Kemajuan ICT telah banyak mempercepat dan memudahkan kerja kita. Misalnya menaip surat, tidak lagi menggunakan mesin taip tetapi menggunakan komputer. Kalau salah, delete sahaja, tak payah padam menggunakan getah pemadan atau 'liquid paper' dsb. Kalau nak buat banyak salinan, taip saja berapa bilangan yang hendak. Pencetak akan cetak bilangan yang kita telah minta. Tak payah guna kertas karbon untuk membuat salinan. Tak macam dulu-dulu, kalau nak buat salinan dalam bilangan yang banyak, katalah 200 salinan, kita gunakan mesin saikostail. Pernah dengar tak ? Kalau belum pernah, lain kali kita cerita.
Satu lagi kemudahan yang sangat berguna ialah 'cut and paste' ATAU 'copy and paste'. Yang ini di gunakan dengan meluasnya. Tak payah nak susah mengarang. Cedok sahaja mana yang berkenan dan sesuai melalui kaedah 'cut and paste'. Tetapi kerana dah mudah sangat dan seronok membuat 'cut and paste', kadang-kadang kita jadi lalai. Bila dah lalai, macam-macam kesalahan yang melucukan berlaku dan berikut adalah antara yang pernah saya terjumpa ...
1. Tarikh mesyuarat.
Tarikh: 14 Mei 2011
Hari: Isnin.
Yang lucunya 14 Mei tu adalah hari Sabtu. Ini mesti kes tukar haribulan, tapi lupa tukar hari !
2. Masa mesyuarat.
Masa: 2.30 pagi.
Ini mesti terlupa nak tukar masa kepada petang !
3. Permohonan untuk bertugas luar pejabat.
Cara perjalanan: Kereta terbang.
Ini mesti kes terlupa nak potong perkataan terbang dari perkataan asalnya kapal terbang.
4. Aturcara Majlis.
Jamuan: 12 tengahari - 4 petang.
Bersanding: 1.30 malam.
Siapa nak tengok kalau bersanding 1.30 malam ?
Kalau nak kira, banyak lagilah. Cukup 4 contoh dari saya.
Mungkin anda juga ada pengalaman yang lain. Cer citer .. cer citer !
p/s: oklah .. oleh kerana ada permintaan di Facebook saya supaya saya membuka semula kotak komen, maka saya bukalah .. tetapi jangan pulak berkecil hati kalau saya tak sempat balas.
..
assalamualaikum
ReplyDeletecheqna biasa dijadikan rujukan oleh staf2 opis untuk memeriksa kesalahan ejaan or ayat...
sebab cheqna cepat alert mende2 cam gitu...
minit mesyuarat sangat biasa diopy n paste...hasilnya gitulah..hehehe
moga ayahanda sihat sentiasa =)
ALAIKUMSALAM
ReplyDeleteALHAMDULILLAH SAYA SIHAT2 SAHAJA.
TAPI NAK TEGUR SIKIT, CHEQNA EJA "COPY" PUN SALAH ! HEHE
Assallamualaikum ,
ReplyDeleteSaya sedang membaca copy paste ni..alahai, tergelak-gelak saya dan pelajar-pelajar.
bagus juga, N3 ini menyedarkan kita agar berhati-hati bila mencedok..atau lepas tu jadi bahan gelak orang.
senang tp kadang2 menyusahkan..
ReplyDeletehikhikhik..
ReplyDeletenak gelak pasal 'kereta terbang'..
canggih btul zaman skrg kan..
Salam bang,
ReplyDeleteDulu kalau kat kampung nak buat kad jemputan kahwin guna mesin saiklostail ni aje. Tak payah buat kad mahal2 mcm skrg.
Saya selalu beritahu org yg nak kahwin, dulu bapa kpd emak adam jemput guna kertas saiklostail aje tapi beranak juga lepas kahwin tu. hehehe
Yg 1:30 malam tu bukan bersanding tapi kahwin kot?
ReplyDeleteTentu ramai yg nak tengok!
hehehe
Tak payahlah saya citer kisah cut and paste sebab dah banyak komen ni. Nanti ada yg kata gila kuasa mcm DrSinga kat blog saya pagi tadi tu ngeeee
ReplyDeletehahahaa, setakat ni sy pernah buat mistakes yg sama iaitu lupa tukar date minit mtg
ReplyDeletemmg kena marah dgn bos, tp sy jadikan itu kesalahan pertama dan terakhir
hehehehe
akhirnya kotak komen dibuka~~
ReplyDeletekalau kerja semberono tu la jadi~~takpun yang buat macamtu tak kenal perkataan dabel check~
biasa la kopi dgn pasta.... enakkkk gitu....
ReplyDeleteassalamualaikum tn hj..
ReplyDeletekalau setakat minit mesyuarat, kesalahan copy paste nie dah biasa sgt tp sy pernah terlihat ia tercopy paste dekat sehelai inden...
so, apa kesannya...mg cukup besar huhuhuhh...
Assalamualaikum tuan hj..
ReplyDeletecopy paste memang memudahkan kerja tp kena hati2 jugak nanti kantoi sendiri jugak yg kena..huhu
tak balas komen pun takpe..aiman tak kisah..eh!
bila copy & paste..kesalahan paling selalu saya buat no minit mesyuarat mesti lupa nak tukar....
ReplyDeletesenang yang membuatkan kita akhirnya cuai..tak semak lagi dah...print, letak kat meja bos...at last, padan muka sendiri lah...hhehe
Masalah biasa kalau mahu cepat.. terlupa menukar perkara yang penting.
ReplyDeleteKalau perlu juga gunakan teknik ini, periksa semula dokumen dengan teliti.
Salam Tn Hj...,
ReplyDeletememang memudahkan bila guna "cut and paste" ni..dpt jimat masa...tapi kalau buat report atau assingment tu kena ingat-ingatlah jangan sampai kantoi...
sebab pernah sekali master student kat cni cut and paste report org lain...dia buat research daun teh tapi report tulis biji sawi kan susah...... kena buat semula...nasib baik tak kena banned terus baru putih mata....
gitu laa kisahnya akibat seronok sangat buat cut and paste....
lagi 20 tahun ade kot kereta terbang.
ReplyDeletehahaha!!!!
betul la uncle,
ReplyDeletemacam-macam boleh jumpa dalam kes copy and paste ini.
Kemudahan copy / cut & paste ni memang tak terfikir dek otak masa kita kecik2 dulu kan. Tapi memerlukan keprihatinan untuk mengeditnya.
ReplyDeletesalam Tuan..
ReplyDeletesaya ada pengalaman menaip di atas kertas (nak kata kertas, tak macam kertas) saikostail tu..
punyalah berhati-hati sebab takut buat mistake..
TAPI pernah TERbuat mistake gak..
tak perlu gusar
dia ada sejenis blanco khas untuk kertas saikostail tu
cecairnya bewarna pink
sekian,
pengalaman ciput dari saya..
walopun takde kene mengene
ngan tajuk "cut and paste" tuh ..
.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletehahaha ni la padah yer.. :P
ReplyDeletecut/copy & paste sampai tak hingat dunia.. tau nak cepat siap aje weh! Nice KomenSen, memikir jap teman haha!
ReplyDeleteassalamualaikum tuan.
ReplyDeleteKadng2 kerja copy paste ni menyenangkan tapi akn jadi sgt rumit kalau tak peka. mcm contoh yg tuan sertakn gitu.
KEPADA SEMUA YANG TELAH MEMBERI KOMEN, SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK. MAAF TAK SEMPAT BALAS SATU PERSATU.
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteSelalu jadik silent reader jer..tp kali ni nk menambahkn komen...
Surat tawaran tuk pinjaman kereta dr sebuah bank baru lulus.Tkh surat 21 April 2011..tempoh pinjam 84 bulan. Tkh perlu byr setiap 21hb. Yang konfiusnya, tkh byrn ansuran pertama 21 Mac 2018. Agak2nya kalau tunggu sampai 2018 baru byr bank boleh menang ke kalau dia saman?
UMMUFAIZ
ReplyDeleteSALAM. BANK PUN BOLEH BUAT SILAP JUGA YEK. SAYA TAK BERANI CAKAP, NANTI KERETA AWAK KENA TARIK, SAYA PULAK YANG AWAK SAMAN. HEHE
TERIMA KASIH KERANA SUDI MUNCUL KALI INI.
saya tak pernah dengar pasal mesin saikostail.
ReplyDelete.
.
.
.
.
.
.
tetiba rasa ketinggalan (sila baca : muda)
:D
kadang2 lagi senang kalau kita taip semula drp edit sahaja
ReplyDeleteCIKGU SHIKIN
ReplyDeleteTENGOKLAH .. KALAU ORANG TU MENAIP LAJU, OK LAH. TAPI KALAU DIA MENAIP SLOW, MUNGKIN LAGI SENANG KALAU CUT AND PASTE SAHAJA.