Saturday, August 21, 2010

INI E.N.T.R.I SAYA YANG KE 200 !!!

Saya baru balik dari Kota Baharu, Kelantan petang tadi. Pergi pagi Rabu lepas. Letih dan pening akibat perjalanan masih terasa. Saya cukup tak suka bertugas di luar daerah di bulan puasa. Tetapi demi sesuap nasi, digagahi juga.


Lainlah kalau dapat duduk dan makan-makan macam ni !

Bila dihitung-hitung entri2 yang telah dibuat, rupanya entri yang terakhir adalah entri yang ke 199. Tiba-tiba saya rasa begitu teruja nak buat satu entri untuk menggenapkan 200. Inilah dia entrinya. Masa cukup 100 dulu tak terfikir pulak nak buat entri khas. Sempena entri yang ke 200 ini saya ingin mengimbau pengalaman serta suka duka seorang warga emas berblog.

Blog saya di buat oleh anak saya pada tahun 2008. Setelah siap, saya pun poskan satu dua entri. Selepas beberapa lama saya dapati tiada siapa pun membaca dan komen. Saya pun "delete" entri2 tersebut dan terus bungkam.

Kemudian pada bulan April 2009 saya buat satu entri lagi. Pun tiada siapa komen. Saya bungkam semula. Punyalah naifnya masa tu. Ingatkan orang akan berebut-rebut baca dan komen entri kita, tanpa kita komen dan follow orang terlebih dahulu. Anak saya pun tak ajar buat macam itu, sebab dia ingat saya dah tahu.

Kemudian mulai September 2009, selepas habis berguru, barulah saya bergiat semula dengan membuat 15 entri pada bulan tersebut. Kiranya saya aktif berblog mulai bulan September 2009 dan hari ini dah hampir setahun saya aktif berblog. Berikut adalah di antara beberapa entri saya yang ada cerita tersendiri.

1. Entri saya yang pertama dan masih wujud:

"ISTERI SAYA TIDAK BEKERJA." (klik)

Walau pun ia diterbitkan pada 24 April 2009, tetapi komen pertama hanya saya terima pada 7 Oktober 2009 iaitu selepas hampir 6 bulan ia di terbitkan !

2. Entri yang paling banyak dapat komen:

"SUDAH 30 TAHUN D.I.A MENJADI ISTERI KU (klik)

Setakat ini ia mendapat 168 komen termasuklah separuh dari saya. Terima kasih kepada sahabat2 yang telah memberi komen. Saya terkilan dan minta maaf banyak-banyak kerana tak dapat nak melawat blog semua pemberi komen kerana kekangan masa. Insya-Allah saya akan melawat secara beransur setakat mana terdaya.

3. Entri yang paling saya suka:

"APABILA SEBATANG POKOK TUMBANG" (klik)

Ia ada unsur jenaka, sinis, pengajaran, kritikan dan sebagainya. Saya sukakan komen-komennya juga. Ada di antara pengomen tu yang telah berhenti berblog. Komen2 mereka akan kekal menjadi sejarah dan memori indah buat saya ... dengan syarat blogspot tidak buat hal.


Entri ini saya buat khusus untuk memaklumkan penutupan sebuah blog saya.

5. Entri yang paling pendek:

Ia cuma mengandungi 7 huruf sahaja.

6. Entri yang tak ada lagi orang komen:


Kalau berhajat nak jadi pengomen pertama di alu-alukan. Tapi tak ada hadiah apa-apa.

7. Entri yang mencetuskan pergaduhan maya:

"TEGUR SALAH TAK TEGUR SALAH" (klik)

Saya nak ulas panjang sikit entri ini kerana ia memberi pengajaran yang sangat berguna kepada saya. Rupanya orang berumur lebih senang di tegur dari orang muda. Contohnya Yunus Badawi pernah saya tegur kerana dia menggunakan perkataan Jakun untuk menggambarkan kebodohan. Tentu kita marah kalau ada orang kata "pemalas macam orang Melayu". Mungkin latar belakang saya membuat kursus Antropologi dan Sosiologi semasa di UM dulu membuat saya agak peka dengan perkara-perkara begini. Beliau cepat-cepat minta maaf dan memadamkan perkataan itu dari entrinya. Tabik YB !

Berbeza dengan teguran saya kepada bakal guru ini. Saya kata tak elok gunakan perkataan mencarut untuk komen. Saya tidak mahu seorang guru nanti menggunakan perkataan mencarut bila meminta murid-muridnya memberi komen. Sila klik link di atas untuk melihat apa dia jawab. Saya geram betul membaca jawabannya itu. Lihat apa yang saya jawab balik. Lepas itu saya tidak lagi berkunjung keblog dia sampai sekarang. Dan dia pun begitu.

Saya juga pernah kena tegur. Sekali oleh Kakcik kerana membuat lawak tentang dialog suami isteri yang nak berkahwin lagi. Saya terus delete entri itu, walaupun beberapa komen sebelum itu menyukai entri saya. Entri itu masih ada tersimpan dalam mod deraf.

Saya fikir orang yang berani dan mahu menegur kita adalah orang yang ikhlas ingin berkawan. Sekali lagi saya di tegur oleh Maiyah berkaitan entri saya tentang Orang Kurang Upaya. Katanya entri saya mungkin akan mengecilkan hati golongan OKU. Sebenarnya tidak secalit pun niat saya untuk memperkecilkan mereka, bahkan sebaliknya. Saya tidak setuju perkataan 'kurang upaya' itu kerana ramai dikalangan mereka yang mempunyai upaya yang lebih dari orang tidak OKU. Sekarang OKU telah ditukar maknanya kepada Orang Kelainan Upaya. Baru kena ! Entri itu juga telah saya delete bagi menghormati pandangan Maiyah itu.

8. Entri yang bukan entri:

"CUBAAN .. CUBAAN .. TESTING ONE, TWO. THREE" (klik)"

Entri ini sebenarnya untuk memaklumkan yang saya ada masalah untuk mengepos entri tetapi akhirnya ia bertukar menjadi satu entri pulak. Aduyai !

9. Entri yang tak menjadi-jadi walaupun telah di pos beberapa kali:

"RENUNGAN HARI JUMAAT - KISAH PEMANCING TIGA BERANAK" (klik)

10. Entri yang paling menyampah orang baca:

"INI E.N.T.R.I SAYA YANG KE 200" (jangan klik)

Anda sedang membacanya sekarang ini. Nasib baik dah sampai ke penghujung. Phew !
.
.
p/s: satu entri khas untuk saya dari Annie mendedikasikan sebuah lagu yang saya suka. Tapi lagu tu sampai sekarang saya masih tak dapek2 lagi. Terima kasih Annie.




.. dan ini pulak entri khas dari Yunus Badawi seorang blogger tegar dan nakal yang pernah berkunjung ke rumah saya !


.. dan ini pula entri khas dari Che'Pit, seorang blogger yang bersopan santun, yang juga pernah berkunjung ke rumah saya !


... dan ini pula kiriman khas dengan poslaju untuk saya dari LiNda. Terima kasih kerana bersusah payah mengirimkan seekor penyuk buat saya.


dan dia masih lagi keseekoran di pintu peti sejuk saya.

dan entri khas yang terbaru dari LiNda bertarikh 16 Ogos 2010 - 4.00 a.m.



Sekian adanya.
.
.

107 comments:

  1. salam tuan haji..penuh nostalgia entri kali ini..syabas ya...

    ReplyDelete
  2. Salam Bang HAMZAH. Selamat berehat. Tapi sempat juga jadikan satu entri dari perjalanan.

    Wahhh hebat juga bila warga emas (saya tak kata, Abang sendiri yg kata..hehehe) berblogging.

    Teruskan. Saya suka membacanya. Blog dari pelbagai peringkat. Remaja, pelajar, dewasa dan warga emas. Bestttt...!

    ReplyDelete
  3. salam pakcik.. nasib baik pakcik post kat FB sy, kalau x mmg x tau lah pasal entri ni ngeh ngeh ngeh.. semenjak dua menjak ni dah slow sgt2 dgn blog.. rindu tapi...

    ngeh ngeh ngeh nak tergelak lak baca pakcik kata sy sopan santun.. (ingatkan dapat le jadi calon menantu pakcik) ahaks..

    apa2 pun, nice to know pakcik.. walaupun sy dah semakin jauh dgn blog, tapi tetap dekat di hati geng2 blogger kita dan fb..

    ReplyDelete
  4. tuan haji, bile sy bace entri linda tue, terus sy teringat kat mamamin..dia pernah buat entri cenggitu..sy masih entri khas dia utk tuan haji..gitulah ayat dia...

    ReplyDelete
  5. salam Al Lavendari
    tahniah..kita warga emas juga ada bakat dalam berkarya di blog..lebih banyak pengalaman untuk kita kongsikan sebagai tauladan pada yg muda2..salah dan silap lumrah hidup..menerima dan memberi teguran juga rencah dlm berblog...semuanya tambah mendewasakan kita yg sememangnya dah dewasa...

    teruskan berkarya.!!

    ReplyDelete
  6. wahahahaha..tahniah pakcik.sampai entry yg ke 200.jujurnya saya memang respect dengan pakcik dan gaya penulisan pakcik.

    keep it up

    tak pernah menyampah pun bace entry ni..hehehehe

    ReplyDelete
  7. heee padan dah baca n3 ke-200 nih sebab dah ada sinopsis n3 terpilih

    ReplyDelete
  8. salam,
    banyak lagi yg belum saya teroka rupanya kat blog ni..

    anyway kalau berkesempatan, nilah salah satu blog wajib klik..suka sgt2

    ReplyDelete
  9. Salam bang,
    Saya kena balas tabik abg tu. Walaupun baru 200 n3 abg tp kebanyakannya berkualiti dan ada isi. Dibandingkan dgn saya yg dah buat 628 n3, kebanyakan ikut takut muat. Nasib baik ada yg nak baca. Kalau tak jadilah mcm n3 abg yg awal tu hehehe.

    Saya tabik abg sekali lagi kerana tak sayang2 men'delete' n3 yg abg rasa tak sesuai atau kurang sambutan. Tak mcm saya (blogger yg abg katakan tegar dan nakal) masih menayangkan kesemua n3 saya kecuali satu. Itupun sbb tuan punya diri yg saya sebut dlm n3 tu menzahirkan rasa tak selesa beliau dgn n3 tu.

    Harap abg dpt terus berblog dan berkongsi pengalaman abg yg kaya dan pelbagai tu.

    ReplyDelete
  10. Syabas..teruskan berkarya..saya tidak jemu berada di sini..

    ReplyDelete
  11. salam Tuan..
    fuhhhh..phewww..
    semuanya ter record
    dalam simpanan tuan
    hebattt...tahniah
    entri yang ke-200
    semoga tuan selalu sihat
    untuk berkarya

    ReplyDelete
  12. Salam THJ..

    Moga tuan haji sihat hendaknya..

    Antara blog yang saya suka baca..kadang tak sempat nak tinggalkan jejak...maaf ya tuan haji..

    Apa pun tahniah!

    ReplyDelete
  13. bang, tkasih...hibo ghaso eh ati, heheehe...
    jgn sbb sy sebut dulu buat abg bersusah2 begini bang, tapi sy betul2 menghargai..tkasih kembali.

    ReplyDelete
  14. huhu.. memang berjiwa muda a.lavendari ni. 200 tu!!!! tahniah2 buat jubli platinum ni. hehe.

    [memang sweet entri sblum ni yg fasal makngah tu. hehe]

    ReplyDelete
  15. salam tuan haji,
    dalam penat dan pening masih dapat melahirkan entri yang ke 200 yg cukup bermakna dan memberi kesan...

    hebat ingatan dan kenangan tuan pada setiap entri yang telah dipos.

    syabas dan teruskan berblog...

    ReplyDelete
  16. Tahniah untuk entry yang ke 200 :)

    Semoga diberikan kekuatan untuk terus berkarya. Amin.

    ReplyDelete
  17. Tahniah AL, selamat berkarya..ini adalah komen saya yg ke 200 jugak..huhu, joking.....

    ReplyDelete
  18. salam,

    nampaknya entri kali ni khas mengimbau kenangan lepas tahniah moga terus dapat berblog dan moga entrinya mencecah ke angka 2020 pula nanti hehe..

    ReplyDelete
  19. Salam THJ semoga sihat selalu...
    izinkan saya menjadi pengomen yang ke 20 untuk entry THJ yg ke 200 ini...
    tahniah dan mmm... Elegan baru dah keluar...bila nak ambik...? boleh la kita rempit sama2 ke Surau Ibnu-Khaldun...hehee

    ReplyDelete
  20. Salam Tuan .

    Kembang kempis hidung saya baca n3 ini . Sangat bermakna sebab ada 2 kali nama saya disebut. (Org selalu sebut 1 kali jek, takleh lebih2..)

    1. Bergaya sungguh tuan berada di tempat yang betul dan hebat.

    2. Pasni nak baca yang tuan suruh klik.

    3. Syukur penyuk saya masih ada disitu . Tak merayap kemana2..hehe

    4. Tq Tuan . Tq soo much !!

    ReplyDelete
  21. Salam Kanda AL...

    adakah KAKCIK yang menegur itu, merujuk kepada saya? Saya pun tak ingat saya pernah menegur entri yang Kanda buat. Iyalah, saya selalu sangat merasa 'rendah diri' berbanding dengan blogger2 lain walaupun mereka kelihatannya sangat akrab dengan saya di maya ini. *Malu*

    ReplyDelete
  22. Tahniah uncle Hamzah,
    Suda entri ke-200 stlh hampir sethn.
    Sungguh pun xde nama saya, tp bile uncle reply comment saya pun dah cukup happy..
    saya pun plg suke ke blog uncle wpun kdg2 jd silent reader aka stalker je..hehe

    ReplyDelete
  23. tahniah tuan..teruskan kerja baik ini.

    ReplyDelete
  24. salam akhi Hamzah...

    ini sudah dikira hebat juga , dah boleh jejak 200 N3 ...

    lama tak nampak jejaka berbaju pink tu...

    ReplyDelete
  25. mmm...tahniah. nak tunggu entri yang ke 500 pulak..hehe

    **dalam ramai3 Kakcik sorang je panggil Kanda..boleh citer sikit?** hehe saja nak menyibukkan diri.

    ReplyDelete
  26. TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN.

    TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN MENINGGALKAN JEJAK. SAYA HARUS BERSEGERA KE KELAS DI UM. JADI MAAF TAK DAPAT NAK BALAS KOMEN DARI ANDA BUAT MASA INI. INSYAALLAH LEPAS TERAWIH NANTI SAYA AKAN CUBA JAWAB SETAKAT MANA MAMPU.

    ReplyDelete
  27. Salam Fa.. (sebelum Kanda AL jawab, kakcik tolong jawabkan..)

    Dulu pun ada seorang yang bertanya. Kalau tak silap kakcik Finaz (manalah dia, ya?) kenapa kakcik panggil KANDA (macam kakcik panggil Fa - Pn Sri pun bersebab, kan?) (^_^)

    Dulu, masa blog pu.e.c.orang.x.reti masih ada, kakcik lebih suka melepak di sana. Kemudian, kakcik dapat tahu Kanda AL lebih 'berusia' dari kakcik (sebelum tu kakcik perasan kakcik yang lebih TUWE dari semua blogger lain.. hehehe). Jadi, disebabkan perbezaan usia itu, sebagai tanda hormat, kakcik gunakan bahasa yang konon2nya puitis - itulah asalnya kakcik gunakan gelaran Kanda.

    Tak apa, kan? (^_*). Harap2 Mak Ngah tak rasa apa2... (Senyum lagi)

    ReplyDelete
  28. Salam En Hj AL,
    Tahniah..
    suke baca n3 ke 200 ni..nampak kehebatan abgngah kita ni..

    setiap entri yg ditulis
    penuh makna dgn kejujuran..kisah suka- duka- nasihat- sinis -sindiran -ilmu -nostalgia...

    pokoknya;

    ia membuat IE tertunggu-tunggu bila dia menyepi diri..

    ReplyDelete
  29. Blog tn. haji memang klass, menarik dan berkualiti. Patut dapat anugerah!

    ReplyDelete
  30. Salam Tuan,
    Tahniah, kita silent reader blog ni tp hari ni teringin nak ucap tahniah. Membaca blog org lama seronok, maklum banyak berjalan dan penuh pengalaman. Menulislah yg baik2 sbg contoh dan pengajaran pd org muda. Selalulah titipkan pesanan dan pedoman agar semua dapat pengajaran, insyallah.

    ReplyDelete
  31. Salam THJ,

    Tahniah !

    Saya paling suka n3 ke 200 ni.

    ReplyDelete
  32. Salam Uncle,

    yang entri pasal Mak Ngah tue memang best..

    tahniah untuk entri ke 200 .. :D

    ReplyDelete
  33. kejap ye, tuan, tumpang lalu...

    **bisik mode : Kakcik, kalau Fa nak panggil cam gitu boleh tak? kihkih..tapi...tapi...tak nak lah sama..panggil Kekanda? Eh, ada beza ke Kanda dgn Kekanda?**

    ReplyDelete
  34. kalo asal blog yg baek, dicampak kelaut menjadik pulau.. syabas abg al-lavendari itteww..

    salamm ramadhan dr me dikejauhann

    ReplyDelete
  35. Salam..:)

    Tahniah utk n3 yang ke-200 ini...
    Semoga kan terus ber'karya' di blog yg sedikit sbyk berkongsi pandangan & ceritanya...:)

    ReplyDelete
  36. salam pak cik..tahniah....;-) teruskan berblog...;-)

    ReplyDelete
  37. Salam AL-LAVENDARI
    Syukurlah, dapat menjalin hubungan dengan begitu ramai pemblog yg kebanyakannya mungkin pun tidak dikenali orangnya yg sebenar. Juga dapat bertukar ilmu, maklumat & nasihat dgn mereka. Semoga Allah merahmati jalinan hubungan itu.

    Tahniah di atas munculnya entri ke 200, kemas pula dgn sorotan entri2 yg lalu! Well done!

    ReplyDelete
  38. ini mungkin E.N.T.R.I tuan yg ke 200

    tahniah.. teruskan usaha! perbaiki kelemahan... jangan nakal2 di dalam kelas! jgn tido di dlm kelas ;P

    (dah mcm ulasan dlm report card pula ;D)





    .
    .



    .
    .

    tapi ini mmg bukan K.O.M.E.N saya yang ke 200 dlm blog tuan.

    ini komen saya yang ke 37..




    .
    .



    .
    .



    .
    .



    .
    .

    ok.. tipu! jgn percaya... :D

    rasa2nya ada tak org yg kira berapa komennya utk setiap blog yg dia lawati??

    errr.. ok... jgn nak merapu lagi, kts... ;D




    tahniah sekali lagi tuan...


    pinggan tak retak nasi tak dingin,
    pagi nanti tak nak sahur nasi dingin....

    :D

    ReplyDelete
  39. Tahniah dan syabas.. dah 200 entri yek.

    ReplyDelete
  40. bawak balik kopok lekor tak...?

    :)


    .

    ReplyDelete
  41. tahniah dah sampai 200 nukilan uncle.....

    sejujurnya suka sangat baca n3 uncle, selalu buat ain tersenyum dan ketawa....

    teruskan menulis dan moga maju jaya hendaknya....

    ReplyDelete
  42. salam :)


    macam2 entri kan dah kite tulis. semuanya suka duka kita. besh kan ada belog ?

    ReplyDelete
  43. Salam tuan haji...

    Bestnyer manyak entri manyak nostalgia...manyak yalan yalan...

    ReplyDelete
  44. Salam
    Tuan Haji...

    walau n3 ke berapa pun kalau berkesempatan pasti saya singgah.....tahniah...

    ReplyDelete
  45. ROM

    SAYANG SEKALI SAYA TAK COPY ENTRI MAMAMIN DULU. SAYA SENDIRI TAK INGAT APA YANG DIA TULIS. SAYA TIDAK MENJANGKA DIA AKAN BERHENTI TERUS.

    ReplyDelete
  46. AZIEAZAH

    TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN AZIEAZAH SELAMA INI. IA MEMBERI SEMANGAT KEPADA SAYA UNTUK TERUS MEMBUAT ENTRI. KADANG2 TERFIKIR JUGA UNTUK BERHENTI, TETAPI SOKONGAN PEMBACA MACAM AZIEAZAH MEMBUATKAN SAYA GAGAHKAN JUGA MEMBUAT ENTRI.

    ReplyDelete
  47. CHE'PIT

    SALAM KEMBALI. AWAK CAKAP DIRECT TO THE POINT. ANAK2 PAKCIK DIA CARI SENDIRI SIAPA YANG DIA BERKENAN.

    ReplyDelete
  48. IDALARA

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH ATAS PANDANGAN YANG BERNAS ITU SERTA GALAKKAN SUPAYA SAYA TERUS BER"KARYA".

    ReplyDelete
  49. MIMIE

    ANGKA 200 TU TAK BANYAK MANA BERBANDING DENGAR ORANG LAIN. TAPI MEMANDANGKAN PAKCIK BARU SETAHUN BERBLOG, KIRANYA JUMLAH 200 TU BANYAK JUGALAH KAN !

    TERIMA KASIH KERANA TAK MENYAMPAH MEMBACANYA. HEHE

    ReplyDelete
  50. CEMOMOI

    TERIMA KASIH KERANA AWAK SENTIASA ZIARAH DAN BERI KOMEN WALAUPUN SAYA KADANG2 JER DAPAT BACA DAN KOMEN BLOG AWAK.

    ReplyDelete
  51. HAMIZAH

    SALAM KEMBALI. SAYA AMAT BERBESAR HATI BILA AWAK KATA BLOG SAYA SEBAGAI SALAH SATU BLOG WAJIB KLIK. HILANG RASA LETIH DAN MENGANTUK.

    ReplyDelete
  52. YUNUS BADAWI

    SALAM KEMBALI. SAYA MEMANG SUDAH JATUH CINTA DENGAR DUNIA BLOG. KADANG2 TERFIKIR JUGA KENAPA SAYA TAK BERBLOG LEBIH AWAL.

    TETAPI BILA MEMIKIRKAN MASA YANG DIAMBIL, KADANG2 TU TERLINTAS JUGA UNTUK BERHENTI ATAU BERCUTI PANJANG ATAU HANYA MENJADI PENGOMEN SAHAJA.

    NAMUN ATAS SOKONGAN YANG DIBERI, SAYA AMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENERUSKAN BERBLOG SETAKAT MANA TERDAYA.

    ReplyDelete
  53. SZ/MSS

    TERINGAT KAT IKLAN ASTRO ! TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG.

    ReplyDelete
  54. SHA

    TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN GALAKKAN WALAUPUN SAYA MASIH TAK NAMPAK MUKA AWAK.

    ReplyDelete
  55. ZULKBO

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH ATAS PUJIAN DAN SOKONGAN AWAK SELAMA INI. IA MEMBERI SEMANGAT UNTUK SAYA TERUS MENULIS.

    ReplyDelete
  56. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI. SAYA YANG SEPATUTNYA MINTA MAAF KERANA TIDAK SELALU MELAWAT BLOG TUAN. SUNGGUH SAYA SERING TIDAK KECUKUPAN MASA DAN SELALU KELETIHAN. SEMASA SAYA MENAIP INI PUN MATA SUDAH 95% TERTUTUP. HEHE

    ReplyDelete
  57. ANNIE

    SAYA MEMANG ADA PERANCANGAN DARI AWAL. BUKAN SEBAB AWAK TULIS. BACALAH ENTRI INI, SAYA JUGA MENYEBUT TIGA NAMA LAIN LAGI. JANGAN PULA BERASA HIBO .. TAKUT NANTI ABANG PUN TERIKUT SAMO.

    ReplyDelete
  58. ORANGLIDI

    MANA AWAK TAHU SAYA BERJIWA MUDA ? TAPI TEKAAN AWAK TU TEPAT SEKALI. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SELAMA INI.

    ReplyDelete
  59. IBUINTAN

    JANGANLAH PUJI LEBIH-LEBIH SANGAT, NANTI SAYA TERANGKAT.

    MEMANG PUN SAYA NAK BERANGKAT TIDUR DAH NI. NGANTUK SANGAT. ESOK SAMBUNG JAWAB.

    SELAMAT BERSAHUR SEMUA.

    ReplyDelete
  60. hoho.. baca tulisan pak a.laven pun dah tau. he he he.

    [eh, ni bukan bodek tau. hehe]

    ReplyDelete
  61. ANIF

    TERIMA KASIH BANYAK2 ANIF. SAYA TAHU AWAK ADALAH DIANTARA PENYOKONG KUAT BLOG INI. INSYAALAH SAYA AKAN TERUSKAN SETAKAT MANA YANG LARAT.

    ReplyDelete
  62. MENTIBANG LAUT

    SAYA TAHU AWAK JOKING KERANA SAYA RASA TAK ADA ORANG KIRA BERAPA KOMEN DIA DAH BERI PADA SATU-SATU BLOG. LAINLAH KALAU ADA PERISIAN KHAS.

    ReplyDelete
  63. PENJEJAK MAYA

    SALAM KEMBALI. TAK TAHULAH BOLEH SAMPAI KE 2020 KE TIDAK.
    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN TAHNIAH ITU.

    ReplyDelete
  64. RKA

    SALAM KEMBALI. ELEGAN LAMA PUN "UNDER UTILISE" .. SELALU SAJA BATERINYA KONG, SEBAB PERJALANAN DARI RUMAH KE SURAU TAK JAUH .. BATERI TAK SEMPAT NAK CHARGE !

    ReplyDelete
  65. LINDA

    SALAM KEMBALI. HIDUNG KEMBANG KEMPIS TAK APA, JANGAN PERUT KEMBANG KEMPIS ! HEHE

    ReplyDelete
  66. KAKCIK

    SALAM KEMBALI. KAKCIK YANG MANA LAGI ! MUNGKIN SATU HARI NANTI SAYA POS SEMULA ENTRI BERKENAAN DENGAN SEDIKIT UBAH SUAI DI MASA YANG SESUAI.

    PERASAN RENDAH DIRI TU BAGUS SEBENARNYA DARI HIDUNG TINGGI. TAPI JANGAN TERLALU MERENDAH DIRI PULAK, NANTI ORANG TAK PERASAN. EKSIDEN !

    ReplyDelete
  67. MISZ SEPHIA

    SAYA MENGHARGAI PENGUNJUNG SAMAADA BERI KOMEN ATAU TIDAK. SEBABNYA SAYA SENDIRI PUN KADANG2 BUAT JUGA KUNJUNGAN TANPA MENINGGALKAN KOMEN KERANA TAK ADA APA NAK TULIS. CONTOHNYA ENTRI TENTANG RESEPI MAKANAN ATAU KUEH. KALAU SAYA KOMEN, NAMPAK MACAM MENYIBUK JER.

    ReplyDelete
  68. ABU MUAZ

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DORONGAN ITU.

    ReplyDelete
  69. UMMI HUMAIRA

    SALAM KEMBALI. 200 ENTRI TU TAK BANYAK MANA BERBANDING ENTRI YB, TAPI SAYA PUAS HATI.

    JEJAKA BERBAJU PINK ITU SEDANG SIBUK DENGAN KERJA. TAPI KALAU KAT FB TU, NAMPAKNYA DIA RANCAK JUGA.

    ReplyDelete
  70. A'kum tn. hj.. ni dah boleh buat sambutan jubli emas ni..he..he..he..

    ReplyDelete
  71. FA*ATIP

    * TERIMA KASIH ATAS UCAPAN TAHNIAH ITU. SELEPAS ENTRI 499 NANTI SAMPAILAH ENTRI YANG KE 500 TU. HEHE

    * TENTANG PERSOALAN PANGGILAN ITU KAKCIK DAH JAWAB. BETULLAH TU !

    * NAK PANGGIL SAYA KEKANDA. TAK ADA MASALAH. CUMA DAPATKAN KEIZINAN DARI EN. ASBEN DULU. MAKNGAHNYA LAGI SUKA (agaknya)

    ReplyDelete
  72. KAKCIK KALI KE DUA.

    TERIMA KASIH KERANA TOLONG MENJAWABKAN. RASANYA LEBIH AFDAL KAKCIK YANG MENJAWABNYA.

    MAKNGAHNYA JANGAN DIBIMBANGKAN .. SEMUANYA 'UNDER CONTROL'

    TENTANG BLOG PU.E.C TU, MUNGKIN SATU HARI NANTI BILA SAYA TIDAK LAGI BEKERJA MAKAN GAJI, DAN BANYAK MASA LAPANG, SAYA AKAN AKTIFKAN SEMULA. INSYAALLAH.

    JUJURNYA, SAYA PUN SERONOK DENGAN BLOG ITU.

    ReplyDelete
  73. IKAN EMAS

    SALAM KEMBALI. AWAK PANGGIL SAYA EN HAJI PULAK KALI INI.

    TETAPI JANGANLAH AWAK TERLALU MEMUJI. BIMBANG SAYA LUPA DIRI. CUIT-CUITLAH SESEKALI, TAPI JANGAN PULA HARI-HARI, NANTI SAYA LARI MEMBAWA DIRI.

    ReplyDelete
  74. AIDA ALI

    TERIMA KASIH ATAS PUJIAN YANG MELAMBUNG-LAMBUNG ITU. GAYAT SAYA !

    ReplyDelete
  75. DAMAI IMPIAN D'BANGI

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH ATAS UCAPAN TAHNIAH DAN KATA-KATA GALAKKAN ITU.

    LEPAS NI JANGANLAH LAGI JADI SILENT READER. LUAHKAN APA YANG INGIN DI NYATAKAN DI RUANGAN KOMEN INI.

    ReplyDelete
  76. AZRINA

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH KERANA MENYUKAI ENTRI INI. AZRINA BACA KE SEMUA ENTRI YANG SAYA SURUH KLIK ITU ?

    ReplyDelete
  77. AUJINZ

    SALAM KEMBALI. MULA2 SAYA RASA RAGU-RAGU JUGA NAK BUAT ENTRI PASAL MAKNGAHNYA TU. TAKUT ORANG KATA NAK MENUNJUK2 PULAK.

    TETAPI BILA SAYA MEMBACA SEMUA KOMEN2 YANG DIBERIKAN, SAYA SUNGGUH RASA TERHARU.

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN TAHNIAH AWAK TU.

    ReplyDelete
  78. salam,
    heheheh selamat dan tahniah dah n3 200 ...

    ReplyDelete
  79. EN_ME

    TERIMA KASIH ATAS KATA2 YANG MEMBERANGSANGKAN ITU.

    NASIB BAIK CAMPAK KE LAUT TAK LEMAS !

    SALAM RAMADHAN JUGA DARI SAYA.

    ReplyDelete
  80. PN KARTINI

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH KERANA TURUT MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN JUGA KATA2 GALAKKAN ITU.

    ReplyDelete
  81. HONEYBUNNY

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH ILA ATAS UCAPAN TAHNIAH DAN GALAKKAN ITU. INSYAALLAH.

    ReplyDelete
  82. Salam abg Hamzah..teruskan berblog sehingga ke entri yang terakhir..

    ReplyDelete
  83. ABANG TEMUK

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH ATAS UCAPAN TAHNIAH ITU. MEMANG BENAR HAMPIR KESEMUA PEMBLOG ITU KECUALI 2-3 ORANG, SAYA KENALI DI PERINGKAT MAYA SAHAJA.

    DI SAMPING DAPAT MENJALIN HUBUNGAN, BLOG INI BOLEH MENJADI TERAPI JIWA DAN MINDA JUGA.

    ReplyDelete
  84. KTS

    1. HARI SABTU DAN AHAD, SAYA TERTIDUR JUGA DALAM KELAS - "MICRO-SLEEPING ONLY". LETIH SANGAT SEBAB BARU BALIK DARI KOTA BHARU.

    2. SAYA JUGA TELAH BERSUSAH PAYAH MENJAWAB SEGALA KOMEN AWAK DI ENTRI SAYA YANG SAYA SURUH KLIK ITU. KALAU AWAK TAK PERCAYA, CUBALAH TENGOK.

    3. PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN. BAGUSLAH TU !

    ReplyDelete
  85. ENDIEM

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN TAHNIAH ITU DAN JUGA SOKONGAN AWAK SELAMA INI.

    ReplyDelete
  86. TASEK M

    NANTI SAYA BUAT SATU ENTRI TENTANG APA YANG SAYA DAH BELI KAT KOTA BHARU.

    ReplyDelete
  87. AIN

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN TAHNIAH ITU DAN JUGA SOKONGAN AIN SELAMA INI WALAUPUN UNCLE JARANG2 DAPAT MELAWAT BLOG AIN DAN JUGA BLOG ORANG LAIN.

    ReplyDelete
  88. MISS LOLLY

    SALAM KEMBALI. MEMANG BESH ADA BLOG NI ASALKAN KITA BIJAK MEMANFAATKANNYA.

    TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG WALAUPUN SAYA TAHU AWAK MESTI SIBUK.

    ReplyDelete
  89. MAMAWARNA

    SALAM KEMBALI. AWAK BENAR2 BUAT SAYA KETAWA.

    KOMEN AWAK MANYAK KELAKAR DAN MANYAK MAGUS !

    ReplyDelete
  90. ATIE

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH KERANA AWAK SERING BERKUNJUNG DAN SAYA TERKILAN KERANA TAK DAPAT SERING BERKUNJUNG KE BLOG ATIE.

    ReplyDelete
  91. ORANG LIDI LAGI SEKALI.

    KALAU BODEK PUN AWAK TAHU SAYA BUKAN BOLEH BAGI APA-APA. JADINYA APA YANG AWAK CAKAP TU ADALAH IKHLAS. TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  92. Salam tuan,

    nak gak tinggalkan tapak kaki.. hihi...
    bak kata tuan cemomoi, entri ni ada sinopsis entri2 lepas yang harusssss dibaca...

    salam hormat.. :)

    ReplyDelete
  93. GISMO82

    SALAM KEMBALI.

    KENA KE BUAT SAMBUTAN JUBLI EMAS ?

    ReplyDelete
  94. BLUECITY

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU. SAYA RASA KECIK DAN MALU BILA MELIHAT JUMLAH ENTRI AWAK.

    ReplyDelete
  95. AANAS

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MENINGGALKAN JEJAK. SALAM HORMAT.

    ReplyDelete
  96. salam.. saya da terjatuh suka dengan blog ini.. :)

    pakcik cool (=_<)V

    ReplyDelete
  97. Salam Bg Haji,
    Tahniah atas entry ke 200...
    dan terus berkarya....
    saya masih baru disini....tp sudah terpikat dan akan terus terpikat

    salam ramadhan...
    semuga terus berjaya...aaminnn.

    ReplyDelete
  98. AJEE

    SALAM KEMBALI.

    BETUL KE PAKCIK EJA NAMA TU ?
    TERIMA KASIH BANYAK2 ATAS KOMPLIMEN ITU.

    SELAMAT MENERUSKAN PUASA.

    ReplyDelete
  99. AZMNOR

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH BANYAK2 ATAS PUJIAN ITU. IA SESUNGGUHNYA MEMBERI SEMANGAT UNTUK SAYA TERUS BREBLOG DI CELAH2 KESIBUKAN MASA.

    SELAMAT MENERUSKAN PUASA.

    ReplyDelete
  100. saya 'malu' sebenarnya nak mengomen sebab dah beberapa hari tak melawat sini..(sibuk tahap2)
    ~blog THL ini adalah salah satu blog yang saya akan cuba untuk ketuk pintu tiap2 hari..selalu masuk ikut pintu depan..sempat bersalam2..ramah2 mesra..kalau tak sempat..jenguk2 je ikut tingkap yb ke..linda ke..kakcik ke..nengok sihat dan ceria tak..(ni tahap tak sempat tegur2..)
    ~pendek kata...
    biarlah beratus2 entri..saya akan tetap datang sebab jatuh hati kat blog ini...ecehwah...
    :)

    ReplyDelete
  101. DRSINGA

    KENAPA HARUS MALU. CERITA SUNAT TAK MALU PULAK. HEHE

    TERIMA KASIH KERANA JADIKAN BLOG SAYA 'MUST CLICK'. SAYA TERHARU.
    SAYA JUGA SANGAT BERBESAR HATI ATAS KUNJUGAN DR. DATANGLAH BILA-BILA MASA. SAYA TAK KECIK HATI!

    ReplyDelete
  102. 1st time singgah trus jatuh hati ke blog tuan. akan terus singgah slpas ini.

    ReplyDelete
  103. MRS JUN

    TERIMA KERANA SUDI SINGGAH DAN TINGGALKAN JEJAK KAT ENTRI LAMA SAYA. T/KASIH JUGA ATAS HASRAT INGIN TERUS SINGGAH SELEPAS INI.

    ReplyDelete
  104. Saya suka baca sini, sebab banyak teguran (walau dalam jenaka) yang buat saya terfikir (at least masuk telinga la kira). Btw pasal "jakun" tu, saya pun selalu guna. Insya Allah pasni saya beringat.

    ReplyDelete
  105. salam...saya seronok membaca blog tuan..bru ja buka arini tiba2 tergerak ati nak cuba baca blog org..seronok..ada infonya,lawaknya...ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga seronok bila ada orang sudi dan suka entri saya .. terima kasih.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.