Saya baru balik dari memancing kolam berbayar di Lukut. Umpannya udang hidup, beli kat kolam. Pergi dengan seorang kawan. Dia yang beria-ia mengajak. Saya dapat dua ekor ikan jenahak. Seekor beratnya kira-kira 3.5 kilogram dan seekor lagi beratnya lebih kurang 2.5 kilogram. Kawan saya tadi seekor pun tak dapat. Saya lihat dia resah apabila hampir di hujung masa, dia masih belum dapat. Sekejap dia angkat pancingnya untuk tengok umpan, sekejap lagi dia tukar tali, sekejap lagi dia tukar tempat dan sekejap lagi dia tukar pakai pelampung pula. Namun begitu, walaupun pelbagai ikhtiar dia buat ... masih juga tak dapat.
Walaupun saya dan dia memancing di kolam yang sama, menggunakan umpan yang sama dan masa memancing pun sama, dan dia ternyata lebih berpengalaman ... tapi saya dapat ikan manakala dia tak dapat. Saya dapat dua pengajaran di sini. Pertama, sebenar-benar Allah lah yang memberi rezeki kepada sesiapa sahaja yang disukainya; dan kedua, kalau kita memancing, belum tentu dapat ikan ... tetapi kalau kita tidak memancing, sudah tentu tak dapat ikan. Jadi jangan jemu atau berputus asa dan teruskanlah memancing!
salam..
ReplyDeletesaya nak gi pancing jugak la...
tq singgah anaklaut
Salam kembali.
ReplyDeletetq singgah ... saya takut mancing laut ...mabuk.
suami saya suka memancing :)
ReplyDeletekalau balik kuala kangsar selalu sgt pergi cari ikan sungai..
baru2 ni pergi mancing udang galah area behrang kalau tak salah ;)
berapa kilo dapat udang galah ?
Deletehari Rabu depan saya gi mancing kat tasik Putrajaya.
nak tgk klik sini
ReplyDeletehttp://lobaksusue.blogspot.com/2013/01/udang-galah-segar-dari-sungai.html