Saturday, March 20, 2010

KE TELUK SUDAH KE SIAM SUDAH ...!

ke teluk sudah ke Siam sudah
ke Mekah sahaja saya yang belum
ku timang sudah ku agah sudah
tapi bibir senyumnya belum.

ke teluk sudah ke Siam sudah
ke Mekah sahaja saya yang belum
motivasi sudah tuisyen pun sudah
markah periksa naiknya belum.

ke teluk sudah ke Siam sudah
ke Mekah sahaja saya yang belum
belajar sudah kerja pun sudah
orang merisik datangnnya belum.

ke teluk sudah ke Siam sudah
ke Mekah sahaja saya yang belum
bekerja sudah pencen pun sudah
khatam Quran sahaja saya yang belum.

21 comments:

  1. pantun ini ditujukan khas buat kakngah..terutamanya rangkap yang ke tiga...hehehe (gelak jahat!)

    ReplyDelete
  2. Sedaplah pantun berkait ni. Nasihatnya mendalam sekali. Selamat berbuka puasa!

    ReplyDelete
  3. ciss (ditujukan kepade ayong)... speechless.. :|

    ReplyDelete
  4. bila kita nak sudah yer...sampai mati pun tak sudah

    ReplyDelete
  5. Azam dan keinginan untuk kesana sudah ada...itu bagus. kerja keras lagi simpan duit untuk ke Rumah Allah..Melengkapkan rukun Islam...

    ReplyDelete
  6. salam, bestnya buat pantun camnie..

    harap yg belum disudahkan tu, disudahkan lah sementara umur kita masih bersisa ni..

    ReplyDelete
  7. insyaallah di sana nanti

    ke syurga pula...
    amin

    ReplyDelete
  8. Ke teluk sudah ke Siam sudah
    ke Mekah sahaja yang belum
    kesulitan,kepayahan derita sudah
    bahagia yang sebenar saja yang belum.

    p/s saya sudah pun baca komen di'rumah ku semakin sempit'
    terimakasih..kita terpaksa terima hakikat..yg kita semakin hari semakin terasing di rumah sendiri'

    ReplyDelete
  9. Ke teluk sudah ke Siam sudah
    ke Mekah sahaja yang belum
    berlibur sudah, berhibur sudah
    solat saja yang belum.

    ReplyDelete
  10. salam ramadhan..

    waahh...best pantun nih..

    ReplyDelete
  11. assalammualaikum

    cantik pantun ni

    ReplyDelete
  12. T.kasih kepada semua yang memberi komen dan dorongan. betul kata mamai, sampai mati pun tak sudah. tapi bak kata sha, sekurang2nya ada gak yang dah sudah. jadi mari lah kita menyudahkan apa-apa yang belum sudah ... jangan tak buat sampai ke sudah!

    ReplyDelete
  13. Salam lavender,
    Ke Teluk sudah ke Siam sudah
    Ke Mekah saja yang belum
    Kebazar Ramadhan sudah ke Jln T.Rahman sudah,
    Kenapa jumpa amil zakat fitrah belum?

    Belajar nak buat pantun berkait..dan untuk ingat mengingati sesama kita..

    ReplyDelete
  14. hehe..nasib banyak yang sy sudah buat..hehe

    ReplyDelete
  15. salam,al-lavendari:)

    ke teluk sudah ke siam sudah
    ke mekah sahaja saya yg belum
    zakat sudah baju raya pun sudah
    bermaaf-maaf sahaja saya yang belum
    ......hehehe 4care

    ReplyDelete
  16. Ke teluk sudah ke Siam sudah
    ke Mekah sahaja yang belum
    yang sudah berlaku tu biarlah sudah..
    yang dalam ati tu dilupekan belum..

    ReplyDelete
  17. t.kasih damaiinx, lalink7 dan anak muallaf kerana turut serta memeriahkan gelangang pantun melayu.

    ReplyDelete
  18. Salam,
    Sorong papan tarik papan,
    Buah keranji dalam perahu.
    Suruh makan, saya makan,
    Suruh mengaji tajwidnya belum tentu.

    Masa bersara dihabiskan dengan tambahan mana yang kurang!

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.