Pagi tadi saya menerima Diploma Eksekutif Pengajian Syariah (DEPS) di Universiti Malaya (UM). Ini adalah kali ke-3 saya menaikki pentas Dewan Tunku Canselor. Kali pertama tahun 1977 untuk menerima Ijazah Sarjana Muda. Kali kedua tahun 1989 untuk menerima Ijazah Sarjana dan kali ini untuk menerima DEPS.
Kelmarin saya sembahyang Jumaat di masjid KLIUC di Bangi. Kemudiannya terus ke Universiti Malaya untuk mengamibl jubah dan lain-lain urusan yang berkaitan dan seterusnya menghadiri raptai konvo.
Kelmarin saya sembahyang Jumaat di masjid KLIUC di Bangi. Kemudiannya terus ke Universiti Malaya untuk mengamibl jubah dan lain-lain urusan yang berkaitan dan seterusnya menghadiri raptai konvo.
Pagi-pagi tadi kira-kira jam 6.30 pagi saya dengan isteri saya keluar menuju KL. Saya terpaksa keluar awal untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. Terima kasih banyak-banyak kepada BERSIH ! Perjalanan lancar dari Seremban hingga UM.
Apa yang dapat saya simpulkan dari kejayaan menamatkan Diploma ini adalah pertamanya: keyakinan yang kukuh bahawasanya Islam itu adalah ugama yang sempurna dan relevan sepanjang zaman. Dan kedua: kini saya semakin tahu apa yang saya tidak tahu sebelum ini tentang agama Islam.
Diploma ini adalah asas sahaja sebagai mukaddimah kepada penerokaan dan pemahaman yang lebih mendalam tentang ugama suci ini.
Saya meminta maaf kerana dalam dua hari ini saya tidak menjengah blog anda semua dan juga menjawab komen2 di dua entri saya sebelum ini. Kunjungan anda beserta komen yang telah dikemukakan amat saya hargai dan insyaallah semuanya akan cuba saya jawab selepas ini.
Gambar 1: Semasa menerima ijazah pertama. Ibu serta adik , sepupu dan anak buah saya turut
meraikannya. Namun empat orang daripadanya telah terlebih dahulu menemui Ilahi.
Gambar 2: Semasa menerima Ijazah Sarjana. Cuma isteri dan 3 anak saya yang bergambar di studio kemudiannya. Ibu saya juga turut menyaksikan majlis konvo saya.
Gambar 3: Gambar semalam di depan Dewan Tunku Canselor yang banyak meninggalkan kenangan kepada saya, untuk urusan mengambil jubah dan raptai konvo.
Gambar 4: Gambar pagi tadi sebelum memasuki dewan di temani oleh isteri saya sahaja kerana semua anak-anak ada urusan masing-masing dan ibu telah lama pergi.
Kehadiran isteri saya sahaja sudah memadai.
Gambar 5: Bersama teman-teman yang telah berjaya menamatkan DEPS. Daripada asalnya 86 orang dan akhirnya tinggal 21 orang sahaja yang berjaya sampai ke "garisan penamat".
Gambar 6: Gambar dari jarak jauh yang sempat di rakam oleh isteri saya.
Manakala gambar dari jurukamera rasmi akan hanya siap pada minggu hadapan.
Gambar 7: Makngahnya keseorangan di celah-celah orang ramai.
Gambar 8: Bersama sebahagian teman-teman sekursus. Yang berdiri nombor 1 dan 2 dari kiri adalah suami isteri yang sama-sama mengikuti dan berjaya menamatkan DEPS.
Gambar 9: Saya merasa bangga juga dapat mengikuti kursus di Universiti Malaya, universiti pertama dan tertua di Malaysia yang kini telah berusia 100 tahun.
Nota Kaki: Kepada anda yang bercadang dan berminat untuk menyertai pertandingan berbalas pantun yang saya anjurkan, masih ada seminggu lagi untuk anda menyertainya. Terima kasih.
oh ya .. saya buat entri ini sebaik kembali dari menghadiri majlis membaca Yaasin dan tahlil di rumah rakan setaman ... itu sebab ia lambat dapat di siarkan.
Tahniah...!
ReplyDeletesaya nomot satu!
Sukanya saya dapat tengok gambar-gambar Abg HAMZAH semasa menerima ijazah demi ijazah. Tumpang bangga. Tidak langsung tetdapat riak atau menunjuk di situ. saya nampak kejujuran dan keikhlasan.
ReplyDeleteSemoga apa yang dipapar dan ditulis, enjadi pemankin semangat kepada orang lain yang membaca. Ternyata dia sempadan umur untuk menambah ilmu. Syabas Bang HAMZAH!
Sembilan Haribulan Julai: Rupanya Aku yang Terkulai...!
Ralat: “ternyata tiada sempadan umur......”
ReplyDeletetahniah! :)
ReplyDeleteTahniah uncle.. nyata usia bukan penghalang untuk terus menuntut ilmu.
ReplyDeletesemoga dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat terus mendalami ilmu-Nya.
TAHNIAH...
ReplyDeleteSetelah bersara, pastinya ada lebih banyak masa untuk terus belajar, kan? :)
tahniah pakcik!!
ReplyDeleteSalam, Tahniah..moga anak2 mengikuti jejak ayahnya yg tak jemu2 belajar.Alhamdulillah
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletewahhh..tahniah..
nak tanya Tuan..
nikah kat Thai
kena denda je kan?
berapa erkk?
:D
Tahniah Uncle!
ReplyDeleteSalam Pak Ngah..
ReplyDeleteTahniah!!!!..harap pak Ngah sudi kongsi ilmu dengan kami ye..:)
Tahniah pakngah!!!...
ReplyDeletePos Terkini ~yus~ 4km je aku mampu lari
Assalamualaikum Tuan Hj dan Tahniah di atas penerimaan Diploma Eksekutif Pengajian Syariah dari UM.
ReplyDelete1977, saya baru bekerja di UM selesai pengajian di ITM pada masa tu.
Bila bersara saya terima Sijil Pengajian Syariah dari UMCced, UM. dan dari UM+JAIS. Masa kerja tak ada masa nak belajar. Saya tak sambung peringkat Diploma. InsyaAllah kalau kesihatan mengizinkan teringin juga.
Melihat gambar2 di N3 tuan haji mengimbau kenangan saya di UM yang dah ditinggalkan kira2 3 tahun dulu atas kehendak sendiri.
Tahniah tuan!
ReplyDeletetahniah uncle...gmbr pertama mmg saya tak tau tu uncle jika tak di beritahu..sgt lain wajah uncle.
ReplyDeletegmbr kedua ..mmg rupa uncle sama,dan teruja melihat kecantikan makngah..mmg sgt2 chantik.
gmbr2 semalam mmg meriah dan ceria.seronok meraikannya bersama keluarga tersayang kan uncle,pasti makngah bangga dgn uncle.
tahniah pakngah! :)
ReplyDeletesaya pun konvo kat Dewan Tunku Canselor...tahun 2001...utk diploma. harap2 lepas ni diberikan usia, diberikan rezeki utk terima ijazah pulak...
TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH ( 3 kali sebab 3 kali naik pentas DTC)
ReplyDeletePakngah memang hebat, dah buktikan usia bukan penghalang untuk menuntut ilmu
dan saya pasti di sebalik dua kejayaan tu, MakNgah lah pendorong utamanya... cantiknya MakNgah, awet muda lagi!!
//kongsilah petua awet muda Makngah
Sallam Tuan Haji,
ReplyDeleteTahniah kerana naik pentas buat kali ketiga, Bukan calang-calang kursus plak tu. Tahniah sekali lagi, buat mak Ngah juga yang ternyata pendorong utama Tuan Haji.
AZIEAZAH
ReplyDeleteTERIMA KASIH. MEMANG BETUL, UMUR BUKAN PENGHALANG UNTUK MENUNTUT ILMU.
TAPI SAYA BUKANLAH TUA SANGAT LAGI KAN ! HEHE
NADIAH SIDEK
ReplyDeleteTERIMA KASIH.
ASADA RYUTARO
ReplyDeleteTERIMA KASIH. SAYA JUGA BERDOA MOGA-MOGA TERUS DIKURNIAKAN DENGAN KESIHATAN YANG BAIK.
SEMASA MUDA2 DULU, LANGSUNG TAK FIKIR FASAL KESIHATAN. 'TAKE FOR GRANDTED'
KAKCIK
ReplyDeleteTERIMA KASIH. SEPATUTNYA BEGITULAH. TAPI SAYA ADA JUGA MENGIDAM UNTUK MELAKUKAN BENDA2 YANG TAK DPT DILAKUKAN SEMASA BEKERJA DULU.
AJEE
ReplyDeleteTERIMA KASIH.
MARINA MONROE
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. MINTA2 BEGITULAH. TAPI ANAK2 SEKARANG DAH MANJA SANGAT.
ZULKBO
ReplyDeleteTERIMA KASIH.
TENTANG NIKAH KAT THAI TU SAYA TAK ADA PENGALAMAN. MUNGKIN BOLEH TANYA BUNG MOKTAR .. HEHE
SUFIA MAHZAN
ReplyDeleteTERIMA KASIH
AZI
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
INSYAALLAH .. BILA MASA YANG SESUAI AKAN DI KONGSIKAN.
YUS
ReplyDeleteTERIMA KASIH.
KUNANG-KUNANG
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
KIRANYA BERSARA PILIHANLAH YE ?
SAYA JUGA HABIS AMBIL 3 PERINGKAT SIJIL TU SEBELUM MELANGKAH MEMBUAT DIPLOMA.
MEMANG ELOK DISAMBUNG LAGI. BAHKAN DI PERINGKAT DIPLOMA PUN RASANYA MASIH TAK PUAS LAGI.
AIDA ALI
ReplyDeleteTERIMA KASIH CIKGU.
LYDIA MIZA
ReplyDeleteTERIMA KASIH. MEMANGLAH GAMBAR PERTAMA TU NAMPAK LAIN SANGAT. MAKLUMLAH MASIH MUDA LAGI DAN MASIH SANGAT "KEKAMPUNGAN" LAGI. HEHE
SITI MURNI
ReplyDeleteTERIMA KASIH. BAGUSLAH MENYIMPAN AZAM BEGITU. KATA ORANG, KALAU HENDAK SERIBU DAYA ..
IBU INTAN
ReplyDeleteTERIMA KASIH TERIMA KASIH TERIMA KASIH (KEPADA 3X UCAPAN ITU)
SAYA RASA SEMANGAT SAYA MASIH MUDA LAGI. SEMANGAT JE LAH ! HEHE
LIPISLADY
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
TERIMA KASIH BANYAK. RAMAI LAGI ORANG YANG LEBIH TUA DAN UZUR. ADA YANG BERTONGKAT DAN PAKAI KANTA PEMBESAR BILA NAK MEMBACA.
Tahniah sanggat2 kat Tuan haji... semoga segala usaha dan pengorbanan di berikan keberkatan....
ReplyDeleteATIE
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN PENGHARGAAN ITU.
Tahniah tuan haji. Kami kat sini semua bangga dengan kejayaan tuan haji. Semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
ReplyDeleteTahniah tuan.
ReplyDeleteWalau agak terlambat, kakak tetap nak ucapkan tahniah kerana kegigihan tuan. Tidak mudah kalau at last pun dari hampir 90 org berjuang tak sampai 30 org berjaya kegarisan penamat. Tahniah!!
ReplyDeleteTahniah..
ReplyDeleteUncle antara 21 orang yg hebat itu.
X nak amik phd plak ker?
UM mmg legend! hehehe...
Bukan semua orang dapat belajar di
Universiti tertua ni.Syarat nak masuk pun sangat ketat.
WANA5567
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA ITU.
POK LI
ReplyDeleteTERIMA KASIH. LAMA BETUL TAK DENGAR BERITA DARI AWAK. HARAP SEHAT SELALU.
KAKZAKIE
ReplyDeleteTERIMA KASIH. SAYA LULUS PUN CUKUP MAKAN DAN ILMU YANG DI PEROLEHI UNTUK KEGUNAAN SENDIRI SAHAJA.
salam pak cik..
ReplyDeletewah...dah konvo ya pak cik...alhamdulillah...tahniah ya pak cik..tunggu ila pula konvo tahun depan..ehhe
CIK SHINJU
ReplyDeleteTERIMA KASIH. RASANYA TAK LARAT NAK BUAT PHD. UNCLE NAK BELAJAR SENDIRI DENGAN BUKU2 YANG TELAH PUN DI BELI DENGAN SEDIKIT ASAS YG TELAH DIPEROLEHI.
HONEY BUNNY
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
BELAJAR BETUL2 AGAR ILA DAPAT JADI BEST STUDENT TAHUN DEPAN. OK !
Wah...ada beberapa lokasi yang mengimbau kenangan saya di bumi UM. Dalam DTC itu juga saya pernah menitiskan ais mata sambil memilih-milih pakaian yang dilonggokkan oleh staf HEP, yang didermakan kepada kami yang tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran asrama. Ironinya, sumbangan pakaian baru yang elok2 di dalam beg-beg 'shoping' hasil derma para dermawan telah berada di atas meja para staf dan kerani di bilik pejabat HEP yg tak terlibat dgn kebakaran pun. Kenangan 21 tahun silam....
ReplyDelete...di DTC itu juga, saya melalui 2 kali konvokesyen.
CKLAH
ReplyDeleteSAYA RASA GERAM JUGA BILA BACA CERITA MEREKA YANG TAK TERLIBAT DENGAN KEBAKARAN TETAPI MENDAPAT HABUAN YANG BAIK-BAIK. ITULAH LUMRAH DUNIA.
JADINYA 'APA YANG KITA TAK SUKA ORANG BUAT KAT KITA, KITA JANGAN BUAT KAT ORANG'
BILA NAK NAIK KALI KE 3 ?
gambar 1 :
ReplyDeletemengingatkan sy pada pakcik sy. muka, jubah konvo, cara pegang scroll, tahun graduasi, tempat graduasi - serupa dgn pakcik saya.
mungkin pakcik sy kenal awak. hmmm :D
gambar 2 :
mengingatkan sy pd prof madya dr lim swee tin
tidak syak lagi! pelanduk 2 serupa. mungkin prof tu kenal awak. hmmm :D
gambar 3 :
mengingatkan sy pada blogger al-lavendari. sama. serupa.
mungkin blogger al-lavendari tu kenal awak. hmmm :D
tahniah!
ReplyDeletesy tumpang bangga. bleh kan sy tumpang?
:D
KTS 1
ReplyDeleteBARANGKALI HARUS BOLEH JADI MUNGKIN AGAKNYA PAKCIK AWAK KENAL SAYA .. ENTAHLAH !
KTS 2
YANG PASTINYA SAYA KENAL PROF TU. DAN DIA TAK PERNAH KENAL SAYA. PADA PANDANGAN MATA AWAK, PROF TU HENSEM TAK ?
KTS 3
KITA MEMANG SALING KENAL MENGENALI SEJAK SEKIAN LAMA.
salam, tumpang tanya akhi, DEPS ni diterima di mana-mana U tak untuk continue ke degree dan keatas? mmohon bantuan, :D
ReplyDelete