Friday, March 26, 2010

DARI PERLIS KE PARIS KE PHUKET !

Hari Rabu dua hari yang lepas saya ke Kuantan dengan kereta. Sebelum bertolak, saya menelefon Amir, kawan lama yang tinggal di Temerloh. Dia ajak singgah makan tengah hari ikan sungai di gerai MPT Bukit Angin di Temerloh.


Saya makan cukup berselera. Dua kali tambah. Bukan senang nak jumpa ikan Kerai dan udang galah sebesar lengan Finaz. Ikan putih selebar satu dua jari yang digoreng rangup juga tersangatlah sedapnya. Sekali ngap dua ekor dengan kepala2 sekali.


Gambar 1. Gerai Bukit Angin, Temerloh, Pahang.

Malamnya kita di jamu pula oleh tuan rumah di restoran Phuket di Tanjung Lumpur, Kuantan. Tom Yamnya ... muuuwah !

Gambar 2. Keseorangan di Phuket !


Gambar 3: Bergambar dengan sifu FB saya !

Selepas mesyuarat pada hari kelmarin, sekali lagi saya menelefon Amir di Temerloh. Dia yang minta saya telefon dia semasa pertemuan makan tengahari sebelum itu. Dia nak beri ikan yang belum di masak pulak. Sekali lagi saya singgah di Bukit Angin. Rupanya selain dari ikan segar dia juga sudah meminta tukang masak gerai tu memasakkan ikan kerai dan patin khas untuk saya. Saya kena masukkan gambar ini kerana Amir belum tengok lagi. Dia masih berada di Jerantut semasa saya singgah di Temerloh. Tapi kalau Yunus Badawi nak tengok pun, tak apa !

Gambar 4: Gambar gulai ikan sungai dari arah kepala !

Gambar 5: Gambar gulai ikan sungai dari arah sisi.


Seterusnya lihatlah dua ekor ikan yang di bekalkan. Seekor ikan kelah dan seekor ikan kerai (?). Bandingkan saiz ikan2 tu dengan sudu yang saya letakkan bersebelahn mereka berdua. Atau bandingkan panjangnya dengan sink dapur saya.


Masyaallah. Semuanya FOC. Terima kasih daun keladi Amir. Kalau aok datang ke Senawang, saya tak tahu nak bagi benda apa kat aok !



Gambar 6: Gambar ikan kelah dan kerai secara menegak ! 
Gambar 7: Gambar ikan kelah dan kerai secara mengiring !

Sambil menikmati gulai ikan2 tersebut, saya teringat juga samada cucu cicit kita nanti akan dapat menikmati lagi atau tidak ikan sungai memandangkan kerakusan kita menangkapnya secara tidak lestari !!!

57 comments:

  1. udang galah?

    sodap tu..

    tapi sayang CP tak makan ikan sungai, huhu..

    ReplyDelete
  2. tapi kebanyakan sekarang ni dah jadi ikan sangkar dalam sungai.

    ReplyDelete
  3. memang lazat...kami kalau balik ke jerantut pun mesti cari ikan sungai jugak.

    ReplyDelete
  4. lapar la pula ni...tak pernah makan ikan kelah

    ReplyDelete
  5. hehehe...lengan saya?? awak pernah tengok ker? heeee...

    restoran Phuket tuh tepi Sg ke?

    ReplyDelete
  6. Che'Pit.

    lain kali kalau ada orang beri awak ikan sungai .. ambil jer. kemudian telefon saya, saya akan bersegera datang ke rumah awak untuk mengambilnya.

    ReplyDelete
  7. ONE ZABA 1 @ 2

    ikan sungai yang dari hulunya memang yang paling lazat, kemudian diikuti ikan sangkar dan seterusnya ikan kolam. tapi yang paling lazat adalah ikan sungai kategori pertama yang orang beri !

    ReplyDelete
  8. Daun Bidara

    Ikan kelah memang paling lazat kalau ia jenis yang hidup liar di air deras di hulu2 sungai. tapi masaknya kena pandai juga !

    ReplyDelete
  9. Finaz

    memang saya tak pernah tengok lagi. saya cuma nak menggambarkan betapa besarnya udang galah tu ... lariiii!

    ye restoran tu tepi sungai, tepi laut dan tepi jalan !

    ReplyDelete
  10. Pada hari yang sama kenapalah abg Hamzah tak menelipon saya..saya ada kat Temerloh petang ada kat Jerantut..

    ReplyDelete
  11. segar sungguh nampak ikan -ikan tu..mesti sedap isinya..

    ReplyDelete
  12. relevan

    Pertama. masa yang saya ada sangat ketat ! semasa di kuantan, rumah sepupu dan bapa saudara isteri saya pun tak sempat saya ziarah !

    Kedua. saya rasa saya masih lagi tidak ada nombor telefon awak. kalau awak beri, lain kali saya kontek awak bila saya ke Temerloh !

    ReplyDelete
  13. Chik Na

    Ikan dua ekor tu masih belum di masak lagi, tapi saya amat yakin isinya mesti sedap .. bahkan kata orang yang beri saya ikan tu, sisiknya juga sedap di makan. dan dia tak beri buang !

    ReplyDelete
  14. pergh..meleleh ayaq lioq tengok ikan2 tu..nyum nyum!!!

    ReplyDelete
  15. Baru tadi sya tak lapar, w/pun ada tapau nasi dan ikan masak kicap dan sayur buncis, sbb tak lapar dah sedekah pada kawan yg kata dia lapar, tp...bila baca en3 ni tengok gulai ikan tu terus sya jadi lapar habis camno?

    ReplyDelete
  16. saya dapat bayangkan yg masakan tersebut memang sedap tapi sayang saya tak makan ikan waima ikan sungai sekalipun.so,saya tak rasa bersalah jika cucu cicit kita nnt tak kenal ikan sungai.

    ReplyDelete
  17. Hidier

    Awak tengok ikan yang mana satu yang meleleh air liopq ni .. yang dah jadi gulai tu ke atau ikan yang dalam sink saya tu ?

    p/s: awak dah adjust nama ke ?

    ReplyDelete
  18. sayangsayangibu

    asal lah kapas menjadi benang
    darilah benang menjadi kain
    barang yang lepas usah dikenang
    sudah masuk perut orang lain !

    ReplyDelete
  19. err pakcik, rasanya mmg takde org nak bagi..

    tapi kalau ada, sy roger pakcik cepat2 k, ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  20. Ikan sungai .. goreng pon sodap !

    Bagus betul cara model memegang ikan secara menegak !

    haha ... saya gurau jek !


    p/s.. kenapa saya takleh baca n3 terbaru tuan di blog p.u.c x.re.t?

    ReplyDelete
  21. pernah dtg sekali je kat Tanjong Lumpur tue..klu tak silap saya akhir 2006..dh 4 tahun dh...agaknya tanjong lumpur tue dh mcm kuala lumpur ke Dato'?

    ReplyDelete
  22. Che'pit

    manalah tahu kok ada yang nak beri .. rezeki bukan kita boleh jangka !

    ReplyDelete
  23. LiNda

    Goreng tak sedap ? Panasss! Yang sedapnya ikan goreng. hehe

    Sekarang dipersilakan bertamu ke blog pu.e.c orang x re.t !

    p/s: hati2 menulis nama blog tu, silap2 lain pulak bunyinya.

    ReplyDelete
  24. sahromnasrudin

    hebat juga pembangunan di situ, tapi tak bolehlah nak banding dengan KL kecuali pada nama Lumpur tu sahaja lah !

    ReplyDelete
  25. pakcik,

    ikan dalam sinki tu..
    mmg berbaloi baloi kalau dapat sekoq dua..

    ps : 'hidier' nama ikut IC.
    'hidet' nama panggilan..

    ReplyDelete
  26. tengok pun dah kecur air liur. Saya tak pernah rasa ikan kelah..err..jakun lah saya ni..kesian..huhu

    ReplyDelete
  27. Saya suka ikan sungai, balik Temerloh mesti gi cari ikan patin. Lama tak rasa...

    ReplyDelete
  28. hidier

    bagus nama tu, nama salah seorang nabi !

    ReplyDelete
  29. alvin

    awak jangan cari pasal .. lengan dia tu ada insuran nyawa tu !

    ReplyDelete
  30. siti murni ishak

    kelazatan ikan kelah, terasa2 di lidah walau pun kita dah berbulan memakannya!

    p/s: jangan guna perkataan ja..n, takut ada orang yang sensitif nanti !

    ReplyDelete
  31. sedap lah pakngah..
    ni nak kena pi try nih..

    ReplyDelete
  32. laa... ooo rupanya boleh gak nak pergi Phuket tak payah guna passpot ye..



    .....sah buat kiter lapar...
    sayang kiter tak makan semua ikan-ikan tuuu

    ReplyDelete
  33. eeee...



    kan kiter dah bg komen tadi..mana lak poie nya

    ReplyDelete
  34. aida ali

    awak orang temerloh rupanya. memang ikan sungai sedap. namun ada juga beberapa jenis saya tak berapa suka seperti belut, bakap, kepar.

    ReplyDelete
  35. endiem

    memang lazat kalau kena gaya masaknya.

    ReplyDelete
  36. LanaBulu

    di persilakan mencuba, tapi hati2 kerana ikan sungai banyak tulang !

    ReplyDelete
  37. ikan emas

    maaf lambat sikit respon. pada hujung minggu saya selalunya sibuk sikit. nasib baik ikan emas tak makan ikan .. sekarang ni ikan emas makan pellet jer !

    ReplyDelete
  38. pakcik dtg rumah CP, amik award yer

    ReplyDelete
  39. AL,
    Ingin sangat nak pi mengai dengan AL. Kalau semua yg saya rancang berjaya, insya Allah kita akan menziarah dengan pancing ke sungai yg ada ikan kelah.
    See U this weekend.

    Sena Creek.

    ReplyDelete
  40. Baru nak mencuba untuk komen orang....dah pandai esok banyaklah komennnya....

    ReplyDelete
  41. che'pit

    terima kasih, pakcik dah ambil tadi .. kemudian pakcik tumpang simpan kat lemari cp. ok kan ?

    ReplyDelete
  42. asc

    canteeek .. kita boleh bincang dan rancang nanti. tapi x mahulah pergi jauh-jauh, badan dah tak larat lagi nak meredah gunung dan lurah semacam dulu2 !

    ReplyDelete
  43. CMS

    saya mengalu2kan dan menunggu komen yang membina dan berisi dari awak !

    ReplyDelete
  44. hhmmm...nmp sodap...kalu buat bakar n cicah air asam ...kecur air liur...

    ReplyDelete
  45. cik anon

    kecur air lior tak apa, jangan meleleh !

    p/s: tetapi siapakah gerangan cik anon ini ?

    ReplyDelete
  46. Ish gemuknya sifu FB tuan haji!

    ReplyDelete
  47. naizaf

    saya ingat kamera hp saya tu rosak .. gambar saya pun nampak gemuk sedangkan saya rasa saya tidaklah segemuk itu !

    ReplyDelete
  48. salam...saya tak pernah merasa ikan kelas sebab tak pernah dapat pun sejak jadi kaki pancing ni...hehe

    ReplyDelete
  49. amboi murah rezeki en hamzah... alhamdulillah...

    ReplyDelete
  50. cuba try makan patin tempoyak,kerai,udang kat Gerai Adik Hanizan,No 10 bukit angin, Temerloh(gerai pilihan WARUNG KITA @ ASTRO prima) patin tempoyak dia lagi best. Ori air tangan orang pahang..adik Sultan pahang pun makan kat situ(Tengku Azlan)..best gerai tu...must try...

    ReplyDelete
  51. HASLINDA

    TERIMA KASIH ATAS INFO ITU ..INSYAALLAH, SAYA AKAN CUBA BILA ADA PELUANG KE SANA NANTI.

    ReplyDelete
  52. sudu tu, tea spoon ker table spoon? hehehe

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.