Tukang sapu paling cun !
Tukang sapu paling macho !
Tag di bawah ini datangnya dari En. Relevan. Saya telah berjanji untuk menjawabnya bila ada kelapangan. Sekarang saya lapang. Inilah kali pertama saya menjawab tag. Saya mengaku bahawa apa yang saya beritahu semuanya benar belaka. Tetapi tidaklah semua yang benar, saya beritahu.
Tag di bawah ini datangnya dari En. Relevan. Saya telah berjanji untuk menjawabnya bila ada kelapangan. Sekarang saya lapang. Inilah kali pertama saya menjawab tag. Saya mengaku bahawa apa yang saya beritahu semuanya benar belaka. Tetapi tidaklah semua yang benar, saya beritahu.
-siapakah diri anda di rumah?
-rasanya orang yang sama juga.
- siapakah diri anda di samping rakan?-
Seorang yang suka bergurau dan mengenakan orang.
-5 benda yg anda idamkan tapi masih belum tercapai-
1) Nak hafal surah As-Sajdah
2) Nak pergi haji kali ke dua
3) Mempunyai bot memancing yang ada kemudahan tandas, tempat tidur dan dapur.
4) Nak jalan-jalan makan angin kat Jepun
5) Nak beli Suzuki Jimmy terpakai (senang nak gi mancing)
-siapakah nama pasangan anda?-
Norijan Masri @ Makngahnya
-ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda-
1) Pandai masak
2) Mengambil berat
3) Tak larang saya memancing
4) Tak larang saya berblog
5) Mengajar anak-anak mengaji Quran (yang sepatutnya jadi tugas saya)
3) Tak larang saya memancing
4) Tak larang saya berblog
5) Mengajar anak-anak mengaji Quran (yang sepatutnya jadi tugas saya)
-bila tarikh anda couple-
Awal tahun 1979 sampai lah sekarang
-apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda-
terpaksa menyapu dedaun yang berguguran di musim luruh sewaktu tinggal di McLean, Virginia, USA
(rujuk 2 gambar di atas sebagai bukti)
-lagu tema cinta anda-
"Renjis-renjis di pilis kot" .. Jujurnya memang tak ada. Orang dulu2 manalah reti lagu2 tema ni semua.
-apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda-
Saya tak ingin dia berubah !
-tag 10 rakan yg lain-
1) Yunus Badawi
2) Mamai
3) Annie
4) Alimaz
5) Kakcikseroja
6) Xiiinam
7) Ikan Emas
8) LanaBulu
9) Nadia
10) LiNda
* Nama-nama di atas tidaklah di susun mengikut susunan keakraban. Mereka juga dipercayai sudah berkahwin untuk disesuaikan dengan soalan dan dirasakann masilh belum di tag oleh sesiapa lagi. Kalau sudah di tag, sila abaikan (kecuali anda ingin jawab kali ke dua)
** Kesukaran menjawab soalan2 yang diberikan amatlah di fahami. Namun demikian, dengan menjawabnya, orang lain akan dapat lebih mengenali siapakah anda.
sukar tuk memepercayai kenangan dlm gambar itu adalah kenangan pahit.bagi saya ia sesuatu yg manis.
ReplyDeleteuhuk ! uhuk ! tersedak saya ...
ReplyDeletewow !!!!
ReplyDeleteyeh yeh yeh...
den masuk list...
pengakuan gini la suka baca...
ReplyDeleteeh..eh tuan tak baik .
ReplyDeleteBiarkan makngah 'mengambil berat' sorang diri . ( Rujuk jawapan no 2)
Berat tuh !
hahahaa
hu...tak sempat nak kasitau perbezaan kat entry cari beza gambr tu..kejam kejam..!!!
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletehehhehe.. sapu2 daun siap posing baikk punya,
tapi gambo tu sweet jerk
MrPenyubiru
ReplyDeletememang benar apa yang saya kata. secara umumnya tinggal di sana memang seronok kecuali bab menyapu ini. daunnya bukan sikit dan tiap2 tahun kena buat. tak boleh biar, nanti masuk ke kawasan rumah orang. kerja ini kena di buat berkali-kali sampai tak ada lagi daun yang gugur. nak upah, sayang duit lebih2 lagi bila di convert ke RM. mahu tak mahu buat jugalah.
kalau ini tidak boleh dikatakan pahit, maka tak adalah kenangan pahit saya bersama makngahnya.
ikan emas
ReplyDeletejangan bersorak je, bila nak jawab ?
LiNda
ReplyDeletedia mengambil berat tu maknanya, yang berat tu dia yang ambil dan yang ringan tu saya yang bawa.
p/s: awak punya tag tu saya tak dapat copy .. bila saya try buat keluarlah dialog ini "hallloo.. sorry maaa"
Daun Bidara
ReplyDeletesaya juga suka baca jawapan tag orang. mulanya saya juga nak tag awak, tapi saya tak berapa pasti awak ini sudah berkahwin ke belum, jadi saya tag orang yang saya pasti dah kahwin.
Hidier
ReplyDeletesori .. tak perasan pulak yang awak tu belum naik bas lagi !
blueCITY
ReplyDeletebaik ke posing tu ? .. nasib saya baik kerana gambar yang diambil bukan boleh tengok macam kamera digital sekarang. bila dah "cuci" baru tahu gambar tu baik ke tidak !
nasib baik bujang.. kalau x kena kena TAG gak gamak nya, hihi..
ReplyDeletejanji telah terkota hee..
ReplyDeleteErrr...saya dah kawin ke?
ReplyDeleteHe..he..he..
Alamak....bertambah keliling pinggang hutang tag saya....
Terima kasihlah Che Hamzah!
che'pit
ReplyDeletememang mulanya saya nak masukkan nama CP, tapi fikir balik tak berapa sesuai dengan soalan2.
xiiinam
ReplyDeletemaaflah kerana menambahkan hutang awak .. tapi seronok juga berhutang dalam bentuk ni kan !
Finaz
ReplyDeletesaya tunggu jawapan awak ke atas tag yang sama dari relevan tu .. bila nak jawab ?
ermmmmm.. (sambil garu-garu hidung tak gatal..)..
ReplyDeletenak jawab ke tak ni???? adoiii.. kakcik memang tak pandai nak jawab tag la.. SPM pun gagal... :(
kenangan pahit ke.. nmpak mesra gitu menyapu
ReplyDeletemasib baik pakcik tak TAG saya, kalau tidak susah pulak sana yang caripasangan!
ReplyDeletehe he he he
waktu uncle mula2 couple, saya baru nak jengah dunia agaknya...
ReplyDeletesaya tengok cam manis jer kenangan uncle sapu daun sama2 ngan aunty tue...
teringat lagu 'wonderpets'....
kalau kena dera sapu sensorang tu baru la pahit uncle....
sambil menyapu pun sempat berposing lagi tu...:-)
ReplyDeletewaaa kena tag ker...benada yang paling saya tak reti nak buat hehehe tak apa saya cuba
ReplyDeletenanti saya jwp yer..
ReplyDeletetgh cari tempat lapang
....yg pasti mmg den dah kawin !!
kakcikseroja
ReplyDelete"sapu" lah perlahan2 kakcik .. untuk meraikan permintaan peminat !
maiyah
ReplyDeleteawak tak rasa .. macam nak patah pinggang den !
sl tEDI
ReplyDeletecepat2lah cari pasangan ..lain kali senang pakcik nak tag !
Ain
ReplyDeletememang perit sebab lepas sapu, longgok, buang dia gugur balik. sapu balik .. bukan boleh di bakar atau tolak kat rumah jiran sebelah !
siti murni
ReplyDeletenasib baik gambar tu jadi .. kalau tidak tak ada lah kenangan pahit tu ! itu bukan posing .. itu buat betul2 tau !
mamai
ReplyDeletesemangat ingin mencuba awak saya hargai untuk meraikan hajat peminat awak !
ikan emas 2
ReplyDeletesusah betul awak saya buat ya .. sampai nak cari tempat lapang. nampaknya kena pergi padang lebar atau sawah lebar .. baru lapang sikit.
Terima kasih abg Hamzah...well done..
ReplyDeleteOH! Diriku termasuk dalam senarai rakan2 yg ditag, syahdunye....
ReplyDeleteNak jawab ko bang, malulah, hehehe. Sok-sok sey jawab lah yo.
Salam al-lavendari
ReplyDeleteYg 5 perkara belum dapat dipenuhi tu disusun ikut priority ke? Mudah-mudahan semuanya dapat diperolehi dalam masa terdekat. La ni kot memancing guna bot sapa? Semoga ceria selalu!
relevan
ReplyDeletesama-sama. saya juga nak tengok macamana pulak orang2 yang saya tag itu menjawabnya !
annie
ReplyDeletedah godang pundung, kok malu jo laie !
Abang Temuk
ReplyDeleteTak semestinya ikut susunan keutamaan. Tak kisahlah mana dapat dulu. Masa ni saya pergi mancing guna bot sewa atau bot sendiri. tapi bot sendiri tak ada kemudahan2 seperti yang saya senaraikan itu.
saya tak minat mancing, tp kemudahan yg AL nak tu saya selalu dpt.
ReplyDeletesaya tak minat mancing tp kemudahan yg AL hajat tu saya dah rasa..ahaks
ReplyDeletementibang laut
ReplyDeletekalau kemudahan tu selalu dapat, tapi tak minat mancing ... rugilah ! baik awak minat mancing sekarang, supaya tidak menyesal di kemudian hari !
Salam Tuan Haji,
ReplyDeleteKeinginan ke-4 tu kalau pjg umur murah rezeki insyaallah tertunai. Jgn lupa stok ikan bilis, udang kering dan perkara2 yg sewaktu dengannya sebagai pengeras. hehehehehe
naizaf
ReplyDeletesemuo bondo2 tu pekaro kocik yo ..! cuma takut kastam rampas jer kat airport !
dari "hint" yang diberi, seolah-olah hajat saya hendak ber homestay boleh di pertimbangkan !
atau kena duduk hotel ?
Salam bang.
ReplyDeleteSaya dah kena tag ni. Jadi tak payahlah jawab kali ini walaupun yg sebelum ni pun belum saya buat ngeh3x
Surah As-Sajdah tu elok dibaca antara solat Maghrib dan Isyak setiap malam. Banyak kelebihannya. Kalau amalkan tu, insyaAllah boleh hafal dgn mudah.
ReplyDeleteSalam. Hehe.. ini tentu musim gugur,tapi kenapa tak guna leaf vacuum..kan kerja lebih senang, atau duduk kat apartment shj.Apa pun ini satu pengalaman baru kerana boleh menyapu pakai jaket tebal.
ReplyDeleteyunus badawi
ReplyDeletetengah terkial2 nak menghafal ni. test tak lama lagi. cpu dah penuh agaknya !
retro man
ReplyDeletemasa tu (1982) belum kenal lagi apa itu "leaf vacuum". nak duduk apartment, susah nak mask kangkung goreng belacan, takut penghuni lain komplen dan halau kita !!
Tuan Haji,
ReplyDeleteHomestay tu kena tunggu dan lihat. Tengok2 sampai tahun depan pun saya masih di sini. Kena la belanja Pappa Rich lagi sekali.
Strictly no cendol drink this time!
hehehehehhe
naizaf
ReplyDeletesaya faham sbb kat Tokyo tu rumah kecik2 je. hatta rumah CEO pun khabarnya kecik juga. dia orang jarang ajak tetamu ke rumah.
lainlah bila en asben dah jadi duta nanti kan ..!
tapi tolong tunjukkan jalan boleh kot sebab ana tatau nyalan !
perghh...
ReplyDeleteterbaik dari abg hamzah..
saat menyapu daun kering berguguran bersama mmg indah..
Kalau CPU dah penuh tukar aje motherboard. Bukan tukar mother budak2 kat rumah tu! hehehe
ReplyDeletealvin
ReplyDeletesoalannya kenangan pahit bersama pasangan .. itulah dia kenangan pahit yang ada. tapi kalau kenangan pahit secara solo, memang banyaklah !
YB
ReplyDeletetakkan CPU dah penuh, makngahnya nak ditukar pulak kot ! kalau nak tambah tu, tak tahulah ..!
pas nie, sy kne panggil dato' sbg haji tau..
ReplyDeletesahromnasrudin
ReplyDeleteikutlah apa awak nak panggil .. kalau tegah pun macam mana nak di kuatkuasakan tegahan itu. tengok ikan emas tu, sesuka dan sesedap hati dia jer nak panggil saya.
hahahaaa...
ReplyDeleteeh iye ke ?
Padahal saya buat khas utk picture sahaja !
ok apa uncle, sapu, longgok dan buang berulang-ulang...
ReplyDeletesure uncle ngan aunty berpeluh-peluh kan....
hasilnya sehingga ke hari ni kalian berdua nampak masih bertenaga, sihat dan aktif kan....
LiNda
ReplyDeletehabih .. nak buek camno ?
Ain
ReplyDeletemenyapu tu bukan eksesais harian, dia berkala.. tak cukup, kena jogging juga. bab nak berjongging ni lah paling malas, asyik dok bertangguh je !
salam...ai saya pun kena juga ka
ReplyDeletealimaz
ReplyDeletesalam kembali .. buatlah pelan-pelan !
eh dah sampai sinih mano tompek nak nyembang, ey tado... takpo la.. timo kasih abang sudi join blog deyan
ReplyDeletecemomoi
ReplyDeletet.kasih kerana sudi bertandang dan menjadi follower saya ! kita menyembang kek sini jo lah yo ..
Wah hebat juga laman Tuan... T.kasih kerana singgah dilaman saya yang masih muda...
ReplyDeletekamariah
ReplyDeletet.kasih kerana sudi singgah. saya pun memulakan blog ini sudah agak lewat juga.
baik sungguh wife en hamzah.. bertuah punya isteri sebaik itu...
ReplyDeletemoga2 en hamzah & wife kekal bahagia hingga ke akhir hayat disamping seluruh ahli keluarga... ;d