Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

Thursday, July 5, 2012

SAYA BERKONSPIRASI DENGAN AIN DZAYA.

Saya menerima undangan dari Ain Dzaya melalui kotak komen saya seperti di bawah untuk turut serta dalam segmen yang dianjurkannya.


Kebetulan  pula saya memang  ada banyak masa lapang pada masa ini. Sebelum itu saya nak beritahu bahawa masa lapang saya yang banyak itu tidak sedikit pun saya ambil atau minta dari orang lain tetapi sebaliknya semuanya adalah atas daya usaha saya mengumpulkannya selama ini.

Dia kata kalau rasa creative, artistik, gorgeous, adorable, fashinable, owesome (itu ejaan dia)  bolehlah turut mengambil bahagian. Nak jadikan cerita, saya rasa saya ada semua ciri-ciri yang disebutkannya terutamanya tentang creative itu. Itu belum cerita lagi futuristik. Uwekss.

Fikir punya fikir, saya buat kesimpulan nak masuk sebab masuk ke tak masuk bukannya ada rugi apa-apa pun bahkan menguntungkan kerana mungkin dapat kenal dengan blogger baru. Lepas tu baru terfikir, nak tulis apa ye.  Lalu saya hubungi penganjur dan bertanya kalau-kalau dibolehkan mengambil entri lama  untuk menyertainya ..



Katanya "boleh2 pakcik" (sampai dua kali bolehnya) seperti keratan di bawah:



Apa lagi berkejarlah saya mencari entri lama saya yang saya rasa paling kreatif dan terus menyalin dan menampalnya seperti di bawah.

........................................................................................... 

÷ + - x =

 

 


Pada malam 31 Disember lalu ada perlawanan futsal anjuran RT taman perumahan saya. Sebelum perlawanan bermula saya telah dijemput untuk bergambar. Perasaan saya berbelah ÷ untuk masuk ke gelanggang kerana saya bukan pemain, pengadil atau ahli jawatankuasa. Saya cuma datang membawa cucu yang ingin melihat abahnya bermain. Saya bimbang nanti ada orang tuduh saya cuba + tangan dalam menentukan keputusan perlawanan. 


Akan tetapi pada masa yang sama saya tidak sampai hati untuk men - hajat orang. Lalu saya pun masuk dan cucu saya pun masuk ber = dengan saya. Sedang kami bersedia untuk bergambar tiba-tiba ada bola ditendang orang menuju kami. Maka terpaksalah kami bergambar tiga empat x disebabkan gangguan itu.

......................................................................................................................................

Kalau anda rasa diri anda creative, artistik, gorgeous, adorable, fashinable, owesome silalah klik banner di bawah untuk menyertai segmennya yang menawarkan hadiah yang banyak dan lumayan.



Saya pun hairan macamana dia buat benda tu berkelip-kelip-kelip-kelip-kelip tak berhenti-henti.

Sebagai memenuhi syarat yang ditetapkannya, peserta disuruh tag dua orang dan disuruh beritahu mereka. Ini susah sikit kerana perlu memilih dua sahaja sedangkan semua rakan blogger saya mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan.  Harap yang lain tidak kecil hati kerana saya memilih dua orang ini untuk di tag:

GadisBunga dan Mama Zharfan

Tuesday, July 3, 2012

BENDA-BENDA KECIK YANG BUAT ANDA BENGANG ?



Di samping benda-benda besar (seperti orang pinjam duit kita RM10 ribu tapi tak bayar balik), banyak juga benda-benda kecil yang membuat kita bengang.

Antara benda-benda kecil yang buat saya bengang ialah:

1. Bila orang guna ubat gigi, picit kat tengah.

2. Bila orang pinjam selipar kat surau kemudian letak kat tempat lain.

3.  Bila orang yang buka tajuk lain sedangkan kita belum habis cakap.

4.  Bila orang buka botol minuman berkarbonat tapi tutup balik tak ketat.

5.  Bila orang tekan loceng kat pagar rumah berkalikalikalikalikalikalikalikalika..

Saya nak tag beberapa orang yang terlintas dalam kepala saya pada masa ini:


Kakzakie,  Kunang-Kunang, Queenie, Fairus, Junaina,  Encik Hanif, Insan Marhaen, Temuk dan Hanis Zalekha.

Yang lain-lainya, kalau berhajat,  silalah tag diri sendiri untuk turut serta dan tag seberapa ramai kawan-kawan anda. Diharap melalui eksesais ini,  kita dapat mengetahui perkara-perkara kecil yang boleh membengangkan mereka supaya boleh dielakkan.

Monday, November 29, 2010

SAYA SUKA KALAU KENA TAG MACAM NI - HARAP2 BEN ASHARI PUN SUKA !


Saya telah ditag oleh GadisBunga. Saya kopipes peraturannya dalam Bahasa Inggeris yang mudah seperti berikut:

Peraturannya adalah:
 
"Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated. Haha!"

Saya suka tag yang semacam ini kerana kita tak terikat dengan soalan kerana tidak ada soalan nak dijawab. Cuma tulis 25 perkara, fakta, habit atau matlamat  secara rambang tentang kita. Maknanya kita bebas nak tulis apa saja tentang kita dalam skop yang ditetapkan itu.

Bagus juga sebab banyak juga tentang diri kita yang orang lain tak tahu dan sebaliknya.  Mari kita mulakan. 


1. Saya berumur 56 tahun ++.
2. Saya dilahirkan di Kampung Serting Hilir, Negeri Sembilan dan membesar di merata tempat.
3.Saya sudah bersara secara pilihan di penguhujung tahun 2007 pada usia 53 tahun.
4. Dilantik semula oleh YDP Agong secara kontrak untuk tempoh 3 tahun dan akan tamat pada bulan Jun tahun 2011. 
5. Kalau dapat sambung 3 tahun lagi, bagus juga. Kalau tak dapat, saya akan berblog secara sepenuh masa hingga boleh mencapai Tahap 6.
6. Saya berkahwin pada tahun 1980 dengan orang Perlis dari Kampung Alor Sena (Tak jauh dari Tasik Melati)
7. Saya mempunyai lima orang anak. 3 perempuan dan 2 lelaki.
8. Anak yang sulung, perempuan sudah berkahwin dan berumur 30 tahun.
9. Anak yang bongsu, lelaki berumur 9 tahun ++
10. Saya suka bertukar-tukar kereta. Hingga hari ini sudah lupa berapa banyak kereta saya dah pakai.
11. Saya geram kalau tengok motor kapcai lalu ikut lorong paling kanan dan diberi hon pun masih tak mahu ketepi.
12. Saya suka buat 'collection' benda2 kecil, macam keychain, mug, topi dan sebagainya.
13. Satu hobi saya yang kekal sejak dari belum bersekolah sehingga kini ialah memancing ikan.
14. Saya tidak suka dan tidak tahu bermain golf tetapi tidak memusuhi pemain golf kecuali mereka memusuhi pemancing.
15. Saya suka lauk keladi dan cendawan .. tak kisahlah apa jenis.
16. Saya tak berapa gemar makan pizza. Selain tak sesuai dengan selera, ia juga mahal.
17. Saya meminati pasangan arwah P.Ramlee dan Saloma.
18. Tokoh yang masih hidup yang saya kagumi adalah Dr. Mahathir.
19. Saya tidak menghisap rokok. Orang lain nak hisap, hisaplah asalkan jangan dalam kereta saya.
20. Apa yang menggembirakan saya ialah bila entri saya ada orang baca dan komen.
21. Apa yang menyedihkan dan menakutkan saya ialah bila komen, usikan dan teguran saya disalah erti.
22. Saya tidak pandai masak tetapi saya dapat membezakan masakan yang sedap dengan yang tak sedap serta sangat menghargai orang yang pandai masak.
23. Negara  luar yang saya teringin nak lawat adalah Jepun.
24. Satu sikap buruk saya ialah, malas nak tengok e-mel, kadang-kadang dah sampai beratus2 baru saya baca.
25. Saya cadang nak lawat MAHA tapi bila tengok kereta beratur maha panjang langsung tak jadi.
26. Harapan saya ingin mati dalam iman dan masuk ke syurga. Insya-Allah.


Walaupun dia minta 25, saya bagi 26.  Dr Singa ..cukuplah 26 kot.

Saya cuma nak tag seorang sahaja. Harapan untuk dia respon adalah tipis tetapi apa salahnya mencuba.  Orang yang dimaksudkan ialah Ben Ashari seorang ikon dalam dunia blogging. Saya percaya orang lain pun nak tahu beberapa sisi lain tentang dia.  

.
.

Tuesday, March 30, 2010

D.A.K.U MENUNAIKAN JANJI !

Tukang sapu paling cun !


Tukang sapu paling macho !

Tag di bawah ini datangnya dari En. Relevan. Saya telah berjanji untuk menjawabnya bila ada kelapangan. Sekarang saya lapang. Inilah kali pertama saya menjawab tag. Saya mengaku bahawa apa yang saya beritahu semuanya benar belaka. Tetapi tidaklah semua yang benar, saya beritahu.

-siapakah diri anda di rumah?

 -rasanya orang yang sama juga. 

- siapakah diri anda di samping rakan?-
 Seorang yang suka bergurau dan mengenakan orang.

-5 benda yg anda idamkan tapi masih belum tercapai-
1) Nak hafal surah As-Sajdah
2) Nak pergi haji kali ke dua
3) Mempunyai bot memancing yang ada kemudahan tandas, tempat tidur dan dapur.
4) Nak jalan-jalan makan angin kat Jepun
5) Nak beli Suzuki Jimmy terpakai (senang nak gi mancing)

-siapakah nama pasangan anda?-
Norijan Masri @ Makngahnya


-ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda-
  1) Pandai masak
2) Mengambil berat
3) Tak larang saya memancing
4) Tak larang saya berblog
5) Mengajar anak-anak mengaji Quran (yang sepatutnya jadi tugas saya)

-bila tarikh anda couple-

 Awal tahun 1979 sampai lah sekarang

-apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda-
terpaksa menyapu dedaun yang berguguran di musim luruh sewaktu tinggal di McLean, Virginia, USA
(rujuk 2 gambar di atas sebagai bukti)


-lagu tema cinta anda-
"Renjis-renjis di pilis kot" .. Jujurnya memang tak ada. Orang dulu2 manalah reti lagu2 tema ni semua.


-apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda-
Saya tak ingin dia berubah !


-tag 10 rakan yg lain-
 1) Yunus Badawi
2) Mamai
3) Annie
4) Alimaz
5) Kakcikseroja
6) Xiiinam
7) Ikan Emas
8) LanaBulu
9) Nadia
10) LiNda

* Nama-nama di atas tidaklah di susun mengikut susunan keakraban. Mereka juga dipercayai sudah berkahwin untuk disesuaikan dengan soalan dan dirasakann masilh belum di tag oleh sesiapa lagi. Kalau sudah di tag, sila abaikan (kecuali anda ingin jawab kali ke dua)

** Kesukaran menjawab soalan2 yang diberikan amatlah di fahami. Namun demikian, dengan menjawabnya, orang lain akan dapat lebih mengenali siapakah anda.