Mangga yang sebatang di luar pagar rumah saya sudah berbuah. Tuaian yang pertama cukup memuaskan hati, baik dari segi saiz atau pun rasa kesedapannya. Saya belum pernah lihat buah mangga sebesar itu sebelum ini. Lihatlah buktinya seperti gambar-gambar di bawah.
Gambar 1: Anak bongsu lelaki saya dengan buah mangga yang di maksudkan.
Gambar 2: Buah mangga di sebelah botol kicap cap kipas udang saiz besar.
Gambar 3: Sebagai perbandingan dengan sebiji pisang yang agak besar saiznya.
Gambar 4: Dari sisi yang berlainan. Bukan pisang tu yang kecik tapi buah mangga tu yang besar !
Gambar 5: Ni baru kupas sebelah .. dah penuh sepinggan yang agak lebar saiznya.
Gambar 6: Sudah berbunga lagi walaupun masih ada buah yang belum di tuai.
Gambar 7: Inilah hasil tuaian ke dua dari buah seperti gambar 6 di atas.
Walaupun kecik sikit dari yang dulu, tapi rasa kesedapannya tetap sama.
Botol air di sebelah dia tu .. juga bersaiz besar !
Begitulah juga manusia .. kalau rajin mengeluarkan hasil, orang pun suka dengan kita dan selalu menyebut-nyebut nama kita !
.
ha ha...mcm2 benda dibuat ukuran eh..
ReplyDeleteanak batu giling takder? gurau...
tp mmg besarlah kan? sure puas makan...apa agaknya baja yg diguna?
Pokok mangga dihadapan rumah saya telah pun ditebang walaupun ia masih mengeluarkan buah. Sebabnya?
ReplyDeletePangkal pokok itu telah menjadi tempat tikus bersarang dan buahnya tidak lagi 'cantik'... :(
Baguslah pokok mangga tuan. Kalau buah 10 biji pun dah lebih dari puas kan. Pokok mangga kakak dah kena tebang sebab buahnya belum sempat tua dah merekah. Buah pertama kali je dapat makan lepas tu tak ada lagi. So... tebang dah:)
ReplyDeleteAssalam AL..besarnya..kalau tengok isinya memang tau dah buah tu sedap.
ReplyDeletelaa...
ReplyDeletepg td sy br tangkap gambar pokok kat rumah sy..konon nk buat entri..
termasuk gambar pokok mangga yg belum berbuah sb masih belum ditanam...hehehe
Wah pakngah! Memang besar mangganya. Pakngah beri baja apa ya?
ReplyDeleteMesti seronok dapat makan hasil tuaian pertama dari mangga yg di tanam sendiri...:)
Salam Pak Ngah..
ReplyDeletekalau buahnya besar tu Pak Ngah, sebiji pun boleh makan banyak orang...Kalau rumah saya dekat rumah PaK Ngah...mahu saya pegi minta sebijik ni..:)..saya cukup suka buah mangga....
besarnye...sebiji leh mkn reramai...
ReplyDeletetuan haji...
ReplyDeletebuah mangga makan dengan pulut lemak...sarapan orang perlis...
memang cukup sebiji mangga sebesar itu utk satu keluarga...
Besar betul mangga ni...Macam mana boleh jadi camtu
ReplyDeletesalam Pak Ngah..
ReplyDeleteMak uih.... cicah garam tu sedap.. tapi kena yg muda ler...
hurm...yummy...
ReplyDeleteAlhamdulillah..berkat rezeki p.ngah b'bakti pada tanah kn...
msti mangga manis cam tuan tanahnye kan...
Wah! pakcik! Besarnya!!!!! Pakcik bt saya geram! Dahlah mangga buah favorite saya! yummeh!
ReplyDeletekena garam belacan best nih...
ReplyDeletenampaknya kena bawak guni beras pergi umah awak mlm ni.
ReplyDeleteerrmm.. nak isi buah rambutan lagi. buah mangga giant lagi.satu guni cukup tak agaknya?
PAT PAT SIKU LIPAT
:D
QUEENIE
ReplyDeleteKITA ORANG GUNA BAJA BELI BUKAN BAJA ASLI ! HEHE
KAKCIK
ReplyDeleteMANUSIA BUN BEGITU JUGA .. KALAU HASIL KERJA TAK LAGI CANTIK, ORANG AKAN "TEBANG" JUGA.
KAKZAKIE
ReplyDeleteSETAKAT INI BUAHNYA TAK MEREKAH LAGI. YANG AKAN DATANG TAK TAHULAH.
KAKZAKIE ELOK TANAM DELIMA, KALAU DIA MEREKAH, TENTU CANTIK !
ACIK ERNA
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
ISINYA MEMANG SEDAP SANGAT. TAK TAHU NAK CERITA. NAK KATA RASA KUININ BUKAN, NAK KATA RASA HARUMANIS PUN BUKAN. SUSAH NAK CERITA. KENA RASA BARU TAHU.
IKAN EMAS
ReplyDeleteAPA SALAHNYA CERITA PASAL POKOK KAT RUMAH AWAK. BUKAN POKOK YANG SAMA.
KALAU CERITA POKOK YANG BELUM DITANAM TU, LAGI MENGKHAYALKAN !
YUS
ReplyDeleteBERI BAJA BELI BUKAN BAJA ASLI.
YUS TAK PERASAN KE POKOK TU MASA DATANG DULU ?
AZI
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
DATANGLAH BELI RUMAH KAT SINI. MASIH ADA LAGI LOT KOSONG !
MISZ SHEYLA
ReplyDeleteMEMANG BESAR DAN TAK BURUK !
JUNAINA
ReplyDeleteORANG RUMAH SAYA ORANG PERLIS. MEMANG DIA SUKA MAKAN GITU.
MAK WARDAH
ReplyDeleteSAYA PUN TAK TAHU MACAM MANA BOLEH JADI MACAM TU .. CACAT KOT !
NIDA
ReplyDeletePAKNGAH TAK SUKA CICAH GARAM. PAKNGAH SUKA MAKAN YANG DAH MASAK.
PYNGEES
ReplyDeleteBETUL LAH KOT .. KATA P RAMLEE, LAWA TIADA, MANIS ADA. HEHEHE *GELAK PERASAN.
MOMMY FARA
ReplyDeleteNASIB BAIK AWAK TAK DUDUK DEKAT, KALAU TIDAK TAK SEMPAT MASAKLAH BUAT MANGGA TU. HEHE
ALIMAZ
ReplyDeleteBEST BAGI YANG MENGGEMARINYA. SAYA TAK BERAPA SUKA 'MENCICAH' KATA ORANG PERLIS.
KTS
ReplyDeleteAWAK KENA TAMBAH SATU LAGI GUNI BESAR PUNYA. NANTI BOLEHLAH AWAK BAWAK BALIK TUAN MANGGA TU SEKALI !
tuan mangga duk kat luar pagar gak ke?
ReplyDelete.
.
sy berani angkut yg duk kat luar pagar je. nak masuk dlm pagar, segan. takut terbawa balik kereta-kereta tuan mangga sekali.
eh!
saya cuma ada mangga solex di rumah. hai uncle! hihiks!
ReplyDeleteGB kita serupa....
ReplyDeletedekat rumah akak ada 6 buah mangga, memang tak habis makan ;p
pakngah ada lagi tak hasil mangga tu?
nak bawak balik pokok boleh? nak tanam terus di sini, senang boleh petik hasil terus ;)
Salam...kalau macamni Harum manis kat perlis tu angkat tangan menyerah kalah..habis laa bisnes depa!!
ReplyDeleteTahniahlah kerana mangga abg dah berhasil.
ReplyDeleteKerana saiznya yg besar, sekali tuaian cuma sebiji aje ke abg?
Kat Perlis sekali tuai lebih selori rasanya hehehe
Sudahlah besar, manis pulak tu.
ReplyDeleteMangga di rumah saya kalau yg manis tu tak berapa besar. Kalau yg besar pula tak berapa manis.
hii
ReplyDeletecempaka suka mangga muda taruk cili garam kicap..sedap tau uncel.
tak singgah pun blog cempaka uncel ni
KTS
ReplyDeleteKALAU TUAN MANGGA DAH KENA ANGKUT, KERETA-KERETA TUAN MANGGA PASTI AKAN IKUT SEKALI.
GADISBUNGA
ReplyDeleteAWAK BELAJAR LOYAR BURUK DARI SIAPA ?
JANGAN MARAH .. UNCLE NAK MEMULANGKAN PAKU BUAH KERAS.
SAYANGSAYANGIBU
ReplyDeleteNAK LAGI CEPAT, PERGI BELI KAT GIANT JE .. TAK PAYAH SUSAH2.
ABG ZIMMY
ReplyDeleteRASANYA LEBIH SEDAP DARI HARUMANIS. AGAKNYA IA BUAH KACUKAN.
TETAPI SELALUNYA MANGGA NI 2-3 KALI BERBUAH JE YANG ELOK, LEPAS TU BUAT HAL.
YB 1
ReplyDeleteBUAH KALI PERTAMA SEBIJI SAHAJA. SEBIJI PUN, MACAM 4-5 BIJI ISINYA.
TAK PATUTLAH AWAK BANDINGKAN DENGAN NEGERI PERLIS !
YB 2
MARI KITA KACUKAN MANGGA KAT RUMAH AWAK TU DENGAN MANGGA KAT RUMAH ABG NAK !
CEMPAKA
ReplyDeleteDENGAN KHABARNYA MEMANG RAMAI GOLONGAN WANITA YANG SUKA MENCICAH NI .. BUKAN AWAK SORANG JE !
Salam Pak Ngah..
ReplyDeleteSaya datang lagi..
Apa???..Pak Ngah nak suruh beli rumah dekat rumah Pak Ngah?...manalah saya mampu nak beli tanah Lot ni pak Ngah...pastu kena bina Banglo pulak..tak bermimpi saya Pak Ngah...he..he...lainlah Pak Ngah bagi pinjam duit....:)
AZI
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
PAKNGAH TAK ADA LESEN NAK BAGI PINJAM DUIT. HEHE