Monday, September 21, 2009

DATUK OH DATO' ...!

Semasa bersembahyang raya, saya bertemu seorang sahabat lama yang sudah ada gelaran Datuk/Dato'. Sebelum ini juga, beberapa kawan baik saya telah di anugerahkan gelaran Datuk/Dato'. Entah kenapa saya jadi tak sedap hati bila ramai kawan-kawan rapat saya dapat gelaran Datuk/Dato’. Tak tahu nak panggil macam mana. Nak panggil nama saja, takut dia kecil hati. Nak panggil Datuk/Dato’ pula, rasa macam formal sangat. Nak gurau-gurau kasar macam dulu-dulu, dah tak berapa nak kena. Dia mungkin tak terasa atau tak fikir apa-apa. Atau dia boleh buat macam biasa saja, tapi kita pulak jadi serba salah. Kadang-kadang saya saja-saja cuba tak panggil Datuk/Dato’ dan saya tak nampak dahinya berkerut, tapi saya khuatir ada orang lain ingat kita ni tak reti bahasa pula. Pendeknya, bila kawan rapat kita dapat gelaran Datuk/Dato’, keadaan dah tak macam dulu-dulu lagi … dah rasa macam ada jarak.

Ada orang kata, apa salahnya kita panggil saja Datuk/Dato’ sebagai tanda hormat. Tak ada masalah, tapi bila kita kena panggil Datuk/Dato’ kepada kawan karib kita sejak kecil, macam dah ada satu garisan yang tak nampak yang memisahkan keakraban dan kemesraan. Sedangkan kita nak macam dulu-dulu juga. Bertepuk-tampar dan ber"aku-engkau". Ada juga orang kata, apa salahnya kita berubah sesuai dengan peredaran masa. Tapi takkanlah semua yang ada dalam dunia ini kena berubah mengikut peredaran masa. Takkan perasaan kasih sayang atau persahabatan nak diubah juga. Apakah rasa kasih sayang kepada anak-anak kena berubah bila mereka semua telah meningkat remaja atau dewasa. Saya tak setuju. Noktah. Biarlah apa orang nak kata, perasaan kasih sayang dan persahabatan bukanlah benda yang boleh atau patut berubah mengikut perubahan masa.

Jadi kalau ada kawan-kawan saya, yang saya tak panggil Datuk/Dato’ nanti, jangan kecil hati. Itu maknanya saya masih ingin bersahabat dan ingin mengekalkan kemesraan yang ada. Tapi bilamana saya lihat ada kerut di dahi bila saya tidak panggil dia Datuk/Dato’, maka ketahuilah bahawa mulai dari saat itu, Y.Bhg Datuk/Dato’ perhubungan kita sudah tidak lagi seperti dulu!

15 comments:

  1. Hrmm...something to think about. I agree with u, kalau kawan2 dah berpangkat ni susah sikit nak maintain persahabatan. Yang lelaki cara lelaki, yang perempuan cara perempuan.

    I rasa, kalau perempuan lagi cerewet... kalau dulu masa boleh pakai jeans + t-shirt+sandal lepak enjoy tehtarik kat mana2 warung. But now nak jumpa pun, kena kat coffee house or proper restauran (kat food court pun dah tak nak???). Pakaian kena proper..errr..hrrmmm. dah kurang nikmat persahabatan kan.

    ReplyDelete
  2. Kakcik ada kenal seorang Puan Sri yang lebih selesa membahasakan dirinya sbg 'kak' shj.. kita pun rasa selesa utk bersapa dgnnya. Juga kenal dgn seorg Datuk yg terang2an meminta dipanggil dgn gelaran itu...

    hmmmm... mmg pangkat dan darjat akan mengujudkan jarak dan jurang andainya terlalu diagungkan!

    ReplyDelete
  3. Salam lebaran.. kalo sahabat.. takpe ler takya panggil dato, dorang pun paham kot :D

    ReplyDelete
  4. Susah dan memeningkan kita bila memikirkannya.

    ReplyDelete
  5. Belum ada sahabat yang jadi Datuk. Yang jadi atok adalah. :).

    ReplyDelete
  6. Salam..

    Teringat dulu saya pernah terpanggil seorang dato' dengan namanya sahaja sbb tak tahu dia ada gelaran dato, marah benar dia sbb saya tak panggil dia dato'...ini baru orang yg dinamakan gila pangkat kot agaknya..walhal bila dah meninggal tak dibawapun gelaran tu sampai kedalam kubur...

    ReplyDelete
  7. Aina@azila, kakcikseroja, maiyah, abu muaz, Pok Li dan Zai.

    t. kasih atas komen. jadi bila dapat Dato' atau Datin nanti, ingat2lah perasaan kawan2 yang tak ada gelaran Dato' atau Datin.

    ReplyDelete
  8. salam...

    gelaran gelaran nie kat dunia je...
    nanti dah kat akhirat semua nya sama rata...
    yang gila gelaran baru nak sedar, dekat dunia kejar gelaran, d akhirat dia terkontang kanting dengan gelaran yg menyebabkan dia dapat tiket masuk neraka...

    ReplyDelete
  9. Ria

    betul tu! saya pun heran ada orang yang sanggup berhabis beratus2 ribu ringgit untuk membeli gelaran Dato'.

    ReplyDelete
  10. Hmm...skrg ni ckp psl isu Dato' ni mmg menyakitkan hati...coz terigat kat Dato' yg hari2 dtg pejabat tuntut payment dia supaya dibayar cepat..kalu payment dia mmg boleh bayar x pe jugak..ini tidak,dia x patut pn dapat payment tu...susah nak explain...pas2 ckp x nak pandang muka kita plak tu...ialah..kita ni x sedarjat...dato'cam ni la yg memalukan kaum2 dato' yg lain..bodoh sombong!...uknowho :)

    ReplyDelete
  11. elok x yah panggil seseorang itu dengan pangkatnya. lebih baik panggil nama sebab pangkat mungkin akan menjarakkan hubungan sesama manusia..;)

    ReplyDelete
  12. ~ReD~

    Puas saya mencari komen awak .. rupanya disini. Betul kata awak tu .. dan itu lah intipati entri saya ini !

    ReplyDelete
  13. betul lah pak ngah, sya pun rasa serba salah nak panggil anak saudara ayah sya dengan panggilan dato /datin,
    tapi syukurnya setakat ni sepupu sya masih membahasakan dirinya pangkat 'alang' lagi

    ReplyDelete
  14. kalau sedara tak perlulah berdato' datin kan. pakngah tak ada masalah dengan itu. yang masalahnya dengan kengkawan.

    ReplyDelete
  15. Makchaq ada sorang kawan baik, saling kunjung mengunjung, masa anak masih kecik2 biasa kayuh basikal sama-sama pegi kedai runcit beli ikan sayur utk masak tengah hari, lepas tu terputus hubungan sebab berpindah.

    Baru-baru ni pakchaq ajak bertandang ke-rumah mereka, suami kawan makchaq baru dapat Dato'. Masa sembang kawan makchaq asyik dok ulang:

    'mula2 i ingat nak tambah tiles ni, tapi Dato' tak setuju..." "I ingat nak buat macam ni, tapi Dato' tak suka pulak.."

    Sampai suami sendiri pun address sbg Dato'..

    Lepas tu makchaq dah tak pergi lagi rumah depa.. nak putus hubungan tu tak la.. tapi tak serapat dulu la kot..

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.