Thursday, July 28, 2011

A.K.U. K.E.L.I.R.U. - 16: TAK SAMPAI

Saya suka nombor 4.  Sebenarnya baru saja sekejap tadi saya suka nombor itu. Salleh Yaakob pun suka nombor 4. Orang putih lagilah  suka dengan nombor 4. Itu sebab ungkapan "back to square one" kerap mereka gunakan. Kan ke square tu 4 segi ?  Kenapa "back to square one" ?  Kenapa tidak "triangle one" misalnya ?

Oleh kerana saya  suka nombor 4, saya nak buat 4 entri hari ini setiap 4 jam. Kenapa 4 entri setiap 4 jam ? Kan ke saya dah kata tadi saya suka nombor 4.

Entri pertama pukul 8 pagi. Entri ke 2, pukul 12 tengahari. Entri ke 3,  pukul 4 petang dan entri ke 4, pukul 8 malam.

**************************************************

Tak Sampai


Kalau ada orang kata "tangannya tak sampai untuk memetik buah rambutan itu" kita boleh faham. Maksudnya tentulah tangannya pendek dan buah  rambutan itu pulak duduknya tinggi.
 
Tetapi kalau ada orang kata:

"Dari Seremban pergi Ipoh tak sampai dua jam"

Di sini saya selalu keliru. Apa maksudnya ? Adakah maksudnya kita boleh sampai ke Ipoh kurang dari dua jam. Atau pun kita tak boleh sampai ke Ipoh dalam masa dua jam ?

Cuba fikirkan dalam-dalam.  Sebenarnya kedua-dua pemahaman tersebut tak salah bergantung kepada maksud orang yang bercakap. Akan tetapi kita sebagai pendengar, jangan cepat membuat tafsiran sendiri. Tanya dulu maksudnya supaya tidak terkeliru.



Jumpa di entri jam 12 tengahari nanti. 

14 comments:

  1. salam tuan... bila dah bersara ni makin gagah pula ya.

    empat , empat tu mak ngahnya kena hati-hati.

    ReplyDelete
  2. tak sampai 2 jam tu mengikut kefahaman bawah 2 jam dah boleh sampai da..hehe

    ReplyDelete
  3. "Dari Seremban pergi Ipoh tak sampai dua jam"

    ayat tak lengkap tu. ada sambungan.

    "Dari Seremban pergi Ipoh tak sampai dua jam .............. terbongkang atas jalanraya.

    ReplyDelete
  4. lagi 4 hari nak puasa di bulan ramadan

    :D

    ReplyDelete
  5. Komen saya di nombor 5 - kenapa orang China tak suka nombor 4, ya?

    ReplyDelete
  6. keliru juga ni...sebab lama tak singgah blog ni...takpe saya tunggu entry seterusnya...

    ReplyDelete
  7. Salam PN, suke komen abu muaz.... MN nye kena hati2 hahahah

    ReplyDelete
  8. Wah.. makin rajin Tuan. kakak tak terkejarlah...

    "Tak sampai 2 jam" dengan "2 jam tak boleh sampai" kena guna cara ini agaknya baru nampak beza...

    ReplyDelete
  9. tak sabar nak tunggu n3 seterusnya...:)

    ReplyDelete
  10. aiyo satu entri setiap 4 jam, tak dapek la den nak koja.. haha.. den komen mano yang sompek yo lah ye.. hihi..

    ikut kebiasaan, rasanya maksud taksampai 2 jam ialah, boleh sampai ipoh kurang daripada 2 jam.. heheh..

    tumpang jawab komen kakcik.. orang cina tak suka no 4 agaknya sebab dalam bahasa cina, 4 disebut 'sei' yang mana sama bunyi macam 'mati' dalam bahasa cina iaatu 'sei' jugak... agaknya ler..

    ReplyDelete
  11. ...tapi kita dah terbiasa KELIRUKAN orang. Macam mana nie Pakcik?

    ReplyDelete
  12. yer...sekarang saya tumpang keliru.

    ReplyDelete
  13. saya suka no 7. bila kira tak sampai sepuluh.

    err..

    ReplyDelete
  14. ABU MUAZ
    H.J
    KTS
    KAKCIK
    UMMIARISSA
    33DDA
    KAKZAKIE
    MATAHATI
    ANAA
    MOMMY FARA
    HANI
    GADIS BUNGA.

    TERIMA KASIH KEPADA ANDA SEMUA YANG SUDI SINGGAH DAN MENINGGALKAN KOMEN.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.