Sunday, March 21, 2010

BILA SEBATANG POKOK TUMBANG !

Bila berjumpa dengan sebatang pokok yang tumbang menghadang jalan, kita lihat apa dia orang buat. Orang Pertama: Dia balik ke rumah, ambil parang atau kapak ataupun gergaji lalu pergi potong-potong pokok tu. Kemudian segala batang, dahan, ranting dan daunnya dimasukkan ke dalam keretanya dan diam-diam dia pergi buang ke tempat buang sampah. Orang lain semua tak tahu siapa yang buat. Bahkan bila isterinya tanya ke mana dia pergi pun, dia jawab "pergi jogging", sebab dia bimbang isterinya akan bercerita. Orang Kedua: Buat macam orang pertama buat, tapi lepas tu dia pergi cerita dengan semua orang apa yang dia telah buat. "Kalau aku tak bersihkan pokok tu, korang semua tak dapat lalu, tau tak" katanya mendabik dada. Orang Ketiga: Buat bising. Masuk surat khabar, masuk tv, blog, e-mail, youtube dan salahkan semua orang. Ketua kampung, Rukun Tetangga, Majlis Perbandaran, kerajaan semuanya salah. "Dia orang ni tak guna langsung. Ada ke patut dia biarkan je pokok tu tumbang ... ". Rungutnya. Selagi pokok kayu tersebut tak dibersihkan dia akan terus buat bising. Dia pulak tak buat apa-apa. Orang Keempat: Buat tak kisah. Dia lalu ikut jalan lain.
Apa kata saya.
Kalau dapat jadi orang petama, alangkah bagusnya. Saya pernah juga cuba beberapa kali, tapi tak berapa nak menjadi. Hati kecil menyibuk je suruh cerita kat orang.
Kalau jadi orang kedua, baguslah juga. Bising-bising pun, pokok tumbang tadi habis di bersihkannya dan tak lagi ganggu perjalanan orang ramai.
Kalau jadi orang ketiga, bolehlah. Sekurang-kurangnya ada juga orang yang buat bising, mengetengahkan masalah yang dihadapi. Kerana dialah akhirnya pokok tersebut akan dibersihkan oleh pihak-pihak tertentu.
Jangan jadi orang keempat. Langsung tak ambil peduli. Jadi jangan pedulikan dia!
.
.

29 comments:

  1. Orang yang ketiga itu amat menyakitkan hati tetapi peranannya juga penting (sekurang-kurangnya dia menyebarkan maklumat/ berita).

    ReplyDelete
  2. good entri..sarat dgn pengajaran.
    mmg susah nak jadi cam org pertama tu kan!

    ReplyDelete
  3. salam,komensen:)

    Satu muhasabah n motivasi...
    diri yg baik...!!!

    sama2 kiter ,
    minsafi...
    diri...
    huhuhuk...

    ReplyDelete
  4. Alangkah bagusnya kalau dapat bersikap seperti orang pertama. Masalahnya manusia ni tak lepas dari sifat riak dan suka menunjuk-nunjuk.....

    ReplyDelete
  5. org ketiga tue penting gak..dia menyedarkan org yg bertanggungjwb supaya segera bertindak..kire dia nie mcm bilal la..azan ajak org sembahyang (contoh la)..klu sembahyang sorang2 kat surau tak namanya berjemaah..so, dia kejutkan org dtg surau..dlm kes nie, dia kejutkan pihak berwajib agar segera bertindak dan sedar tanggungjwbnya..

    ReplyDelete
  6. Salam..

    Mmg susah nak cari orang yang mcm orang pertama tu sbb kebanyakan dizaman ini lebih banyak menjadi orang ketiga dan keempat..

    Org yang kedua plak buat mungkin krn nak menunjuk2..

    Trm kasih atas satu entri yg sgt baik..KESEDARAN MINDA..menggerakkan minda dibawah sedar utk bangun dan berfikir

    ReplyDelete
  7. alvin,
    memang benar pun!

    Zool@tod
    biarkan ... tapi jgn ramai sangat lak!

    fadzilah,
    memang susah, saya x pernah lagi berjaya.

    damaiinx,
    t.kasih

    kakcikseroja,
    memang betul2 susah, tapi kita cubalah!

    sahrom,
    org ketiga ni kalau dia azan, oklah. tapi dia marah kenapa org tak azan. dia sendiri tak mahu buat.

    zai,
    sekurang2nya elakkan jadi macam org ke empat!

    sharamli,
    nakal !

    ReplyDelete
  8. salam, suka entri ini. Selalu juga sy mendidik diri nak menjadi org pertama. Seboleh mungkin. Tapi kdg2dlm sesetengah perkara, tak menjadi juga, akhirnya menjadi yg ke-4. huhu

    ReplyDelete
  9. Salam,
    t.k ziarah.

    ...sinis catatan ni..
    ada yg faham tp buat-buta tak faham
    ada yg tau tapi tak mau ambil tahu
    ada pulak yg tak faham tp nak tunjuk handal serba tau !!!

    ReplyDelete
  10. Itulah ragam manusia ciptaan Allah yg saling melengkap yg kurang.. Jgn ditinggalkan pada yg kurang dan tak perlu diangungkan buat yg lebih..
    Cukuplah sekadarnya..
    Berpada-pada dan saling bersangka baik demi kebaikan kita bersama..

    ReplyDelete
  11. Salam..
    Lumrah manusia..byk ragamnya..
    Terpulang diri masing2 utk mencorakkan diri ..:)
    Tq utk n3 yg menarik ini..:)

    ReplyDelete
  12. saya nak jadi org kelima ah...nampak pokok tumbang, berhenti amik gambo...hehehhehehe

    ReplyDelete
  13. salam.

    entri yg hebat..penuh dengan pedoman setiap insan..moga allah memberi rahmat pada anda..amin,

    ReplyDelete
  14. Cik Skaf

    semangat ingin mencuba itu yg penting !

    Ikan emas,

    macam tu lah realitinya ... kita kena terimalah sbb kita pun sebhg dari realiti.

    LanaBulu

    t. kasih atas peringatan itu.

    Pn Kartini

    ya. begitulah realitinya.

    Atacha

    saya nak jadi orang ke enamlah ! nak jaga orang ambik gambar.

    Anaklaut

    tak hebat mana pun ... "common sense" je!

    ReplyDelete
  15. Kalau benar2 berlaku pada saya.. Saya pun ..rasanya akan jadi orang kelima jer kot.. amik gambar dari segala sudut pokok tu sambil posing posing atas pokok tu ala ala model. Pas tu letak dalam blog. hahahaha...

    How I wish I boleh jadi orang pertama. Tapi, I setuju gak dengan Shahrom, peranan orang ketiga tu penting jugak dalam menyebar kesedaran.

    Kesimpulan nya, kelima2 jenis manusia ni penting dan perlu ada dalam masyarakat... oppss..except yg keempat tu...

    ReplyDelete
  16. ...moralnya..silalah selalu alert dengan keadaan sekeliling..jangan buat dunnoooo je kann..hehe..

    wassalam..

    ReplyDelete
  17. Aina@Azila.

    ye lah awak tu kawan baik atacha !

    Cik Amy.

    buatlah apa yg patut, asalkan bermanfaat ke pada orang ramai.

    ReplyDelete
  18. kalau gua mesti org ke empat....bukan apa nak share kan...


    ehehehhe....

    bro golongan yang mane bro??

    ReplyDelete
  19. jawapannya adalah spt komen saya terhadap komen dari Atacha di atas. apa-apa pun t.kasih kerana singgah.

    ReplyDelete
  20. itu baru diuji ngan pokok tumbang..belum lagi ngan memde lain..walaubagaimanapun..hanya DIA yg tahu saya nih 'org' yg mana satu..

    ReplyDelete
  21. sha,

    pokok tumbang tu hanyalah metafora !

    t.kasih singgah.

    ReplyDelete
  22. bila CP jumpa sebatang pokok yang tumbang menghadang jalan, mesti dah ada org lain yang tolong alihkan.. hmm tak dapat nak berbakti, ngeh ngeh ngeh..

    mekasih byk2 ler pada org yg alihkan tu..

    ReplyDelete
  23. kalau ditanya pilihan saya zaman sekarang, saya akan jadi orang ke-4..
    tapi, saya pernah jadi orang yang pertama..zaman kecik2 dulu lah bersama-sama dengan ayah..ada pokok getah tumbang, amik parang dan bersihkan..

    tapi, pas citer kat atas tu, saya dah jadi orang kedua lah ye? hehehe..

    ps: kalau nak tengok gambar saya bersama IrfanKhairi, sila lawati blog saya ye. :)

    ReplyDelete
  24. Kawan pernah uruskan pokok tumbang begini semasa dalam unit Task force dalam Serikat tempat kawan bekerja dulu..memang orang pertama yang teruk buat kerja..pas tu yang datang ramai yang tangkap gambar sahaja..rasa nak belah kepala2 dia orang dengan chainSaW..

    ReplyDelete
  25. cita2 sy nak jadi mcm org ke-1 tu

    .
    .



    .
    .

    tp klu tak boleh juga, sy cuba jadi org ke-6

    posing atas pokok ...

    ** klik klik klik **... post jadi kan entri....
    blogger la katakan... ;D

    chop.. nak tanya.. pokok yg tumbang tu pokok apa?? klu pokok rambutan bole cuba jadi org ke-5
    .
    .


    errr.. org ke-5 tu... petik buah tu smpi habis... klu byk boleh jual kat pasar malam....


    :P




    kata peribahasa arab yg dah diterjemahkan ke dlm bhs org putehsss;
    do good and throw it in sea

    maknanya, lepas potong pokok2 tu, campak dalam laut...
    eh eh eh.. pepandai je dia... hikkssss :D

    ReplyDelete
  26. KTS

    POKOK YANG TUMBANG ITU ADALAH POKOK YANG DITANAM OLEH MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN. TAK TAHU APA NAMANYA.

    SAYA TULIS TU BERDASARKAN PENGALAMAN SEBENAR SAYA.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.