Friday, August 27, 2010

RENUNGAN HARI JUMAAT - KENAPA 3 ?

notakepala: sepatutnya entri ini diposkan hari Jumaat minggu lepas semasa insiden ini masih hangat di perkatakan, tetapi tak dapat sebab masa tu saya bertugas di Kota Bharu. Tak apa lah lewat sikit kan !



Tragedi Ramadan: Tiga maut ribut di bazar juadah Jasin.

Menurut seorang peniaga, kejadian itu berlaku terlalu pantas sehingga menyebabkan peniaga dan pengunjung tidak sempat berbuat apa-apa.

"Angin kencang berlaku tiba-tiba ... tiada sebarang tanda ribut akan melanda" katanya

Kenapa:

1.  tragedi ini berlaku pada hari ke 3 Ramadhan.
2.  tragedi ini telah meragut 3 nyawa.
3.  tragedi ini terjadi semasa umat Islam menjalani rukun Islam ke 3.

*  dan senarai diatas pun 3 jumlahnya !

Mungkin ada yang tidak kena. Atau mungkin banyak yang tidak kena
sehingga ia mengundang murkaNya. Mungkin ada mesej yang ingin di bawa.
Mari kita fikirkan dan renungkan bersama kenapa 3. Mungkin kebetulan.


Dan kita patut bersyukur kerana ia berlaku hanya di Jasin sahaja dan tidak di seluruh negara. Dan kita juga patut bersyukur kerana angin kencang itu tidak bertukar menjadi ribut taufan yang bertiup berhari-hari lamanya sehingga meranapkan segala harta benda kita.  Dan adakah sesiapa yang dapat atau boleh menghalang jika Allah ingin berbuat demikian. Sesungguhnya Allah itu masih sayangkan kita semua. Terima kasih Allah.

Entri saya bertajuk 3 "B" Di Bulan Puasa  dan yang bertajuk  Katanya Puasa ..!  baru-baru ini mungkin berkaitan.


Mungkin semua orang dah tahu bahawa pada tahun ini banyak betul hari besar berkaitan keagamaan berlaku pada hari Jumaat. 1. Hari Keputraan Nabi Muhammad s.a.w.  2. Hari Vesak.  3. Nuzul Quran. 4. Hari Raya Puasa (dijangka). 5. Deepavali. 

Kenapa 5 ?  Prinsip Rukun Negara juga 5. Rukun Islam pun 5. Kebetulan lagi juga kah !

notakaki : Hari ini cuti Nuzul Quran. Bolehlah saya merayau2 ke alam impian  blog kengkawan dan qadha mana-mana entri yang tertinggal.

60 comments:

  1. Sesungguhnya DIA itu Maha Mengetahui...

    Begitu banyak rahsiaNYA yang tidak terjangkau akal kita untuk memikirnya...

    Bersyukur dgn nikmat...

    ReplyDelete
  2. Salam THJ,

    hanya Allah yang mengetahui.

    ReplyDelete
  3. Salam THJ..

    Moga tuan haji terus dikurniakan kesihatan dalam menjalankan tugas dan ibadah seharian..

    Ada kenikmatan, ada pula kesulitan. Musibah itu peringatan dari~Nya. Yang penting kita sentiasa sedar dan tidak lalai dengan dunia ini.

    ReplyDelete
  4. Salam Kanda AL..

    say bekerja hari ini.. tapi masih juga merayau ke sana sini. :)

    Dia tetap SATU.

    ReplyDelete
  5. Assallamualaikum THJ,

    Allah mengirim mesej kepada makhluknya.Texting nya mudah. segalanya 3. Maka masih ada waktu untuk kita beramal.

    ReplyDelete
  6. Salam tn Hj, apa kabar?
    It semua peringatan untuk kita.
    Ramadhan bulan keampunan dan rahmat. Mudah2an Allah beri kita kekuatan iman untuk istiqamah dalam beribadah. amin

    ReplyDelete
  7. ENDIEM

    MARILAH SAMA-SAMA FIKIRKAN ! KALAU AWAK DAH ADA JAWAPAN, BOLEH LAH BERITAHU KITA SEMUA.

    ReplyDelete
  8. AZIEAZAH

    ORANG YANG BERSYUKUR, AKAN DIGANDAKAN NIKMAT YANG ALLAH TELAH BERI.

    ReplyDelete
  9. salam..sy suka entri tuan haji yg sebegini...tak kisah dibuat di hari Jumaat atau tidak yang penting ia bisa membuatkan kita merenung sejenak akan kebetulan yg sememangnya betul..

    p/s: selamat bercuti tuan haji..walau putrajaya tak bercuti, tetapi tuan haji di Seri Kembangan beruntung dapat cuti lebih sikit dr HQ kan

    ReplyDelete
  10. AZRINA

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG DIA MAHA MENGETAHUI. TETAPI KITA JUGA DIBERI AKAL UNTUK BERFIKIR.

    "AFALA TATAFAKKARUUN"

    ReplyDelete
  11. ABD RAZAK

    SALAM KEMBAII. ALHAMDULILLAH SAYA SEHAT2 SAHAJA HARI INI.

    TETAPI SAYA SEDIH, RAMAI YANG TIDAK MENGAMBIL INGATAN AKAN MUSIBAH ITU, BAHKAN MENGANGGAPNYA SEBAGAI FENOMENA SEMULA JADI.

    ReplyDelete
  12. KAKCIK

    SALAM KEMBALI.

    KIRANYA MELAWAT SAMBIL BELAJAR LAH TU KAN !

    ReplyDelete
  13. danish ain takut sangat kalau ada ribut atau kilat...

    dia cakap tak lama lagi hari nak kiamat....

    bila ain tanya dia kenapa danish cakap macam tu?

    "air naik mama mama, nanti jadi banjir besar.... kita semua akan mati"

    huhuhu....

    ReplyDelete
  14. NADZ

    ALAIKUMSALAM.

    BENAR KATA AWAK ITU. OLEH ITU GUNAKAN WAKTU YANG BERBAKI UNTUK BERAMAL DENGAN IKHLAS AGAR KITA SENTIASA MENDAPAT PERLINDUNGANNYA.

    ReplyDelete
  15. KHAI

    SALAM KEMBALI. SAYA KHABAR BAIK. ALHAMDULILLAH.

    MUDAH-MUDAHAN ALLAH MENERIMA AMAL KITA YANG SEDIKIT DAN MEMBERI KEAMPUNAN KE ATAS DOSA2 KITA YANG TELAH LALU.

    ReplyDelete
  16. ROM

    SAYA TAHU AWAK SUKA ENTRI2 BEGINI BERDASARKAN ENTRI2 YANG AWAK BUAT. SAYA SUKA MEMBUAT ENTRI YANG RINGAN TETAPI BERMESEJ. TAK TAHULAH SAMADA ORANG BOLEH TANGKAP ATAU TIDAK. TETAPI SESEKALI SAYA MERAPU JUGA. HEHE

    P/S: WALAUPUN SAYA BERCUTI, TETAPI MAKNGAHNYA DAH BERI SENARAI TUGAS UNTUK DILAKUKAN HARI INI.

    ReplyDelete
  17. AIN

    BUDAK-BUDAK PUN TAHU TAKUT .. TETAPI YANG SEDIHNYA RAMAI ORANG DEWASA YANG BUAT DEK JER !

    ReplyDelete
  18. Salam Hari Jumaat

    dan

    selamat bercuti

    ReplyDelete
  19. fikir-fikirkan...

    dorang kata kat k.l tak ramai orang islam sebab tu tak cuti nuzul quran... huuu

    ReplyDelete
  20. salam..

    disebalik apa yang berlaku..ada mesej dan peringatan dariNya yang perlu kita timbang2kan dan fikir2kan...Sesungguhnya Dia Maha mengetahi Segalanya......

    ReplyDelete
  21. Selamat bercuti..kita kat kelantan dah sememangnya cuti hari ni..

    ReplyDelete
  22. Salam Al-Lavendari...

    Lama dah x singgah sini..selamat bercuti sempena cuti Nuzul AL-Quran.

    ReplyDelete
  23. Salam ...
    setiap yang diturunkan oleh Allah .... ada sebab dan musababnya....
    sebagai insan ..... fikirlah ....

    ReplyDelete
  24. wah2..mungkin untuk memberi sedikit peringatan buat kita untuk bermuhasabah diri. tak terlalu boros membeli juadah berbuka sehinggakan amal jariah dan ibadah kita lupa terus.

    ReplyDelete
  25. IKAN EMAS

    CUTI DARI BEKERJA PEJABAT .. TAPI TAK CUTI DARI MENJALANKAN KEWAJIPAN SEBAGAI BAPA DAN SUAMI. HEHE

    ReplyDelete
  26. Takziah kepada keluarga mangsa di Jasin itu...

    ReplyDelete
  27. CEMOMOI

    SEBAB KL DAH ADA CUTI HARI WILAYAH. DAH HABIS KUOTA CUTI UTK SETAHUN.

    ReplyDelete
  28. PN KARTINI

    SALAM KEMBALI. ITU BARU AMARAN AWAL YANG SANGAT RINGAN. SAYA GEMENTAR BILA MEMIKIRKAN JIKA DITURUNKAN BALA YANG LEBIH BESAR.

    ReplyDelete
  29. HANI

    TERINGAT BETAPA SERONOKNYA SAYA PERGI KELANTAN BARU2 NI. MULA2 TU RASA MALAS. TAPI BILA DAH PERGI, RASA NAK TAMBAH SEHARI DUA LAGI.
    ORANG KELANTAN MEMANG SANGAT PERAMAH.

    SELAMAT BERCUTI JUGA UNTUK AWAK.

    ReplyDelete
  30. FADZILAH

    YE LAH LAMA BETUL CIKGU TAK SINGGAH. TERIMA KASIH KERANA MASIH INGAT LAMAN INI. CIKGU TAK CUTI KE HARI NI?

    SELAMAT MENERUSKAN PUASA.

    ReplyDelete
  31. CHIK ATT

    SALAM KEMBALI.

    SAYA LIHAT AWAK ADA 6 BLOG. BOLEH BERITAHU BLOG MANA YANG DISYORKAN UNTUK SAYA MASUK.

    ReplyDelete
  32. Allha nak igtkan kita spy jgn lalai..ujian kecil tp iktibar utk semua..

    ReplyDelete
  33. Ha'ah kan..

    semuanya macam kebetulan. Betul ke kebetulan?..

    ReplyDelete
  34. SFAW

    SAYA RASA PUN BEGITU. BAGI YANG MEMBELI JANGAN BOROS. BAGI PENJUAL, JANGAN MENIPU KUANTITI DAN KUALITI DAN JUGA JANGAN SAMPAI LALAI UNTUK SEMBAHYANG DEK KERANA BERNIAGA.

    ReplyDelete
  35. CKLAH

    SEMOGA KELUARGA MEREKA DAPAT BERSABAR MENEMPUHI DUGAAN INI.

    ReplyDelete
  36. HAMIZAH

    DAH BANYAK KALI DIINGATKAN. DULU TSUNAMI, MUNGKIN RAMAI YANG DAH LUPA.

    ReplyDelete
  37. AUJINZ

    KALAU SUDAH BANYAK SANGAT KEBETULAN, TENTU ADA SESUATU YANG INGIN DISAMPAIKANNYA.

    ReplyDelete
  38. pantun kopipes..
    Suluh-menyuluh Teluk Emas
    Panas sejuk angin utara
    Ribut taufan baik berkemas
    Antara belum jadi sengsara.

    ReplyDelete
  39. salam jumaat...
    bagus juga entry peringatan tuan AL ni...tak terfikir pula...setiap kejadian Allah ada hikmahnya kan...semoga mereka yg ditimpa bencana dpt menerimanya dgn redha...

    ReplyDelete
  40. salam THJ...semoga THJ sekeluarga sihat sentiasa...

    hidup ini tiada satu pun kebetulan...semuanya telah ditentukan... nombor itu milik dan makhluk ALLAH SWT...
    kita sebagai hamba terima sahaja setiap ketentuanNYA... pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian...

    ReplyDelete
  41. Salam. saya ada tengok rakaman video ribut tu. takut tengok khemah terbang macam kertas saja. hanya Dia yg Maha Berkuasa.

    ReplyDelete
  42. Benar tu. Tiada sesiapa pun dapat menghalang kekuasaanNya. semoga kita mengambil iktibar daripada kajadian ni.

    ReplyDelete
  43. DRSINGA


    SULUH-MENYULUH TELUK EMAS
    PANAS SEJUK ANGIN UTARA
    MELIHAT RIBUT KU SESAK NAFAS
    APA UBATNYA NAK BAGI LEGA ?

    * SORI .. PINJAM PEMBAYANG !

    ReplyDelete
  44. SZ/MSS

    SALAM KEMBALI.

    DAN SEMOGA KITA (TERMASUK SAYA) YANG MELIHATNYA TIDAK SEKADAR MELIHAT SAHAJA.

    ReplyDelete
  45. RKA

    SALAM KEMBALI.

    MARI KITA FIKIR DAN GALI APAKAH HIKMAHNYA !

    ReplyDelete
  46. DINAS ALDI

    SAYA PUN TENGOK VIDEONYA KAT TV. MEMANG MENAKUTKAN. ITULAH SECEBIS BAYANGAN SUASANA BILA SANGKAKALA DITIUPKAN NANTI.

    ReplyDelete
  47. SOLEHAH

    BERAPA RAMAI YANG BOLEH BERFIKIR SEPERTI SOLEHAH.

    LAMA SOLEHAH TAK BERKUNGJUNG. UNCLE PUN SAMA, LAMA TAK SINGGAH BLOG SOLEHAH.

    ReplyDelete
  48. Salam..

    Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.. Bersyukurlah dengan rezeki atau bencana yang menimpa, kerana kesemuanya mengandungi hikmah untuk renungan kita bersama..

    ReplyDelete
  49. FAR_RED

    SALAM KEMBALI.

    BETUL TU. SAMADA REZEKI ATAU BENCANA, DI SANA ADA HIKMAH UNTUK KITA RENUNGI.

    ReplyDelete
  50. RELEVAN

    SALAM KEMBALI. AWAK TAK CUTI KE ?

    ReplyDelete
  51. aahhh la...bila di fikir balik btol la apa yg di cakapkan...masya Allah...

    ReplyDelete
  52. Itulah peringatan utk kita yg lupa atau terlupa bahkan ada yg buat2 lupa akan suruhan serta larangan Allah swt..
    Betuah sekiranya kita tersedar akibat kejadian..namun masih berapa kerat lagi yg tetap tak nak berubah...
    p/s-bila bala turun dia bukan nak pilih2 lagi dah..yg baik dan sebaliknya akan masuk kantong sekali..
    renung2kan lah..

    ReplyDelete
  53. HONEYBUNNY

    NASIB BAIK ILA FIKIR BALIK, DAN DAPAT RASAKAN KEBENARANNYA. ADA ORANG TU SENANG JER KATA, "BIASALAH TU .. FENOMENA ALAM"

    ReplyDelete
  54. LANA-BULU

    YA MEMANG BETUL ADA YANG LUPA, TERLUPA DAN SENGAJA BUAT-BUAT LUPA. TERIMA KASIH ATAS KOMEN YANG SANGAT BERNAS ITU.

    ReplyDelete
  55. tiba2 terfikir.. kebetulan? hurmm..

    Sesungguhnya Allah maha mengetahui.

    syukur sangat tak memusnahkan seluruh negara.. sama-sama ambik iktibar dari bencana yg menimpa..

    ReplyDelete
  56. ASADA

    SAYA RASA AWAK LAGILAH TERASA BERSYUKURNYA KAN BILA BANDINGAKAN KEDAIFAN MAJORITI PENDUDUK DI MESIR TU DENGAN MEWAHNYA KITA DI MALAYSIA.

    SAYA TENGOK BUS (VAN VW)MEREKA DI SANA TU PUN DAH RASA AMAT KESIAN.

    ReplyDelete
  57. kenapa 3??


    sebab dua tiga kucing berlari...





    kenapa 5??

    sebab pat pat siku lima...




    :D


    sebab bkan 4

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.