Tuesday, May 24, 2011

BAGAIMANA KITA MEMBAHASAKAN DIRI KITA ?.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEixVjiQXppzy9426F3j2fGF87Dk78frfjba1fJKrfM-EH9rQfU5CSMw0itB6QZUao0Br8GABIvPj5EN8AONmKXhUnacnjzZWvkmznRBxW834l4Yt1ysKz9ELJ7hZiQvaWfNEnLXyEJbnDU/s1600/prayvz7.jpg

Gambar sekadar hiasan hasil carian Google.


Untuk membahasakan diri, saya gunakan  macam-macam gantinama bergantung dengan siapa saya bercakap.

Kalau bercakap dengan arwah emak dulu, saya guna perkataan esey, dengan cikgu/ustaz - saya, dengan kawan-kawan dari NS - eden, dengan kawan-kawan bukan NS - gua aku, dengan raja - patik, dengan isteri - abang, dengan Barack Obama - ai.

Tapi lain orang, lain pulak gantinama yang di gunakan untuk bercakap misalnya dengan emak dia. Ada yang gunakan perkataan saya, kita, ambe, Kakngah dan sebagainya. Tak kurang juga menggunakan nama sendiri.

Tapi ada juga gantinama yang agak mengelirukan. Ada seorang ustaz itu membahasakan dirinya ustaz. Misalnya dia cakap, "kitab ini ustaz yang punya" bila dia beritahu orang kitab itu dia yang punya.  Nasib baik saya tak tanya "ustaz mana ?" .

 Begitu juga ada seorang Datin tu,  dia membahasakan dirinya Datin. "Datin lebih suka makan pizza dari makan nasi" bila dia beritahu makanan kegemarannya kepada orang lain. Pelik sikit bunyinya kan ? Seolah-olah macam dia merujuk kepada orang lain pulak.

Yang paling manja dan eksotik bila ada orang yang membahasakan dirinya "orang".  Misalnya kalau dia nak beritahu kereta yang di minatinya,  "Orang lebih suka Mercedes dari BMW". Kalau kita tidak biasa dengan dia, kita mungkin bertanya "orang mana pulak ni ?"

Bagaimana pula anda membahasakan diri anda ? Cer citer !

.

97 comments:

  1. hehehe...mmg pelik bab yg org membahasakan diri sendiri sbg 'orang'.mmg la org kan, takkan alien plak...mamasue n hasben pggl wak-wak je...mcm wak lontong plak!..hahahah!

    ReplyDelete
  2. Kalau bercakap ngan orang yang lebih senior dari saya, saya akan bahasakan diri saya, Saya. Begitu juga dengan orang yang saya tak kenal.

    Dengan keluarga saya bahasakan diri Along.

    tengok keadaan juga laa. Kadang kadang, Den, Kawe semua lenjan semacam jer.. hue hue hue

    ReplyDelete
  3. pakcik.. saya pon lebih kurang macam pakcik. kata ganti nama yang digunakan bergantung dengan siapa saya bercakap.

    dengan mak + siblings + family 'ajee', dengan suami 'sayang' (hehe jangan muntah), dengan kawan2 'aku', dan sebagainya.. hihi

    ReplyDelete
  4. saya meluat dgn artis malaysia yang membahasakan diri mereka dgn nama mereka sendiri, konon kononnya manja lah tu... contoh, artis Intan bila ditanya wartawan, dia menjawab " Intan rasa, bla bla bla "

    ReplyDelete
  5. kita sama la....kalau ngan orang yang tak kenal hang

    ReplyDelete
  6. Saya biasanye menggunakan kata ganti nama 'saya' dan 'aku'. Kalau dalam family, guna nama panggilan dlm keluarga. Kalau cakap Melayu tu biasalah kalau sebut nama sendiri.

    Teringt kisah ade seorang artis yang membahasakan diri dengan nama bila berckp omputeh. Kelakar sikit je..

    ReplyDelete
  7. Biasakan gunakan "I"..dengan kawan2 yang agak manja "Ti"..dengan mak, "kakak"..kat blog pula dah ditukar jadi "Saya"..

    ReplyDelete
  8. Saya juga membahasakan diri 'orang' bila bercakap dengan ibubapa (semoga roh mereka sentiasa dirahmati) dan adik2.

    ReplyDelete
  9. Kakak,akak = ngn family...makcik2 pun panggil akak...

    yun,ila = ngn family n kawan2...

    saya = ngn cikgu2..org baru kenal..formal..

    aku,kawan,koi = ngn kawan2...

    mak andak,auntie = anak buah...


    *** tgk siapa org yg kita bercakap tu la..

    ReplyDelete
  10. sy bahasakan diri

    aku = semasa dlm blog sendiri / kwn sek dan kwn2 kat kg

    sy = dgn suami / kwn2 pejabat / bos

    maksu = dgn anak sedara yg lebih 30
    org

    neksu = dgn 7 org cucu sedara

    i = apabila perlu

    den pun ada guna, kerapkali dlm fb

    setakat ni sy hanya confuse apabila ada org gunakan istilah 'kami' dan 'awak' walhal merujuk kpd diri sendiri. tp akhirnya lama2 sy paham

    ReplyDelete
  11. 'nama ana, ana!'

    'nama ente, unta bukan?'

    memanglah bukan sbb die manusia, kan pakcik?

    saya bahasakan diri sebagai saya selalunya. kalau dgn suami, ai dan yu. klu dgn keluarga selalu gune nama. kawan-kawan rapat mst aku kau.

    ReplyDelete
  12. kamek...

    *gambar yang kiut sekali...
    leh bahasakan diri sbg 'baby' tak..

    ReplyDelete
  13. Salam Tn Hj,

    saya ikut dengan siapa saya berbicara...biasanya saya,aku, den ..."orang" tu pun ada gak guna

    kalau dengan keluarga rapat guna nama sendiri "man" atau "amang"..hehehe kekadang rasa ganjil pulak...

    kalau ngan "partner" kat rumah manja lah sikit...adalah....hehehehe

    dengan anak-anak guna "ayah" dengan anak saudara "Pak teh/tam/cu" bergantung pada side saya atau isteri....maaflah tuan panjang lah komen saya dari en3 tuan pulak... ~ senyummm~

    ReplyDelete
  14. salam,
    kecik2 dulu selalu jugak guna 'orang' selain nama sendiri. Tapi betul, depends dengan sapa kita bercakap, kengkawan rapat hang-aku jer. Saya kurang selesa guna 'ai-you' walopon rerakan sini ramai yang ber-ai-you...

    ReplyDelete
  15. Saya baru terfikir nak tulis entri tentang kata ganti nama diri ni. Haha.. Kata ganti nama diri ni sebenarnya mempengaruhi kualiti komunikasi kita. Saya menggunakan kata ganti nama diri yang berbeza mengikut golongan serta situasi. ;)

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum bang haji...

    Senyum saya baca N3 bang aji ni.

    Dengan orang sarawak saya bahasakan diri KAMEK (kalau terjemahkan ke bahasa melayu - SAYA)

    Dengan orang semenanjung bahasakan diri SAYA

    ReplyDelete
  17. bergantung dengan sapa saya bercakap.... esey, saya, abong, mak uda, induk...

    kekadang den ,.. den pun hanya dengan rakan2 yg rapat saja dan yg umurnya lebih muda

    ReplyDelete
  18. assalam AQL..kalau 'orang' dah biasa dengar..dikalangan adik beradik anak2 sedara.

    tapi ada jugak yang bahasakan diri dia 'awak'..rasa pelik pulak kan..

    ReplyDelete
  19. Salam Pak Ngah...lama tak sapa=menyapa ngan Pak Ngah. Apa kabo? semoga sihat n bertambah berkat umurnya.

    dalam mebahasakan diri, bg saya, yg paling unik bila menggunakan 'kita' terhadap orang yang kita rasa segan dan suka.

    ReplyDelete
  20. saya biasakan diri saya..ngan mak kaklong , ngan hubby za.hehehe.ngan uncle anaknda leh?haha.gurau jek uncle

    ReplyDelete
  21. salam..
    dalam dunia blog saya gunakan gantinama saya..nampak lembut dan sopan..he he..kalau di rumah dengan mak ayah dah tentu cheq sebab mak ayah orang utara..kalau dengan geng pahang blogger jadi koi la pulak..macam-macam...
    :)

    ReplyDelete
  22. uishh.. k.ngah dlm category manja&eksotik..

    "org lapa nih.. jom pegi mkn.. dia lapa tak?" kata k.ngah kepade si dia..

    heheh

    ReplyDelete
  23. MAMSUE

    SETAHU SAYA WAK-WAK TU NAMA SEJENIS BURUNG. TAPI TAK KISAHLAH ASALKAN AWAK BERDUA BAHAGIA.

    ReplyDelete
  24. KUCINGORENGEMOK

    AMPUN TUANKU .. PATUT PUN AWAK BERWARNA KUNING.

    ReplyDelete
  25. AUJINZ

    SENANGLAH SEDARA MARA AWAK NAK PINJAM DUIT SEBAB ALONG ADA DALAM KELUARGA AWAK.

    HEHE .. JGN MARAH, UNCLE BERGURAU JE !

    ReplyDelete
  26. AJEE

    ELOKLAH TU AWAK PANGGIL SUAMI SAYANG .. DARIPADA ORANG LAIN PANGGIL. KAN ?

    ReplyDelete
  27. DADDY ZIYYAD

    PERTAMANYA SELAMAT MENIMANG CAHAYA MATA YANG BARU.

    KALAU ARTIS TU CUN, AWAK MELUAT JUGA KE ???

    ReplyDelete
  28. MAMAI

    SAYA JARANG GUNA HANG .. SEBAB SAYA ORANG N9 BUKANNYA ORANG MELAKA.

    ReplyDelete
  29. SUFIA

    TENTANG ARTIS TU, DIA TAK TRANSLATE KE NAMA DIA KE BAHASA ORANG PUTIH !

    KALAU INTAN, PATUTNYA DIA CAKAP DIAMOND KAN !

    ReplyDelete
  30. SITI MURNI

    KIRANYA NAMA AWAK SITI MURNI NI NAMA SEBENARLAH YE ?

    ReplyDelete
  31. KAKCIK

    SAYA PUN PERASAN KAKCIK PERNAH BUAT SATU ENTRI MEMBAHASAKAN DIRI 'ORANG' SEDIKIT MASA DULU.

    ReplyDelete
  32. CIK SHINJU

    AWAK TAK TERSHASHUL KE BANYAK SANGAT GANTI NAMA TU ?

    UNCLE PUN BANYAK KALI TERSASUL .. KEJAP SAYA, KEJAP PAKCIK, KEJAP PAKNGAH, KEJAP UNCLE KAT BLOG NI. INGAT LEPAS NI NAK BAHASAKAN DIRI PAKNGAH SAHAJALAH.

    ReplyDelete
  33. WANITA BERTUDUNG HIJAU

    AWAK FORMAL JUGA BERBAHASA DENGAN SUAMI YE !

    SELALUNYA RAJA2 SAHAJA YANG GUNAKAN ISTILAH KAMI BILA MERUJUK KEPADA DIRINYA !

    ReplyDelete
  34. MOMMY FARA

    WAH .. AWAK CAKAP OMPUTIH DENGAN SUAMI KAT RUMAH YA !

    ReplyDelete
  35. JEJARI HALUS

    BABY TU UNTUK ORANG BELUM KAWIN .. KALAU GUNA 'ADIK' OK GAK !

    ReplyDelete
  36. AZMNOR

    SALAM KEMBALI.

    CERITALAH SIKIT NAMA AWAK GUNA DENGAN PARTNER AWAK TU!

    TAK MENGAPA KALAU AWAK NAK KOMEN PANJANG2 .. NANTI TERBUKU PULAK APA YANG ADA DI DALAM HATI TU.

    ReplyDelete
  37. ABU AIMAN

    SALAM KEMBALI

    SAYA GUNA AI YOU BILA CAKAP DENGAN KAWAN YANG ADA GELARAN DATO' .. MALAS NAK PANGGIL DATO' DENGAN KAWAN BAIK KITA.

    ReplyDelete
  38. MISS BIEB JUDDIN

    MEMBACA KOMEN AWAK SAYA RASA AWAK SEORANG YANG SANGAT TELITI MEMILIH GANTINAMA UNTUK DIGUNAKAN DALAM PELBAGAI SITUASI DAN GOLONGAN. BAGUS BEGITU.

    SAYA PERNAH JUMPA KAWAN SAYA, DIA MEMBAHASAKAN DIRINYA AKU DENGAN ADIK BERADIK TERMASUK DENGAN IBUNYA SENDIRI. SAYA RASA JANGGAL SIKIT.

    ReplyDelete
  39. UST ABD RAZAK

    ALAIKUMSALAM

    ADAKAH DENGAN BUKAN MELAYU SARAWAK, USTAZ GUNA KAMEK JUGA ?

    ReplyDelete
  40. IBUINTAN

    OSAHLAH ORANG NISMILAN SOBAB ABONG TU SETAHU SAYA ORANG NISMILAN JO YANG GUNO !

    ReplyDelete
  41. ACIK ERNA

    SALAM KEMBALI.

    INI PERTAMA KALI SAYA TAHU ADA ORANG MEMBAHASAKAN DIRINYA AWAK. ADAKAH DIA GUNA SAYA UNTUK MEMANGGIL ORANG ?

    ReplyDelete
  42. FAREEDSAIRI

    SALAM KEMBALI

    BAGAIMANA DENGAN PELAJARAN ? HARAP TAK ADA MASALAH.

    SAYA SIHAT TAPI CEPAT LETIH. BIASALAH !

    SAYA JUGA KADANG2 GUNAKAN 'KITA' BILA BUAT ENTRI. KENAPA NTAH !

    ReplyDelete
  43. LYDIA MIZA

    JADI UNCLE TAK BOLEHLAH PANGGIL AWAK ZA YA ! ADAKAH IA HAKMILIK ESKLUSIF SUAMI ?

    ReplyDelete
  44. ZULKBO

    SALAM KEMBALI

    BARU HARI INI SAYA TAHU EMAK AYAH ZUL DARI UTARA. SERUPALAH DENGAN ISTERI SAYA. ORANG PERLIS.

    ReplyDelete
  45. Bang HAMZAH,
    apa yang abang sebut dlm entri tu memang lazim kita dengar, dan selalu juga saya guna.

    Malah saya pernah guna: gua, ambo, dan juga patik. hehehehe mengada, kan?

    Rutin dengan suami: I - You, bila depan mak, jenoh nak kontrol... hehehe

    ReplyDelete
  46. KAKNGAH

    BEGITULAH KEKDAHNYE .. KALAU DAH JATUH DALAM KATEGORI TU, NAK BUAT MACAM MANA. NASIBLAH !

    AYAH PUN BARU TAHU, KAKNGAH GUNA 'ORANG DAN DIA' DENGAN DIA.

    ReplyDelete
  47. AZIEAZAH

    SAYA ADA SIKIT MUSYKIL .. KENAPA NAK BER I YOU BILA DEPAN MAK .. TIDAK GUNA KANDA DAN DINDA ?

    ReplyDelete
  48. KEPADA SEMUA YANG DAH KOMEN DAN MUNGKIN AKAN KOMEN.

    SAYA AKAN KE KUCHING, SARAWAK ESOK HARI DAN BALIK HARI JUMAAT PETANG. MAKNANYA LEPAS INI SAYA TAK DAPAT NAK BALAS KOMEN YANG BARU DARI ANDA SEHINGGALAH HARI JUMAAT.

    SAYA MOHON DOA ANDA SEMUA AGAR SAYA SELAMAT PERGI DAN BALIK. TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  49. dalam family:guna nama je..tak pon 'esey' atau 'ann'..


    dengan kawan2:Eden la..(dlm nogori) tapi bila dah duduk negeri lain nie.. guna 'aku' la kan..


    dengan orang yang lain2: mestilah 'saya'...

    seronok kan???

    ReplyDelete
  50. Datang kembali nak jawab soalan bang aji..:)

    ADAKAH DENGAN BUKAN MELAYU SARAWAK, USTAZ GUNA KAMEK JUGA?

    Ya saya bahasakan diri KAMEK juga.

    ReplyDelete
  51. Sometimes, I come across individuals that used the word " me " to represent themselves. To me, it sounds "manjer" sangat. But, its strictly in writing, not in person. Otherwise, it also reminds me of " Little Plum", the Red Indian Kid in Beano Comics (My favourite magazine during my Remove Class STAR, Ipoh).

    ReplyDelete
  52. saya bahsakan diri saya baby~~baru la terserlah dan manja~~

    ReplyDelete
  53. Kalau dengan orang lebih tua atau dengan 'orang besar' tak boleh cakap AKU, nanti orang cakap biadap atau kurang ajar.

    Tetapi

    Kenapa dengan Allah, Maha Pencipta bila kita berdoa kita bahasakan diri kita AKU?

    Ya Allah Ya Tuhanku, Aku memohon ampun padamu...

    ReplyDelete
  54. Aslmkm. Saya mencari di fb tak jumpa. Mohon maaf jika ada mana2 yg tersilap. :(

    ReplyDelete
  55. hajar plk bahasa kan diri sendiri ngan panggilan hajar, saya & org... tp kebiasaannyer hajar... :D

    ReplyDelete
  56. mak saya mmg pantang kalau bahasakan diri 'orang'. nanti dia tanya semula "orang mana? orang-orang?"

    ReplyDelete
  57. Saya paling tak berkenan bila tengok dalam tv, artis lelaki membahasakan diri dengan nama sendiri. Tak sesuai, majanya sangat.

    ReplyDelete
  58. dgn ibu bapa.. bahasakan liza..
    dgn pensyarah.. saya
    dgn rakan lelaki yg lbh tua.. orang/liza
    dgn adik.. kadang2 aku, kadang2 akak..
    dgn kawan2 yg rapat, aku, gua!
    dgn kawan2 biasa ni.. bhskan nama ... byk nyer....

    ReplyDelete
  59. SAYA dengan sape2 jua hatta dgn bakal bapak rebina.. :D

    YONG dalam keluarga..ate teman oghang peghak!

    ReplyDelete
  60. Assalam...
    Kalau dengan kawan2, aku hang je..
    kalau dgn saudara suami, sebut nama pendek tp kalau famili saya, sebut adik.

    ReplyDelete
  61. dengan omak ayah adik beradik saudara maro "alang", dongan anak buah "maklang" dongan enpakwe "kita,i ,saya, orang"
    dengan kengkawan "saya",
    dengan anak anak "ibu" kalau sodang marah "omak" (,")

    ReplyDelete
  62. saya membahasa diri diri spt berikut:

    ibubapa: orghe - ma/ayah
    adik-beradik: aku - mu
    kawan baru: kawe demo
    kawan kamcheng: aku - mu
    kawan pompuan: saya - awak
    bini: abang - ayang

    ReplyDelete
  63. Kalau di blog.. Menulis entry Aku.. Menjawab komen Saya :D

    Semoga Tuan selamat pergi dan balik.

    ReplyDelete
  64. baru nak kata ..yg datin tu sja-saja bahaskan diri dia masa tgh g soping...hehehe

    masa kechik dulu..sy gelarkan diri snd 'orang'...macam yg diceritakan tu laa...

    ' yang'

    ReplyDelete
  65. Assalamu'alaikum al-lavendari
    Siapa yg 'gantinama' pasangan... sebelum & baru 'akad, Sayang. Dah bergerabak anak, MakNgahnya. Mula bercucu, NekNgahnya... Gantinama kena selau diganti?

    ReplyDelete
  66. Assalammualaikom wtb tuan. Jika org jawe akan menggunakan perkatan 'aku'. Dengar macam kasar kan, tetapi ia adalah berkataan biasa. Jika berbahasa dgn org yang tidak dikenali pasti akan menggukan perkataan 'orang'.

    Tetapi ana lebih gemar mengunakan perkataan 'ana' sebagai ganti nama diri.

    Lain buah, lain rasanya.

    JazakaAllah

    ReplyDelete
  67. salam pak ngah,

    klw bercakap dgn kwn saya..
    klw dengan family saya bahasakan diri
    *orang* kihkih
    dengan anak2 buah lak..bahasakan diri lain lak..makteh.

    ReplyDelete
  68. SITI NURUL AIN

    ADIK SAYA YANG PEREMPUAN JUGA MEMBAHASAKAN DIRI DIA 'ANN' DENGAN EMAK SAYA. SEJAK EMAK MENINGGAL, SAYA TAK DENGAR DIA MENGGUNAKANNYA.

    ReplyDelete
  69. ABD RAZAK

    TERIMA KASIH KERANA MENJAWAB SOALAN SAYA. SAYA INGAT NAK GUNAKAN PERKATAAN ITU SEMASA SAYA DI KUCHING, TAPI RASA MACAM TAK FORMAL PULAK.

    ReplyDelete
  70. ABG SHAHIDAN

    MUNGKIN NAMA DIA SUHAIMIE KOT !

    KALAU ORANG LELAKI GUNA, SAYA RASA SERAM SEJUK ! HEHE

    ReplyDelete
  71. BUJAL X

    KAH KAH KAH .. BABY BUJAL ATAU BUJAL BABY !

    ReplyDelete
  72. ISMAIL FITRY

    YA TAK YA .. SIAPA YANG MULAKAN GUNA PERKATAAN AKU DENGAN ALLAH ?

    BEGITU JUGA WALI GUNAKAN PERKATAAN AKU BILA MENIKAHKAN ANAK DIA.

    ReplyDelete
  73. FAATIP

    ALAIKUMSALAM. AWAK NAK PERGI BUAT UMRAH KE MINTA MAAF NI ?

    MEMANG PERANGAI SAYA BILA PERGI OUTSTATION SAYA TUTUP FB SAYA SEBAB TAK MAHU KALAU ADA ORANG TULIS NANTI TERNANTI-NANTI BALASAN SAYA.

    ReplyDelete
  74. HAJAR

    BAGUS JUGA GUNA NAMA SENDIRI. KALAU ORANG TERLUPA NAMA AWAK, TAKLAH PERLU DIA BERTANYA LAGI !

    KADANG2 TU SANGAT MEMALUKAN KALAU ORANG INGAT NAMA KITA TAPI KITA LUPA NAMA DIA.

    ReplyDelete
  75. PAISH

    NANTI BILA JUMPA EMAK AWAK BOLEHLAH SAYA GUNAKAN PERKATAAN ORANG SEBAB SAYA ADALAH ORANG LAIN KEPADA DIA KAN ?

    ReplyDelete
  76. KUNANG-KUNANG

    SAYA PUN BEGITU. RASA MACAM GELI GELEMAN !

    ReplyDelete
  77. NORMALIZA

    MEMANG BANYAK .. HARAP AWAK TAK KONFIUS !

    RUPANYA RAMAI JUGA YANG GUNAKAN 'ORANG' DALAM MEMBAHASAKAN DIRI SENDIRI.

    ReplyDelete
  78. MAKDARA

    SENANG NAK INGAT, KAN ! SAYA DAN YONG SAHAJA.

    SIAPA NAMA BAPAK REBINA ? ANGGUR KE ?

    ReplyDelete
  79. SAYANG2IBU

    DENGAN ENPAKWE - 'KITA, I, SAYA, ORANG'. BANYAKNYA GANTIMANA AWAK GUNAKAN. NAK TANYA MASA BILA GUNA PERKATAAN TU ?

    ADAKAH IA MENGIKUT SITUASI, HARI ATAU MOOD ?

    ReplyDelete
  80. DADDY ZUKI

    AWAK ORANG KELANTAN YA !

    KALAU DENGAN MUSUH MACAMANA PULAK AWAK BAHASAKAN DIRI ?

    ReplyDelete
  81. IZA

    SALAM KEMBALI.

    WAH GUNA 'ADIK' .. NI MESTI ANAK YANG BONGSU DAN MANJA NI !

    ReplyDelete
  82. ANIF

    KENAPA PULA BEZA GUNA AKU DAN SAYA DALAM BERBLLOG ?

    TERIMA KASIH ATAS DOA AWAK. SAYA DAH SELAMAT KEMBALI. TAPI LETIH GILER !

    ReplyDelete
  83. IKAN EMAS

    masa kechik dulu..sy gelarkan diri snd 'orang'...macam yg diceritakan tu laa...

    SEKARANG DAH JADI EMAK ORANG KAN !

    ReplyDelete
  84. ABG TEMUK

    ALAIKUMSALAM

    HAHA .. SAYA PANGGIL MAKNGAHNYA TETAP SAMA MACAM DULU. PANGGIL GUNA NAMA DIA DALAM I.C !

    ReplyDelete
  85. MUSAFIR ISLAM

    ALAIKUMSALAM.

    RAMAI JUGA KAWAN2 SAYA GUNAKAN ANA BILA MEMBAHASAKAN DIRI MEREKA. SAYA PUN AKAN BER ANA DAN ANTA DENGAN MEREKA JUGA.

    ReplyDelete
  86. KEJORA

    SALAM KEMBALI.

    AWAK GUNAKAN 'MAKTEH' DENGAN ANAK BUAH ADAKAH DISEBAKAN KULIT AWAK PUTEH ?

    ReplyDelete
  87. saya = bila di sekolah @ dengan org yg baru kenal. nak komen dalam blog org pun guna saya jugak..

    eja = kalau dengan mak & en suami..

    maksu = dengan anak sedara

    bonda = dengan anak sendiri..

    ReplyDelete
  88. NIDA

    BAGUSLAH TAK BANYAK GANTINAMA DI GUNAKAN. TAKLAH KONFIUS !

    ReplyDelete
  89. EJAESCOBART

    MASYAALLAH .. BARU SAYA TAHU EJAESCOBART INI SEORANG PEREMPUAN. SEBELUM INI MATI-MATI SAYA INGAT AWAK SEORANG LELAKI. BAGUS JUGA SAYA BUAT ENTRI INI.

    ReplyDelete
  90. pak ngah
    vetul...!!!
    ganti nama ikut keadaan
    enpakwe pun mcm tu jugak
    kadang dia bahasakan diri i/abang/saya

    ReplyDelete
  91. saya tamak. semua ganti diri kita nak guna. selagi aku boleh guna, ai guna. dinda tak tipu.


    haaaa. kan tak tipu


    ini namanya krisis identiti. :D

    ReplyDelete
  92. manja & eksotik ye tuan? ooo baru saya tau.. hehe.. tapi sy biasa guna 'org' kat rumah bile berbual dengan keluarga :)

    terima kasih tuan sbab sudi share dengan saya :)

    ReplyDelete
  93. NADZ

    SUNGGUH .. SAYA SUKA BILA ORANG MEMBAHASAKAN DIRINYA 'ORANG'.

    ReplyDelete
  94. teringat kata2 makcik saya bila sepupu2 mula membahasakan diri sebagai orang pada ibu bapa. katanya, "kenapa bila masing2 dah besar, semuanya sibuk nak jadi orang? tak cukup orang lagi ke selama ni?"
    as for me, saya masih lagi kak long yang sama pada keluarga.

    ReplyDelete
  95. FARHANNA

    JADI KAKLONG INI BESAR PERANAN DAN TANGGUNGJAWABNYA .. IA JADI ROLE MODEL KEPADA ADIK2.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.