Thursday, August 13, 2009

4 SPESIS ORANG - CAKAP TAK SERUPA BIKIN!

Di kalangan kita pada bila-bila masa dan tempat akan terdapat 4 jenis manusia: 

1: Pandai cakap dan pandai bikin, 
2: Tak pandai cakap tapi pandai bikin, 
3: Tak pandai cakap dan tak pandai bikin, 
4: Pandai cakap tapi tak pandai bikin. 

1: Pandai cakap dan pandai bikin.

Mereka ini adalah golongan pemimpin. Bilangan mereka biasanya sangat sedikit. Contohilah dan ikutilah kata mereka dan bantulah mereka. 

2: Tak pandai cakap tapi pandai bikin. 

Golongan ini biasanya ramai. Mereka adalah penyumbang sebenar dalam mana-mana organisasi. Sokong dan berkerjasamalah dengan mereka. 

3: Tak pandai cakap dan tak pandai bikin. 

Golongan ini menjadi beban kepada kita. Bilangannya juga biasanya sedikit. Kalau tidak, masalah besar kepada kita. Bantulah dan bimbinglah mereka kerana kalau kena caranya mereka mungkin berguna. 

4: Pandai cakap tapi tak pandai bikin.

Golongan ini kita perlu berwaspada walaupun bilangan mereka tak seberapa. Kalau kita alpa mereka boleh bawa bahaya dan huru hara kerana lagaknya yang mempersona. Oleh itu dengan mereka kita perlu sentiasa hubaya-hubaya!

7 comments:

  1. Biar saya jadi pengomen pertama..hehehe

    ReplyDelete
  2. AZIEAZAH

    TERIMA KASIH DAN TAHNIAH. SAYA AMAT MENGHARGAINYA. DENGAN INI TIADA LAGI ENTRI SAYA YANG TIDAK DIKOMEN ORANG.

    SELAMAT BERSAHUR.

    ReplyDelete
  3. ah.. ingatkan nak jadi pengomen pertama.. hehe =P

    ReplyDelete
  4. pertama kali sy jumpa perkataan 'ubaya-ubaya'

    .
    .

    bila tanya en. google, ubaya adalah singkatan untuk universitas surabaya

    ubaya-ubaya tu apa ya??

    ReplyDelete
  5. ASADA RYUTARO

    NOMBOR 2 OK GAK. KALAU NO. 1 MENARIK DIRI, MAKA AWAKLAH YANG AKAN MENGAMBIL TEMPATNYA.

    ReplyDelete
  6. KTS

    UBAYA-UBAYA ITU MACAM WASPADA/HATI-HATI.

    LAWANNYA BUAYA-BUAYA.

    WALLAHUA'LAM.

    ReplyDelete
  7. seronok baca kisah orang pencen...saya juga akan pencen 4 bulan lagi...harap seronok jugalah ya...

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.