Wednesday, September 2, 2009

KEDAI RM2 ...

Bukan Carian Google

 

Hari tu saya masuk sebuah kedai RM2 yang baru saja di buka di Senawang untuk membeli satu barang. Tapi biasalah ... bila dah masuk, tinjau2 juga lah barang lain, manalah tahu kok ada barang2 baru yang berkenan. Bila saya pegang dan belek beberapa barang dan tengok harganya, banyak pulak yang berharga lebih RM2.

Tapi nama kedai tu tertulis bukan main besar lagi KEDAI RM2. Saya ingatkan semua barang berharga RM2. Mengelirukan betul. Selepas membayar barang yang nak di beli dengan harga RM2 (nasib baiklah harganya RM2) saya pun keluar. Sambil tu sempat juga saya melihat sekali lagi nama kedai tersebut. Ya memang benar, kedai RM2 tapi ada tulisan kecil di bawahnya ... "kecuali yang bertanda harga".

Fikir saya, kalau lah barang yang berharga lebih RM2, lebih banyak di jual dari barang yang berharga RM2, lebih baik tukar saja nama kedai tu kepada "KEDAI RM2 LEBIH" !


.

8 comments:

  1. salam...

    hahaha..betul betul..:))
    tq singgah anaklaut.

    ReplyDelete
  2. yup setuju sesangat.. psikologi semata-mata kedai tu.. hehe

    ReplyDelete
  3. salam.. apa punyer nama lak tu.. :D

    ReplyDelete
  4. salam.....
    memang pengguna kita mudah tertipu

    ReplyDelete
  5. salam saudara,

    hmmmm lavender height? biru juga ada kenalan disana. ingatkan dia tadi, hahaha...

    yup, beginilah kita sentiasa ditipu. malaysia negara islam. errrr....??

    =)

    salam kenal, tq singgah umah biru n bagi komen.
    =)

    ReplyDelete
  6. anaklaut

    tq kerana singgah lagi.

    Nurqaseh

    Tq kerana sudi melawat

    sharamli

    kalau kedai lebih RM2, nanti orang ingat kedai tu lak harganya lebih RM2

    maiyah

    x tahulah, tapi itulah nama kedai tu ... dah banyk sekarang ni.

    abu muaz

    tq kerana sudi melawat

    biru

    tq kerana sudi melawat

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.