Sesungguhnya berbagai-bagai nikmat di kurniakan Allah kepada kita. Kita selalu memikirkan yang ingatan yang kuat atau otak yang pintar itu satu nikmat, tapi mungkin ada yang terlupa atau tidak terfikir bahawa lupa itu juga adalah satu nikmat.
Kalaulah semua kejadian samada yang kita lihat, kita rasai atau kita alami tidak boleh di lupakan, pasti hidup kita tidak tenteram. Mungkin makan pun tak lalu dan tidur pun tak lena. Misalnya kalaulah seorang jururawat itu, tidak dapat melupakan tentang apa yang telah dibuat kepada pesakitnya, seperti membasuh kudis atau najis, tentulah jururawat itu tidak lalu atau hilang selera nak makan. Dan kalaulah kita juga tidak dapat melupakan dan sentiasa terbayang-bayang, misalnya peristiwa di depan mata kita bagaimana ngerinya kematian seorang kanak-kanak di rempuh sebuah lori dengan otaknya bersepah di atas jalan dan badan hancur di gilis tayar kenderan lain, tentulah kita juga susah atau tak lena tidur malam.
Lalu kita harus bersyukur akan nikmat lupa yang di kurniakan oleh Allah swt. Sesungguhnya Dia maha mengetahui dan maha bijaksana dalam mengatur hidup kita kerana Dialah perekaciptanya. Kerana itu janganlah pula kita lupa untuk sentiasa mengingatiNya.
bukan lupa tapi tak ingat
ReplyDelete=)
tq
salam, benar juga kan, lupa pun satu nikmat. Yg jd x nikmat bila TERlupa. terlupa kt mana letak brg, terlupa bayar bil, terlupa hari penting seseorg, terlupa beli brg dan mcm2 terlupa lagi yg kdg2 bkn aje menyusahkan diri sendiri tp menyebabkan kesusahan org lain jga. Tapi berdoa2 moga sampai tua kita x terlupa diri!.. huhu..
ReplyDeletekal0 kita LUPA kita p0sa..pastu mkn smpai kenyang..then baru tringat..
ReplyDeleteleh x?
heeeee
biru
ReplyDeletet.kasih kerana singgah dan link kat blog saya.
cik skaf
memang ... saya selalu terlupa mana letak hanphone. Nasib baik boleh panggil! Kalau beg duit macam mana? Kalau adalah orang cipta beg duit boleh panggil macam handphone, nak juga beli.
t.k kerana sudi singgah dan link kat blog saya.
sharamli.
takkan teruk sangat lupa sampai kenyang kot? t.kasih kerana singgah lagi.
salam.. betul gak tu, tapi kekadang tak lupa :D
ReplyDeletemaiyah
ReplyDeletejangan pulak terlupa yang kita ni pelupa ...
tkasih kerana singgah.