Pada malam 31 Disember lalu ada perlawanan futsal anjuran RT taman perumahan saya. Sebelum perlawanan bermula saya telah dijemput untuk bergambar. Perasaan saya berbelah ÷ untuk masuk ke gelanggang kerana saya bukan pemain, pengadil atau ahli jawatankuasa. Saya cuma datang membawa cucu yang ingin melihat abahnya bermain. Saya bimbang nanti ada orang tuduh saya cuba + tangan dalam menentukan keputusan perlawanan.
Kerja Rumah Hujung Minggu: Sila buat ayat sendiri guna simbol ÷ + - x =
.....................................................................
Sub-Entry: Aktiviti Orang Pencen.
Gambar 1: Malam tadi di Dewan PUSPANITA Putrajaya menghadiri kenduri kahwin anak jiran semasa saya duduk di Putrajaya dulu. Seronok jumpa kawan-kawan lama. Sayang gambar tak berapa jelas barangkali disebabkan tangan tukang ambil gambarnya menggeletar kerana belum makan. Tengahari esok sekali lagi saya akan datang ke sini untuk memenuhi jemputan kenduri kahwin anak kawan yang lain pulak. Insya-Allah.
Gambar 2: Pagi tadi ke Stadium Tertutup Paroi untuk menghadiri "Himpunan Sejuta Umat - HIMPUN Peringkat Negeri Sembilan". Katanya mula jam 9 pagi tapi sehingga 10.30 masih lagi masih belum mula. Dalam pada itu orang ramai dihiburkan oleh kumpulan nasyid Hijjaz. Jam 10.30 saya balik kerana jam 11 pagi ada jemputan kenduri Aqiqah di rumah jiran setaman.
Gambar 3: Sebahagian orang ramai sedang mendengar lagu-lagu nasyid dari kumulan Hijjaz.
Gambar 4: Sebentar tadi saya menghadiri majlis cukur jambul atau "berandoi" kata orang Negeri Sembilan. Saya rasa istilah berandoi lebih sesuai digunakan kerana budak kecil tu belum ada jambul !
Gambar 5: Isinya telah diselamatkan oleh anak dan cucu.
Menarik juga entri meggunakan simbol matematik ni! Kreatiflah Tuan!
ReplyDeletePost Terbaharu Saya - Cukai Awal Tahun!
Itu gelanggang futsal kat Pusat Belia Paroi ke uncle? Semalam saya ke situ jugak, tapi bukan main futsal, tapi jogging.
ReplyDeleteDah busy ni tenaga saya tak = macam dulu, nak main futsal pun dah tak larat, takut nanti org pulak kena - saya ke tepi sebab saya pancit! hahaha
salam en AL..
ReplyDeletememang kretip sungguh org2 lama ni...
dan hari entry : 3 in berapa lah kan....meriah hujung2 minggu dgn segala mcm jemputan..
saya gak baru siap buat keja kt opis..
kalau orang - saya masa main bola, memang saya x ÷ peluang = org tu, saya pasti balas dan + lagi teruk sampai ∞ (infiniti tu...hehe)
ReplyDeleteSalam Pak Tuan
ReplyDeleteSyabas...hanya dengan menggunakan simbol bisa mengeletek hati kita.
Saya failed Maths masa skulah dulu Bang Hamzah! Jadi sori berlori... hehehe
ReplyDeleteHari ini saya pun menghadiri kenduri Aqiqah anak seorang kenalan. Kami (maksudnya saya + suami ber= anak2) ber- dari rumah jam 12.30 tghari. Kemudian ke Banting pula. Sampai semula ke rumah >< jam 4.00 ptg.
ReplyDeletesaya tak - kalau org ajak bergambar.dah berx2 posing tanpa sebab.
ReplyDeleteWOW.. KREATIF. TANYA SIKIT, MACAMMANA NAK TAIP SIMBOL BAHAGI?
ReplyDeletepack jadual uncle ya~
ReplyDeletesaya = je ngan diorang, pertama x nak tulis macam ni. +2 tak pernah tulis lagi. mungkin kena - markah ÷ mereka yang pandai =P
ReplyDeleteSaya cikgu pencen bahasa Inggeris.Tak berapa kenal simbol matematik.Skrg tgh pening nak bljar balik simbol ponetik....jadual kembali penuh dgn matapelajaran sbb jadi cikgu mbmmbi..+- mmg tak boleh + dgn orang ramai sbb tiaptiap hari dok + dgn budak 7sampai 9 thn.
ReplyDeleteKagum dgn kehidupan encik AL suami isteri...full of life gitu...
Al-lavendari beri kerja hujung minggu ni: Sila buat ayat sendiri guna simbol ÷ + - x =
ReplyDeleteSambil bersila, walau ada kerusi meja, maka inilah ayat (bukan ayat-ayat) yang termampu Bang Temuk fikirkan:
Saya belajar tanda-tanda ÷,+,-,x dan = semasa belajar Ilmu Hisab di sekolah rendah dan tak menyukainya sampai sekarang.
pakngah sedia maklum je, program tu kalau dianjurkan memang berpusu pusulah orang datang, tp kalau program hiburan tak ada pulak sambutan langsung kan?
ReplyDelete- enpakwe dan ika + sya ada 4 orang dalam kereta
= perjalanan tapi
bak kata orang 2x5 sepoloh, 5x 2 pun sepuloh jugak..
tp nak buek macamano...lepas tu destinasi dah lain lain
sya ke jarom, enpakwe ke rompin.
Entri yang sangat kreatif.. Nak cuba juga.
ReplyDelete"Seandainya kita ingin berjaya, kita mestilah pandai mem÷ masa dan menggunakan semua peluang sebaik mungkin. Kita juga perlu me- sifat malas dalam diri, me+kan usaha dan diiringi ber= dengan doa dan tawakal padaNya. Andai kita gagal, hendak bangkit dan usaha se× lagi tanpa putus asa."
ENCIK ANIF
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA KATA BEGITU SEBAB ADA JUGA ORANG KATA MENGARUT.
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteBUKAN .. GELANGGANG NI DEKAT DENGAN BALAI POLIS SENAWANG. GELANGGANB BARU.
INGATKAN TAYAR KERETA JER YG PANCIT.
NYANYISUNYI
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
MEMANG AWAK DEDIKASI. CUKUP BULAN NANTI DAPAT GAJI.
HANAFIAH
ReplyDeleteSAYA MEMANG TAK = DENGAN AWAK. JANGANKAN MAIN BOLA, KALAU AWAK - SAYA PUN, SAYA AKAN REBAH.
Bnyknye xtvt Uncle sejak2 pencen ni yep...
ReplyDeleteYun pernah hadiri majlis berandoi ni dulu...Kat Kampung Rembang Panas,Kuala Pilah...Kawan karib arwah ayah buat majlis tu utk cucu dia mase tu...
kalau di opis nie orang2 yang dah pencen habiskan masa dengan berjalan2 ke sana sini=)makan angin
ReplyDeleteFARID
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
TAK SANGKA SAYA TELAH BERJAYA MENGGELETEK HATI AWAK. SYABAS !
AZIEAZAH
ReplyDeleteBANYAK CANTIK PUNYA ALASAN !
KAKCIK
ReplyDeleteBAGUS KERANA KAKCIK BERJAYA MEMBUAT CERITA DARI SIMBOL MATH DAN + SATU LAGI IAITU >< TAPI SIMBOL ÷ DAN X TIDAK KELIHATAN.
HANI
ReplyDeleteSAYA PUN TAK - ORANG AMBIL GAMBAR. HEHE
FAIRUS
ReplyDeleteSAYA KOPIPES DARI WORD.
FATIN MRAZ
ReplyDeleteTAPI JADUAL TU TIDAK MANDATORY MACAM MASA BEKERJA DULU. TERPULANG KEPADA DIRI SENDIRI.
EIRA EIXORA
ReplyDeleteBAGUS .. AWAK DAPAT A KERANA BERJAYA GUNAKAN SIMBOL ÷ SEBAB SIMBOL TU TAK ADA KAT KEYBOARD.
MOKJADEANDELL
ReplyDeleteDARI KOMEN TERAKHIR TUAN ITU, SAYA TERASA MACAM TUAN DAH SELALU BACA ENTRI SAYA SEBELUM INI.
TUAN TEMUK
ReplyDeleteKOMEN TUAN TELAH TERPILIH SEBAGAI KOMEN PILIHAN UNTUK ENTRI INI.
KASIHIBU
ReplyDeleteKENAPA PULAK PROGAM HIBURAN TAK SAMBUTAN LANGSUNG ?
NUR-NBA
ReplyDeleteSYABAS .. MEMANG CANTIK AYAT2 ITU. BOLEH DIJADIKAN PEDOMAN DAN SUMBER MOTIVASI.
CIK SHINJU
ReplyDeleteKAMPUNG 'MEMPANEH' TU KATA ORANG NS DAH DEKAT SANGAT DENGAN KAMPUNG UNCLE. KALAU YUN PERGI SEKARANG, INGAT LAGI TAK ?
WAN NURUL HEZRINA
ReplyDeleteORANG KAT SINI PULA BERJALAN KE SINI SANA !
Tak ingt kot..
ReplyDeleteLama sungguh dh x p sane..
Lepas pencen,kawan ayah tu buat umah n kebun kat kg wife dia di Juasseh..(Kg Tebing Tinggi)Tp lepas kena minor stroke baru2 ni dia balik dok Somban...
Hehehe...simbol pun boleh jadi tajuk entry..menarik! dapat merangsang otak baca simbol dalam entry ni..
ReplyDelete