Ini entri terlepas pandang. Ia telah didraf pada 15/10/2010. Masa itu saya masih bekerja dan juga belajar secara separuh masa di Universiti Malaya. Oleh kerana ia sudah ada dalam draf, saya poskan juga kerana isinya dan isunya masih relevan. Isunya ialah sikap mementingkan diri dikalangan kita masih lagi tebal.
Selanjutnya lihatlah gambar-gambar berikut dan bacalah ceritanya.
Selanjutnya lihatlah gambar-gambar berikut dan bacalah ceritanya.
Gambar 1: Kereta Proton Persona kakak tu terkepong. Gambar ini saya rakam pada hari pendaftaran Kursus Sijil Pengajian al-Quran (SPAQ)
di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaysia baru-baru ini.
Gambar 2: Dia macam dah mati akal tak tahu
macam mana nak keluarkan keretanya.
Gambar 3: Dia masih lagi mundar mandir menunggu orang yang mengepong keretanya datang. Selepas itu saya tidak tahu apa terjadi kerana saya harus menyelesaikan urusan saya. Nak bantu pun tak berupaya.
Gambar 4: Yang ini pulak, Proton Persona (bukannya kereta Proton dalam Gambar 1,2 dan 3 di atas) yang berwarna gelap tu yang menghadang jalan keluar dari Masjid Tanming Jaya. Jalan yang asalnya dua lorong dah tinggal satu. Maka jalan yang telah sesak bertambah sesak. Mahu tak mahu terpaksalah pemandu kereta yang membuat entri ini bersabar sahaja. Maka terlewatlah dia balik ke pejabat untuk berblog bekerja.
Nota kaki: Kadang-kadang dalam kita hendak membuat kebaikan, kita terlupa atau tidak sedar kita telah membuat tindakan yang mementingkan diri sendiri.
kat rumah ni kalau parking double pun serba tak kena rasa...ini kan pulak tempat awam macam ni.kesian.. menyusahkan orang je
ReplyDeletekalau tak terpaksa double park atau ape pun, kene la sedar dan selalu jenguk2. tak pun sile lah turunkan handbrake.
ReplyDeletekire baik la kakak persona tu sebab tak hon hon.
Alangkah baiknya jika pihak yang menghalag tu letakkan no telefon bimbit supaya mudah untuk memintanya mengalih kenderaan.
ReplyDeletePatutnya sama-sama fahamlah.. ditempat yang susah mendapat "parking" ni :D
Satu isu yang tak berkesudahan...lebih2 lagi di masa sekarang...tiada keperihatinan...menyusahkan orang!
ReplyDeleteHahahaha! Terlewat utk berblog ke Pakcik?
ReplyDeleteIsh, kakak tu mmg cth insan penyabar. Klu ikut perangai sy, mst mudah je setan nak menghasut suh kasi kua angin smpi lembik!
kdg2 ada org seperti kehilangan deria human sense.. fikirkan diri sendiri je..
ReplyDeletep/s: kalo double park tu letak la no telefon senang org nk call.. at least xla ssh kn org lain..
Ada orang dia peduli apa. Walaupun dia salah, dia buat tak peduli demi kepentingan diri sendiri. :(
ReplyDeletekalau kat sini rg bley uat double parking kat laluan jalan raya jgak.. pdhal dlm kereta xd orgg.. bley sesak kan lalun je..
ReplyDeleteYES YES YES...
ReplyDeletekerap kali terkena kes gini...sian pak guard. Tu la dah tau kita keje kuar masuk yg depa tak faham jgk !!
huhuhu..
ReplyDeletenampaknya IE dah terkeluar dr senarai sepuluh teratas ...
sekali lg,
ReplyDeleteIE dh baca entri fsl SBPA tu. byk perkara yg IE persetujui. Sebenarnya kes pegawai swasta @luar atau yg ntah dr mana dtgnya termsk yg kalah PR telah byk diMsukkan ke dlm perkhidmatan kita.. Kes ini pun ada dlm jab IE..tpi hampeh !
tak ler luar biasa kehebatannya..last ambil keputusan keluarkan mereka..wpun gitu spesis mereka ni msh ada lg..
IE ..bukan PTD
memang bertimbang rasa lah tu..dia timbang peRASAan dia saja..peRASAan org lain dia tak peduli..kalau ada pistol di tangan wanita tu, rasa2 ada yg jadi arwah hari tu..
ReplyDeletetak tau lah bila mentaliti pemandu kita nak improve.. sabar je lah.
ReplyDeletekesian kakak tu..
ReplyDeletekalau dia ada emergency tak ke parah tu...
Perkara ini dah biasalah bang. Jangankan di tempat awam mcm tu, depan gate rumah kita pun ada org parking kereta ikut suka. Bila kita nak masuk atau keluar, terpaksalah hon2 utk panggil siapa punya kereta. Kalau kereta jiran tu kita tahu siapa nak panggil ... huhuhu
ReplyDeletePaling tidak pown, tinggalkanlah nombor telefon, senang la orang lain nak contact klu emergency...
ReplyDeletesikap yang selalunya memberi beban pada org lain ....
ReplyDeleteMUNNAFENDY
ReplyDeleteGADISBUNGA
ENCIK ANIF
FARID
PAK AMAI-AMAI
CIK FIZA
KAKCIK
CIK EYQA
IKAN EMAS 3 x
HANI@DEBUMELUKUT
ABU AIMAN
NYANYISUNYI
YUNUS BADAWI
MUHAMMAD SYAHMI
CIK ATT
TERIMA KASIH BANYAK2 ATAS KUNJUNGAN DAN KOMEN ANDA SEMUA. SAYA AMAT MENGHARGAINYA. MINTA MAAF KERANA TIDAK DAPAT BALAS SATU PERSATU KERANA AGAK SIBUK SIKIT HARI NI. KEJAP LAGI NAK PERGI AMPANG, KL MENGHADIRI KENDURI.
kereta saya (wlp bukan saya yang memandu) sering dihalang begitu semasa di masjid/surau.
ReplyDeleteHati saya sering berkata2 : "Tuhan pemilik kereta yang menghalang kereta saya ini cuma ada dalam masjid/surau saja agaknya?"
saya katakan begitu sebab diluar masjid/surau, dia berakhlak seolah-olah Allah tidak melihatnya.
Ya, sebaiknya saya boleh bersabar saja, malangnya masa tidak menunggu saya, dan banyak tugasan lain terhalang dan terganggu kerana sikap dia...
QUEENIE.
ReplyDeleteSAYA SEDIH KERANA IA BERLAKU SEMASA KITA HENDAK BERIBADAT KEPADA ALLAH. KALAU IA TERJADI KAT STADIUM UNTUK PERGI TENGOK BOLA ATAU KONSERT, BARANGKALI BOLEH DIMAAFKAN.
masalah parking sudah menjadi nanah di mana2... bilalah nanah itu nk dikeluarkan agaknyer...
ReplyDelete