Friday, April 24, 2009

"ISTERI SAYA TIDAK BEKERJA! "

"Isteri saya tidak bekerja". Itulah jawapan yang biasa kita dengar dari seorang suami bila ditanya pekerjaan isterinya - kalau isterinya hanya seorang suri rumah sahaja.

Tetapi soalnya apakah tepat kenyataan itu jika seorang isteri yang menjadi suri rumah itu, dikatakan tidak bekerja. Tentulah tidak, kerana isteri yang dikatakananya tidak bekerja itu tersangat banyak kerjanya dari memasak, mengemas, membasuh, menguruskan anak-anak dan sebagainya.

Saya tahu apa yang dimaksudkan isteri yang tidak bekerja itu adalah isteri yang tidak bekerja makan gaji atau tidak menjalankan perniagaan sendiri. Maknanya isterinya hanyalah seorang suri rumah tangga sahaja.

Kalau begitu kenapa tidak dikatakan saja "isteri saya adalah seorang suri rumah tangga" kerana kenyataan "isteri saya tidak bekerja" itu bagi saya amat mengelirukan. Istilah "suri rumah tangga" itu saya rasa lebih sesuai, adil dan mengangkat darjat dan meletakkan martabat seorang isteri di tempat yang sebenar dan selayaknya. Bahkah isteri yang hanya menjadi suri rumah itu, lebih banyak dan berat kerjanya kerana waktu kerjanya adalah 24 jam sehari sampai bila-bila tanpa ada cuti sakit, cuti rehat, KWSP, pencen, bayaran kerja lebih masa dan sebagainya sepertimana yang dinikmati oleh "isteri yang bekerja".

Tetapi bagaimana halnya kalau suami pula yang tidak bekerja? Mungkin ada benarnya kalau isterinya berkata "suami saya tidak bekerja" kerana suami yang tidak bekerja itu kadang-kadang benar-benar tidak bekerja !

.

24 comments:

  1. salam....
    saya setuju ngan pendapat en penulis..kalo diikutkan isteri yg dok kt umh lebih berat tanggungjwbnya.penat tak usah nak cakap.lps satu2 keje nak buat.ank dah ttu kt umh,biasalah bdk2 kalo xsepah umh bkn bbdk namanya.org yg bekerja,ehmmm xdpt nk komen sbb xpenah keje
    teruskan penyokongan anda kpd isteri tak bekerja....

    ReplyDelete
  2. t.kasih cik deeja.
    betul ... jaga anak pun, setiap peringkat pembesarannya ada masalah dan cabarannya sehinggalah mereka tu beranak pinak sekali pun. kita tetap bimbang ... bimbang macam2.

    ReplyDelete
  3. Ha.. sampai pun saya di entri pakngah ni.. Betul tu Pakngah.. Suri rumah adalah pekerjaan yg x ternilai pahalanya.. Mak saya surirumah dan masih kekal dgn jawatan yang disandangnya sejak 35 thn lalu.. dan sampai ke akhir hayatnya saya yakin dia akan tetap menjadi surirumah terbaik esp utk abah saya.. kerjanya 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun..

    ReplyDelete
  4. EKIN

    ELOK JUGA KITA SELONGKAR ENTRI INI SESUAI DENGAN SAMBUTAN HARI IBU. SELAMAT HARI IBU KEPADA EKIN.

    ReplyDelete
  5. Ye Pakngah.. Selongkar balik sebab entrii ni mmg menarik. Terima Kasih! Dah 4 tahun merasa sambut hari Ibu.. ;)

    ReplyDelete
  6. kalau isteri tak bekerja dipanggil SURI rumahtangga.


    .
    .
    .


    bagaimana pula dgn panggilan utk suami yg tak bekerja, ya??

    hurrmmmm

    ReplyDelete
  7. KTS

    SUAMI YANG TAK BEKERJA DI PANGGIL PENGANGGUR ! HEHE

    ReplyDelete
  8. Salam THJ,

    Saya setuju betul. Bukan senang menjadi seorang suri-rumah. Kerjanya memang melebihi seorang wanita yang berkerjaya.

    ReplyDelete
  9. IEDA79

    PAKCIK IZIKAN. KONGSILAH NAK !

    ReplyDelete
  10. saya juga seorang isteri.... saya lebih rela pergi kerja dari cuti. sabtu ahad saya cuti.....duduk rumah tak berehat sampai jam 12 tengah malam.... lagi 1 saya memang suka baca blog orang lebih berusia. Yang kedua isteri tuan cantik "pencuri jiwa" (harap betul lah tekaan saya itu isteri tuan)

    ReplyDelete
  11. LILY DAMIA

    1. TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRI LAMA SAYA.

    2. TUGAS ISTERI MACAM TAK SUDAH2 .. MEMANG PUN TAK KAN SUDAH.

    3. "PENCURI JIWA" TU MEMANG GAMBAR ISTERI SAYA 30 TAHUN DULU.

    ReplyDelete
  12. ya setuju. jawapan yang tepat dan padat :)
    suri rumah adalah kerjaya yang paling mulia didunia ini ;)
    in shaa ALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa lebih tepat kalau dikatakan " suri rumah adalah salah satu kerja yang paling mulia di dunia ini" ..

      Delete
  13. Itu mmg jawapan klise... walaupun saya seorang isteri dan bekerja... tapi rasanya kerja sebagai full time housewife lagi memenatkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju .. saya pernah duduk berjauhan dengan isteri selama kira-kira 3 bulan kerana diai terpaksa menjaga bapanya yang uzur .. hidup saya lintang pukang jadinya.

      Delete
  14. Hahahaha betul kan kalau orang lelaki yg dok umah mmg tak buat keroje! Saya pun surirumah gak.. mmg betul keje non stop lagi banyak dari waktu saya keje opis Jemput Singgah: 50% MERDEKA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang menghargai peranan suri rumah. dan saya lebih kagum kalau mereka yang bekerjaya tapi masih dapat menjalan tugas suri rumah dengan sempurna.

      Delete
  15. Jadi suri rumah...PENAT.... Tapi....BERBALOI...

    ReplyDelete
  16. Alangkah bestnya kalo dapek jd suri rumah

    ReplyDelete
  17. Saya ,isteri Yang bekerja. Suami Saya pesara.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.