubai.

    Tolonglahjanganbandingkanperutsayadenganbangunandisebelahkiriitu!

    Salam pakngah

    sya dah tersenyum baca part ni.. ;p

    pakngah
    tahniah walupun gambar akhir tu blur tp
    semangat kibar jalur gemilang
    syabas.....

    ReplyDelete
  57. uncle piramid tu bukan kat sunway ke?

    hehehe.....

    orang kerja gomen ni memang syiokkk kan, sambil menyelam sambil minum air....

    agaknya negara mana yang uncle belum pergi lagi....

    ReplyDelete
  58. Salam,
    Memang baik untuk melihat-lihat tempat orang ! Banyak pengetahuan dan pengalaman yang akan kita perolehi. Juga rasa keinsafan terhadap diri kita.

    ReplyDelete
  59. Syabas !!

    rumah Pengerusi RT LH dah dipasang bendera !!

    Selamat Memyambut HariKebangsaan ke 53..
    sambut di LH atau BJ ???

    ReplyDelete
  60. salam ziarah tuan di bln penuh keberkatan.moga thn ini lbh baik dr thn sebelumnya.
    -seronok mendengar/melihat coretan sesebuah perjalanan

    ReplyDelete
  61. Salam..jauh perjalanan abg Hamzah..luas pengalaman tambah pengetahuan..

    ReplyDelete
  62. Gambar 11: Makngahnya berposing di beranda hotel.
    Kelihatan Sungai Nil mengalir lesu membelah kotaraya Kaherah.


    walaupun lesu, mampu dia membelah kotaraya kaherah ya. hebat! :D

    ReplyDelete
  63. Semua orang tahu piramid tu kat Bangladesh.


    .
    .
    piramid kat bangladesh??
    sy pun google lah... piramid bangladesh



    .
    .


    tiba2 hari ni rasa bendul sgt... haaaiiihhh... mcmana bole terpedaya dgn tuan.

    ReplyDelete
  64. salam ayahanda
    part akhir sangat menarik perhatian
    lalalalalalala
    =)

    ReplyDelete
  65. ABANG TEMUK

    SALAM KEMBALI. TERUS TERANG SAYA KATAKAN YANG SAYA BELUM PERNAH TERJUMPA LAGI HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG ! HEHE

    ReplyDelete
  66. LANA-BULU

    SAYA BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN MALAYSIA ATAS PELUANG2 YANG TELAH DIBERIKAN.

    ReplyDelete
  67. SAYANGSAYANGIBU

    BANYAK2 GAMBAR, GAMBAR NO: 14 TU YANG AWAK FOKUSKAN PERHATIAN.

    TAHNIAH KERANA DAPAT MELIHAT JALUR GEMILANG YANG BLUR.

    ReplyDelete
  68. AIN

    NEGARA YANG BELUM PERGI BANYAK LAGI. TAPI YANG NAK PERGI SANGAT ADALAH NEGARA JEPUN. DULU SEMPAT SINGGAH TIGA HARI JER. KEJAP SANGAT. KALAU DAPAT MELAWAT SEKURANG2NYA DUA MINGGU BARU SERONOK.

    ReplyDelete
  69. LUAHFIKIRAN

    SALAM KEMBALI.

    BENAR SEKALI, SETELAH TINGGAL DAN MELAWAT NEGERI ORANG, BARU TAHU BETAPA BERUNTUNGNYA KITA HIDUP DI BUMI MALAYSIA.

    ReplyDelete
  70. IKAN EMAS.

    SAYA SAMBUT DI RUMAH JER. MALAS NAK KELUAR, NANTI KURANG PAHALA PUASA.

    INGAT NAK LAYAN BLOG JER.

    BJ TU KAT MANA ?

    ReplyDelete
  71. PACIFIST

    TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH KALI PERTAMA DAN MENINGGALKAN JEJAK.

    SELAMAT MENERUSKAN PUASA.

    ReplyDelete
  72. RELEVAN

    SALAM KEMBALI. MEMANG JAUH DAN AMAT MEMENATKAN. KADANG2 TU RASA MACAM NAK AMBIL KAPALTERBANG BALIK AWAL JER ! TETAPI KERANA PERJALANAN NI BERSAMA TUGAS, TAHAN JER LAH.

    ReplyDelete
  73. KU TAK SEMPURNA 1

    SAYA PUN TENGAH LESU MASA NI TAPI MAMPU LAGI NAK BELAH DURIAN SEBIJI DUA.

    KU TAK SEMPURNA 2.

    TENTANG PIRAMID TU, AWAK SEPATUTNYA MERUJUK KITAB TAJUL MULUK.

    ReplyDelete
  74. TASEK M

    KALAU BANDINGKAN DENGAN RUMAH YANG KECIK, MEMANGLAH BESAR. TAPI KALAU BANDINGKAN DENGAN RUMAH DATO' K, RUMAH SAYA TERSANGATLAH KECIKNYA.

    ReplyDelete
  75. CHEQNA

    TAK SANGKA AWAK MINAT KAT PERUT AYAHANDA ! HEHE

    ReplyDelete
  76. CKLAH

    SILALAH DATANG UNTUK MEMBACA LAGI !

    ReplyDelete
  77. hoh. yang laut mati tu memang x leh tnggelam ya?

    [bsar wo rumah.. bila nk ajak pegi? wat knduri skali skala. hehe]

    ReplyDelete
  78. RED

    SEBENARNYA UNCLE TAK RAJIN JUGA. TAPI KERANA DI ARAHKAN, DENGAN LIATNYA TERPAKSALAH PERGI. KALAU MAKNGAHNYA TAK IKUT, LAGILAH MALAS.

    ReplyDelete
  79. ORANGLIDI

    MEMANG BETUL, KAT LAUT MATI TU, BUATLAH MACAM MANA MEMANG TAK MAHU TENGGELM. MUNGKIN ORANG LIDI BOLEH TENGGELAM KOT ! HEHE

    KALAU BUAT KENDURI, RAMAI ORANG. SUSAH NAK BORAK PANJANG. DATANGLAH MASA TAK KENDURI.

    ReplyDelete
  80. Pak arab gelek biasalah...risau pak ngah n mak ngah je turut join gelek sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau joget atau inang tu mungkin juga terjoin sama ..

      Delete
  81. hihihi macam2 kan bila tengok gelagat orang di negara orang. Betul tu Pak Ngah, Malaysia lagi best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin orang yang tak pernah melancong atau bekerja di tempat orang yang kata Malaysia tak best ..

      Delete
    2. Jumpa yang ke2. Hahaha
      Yang kata Malaysia tak best tu adalah orang yang selalu pandai bersungut semata, so far dari pengalaman saya jumpa orang la.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.