Saya pernah tulis tentang pokok mata kucing ini dulu. Sekarang pokoknya sudah bertambah besar dan daunnya cukup lebat tetapi sayang seribu kali sayang, sudah malas berbuah. Saya cadang nak buang sahaja kerana selain tidak mendatangkan hasil ia juga sudah menutup keindahan pemandangan saya ke arah gunung-ganang nun jauh di belakang sana.
Pokok ini dulu masa mula-mula tanam kecik sahaja. Sekarang sudah menghadang laluan untuk ke belakang rumah. Saya tak tahu nak buat apa dengan pokok ini. Nak ditebang sayang pulak rasanya. Nak jual sebagai kayu balak, kecil sangat lagi.
Yang ini lagi subur. Saya tanam di sebelah kanan rumah saya. Saya tak tahu bila dia nak berhenti membesar dan meninggi. Makngahnya kata "satu hari nanti dia mesti berhenti, takkan nak tinggi sampai ke bulan pulak". Sedap sikit hati saya.
Pokok ini kawan saya beri anaknya. Nama saintifikanya "akusxtahusapaskenamasnye". Katanya berasal dari Amerika Selatan. Dah mula berbunga. Nanti saya update kalau dah berbuah. Bolehlah sesiapa nak bergambar dengannya semasa datang kenduri kawin anak saya nanti. Tak payah bayar. Asal jangan cabut bawa balik rumah, sudah.
Pokok mangga ni berbunga, berputik dan berbuah lagi. Ada lagi buahnya yang tidak kelihatan dalam gambar ini. Oleh kerana ia berada di luar pagar .. maka pat pat siku lipat !
Pokok terung telunjuk ini wajar dijadikan contoh. Walaupun sebatang .. tapi ia tak berhenti-henti mengeluarkan buah. Sampai masak-masak buahnya di pokok di sebabkan kami terlupa nak kutip.
Perasan tak payung kat bawah gambar tu ? Sebelum ini dia berada di dalam "gutter" di atas sehingga menyebabkan air terhalang dari keluar dari corong yang ada rantai terjulur itu. Akibatnya air melimpah keluar.
Tepaksalah saya buat laluan keluar yang baru seperti di gambar di atas. Bila sudah siap, baru saya perasan rupanya air tidak keluar kerana terhalang oleh payung itu tadi. Tak fasal-fasal orang yang buat gutter itu dulu kena marah. Siapalah agaknya yang meletakan payung kat situ. Siapa lagi lagi kalau bukan anak-anak saya. Hasil sisatan yang saya buat, saya menyimpulkan mereka gunakan payung itu untuk menjolok shuttle cock yang digunakan untuk bermain ping-pong badminton. Kemudian bila shuttle cock dah dapat payung di tinggalkannya di situ. Bedebah !
Moral cerita payung: Jangan cepat marah .. selidik dulu puncanya. Ataupun kalau tak pandai, jangan berlagak pandai. Kan dah tak fasal-fasal kena keluar duit !
.
.
kat umah saya ada byk mata kucing. tak yah susah2 tanam pokok mata kucing.
ReplyDeletemeeeooowwww
:D
siapa yg main gitar tu? awak? mak ngah?
ReplyDelete