Pergi ke darat beli penutup
Hendak di usik berbalut tangan
Semasa berakad bertudung litup
Memotong kek ngapa berkemban.
Pergi ke baruh tanam berangan
Jemur bantal hari dah petang
Sudah jenuh berpegang tangan
Perlu kah di batal air sembahyang.
Pergi ke dapur memasak labu
Pohon terap daun sedondon
Bapa profesor sastera Melayu
Anak bercakap berbaur Indon.
Pergi ke Perak membeli itik
Pucuk paku masak belacan
Rumah si anak sembilan bilik
Bapa sayu di Rumah Kenangan.
salam2...
ReplyDeletepergi mesjid time kenduri
pergi supermarket hari-hari
dah itu pegangan hadari
setengah nak ikut, banyak nak lari
salam aidil fitri
maaf zahir & batin
pakai telekung pergi terawikh
ReplyDeletepergi terwikh pakai telekung
xtw la sp yg salah
ad 0tak masing2..
erk..bleh ke cmtu...hu3
iskk...no komen..
ReplyDeletesmoga djauhkan..amin
bukan salah ibu mengandung :)
ReplyDeletesalam....saudara,
ReplyDeletepantun yg sangat best.tu..
anaklaut nak bagi situasi yg luas sikit.
MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG..
- walaupun bukan semua, ada yg awal-awal lagi sudah membatalkan air sembahyang (jika ada) dan sentuhan pun bukan kali pertama lagi.
BERSANDING
- bersanding atas pelamin mungkin pertama kali, jika tidak dikira duk bersama kat taman, kat panggung wyang dan ll.
sudi bik kad kat blog makasih
ReplyDeleteBijak,bijak.....
ReplyDeletepantun canggih dan menyanggihkan.
biru
ReplyDeletesalam aidil fitri juga dr saya.
sha
ok lah pantun tu ... sesuai utk pompuan, sbb lelaki x pakai telekung !
imhepie
ya ...semoga dijauhkan!
maiyah
sudah tentu ... pilihan sendiri!
anaklaut
tk atas komen yang bernas ... patut tambah lagi 2 rangkap!
abu muaz
tk kerana menyanggihkan!
Assalamualaikum ya sahabat.
ReplyDeleteIzinkan hamba membalas barang serangkap dua.
Semasa berakad bertutup aurat,
Sesudah nikah galak mendedah,
Tanda hampir Yaum al Akhirat,
Kejahilan agama ampunya padah.