walau mata tak pernah berpandangan
tangan tidak pernah bersalaman
bicara tidak pernah kedengaran
namun budi tetap kedapatan
rasa mungkin pernah terusik
hati mungkin pernah terjentik
apa lagi nak di kata
selamat hari raya
maaf zahir batin.
Saya peturunkan kembali nukilan dari blog puecorgxret untuk peringatan diri sendiri dan mungkin juga sebagai iktibar kepada orang lain (kalau dah pernah baca ... tak apa, baca lagi sebab Melayu mudah lupa!)
TUHAN KU ... AMPUNILAH DAKU!
Tuhan-ku
aku tahu
sesungguhnya Engkau mampu
jika Kau mahu
saat ini
mengambil pendengaran ku
yang cenderong melayan perkara keliru.
Tuhan-ku
aku tahu
sesungguhnya Engkau mampu
jika Kau mahu
saat ini
mengambil penglihatan ku
yang gemar tersasar ke daerah biru.
Tuhan-ku
aku tahu
sesungguhnya Engkau mampu
jika Kau mahu
saat ini
mengambil upaya lidah ku
yang sering lalai menyebut nama Mu.
Tuhan-ku
aku tahu
sesungguhnya Engkau mampu
jika Kau mahu
saat ini
mengambil ingatan ku
yang kerap terlupa mengenang wujud Mu.
Tuhan-ku
aku tahu
sesungguhnya Engkau mampu
jika Kau mahu
saat ini
mengambil nafas ku
kerana pendengaran ku, penglihatan ku, lidah ku dan ingatan ku
dari limpah rahmat Mu
tidak membulat kepada Mu.
Tuhan ku
Ampunilah daku.
salam,KomenSen:)
ReplyDeletemybe Allah swt Bless 4all...
Maaf zahir batin also..
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletemoga allah swt mengampuni kita semua..:))
tq singgah anaklaut
puisinya ispiratif banget.Met hari raya aidil fitri, maaf zahir batin.
ReplyDeleteslm aidilfitri :)
ReplyDeleteimagine if ALLAH take every thing from us kan...harap2 kite tak trlewat tuk bertaubat...
ReplyDeleteamin....
ReplyDeleteselamathari raya..
dia datang,
ReplyDeletedia datang...
padahal aku yang datanggg lagi..
***********************************
mcam main bola,
lu skor 1 wa kosong,
pastu wa skor 1 lu tak skor dah,
kita seri,
lu skor 2 wa 1,
wa skor balik 1,
kita seri,
lu skor la berapa pun,
wa pun skor la bejuta pun,
tapi bila di luar padang,
anggap la ianya hanya permainan,
jadikannya 0-0 balik,
walaupun hakikatnya,
lu mungkin 5,
wa mungkin 0,
lu mungkin 0,
wa pulak 5..6..7..8...,
tapi bila dah keluar padang,
0-0 balik..
apa salahnya....
SELAMAT HARI RAYA AIDILFTRI
MAAF ZAHIR BATIN
0-0 ok..!!
***********************************
Puisi yang menyentuh. Selamat Hari Raya.Maaf Zahir Batin
ReplyDeleteselamat hari raya..:)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya!
ReplyDeleteBila memandu jangan lupa berhenti rehat setiap dua jam!
damaiinx, lanaBulu, anaklaut, aishalife, sharamli, atacha, kimisai, Pok Li, meiz sha dan prasert ec.
ReplyDeleteterima kasih atas ucapan dan peringatan yang di beri.
Maaf zahir dan batin. hati-hati memandu. Mengantuk tidur dulu.
ReplyDeletesinggah sat jalan2.
ReplyDeleteselamat hari raya
Kami warga ERA PASCA ingin mengucapkan Salam Lebaran kepada semua pembaca blog ini... DAN....
ReplyDeleteWalauapepun....
Ampun maaf daripada kami andai...
TERkasar bahasa
TERsilap pukul
TERambil barang
TER'pau' duit
semua TER2 yang lain
Ikhlas dari kami warga Era Pasca:
Naruto Sensei & baginda®
selamat hari raya aidilfitri..
ReplyDeletemaaf zahir dan batin..
puisi yg sungguh menyentuh jiwa.
abu muaz, izman, baginda, fadzilah.
ReplyDeleteterima kasih semua kerana sudi bertandang. sudi2kanlah lagi!
Selamat Hari Raya Iedul Fitri...Mohon maaf zahir bathin, friend.....
ReplyDelete