Alhamdulillah. Itulah ucapan yang terkeluar dari mulut saya sesampainya di rumah saya di Seremban sekembalinya dari beraya di rumah mertua di Perlis. Saya balik ke Perlis pada pagi 3 Syawal (Selasa) dan sampai semula ke Seremban sebentar tadi. Kami menyambut hari raya secara bergilir-gilir. Tahun ini raya pertama di Seremban, tahun lepas pun di Seremban dan tahun hadapan pun insyaallah di Seremban juga. Kami bergilir-gilir bawa kereta !
Semasa balik ke Perlis perjalanan lancar, kecuali ada kemalangan maut berhampiran tol Nilai. Saya sampai di lokasi kemalangan sebaik sahaja kejadian berlaku. Polis pun belum sampai, cuma Plus Ronda sedang sibuk memasang kon dan mayat penunggang motosikal masih terbaring di tengah-tengah lebuhraya. Kalau saya lewat lima minit, mungkin tersangkut dalam kesesakan, yang menurut akhbar keesokan harinya sejauh 7 kilometer. Cuma ucapan kesian sahaja yang dapat di ucapkan kepada yang meninggal dan keluarganya. Saya terkenang anak isterinya yang menunggu di rumah sambil tertanya-tanya kenapa ayah atau suami masih belum sampai-sampai.
Hari ini perjalanan balik ke Seremban dari Perlis, keadaan lalulintas macam biasa seperti sebelum hari raya. Agaknya orang akan balik esok (Sabtu) atau pun Ahad. Cuma ada sedikit kemalangan di lorong sebelah ke utara berhampiran terowong menghampiri perhentian Sungai Perak (tak tahu pula nama terowong tu?) Salah seorang peserta konvoi motosikal berkuasa tinggi rebah di tengah jalan. Tapi dia nampaknya o.k dan semasa saya melintasinya, dia sedang terkial-kial untuk bangun. Kedua-dua kejadian kemalangan itu, menjadi pengajaran buat anak bujang saya yang beria-ia benar nak pakai motor besar.
Sesampainya di rumah, juga tidak ada apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku. Risau juga meninggalkan rumah lama-lama. Cuma pokok-pokok bunga sahaja yang nampaknya layu sedikit, tak ada siapa yang tolong siramkan. Jiran pun balik kampung juga. Pendeknya kesemuanya selamat ... selamat pergi, selamat pergi dan selamat yang tinggal. Alhamdulillah.
Yang belum selamat ialah Puasa Enam. Insyaallah hari Isnin nak mula. Kepada sesiapa yang dah mula atau dah dekat nak habis, tahniah saya ucapkan.

assalammualaikum
ReplyDeleteselamat kembali.
Salam...
ReplyDeleteAlhamdulillah segalanya selamat pergi dan kembali...dan semoga selamat menjalankan tugas kembali dengan hati yang ceria..
dah balik ker.. sy dah tulung sapu2 kat laman umah tu :D
ReplyDeleteAlhamdulillah semuanya selamat kembali..lps ni boleh la kembali berblog kan!
ReplyDeleteSalam dan selamat bertugas kembali.
ReplyDeleteyer..jom kita puasa 6...
ReplyDeletemiyin tak dapat uit ayee pun...atuk tak kaci puunnnn
ReplyDeletesalam, oh, dah balik dari perlis.?alhamdulillah semuanya selamat. Selamat kembali berblogging juga.
ReplyDeleteSelamat berpuasa enam dan selamat kembali ke Seremban. Belulok banyak di Pilah. Kesukaan saya juga tu...
ReplyDeleteaklcitizen, zai, maiyah. fadzilah, abu muaz, alvin, cik skaf dan Pok Li.
ReplyDeleteterima kasih semua kerana sudi berkunjung.