Selamat Hari Guru terutama kepada rakan blogger yang menjadi Cikgu.
Saya pernah buat satu entri Sempena Hari Guru pada tahun lalu.
Setelah di semak dan di nilai semula saya dapati entri itu masih boleh di guna.
Kalaupun saya buat entri yang baru, ianya pun berkisar tentang itu juga.
Cuma tahun ini saya nak tambah dengan sedikit seloka.
Cikgu !
Di sini saya ingin mengadu dan berkisah,
Cikgu pun tahu kan, masyarakat kita semakin parah,
Parti politik yang ada banyak yang memecah belah,
Yang tua banyak mengajar benda-benda yang tak semenggah,
Yang pemuda banyak yang terjerat dengan gejala dadah,
Yang pemudi pula entah mengapa bangga bila mendedah,
Di bahu cikgu tugas berat kami menyerah,
Mendidik anak bermula dari sekolah rendah,
Menyediakan pemimpin mentadbir negara yang bakal di serah,
Nampaknya tugas cikgu bertambah berat dan tak akan sudah,
Semoga cikgu tidak bersemangat lemah dan sebaliknya terus gagah,
Kerana kepada cikgu-cikgulah kami berharap selain Allah.
*
Semoga cikgu tidak bersemangat lemah dan sebaliknya terus gagah,
Kerana kepada cikgu-cikgulah kami berharap selain Allah.
*
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU DARI AL-LAVENDARI @ HAMZAH !
.
Salam Tn Hj..,
ReplyDeleteMemang besar tanggungjawab dan jasa guru ni....semakin dewasanya negara semakin besar cabaran dan dugaan nya....semuga kita semua terus berjaya dunia dan akhirat sehingga genarasi yang mendatang...
semoga cikgu2 terus bersemangat mengajar spt cikgu dolu-dolu
ReplyDeleteSelamat hari guru buat semua warga pendidik.. Jasamu tak terbalas..
ReplyDeleteterima kasih cikgu.
ReplyDeleteslamat hari guru… pelita yang terbakar harap terus bersinar
ReplyDeleteSalam bang.
ReplyDeleteSaya pun nak tumpang mengucapkan hari guru kepada semua guru terutama guru2 merangkap blogger yg baca n3 abg ni.
Bravo.
ReplyDeletePandai abg berseloka.
ai like.
tak terbalas budi cikgu2 yg mengajar dulu..harap2 semangat cikgu2 skrg sama mcm cikgu dulu2 :)
ReplyDeletecikugu2 yang mengajar uncle ada lagi ke?
ReplyDeleteSelamat hari guru buat selruh guru2 di dunia nie , tanpa mereka x mungkin kita akan menjadi seperti sekarang...
ReplyDeletep/s:http://sinarraudah.blogspot.com/2011/05/blog-di-tutup-sinar-raudah-akan-bersara.html
seronok pulak baca gurindam ni..
ReplyDeletetp skrg ni cikgu pun ada yang tak semenggah !!
guru ni pun manusia jugak
ReplyDeleteada salah silap jugak
kalau tak pepatah tak akan bertulis
guru kencing berlari
selamat hari guru buat semua guru
Pakcik,
ReplyDeleteKalau tugas mendidik tu eme serah pd cikgu, boleh ke ibubapa goyang kaki? Pastu kot klu kena rotan dgn cikgu, patut ke ibubapa serang cikgu gak? Macam mana lak klu tak dgr ckp cikgu, cikgu mrh tp kite lak tumbuk idung cikgu?
salam
ReplyDeleteserba salah cikgu sekarang...tak tegur,makin menjadi2 nakalnya si murid...ditegur...mak bapak pulak yg lebih2...
kalau anak gagal...cikgu disalahkan...
andai berjaya,cemerlang..konon hasil didikan mak bapak..
besar tanggungjwab guru...
ReplyDeleteselamat hari guru buat semua guru2
Terima kasih atas pantun tuan di blog @Laman Maya ckLah sempena hari guru ini...
ReplyDeleteYB
ReplyDeleteDAH LAMA ABANG PANDAI BERSELOKA .. ITU CIKGU JUGA YANG AJAR.
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteMASIH RAMAI LAGI. SEORANG DARINYA ADALAH DATO' HASAN MALEK YANG KINI MENJADI TIMBALAN MENTERI.
ADA KISAHNYA DI SINI ..
http://al-lavendari.blogspot.com/2010/11/take-fiv5-baru-balik-kenduri-kawin-kat.html
IKAN EMAS
ReplyDeleteENTRI INI ADALAH UNTUK PROFESION PERGURUAN BUKAN KEPADA INDIVIDU GURU TERTENTU.
IMAM PUN ADA YANG TAK SEMENGGAH !
SAYANGSAYANGIBU
ReplyDeleteSEMUA ORANG BUAT SILAP ! TAK ADA GADING YANG TAK RETAK.
MOMMY FARA
ReplyDeleteIBUBAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB TAK KAN GOYANG KAKI. KALAU KITA MENGHARAPKAN GURU SEMPURNA, KITA HARUS TANYA DIRI KITA DAHULU, ADAKAH KITA INI SEMPURNA ? PAKCIK SENDIRI MEMANG JAUH DARI SEMPURNA.
KAMSIAH
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
BUKANLAH SEMUA IBUBAPA YANG MACAM ITU. HANYA SEGELINTIR SAHAJA YANG BEGITU.
AZMNOR
ReplyDeleteBABY
ANIF
ABU MUAZ
CEMOMOI
YUNUS BADAWI
MAKDARA TERDIVA
DADDY ZIYYAD
AMY SYAQUENA
IKAN EMAS
SAYANGSAYANGIBU
MOMMYA FARA
KAMSIAH
LYDIA MIZA
CKLAH
TERIMA KASIH ATAS KOMEN SEMUA.
KEPADA YANG BUKAN GURU, SAYA PESAN .. KALAU KITA TIDAK DAPAT BANTU MEMUDAHKAN KERJA GURU, JANGAN PULA MENYUSAHKAN MEREKA.
PESANAN INI DITUJUKAN SAMA KEPADA SAYA.
Salam.
ReplyDeleteBest lah seloka ini Tuan Haji.
Semoga diberkati Allah swt.
awak pun cikgu saya.
ReplyDeleteterima kasih.
eh. macam pernah ckp macam ni kan.