Sunday, May 29, 2011

SIRAMAT MANDUG !

Alhamdulillah saya telah selamat kembali dari Kuching petang semalam. 
Malam tadi ada dua kenduri berdekatan rumah. Cuma dapat pergi satu sahaja. 
Selepas tengok Maharaja Lawak terus bungkam. 
Hari ini pula sangat sibuk dari pagi hinggalah ke malam.
Saya ingin menunjukkan beberapa keping gambar semasa saya di Kuching yang sempat saya rakamkan.


Gambar 1: Siramat Mandug .. sila besarkan untuk mengetahui maknanya.



Gambar 2: Sempat juga kami di bawah ke Kampung Annah Rais sebuah penempatan rumah panjang orang Bidayuh kira-kira 2 jam  perjalanan dari Kuching. Entah kenapa saya tidak melihat kesibukan mereka membuat persediaan untuk menyambut hari Gawai Dayak.



Gambar 3: Berdiri di bawah papan tanda Kupo Saba. Saya tanya pengiring apa maknanya.
Dia pun tak dapat memberi jawapan yang pasti.



Gambar 4: Sungai yang mengalir merentasi kampung tersebut yang masih belum tercemar. Alangkah bertuahnya kita kalau Sungai Kelang sejernih ini.



Gambar 5: Pemandangan dari bilik penginapan saya. Nampak tersergam di sudut atas sebelah kiri, bangunan Dewan Undangan Negeri.




Gambar 6:  Saya pernah bekerja di tingkat 3 bangunan Wisma Bapa Malaysia ini kira-kira 30 tahun lalu iaitu pada tahun 1980-81.



Gambar 7: Mereka ini saya jumpa  di lobi hotel tempat saya menginap. Barangkali mereka ada function di sini.
Bila saya ajak bergambar, mereka tidak keberatan. 
Terima kasih atas kesudian anda semua.

.

33 comments:

  1. Alhamdulillah.. Tuan sudah selamat sampai ke semenanjung semula :)

    ReplyDelete
  2. hohoho....alkisahnya pergi outstation..hehee. Saya ingat saya kena block... :)

    ReplyDelete
  3. hohoho....alkisahnya pergi outstation..hehee. Saya ingat saya kena block... :)

    ReplyDelete
  4. beshnya dpt pegi jln2 sambil2 oustation tu :)

    ReplyDelete
  5. Selamat kembali semula ke rumah, ke katil sendiri, tilambantal sendiri, Bang Hamzah. hehehe

    Hari ni ada kenduri lagi tak?

    ReplyDelete
  6. ANIF

    SYUKUR SAYA TELAH SELAMAT PERGI DAN KEMBALI DAN KINI SEDANG MERAWAT KELETIHAN !

    ReplyDelete
  7. FAATIP

    HEHEHE .. YA SAYA PERGI KE LUAR DAERAH MENCARI SESUAP NASI.

    TERIMA KASIH KERANA MENCARI !

    ReplyDelete
  8. MAMA ZHARFAN

    MEMANG BEST SEBAB SEMUA DITANGGUNG OLEH KERAJAAN. HEHE

    ReplyDelete
  9. AZIEAZAH

    HARI INI ADA DUA KENDURI SAYA CADANG NAK PERGI. SATU KAT SINI DAN SATU LAGI KAT KUNDANG. DAH NAK GERAK DAH NI !

    ReplyDelete
  10. amboi2. gmbar last tu.. makngah x jeles ke. hehhehe

    ReplyDelete
  11. Selamat kembali dan selamat pergi kenduri...

    ReplyDelete
  12. bestnya..sambil kerja sambil jalan2 cuti2 Melesia

    hari ni pergi kenduri rmah kawan2.. minggu depan rumah sendiri pulak kan... sibuknya Pak Ngah

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum pak ngah
    ramai makwe tu ;p

    ReplyDelete
  14. ORANGLIDI

    MAKNGAHNYA CUMA JELES BILA SAYA BAWA BALIK KE RUMAH. SETAKAT BERGAMBAR DIA TAK KISAH.

    ReplyDelete
  15. NYANYISUNYI

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU. MALAM TADI MAKAN MAKANAN KENDURI LAGI BILA TUAN RUMAH YANG SAYA PERGI KENDURI SIANGNYA MENGHANTAR KE SURAU MAKANAN YANG BANYAK BERLEBIH.

    ReplyDelete
  16. IBUINTAN

    MEMANG SIBUK BADAN DAN JUGA FIKIRAN.

    KEJAP LAGI JAM 8.30 NAK BERTOLAK KE KUANTAN DAN BERMALAM SEMALAM DI SANA ATAS URUSAN KERAJAAN. RASA MALAS SANGAT NAK PERGI. TAPI BILA MEMIKIRKAN DAH TAK LAMA LAGI NAK PENCEN DAN PELUANG MACAM INI MUNGKIN TAK ADA LAGI, DIGAGAHI JUGA UNTUK PERGI.

    ReplyDelete
  17. Pakcik,

    Kerja sambil melancong? Saya suka! Teringin nak ke sana juga...

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum tn hj..

    wah!! pic last tue kalau berkaler lg mantap2 rasanya hehehehehe....

    ReplyDelete
  19. Salam bang.

    Gambar yg last tu tak boleh belah betul.

    Nasib baik makngah dah faham betul perangai abang. Kalau tak jenuh nak terangkan gara2 nak masukkan blog hehehe

    ReplyDelete
  20. Saya ada seorg kawan Bidayuh yg sangat rapat dgn saya. Alhamdulillah dia dah masuk Islam semasa saya di sana. Skrg dia lebih hebat amalannya dari saya.

    ReplyDelete
  21. patut la uncle senyap je..takda kat rumah rupanya.

    teringin nak jejak kaki ke sana...nmpk tenang.

    ReplyDelete
  22. Tuan Hajji,
    selamat kembali dari outstation.Kira cuti juga ke?

    ReplyDelete
  23. bestnya kalau sdapat mandi kat sungai yg bersih tu...menyegarkan..

    ReplyDelete
  24. Rasa rindu dengan suasan ketika bertugas di Sarawak antara tahun 96-99.

    ReplyDelete
  25. SAYANG2IBU

    TUMPANG BERGAMBAR JER !

    ReplyDelete
  26. MOMMY FARA

    KALAU BELUM PERNAH PERGI ELOKLAH PERGI. TAPI JANGAN SETAKAT BANDAR KUCHING SAHAJA. KENA BERMALAM DI RUMAH PANJANG UNTUK MERASAI SUASANA SEBENAR.

    ReplyDelete
  27. ROM

    ALAIKUMSALAM

    MEMANG GAMBAR ITU ADA WARNA TAPI NAK BAGI NAMPAK EKSOTIK SIKIT SAYA BUANG WARNANYA.

    ReplyDelete
  28. YB 1

    SALAM KEMBALI

    MAKNGAHNYA CUMA PANTANG KALAU BAWAK BALIK KE RUMAH JER !

    YB 2

    BAGITULAH BIASANYA KITA YANG DILAHIRKAN ISLAM INI.

    ReplyDelete
  29. LM

    KETENANGAN BOLEH DIDAPATI DI MANA2 SAHAJA. KALAU KITA BANYAK HUTANG, TINGGAL KAT SITU PUN TAK TENANG !

    ReplyDelete
  30. AZANI

    TAK BERCUTI TAPI MACAM BERCUTI !

    ReplyDelete
  31. KAMSIAH

    MEMANG BEST .. TAPI PAGI TENTU SEJUK AGAKNYA.

    ReplyDelete
  32. AKUBIOMED

    SAYA PUN BEGITU .. KERANA PERNAH BERTUGAS DI SANA PADA TAHUN 80-81. TETAPI SEKARANG SUDAH TERLALU BANYAK PERUBAHAN DAN KEMAJUAN.

    ReplyDelete
  33. kalau tak silap saya, KUPO tu rumah panjang. nanti sy cek balik dgn bekas pakwe. oopps.
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .



    dan kalau tak silap saya lagi, kalau awak ajak awekssss sarawak tu makan pun, mereka tak keberatan.

    hikkssss

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.