Tuan2 dan Puan2 sekelian.
Maaf. Saya emosi sikit hari ini. Sepatutnya ada entri lain yang saya nak poskan. Disebabkan satu hal (yang saya rasa ada kepentingan bersama), saya buat entri ini untuk mendapat padangan tuan/puan. Saya terjumpa blog ini di mana, pemiliknya menggunakan perkataan "kecarutan" di tempat kita memberi ulasan atau komen. Saya pun menegurnya kerana perkataan itu saya rasa tidak patut digunakan dan sebagai orang yang sudah berumur saya rasa bersalah kalau tidak berbuat demikian. Dia nampknya tak berapa bersetuju walaupun berterima kasih atas teguran saya. Saya salin dan turunkan di sini skrip penuh apa yang saya tegur dan apa pula jawapannya.
---------------------------------------------------------------
" al-lavendari said...
pak cik nak tegur sikit ... jgn kecil hati ye! Perkataan "kecarutan" tu pak cik rasa kurang sesuai di gunakan untuk meminta orang beri komen. bila pak cik beri komen, macam pak cik mencarut pulak. kalau di kampung pak cik, perkataan mencarut tu bawa makna yang tak berapa manis di dengar. maaf kalau pandangan pak cik ini berbeza dgn anne.
7:48 AM, September 12, 2009
Anne said...
maaflah ye..menurut kamus dewan: perkataan mencarut atau carut itu bermaksud SESEORANG YANG BERCAKAP MEREPEK DAN MENGARUT..Kita panggil tukang karut..kalau ianya tak bersesuaian pada pandangan individu,rasanya kita kena cuci dulu minda supaya tidak memanipulasikan bahasa dengan merosakkannya..CARUT BUKAN PERKATAAN LUCAH SEBENARNYA..CUCI MINDA, BERSIH HATI..InsyaAllah...Maksud perkataan elok tp kita sendiri yang buat ia jadi begitu buruk..hilang sudah keindahan bahasa yang selalu diagung-agungkan...harap maklum...~MAAF ANDAI KATA-KATA SAYA SEDIKIT KASAR...terima kasih atas teguran...
8:32 PM, September 12, 2009
al-lavendari said...
Salam anne.
Pak Cik juga rujuk Kamus Dewan sebelum beri pandangan. Pak Cik "copy" apa kata "Kamus Dewan Elektronik Dewan Eja Pro" mengenai makna "carut".
carut• perkataan yg keji dan kotor (cabul): perkataan hamun dan maki, ~ dan cabul; ~-capai = ~-marut berbagai-bagai perkataan yg keji dan kotor; • bercarut, bercarut-carutmengeluarkan perkataan yg keji dan kotor: sampai beliau ~; ~ bungkang Mn mencarut-carut, memaki-maki; • mencarut, mencarut-carutmengeluarkan perkataan yg keji dan kotor, memaki-maki: kadang-kadang ~ dan meludah; • mempercarutimemaki-maki orang dgn perkataan yg keji; • carutan(perkataan, kata-kata) yg keji dan kotor, (kata-kata) yg cabul: penyair menjauhkan kata-kata ~ yg kasar; • pencarut1. suka mencarut; 2. orang yg suka mencarut.
Tak apalah kalau awak tak setuju. Mungkin ada pembaca awak atau anak2 Pakcik (mereka selalu ikut ke mana Pakcik pergi) yang sudi dan mahu mendengar nasihat.
11:04 AM, September 14, 2009"
---------------------------------------------------------------
Saya segera teringat akan blog "Cerita Kaki Lima" di mana Sdr. Prasert E.C telah membuat satu entri yang menarik, bertajuk "Sekadar Menyibuk" . Memang benarlah kata saya dalam blog tersebut sebelum ini bahawa "menyibuk dan mengambil berat, garis pemisahnya amat tipis".
Lalu saya serahkan kepada tuan/pun untuk mengadili saya.
1. Salahkah saya menegur pemilik blog tersebut?
2. Salahkan perkataan atau ayat yang saya gunakan?
3. Salahkah perkara yang saya tegurkan itu?
4. Betulkah jawapan yang diberikan oleh Anne itu?
5. Patutkah saya biarkan sahaja, dan usah menyibuk?
Untuk makluman semua, saya sendiri pernah menggugurkan dua entri saya sebelum ini; pertama mengenai jenaka seorang suami yang nak kawin lagi satu yang ditegur oleh KLCitizen dan yang kedua mengenai orang cacat yang ditegur oleh Maiyah. Walaupun kedua2 entri saya itu lebih ramai yang berpendapat tiada salahnya, tetapi saya berpendapat kebenaran itu tidak sentiasa berpihak kepada yang ramai.
Sekian, berilah pandangan ikhlas tuan/puan dan setiap pandangan akan saya hargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.
salam komensen ~
ReplyDeletepada saya adalah tidak salah untuk menegur jika terdapat ketidak elokan baik kata atau perkataan..
maka pada saya tindakan saudara adalah tidak salah..
dan saudari yang ditegur juga sebenarnya perlu berfikiran seperti saudara iaitu menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka..
jadi pada saya tak salah untuk menegur dan tak salah untuk menerima teguran dengan hati yang terbuka..
yelah, nanti kalau mengata belakang marah..
lebih baik tegur depan2 kan..
betul tak komensen? ^_^
hula! salam sejahtera...
ReplyDeletepakcik, cara pakcik tegur tu, pada pendapat saya takdelah kasar pun...
tak juga menyakitkan hati...
atau pun yang sama waktu dengannya...
cuma...mungkin kadangkala, anak muda, darahnya panas, sukar menerima teguran... =)
walau ape pun... tegur menegurlah kita untuk kehidupan yang lebih baik...
pada pendapat saya, perkataan mencarut itu sahaja suda mendendangkan bunyi yang kurang enak di dengar...
carut berbeza dengan karut...
tukangkarut, dan tukang carut... ada perbezaan kan?
huhu..ini pun pendapat saya sahaja...tegurlah saya kalau saya silap...tapi janganlah condemn sebab saya bagi pandangan ikhlas jer...tanak terima tak pe.. =)
wanita itu
ReplyDeletet.kasih atas pandangan ikhlas yang puan berikan.
ria.
ReplyDeletemungkin dia tersilap tengok muka surat atau konfius antara karut dan carut agaknya. orang tersilap harus dimaafkan.
* macam mana arrangement nak pergi airport, dah settle?
Assalamualaikum ya sahabat.
ReplyDeleteAda kala nya manusia ini berada didalam golongan 'sum mum buk mun om yom fahum laa yar ji uun'.
Faham faham saja maksudnya.
Tuan telah melaksanakan tugas selaku sesama Muslim.
Terpulang kepada individu tersebut samada tau menghargai nasihat yang berguna atau terus dengan pendiriannya itu?
Bagaikan menuang air ke daun keladi; semakin ditegur semakin menjadi.
Mahu tak mahu terpaksa tuan biarkan saja.
Biar dia tanggung sendiri.
Tuan Mahaguru58.
ReplyDeleteT.kasih kerana memberi semangat kepada saya. Selamat berbuka puasa.
salam.. sy byk baca n3 yg ada carut marut nih yg dasat.. mmg rasa kurang enak n nak sgt tegur tapi bila pikir tegur pun pasti akan jadi lain lak.. tapi cara komensen tu mmg berani, ini makna nyer strait to the point.. dan mmg tanggungjawab kita utk menegur.. tegur pun dgn cara yg berhemah, sy rasa dia dah panas telinga gak tu bila rasa kene batang hidung :)
ReplyDeletexsalah..
ReplyDeletetp atas 0rg yg diteg0 tu jgk k0t..kal0 dy rasa xselesa 0r xsuka..maybe dy cpt melenting...
tambahan plk..yg diteg0 tu still masih muda....degil tu kuat sket...
:)
Saya setuju dengan al-lavendari.
ReplyDeleteSaya bukan pakar bahasa tetapi carut itu membawa maksud negatif.
Kita juga perlu menjaga perasaan sahabat-sahabat maya lain. Layan dan tegur orang dengan baik, sebagaimana kita mahu orang lain melayan/ menegur kita.
As Salam Tuan Blog. Anak muda pantang ditegur nak lak yg terasa ilmunyer tu lebih dari org lain. Ada kalanyer mereka ni keliru antara teguran atau pun sindiran. Apapun maafkanlah dia.Kasihan ...
ReplyDeletesalam
ReplyDeletebagi akak..sgt setuju perkataan itu agak kurang eluk..dah terbukti kat kamus pun, dan sejak azali lagi perkataan itu mengambarkan yg tk bagus..tak salah cara anda buat teguran..
sepatutnya yg ditegurpun harus terima dgn hati terbuka..
bangsa kita kaya dengan budi bahasa,jgn dicemarkan dgn satu perkataan yg menunjukkan betapa tak sopannya kita.
p/s akak pun tk snggup bg komen kalau dikata mencarut ..:)
anak dara memang suka mencuri perhatian....
ReplyDeletesy sangat setuju ngan sume komen yg diberi...beliau mmg patut diberi teguran...kalau di lihat pd blog beliau yg agak keislaman..perkataan carutan tu memang tidak bersesuaian dengan blog beliau..tapi syukur beliau sedar kesilapan beliu..beliau pun sudah tukar dari perkataan carutan kepada karutan...
ReplyDeletesueadda.
ReplyDeletedia sudah tukar ka? Alhamdulillah.
kepada
maiyah,sharamli,zool,guaotai dan idalara yang telah memberi pandangan masing2, terima kasih. saya pun tak mahu perpanjangkan isu ini lagi kerana kata adda dia dah tak guna lagi perkataan "carutan". Tapi ketahuilah Anne, sy terpaksa berbuat demikian kerana beb. sebab:
1. Umur Anne ibarat anak kepada saya,
2. Anne akan menjadi seorang pendidik. Saya tak mahu anak2 dan cucu2 saya nanti dididik oleh seorang guru yg suka mencarut,
3. medium blog ini boleh diikuti oleh semua orang. dgn itu ia memberi kesan besar sehingga seluruh dunia. sebelum ditegur oleh orang berbangsa German atau Belanda ke misalnya, lebih baiklah saya sbg orang Melayu menegur dahulu.
4. dan saya boleh bertolak ansur kalau perkataan itu digunakan dlm mana2 en3 sbb. ia tak lama, tapi dalam meminta ulasan, ia akan digunakan berulang2 kali.
t.kasih Anne. Insyallah saya akan kunjungi blog awak bila ada kelapangan.
oklah kita masuk episod baru pulak.
lupa lak nak terima kasih kepada sdr abu muaz juga.
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteSoal kita yg inginkan sesuatu yg mengikut hukum andai benar2 ikhlas, kita telah menjalankan tanggungjwb kita kepada sesama muslim khasnya dan umat manusia amnya.
Namun manusia itu begitu sukar lari dari sifat riak dan takbur.. Sombong dgn kemampuan yg ada. Keras kepala dan tidak mahu mengaku kalah walaupun salah.. Apakah tindakan selanjutnya untuk mereka2 yg bersikap sebegini?
Allah menurunkan Al-quran buat umat manusia salaing mengingatkan tentang kebaikan dgn berpandukannya. berpesan2 pada kebaikan dan berpesan2 pada kebenaran. Namun bila al-quran disisihkan beginilah jadinya.
“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah al-‘Aaraaf 7 : 175-177) Wallahualam.
selamat menyambut syawal yg bakal menjelma.. Semoga dipertemukan dgn Ramadhan yang akan datang insyaAllah. Wassalam.
T kasih bujang susah. komen tuan menjadi penyejuk hati. Selamat hari raya, maaf zahir batin.
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletesaya pandang dari perspektif yg lain..hidup ini is a "learning process"..
*x perlu gusar jika teguran itu melantun balik ke muka sendiri.
*kita x perfect..begitu juga dia.
*Pertembungan ide itu sendiri akan mematangkan kedua-dua pihak.
*yg penting..NAWAITU ikhlas kerana NYA.
assalamualaikum w.b.t. harap pakcik sihat selalu. pd pendapat saya, pakcik tak salah ape². memang betul ape yang pakcik tegurkan tu. saya tak pernah dengar pulak perkataan carut tu maknanya karut marut. kalau dikampung², orang yang bercerita tu dipanggil tukang karut. tidak dipanggil tukang carut. Kepada yang ditegur, rasanya eloklah muhasabah diri. adakalanya kita jugak melakukan kesilapan.
ReplyDeletehttp://wanshah87.blogspot.com
WANSHAH
ReplyDeleteALAIKUMSALAM. TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJENGUK ENTRI LAMA PAKCIK.
BUKAN SEMUA ORANG BERFIKIRAN TERBUKA MACAM WAN.
BERPESAN-PESAN UNTUK KEBAIKAN ITU MEMANG DITUNTUT OLEH UGAMA KITA KAN.
yup, betul tu pakcik. tanggungjawab kita bersama sbg umat Islam. tegur menegur bkn bermaksud menjatuhkan martabat orang. tapi menunjukkan kite lebih prihatin terhadap seseorang. seronok masuk blog pakcik ni. banyak info2 bernas. :)
ReplyDeletehttp://wanshah87.blogspot.com
ms nak gunakan perkataan 'mantera' pada kotak komen dan blog sy, sy rujuk pd beberapa kamus dan beberapa org
ReplyDelete.
.
takut tersalah guna...
buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tlh jolokkan,
sy budak dah lama abis belajar,
klu salah, jgn segan2 piat telinga.. eh... jgn segan-segan tunjukkan
:D
terima kasih
KTS
ReplyDeleteKALAU SAYA TEGUR NANTI, TAKUT AWAK "KETEGURAN" PULAK.