Saya secara sukarela menggantung cuti dari berblog (untuk mengulangkaji dan menjahit topi-topi) kerana terpanggil untuk membuat entri berkenaan dengan kisah di atas tentang:
"Pengorbanan guru - Terpaksa naik perahu, meredah ombak Laut Sulawesi untuk ke sekolah".
Saya ingin menzahirkan penghormataan kepada guru-guru tersebut. Kalau saya buat entri selepas habis peperiksaan, cerita ini mungkin sudah di lupakan.
Saya cukup kagum dengan Cikgu Mazwin. Saya tidak kenal dia. Beliau yang berasal dari Gua Musang telah di tukarkan ke SK Bait, di Pulau Bait berhampiran Semporna, Sabah selepas hanya sebulan berkahwin. Inai pun belum hilang di jari. Namun dia tabahkan hati meninggalkan suami, keluarga, kampung halaman untuk menabur bakti di SK Bait di mana kemudahan paling asas seperti air paip dan letrik pun belum ada.
Kalau saya mungkin dah jumpa Penghulu, Wakil Rakyat, Menteri atau sesiapa sahaja kabel yang ada untuk mengelakkan dari berpindah ke sana !
Kalau nak dikira jarak Gua Musang ke Semporna, mungkin hampir sama dengan jarak ke Australia apalagi jarak ke Singapura.
Kalau Duta dan pegawai-pegawai kita yang berkhidmat di Kedutaan (Suruhanjaya Tinggi) kita di Australia , mendapat elaun yang sangat "gemuk" kerana terpaksa berkorban meninggalkan tanah air, adakah kesusahan yang di tanggung oleh guru-guru tersebut walau pun tidak meninggalkan tanah air, tidak patut di bayar elaun se"gemuk" itu.
Bahkan saya berpendapat mereka yang bertugas di SK Bait dan tempat yang seumpamanya patut di beri elaun lebih "gemuk" lagi dari mereka yang bertugas di Kedutaan kita di Washington D.C, Paris, London misalnya. Tetapi jangan silap faham, saya langsung tidak menyarankan supaya elaun pegawai-pegawai kita yang berkhidmat di Kedutaan di kurangkan !
Persoalannya ialah kenapakah seorang pegawai yang berasal dari Johor Baharu misalnya yang berkhidmat di Kedutaan kita di Singapura di bayar Elaun Seberang Laut (yang tak pun menyeberang laut) dan lain-lain kemudahan berganda-ganda banyaknya berbanding guru-guru dalam gred yang sama yang bertugas di SK Bait (yang hari-hari menyeberang laut). Padahal pegawai yang bekerja di Singapura itu boleh berulang sahaja dari rumahnya di JB untuk bekerja di Singapura, kalau mahu. Sedangkan guru itu pula setiap kali untuk sampai ke SK Bait, mereka terpaksa menempuh ombak dan badai yang mengancam nyawa.
Atau kenapa guru-guru yang berkhidmat di Jabatan Penuntut Malaysia di London misalnya mendapat habuan yang lebih tinggi berbanding guru-guru yang bertugas di SK Bait. Sedangkan untuk bertugas di London pasti beribu orang yang ingin bekerja di sana dan logiknya tiada siapa yang secara sukarela ingin berkhidmat di SK Bait, kecuali anak tempatan agaknya.
Mana yang lebih susah, seorang guru dari Gua Musang yang bertugas di SK Bait atau seorang pegawai PTD yang berasal dari Johor Baharu yang bertugas di Kedutaan Malaysia di Pulau Singapura. Atau mana yang lebih susah, seorang guru dari Gua Musang yang bertugas di SK Bait atau seorang guru dari Kuala Lumpur yang bertugas di Jabatan Penuntut Malaysia, London ?
Dalam konteks ini Cikgu Mazwin dan guru-guru yang senasibnya denganya benar-benar berkorban.
Selamat Menyambut Hari Guru (walaupun dah terlewat dua hari ... cikgu tak marah kan ?)
salam ,
ReplyDeletedalam dunia ini sukar untuk mendapat keadilan sebenar...
hanya yang empunya diri sendiri tahu dia benar2 dapat keadilan atau tidak base on apa yg dia dapat hasil pengorbanan yang ikhlas
kadang2 kita kena terima sahaja apa yg dah ditakdir untuk kita, anggap sahaja itu takdir setelah usaha yg kita telah buat dan anggap akan ada hikmahnya setiap yg berlaku...
selamat hari guru buat cikgu mazwin
semoga terus menjadi pendidik yg diysagi dan dihormati
salam
Sepatutnya guru ini dah dapat Anugerah Khidmat Cemerlang tahun ni jugak. Tak perlu nak tuggu dah tahun hadapan
ReplyDeletesalam.... tu sebab kerja cikgu ni mulia...tak semua org nak jadi cikgu yang sanggup bersusah payah cenggini....
ReplyDeleteSalam Tuan .
ReplyDeleteTerima kasih kerana berani mengutarakan isu yang 'besar' ini tetapi 'kecil' dipandangan mata .
Syabas Cikgu MAZWIN . Juga kepada suami dan keluarganya .
Walau apa pun, Saya amat kagum dengan semangat dan komitmen guru tersebut.. Syabas Cikgu Mazwin!!
ReplyDeletetahniah!!! tuan haji..saya menunggu berbulan2 untuk tuan haji menulis sebegini kerana saya tahu tuan haji hanya menyimpan kuku apabila menulis isu2 yg kecil..pegawai2 PTD terlalu mendapat byk kemudahan berbanding guru2 khususnya guru2 di pedalaman..ADO2 mendapat byk penghormatan dan faedah berbanding guru yg berkhidmat di ceruk entah mana entah dimana usah bercakap mengenai 3G, api air pun lum tentu mrk dpt nikmati..usah bercakap tentang hiway, jln berturap lum tentu dpt rasa..usah bercakap mengenai elaun perbatuan, sampan je pengangkutan setiap hari..
ReplyDeletesalam akhi....
ReplyDeletekisah cikgu Mazwin , sama dgn kisah adik ipar ummi , hanya beberapa bulan berkahwin dihantar bertugas sebuah pulau di Sarawak , terpaksa bot laju , kemudian naik pula bot nelayan baru sampai... ummi menagis bila tengok gambar2nya..
tp Alhamdulillah kini dia dah kembali kepangkuan adik ummi , suaminya.
tugas guru ni memang mulia sesangat, tak boleh dinilai dengan apa juga harta yang paling bernilai pada seorang guru
ReplyDeleteselamat kembali...setelah bercuti berblog.
salam,
ReplyDeletejasa guru sungguh besar dikenang sepanjang zaman..
salam ziarah pagi Selasa
ReplyDeletemoga kita semua sihat
dan di berkati oleh yang ESA..
rasa bangga sapa yang jagi warga guru
senang nak buat pahala..
BLUECITY
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. MEMANG BENAR DIDUNIA INI SUKAR UNTUK MENDAPAT KEADILAN YANG HAKIKI. SETIAP SATU KETENTUAN ITU PASTI ADA HIKMAHNYA ... MUNGKIN TIDAK SEKARANG.
POK LI
ReplyDeleteSETUJU DAN SELAIN DARI ITU TAMBAH LAGI APA2 FAEDAH YANG SESUAI SEPERTI BUAT UMRAH DSB.
ALIMAZ
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. ANAK SULUNG SAYA JADI CIKGU TAPI SEKOLAHNYA DEKAT RUMAH JER !
LINDA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. SEKALI SEKALA BAWA ISU BESAR BOLEHLAH .. KALAU SELALU SANGAT, LETIH JUGA ORANG MEMBACANYA.
ANIF
ReplyDeleteSAYA MEMANG TABIK DENGAN SEMANGAT CIKGU TU. SEMOGA PIHAK ATASAN TIDAK TERLEPAS PANDANG PENGORBANAN BELIAU.
SAHROMNASRUDIN
ReplyDeleteSAYA TERHARU BILA SAHROM KATA TELAH MENUNGGU BERBULAN2 TULISAN SAYA SEBEGINI. MUNGKIN KALAU ADA PTD YANG BACA ENTRI INI, AKAN MARAH KAT SAYA.
ANAK SULUNG SAYA JUGA SEORANG GURU !
t.kasih memberitahu kisah ini pada dunia.
ReplyDeletemoga tulisan ini dibaca oleh Menteri Pelajaran dan Perdana Menteri.
tuan, saya nak copy gambar tuu..boleh kan.
Syabas Cikgu Mazwin!
ReplyDeletePengorbanan cikgu2 jika x terbalas di dunia, di akhirat jua insyaallah lebih besar ganjarannya.
Tuan Al-Lavendari,
Saya cadangkan agar satu 'lab' diwujudkan bagi mengkaji appropriate rewarding system bagi skim DG2 ini. 'Lab' is the 'in' thing!
UMMI
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. SAYA FAHAM KENAPA UMMI MENANGIS KERANA PERGI BERTUGAS DI SANA BUKAN MACAM ORANG KL KENA BERTUGAS DI GERIK.
PENJEJAK MAYA
ReplyDeleteTUAN DAN SAYA BERADA DISINI PUN BERKAT DIDIKAN GURU2 KITA DAHULU.
SAYANGSAYANGIBU
ReplyDeleteMEMANG TUGAS GURU SANGAT MULIA. TETAPI MURID DAN IBUBAPA SEKARANG RAMAI YANG 'TAKE FOR GRANTED' DAN YANG LEBIH SEDIH LAGI ADA YANG SANGGUP MEMPERLEKEHKANNYA.
ZULKBO
ReplyDeleteKITA JUGA BOLEH MEMBUAT PAHALA WALAU APA PUN PROFESION KITA.
ABU MUAZ
ReplyDeleteBOLEH SAJA COPY. TAPI YANG ORIGINALNYA ADA DALAM BERITA MINGGU KELUARAN 16 MEI. GAMBAR SAYA TU DAH TERLIPAT SIKIT.
Tahniah dan syabas kat Cikgu Mazwin dan ramai lagi yang seumpamanya !!
ReplyDelete...( nak respon -ve sikit ni....jgn marah ya !...)
...berapa ramai pulak cikgu-cikgu (terutama yang dah bergelar mak datin bagai...) dah syok keja kat bandar n ada juga yg WAJIB ada daah tempat mereka walaupun sekolah tu dah penuh sesak dgn cikgu dek sebab ikut LAKI ATAU KABEL besar ...
NAIZAF
ReplyDeleteCADANGAN ITU SANGAT BAIK. SAYA BERHARAP 'REWARDING SYSTEM' SEMASA DI BUAT PENILAIAN SEMULA AGAR TIDAK ADA PIHAK YANG DI LIHAT MENDAPAT FAEDAH TERLALU BANYAK BERBANDING PIHAK YANG LAIN.
IKAN EMAS
ReplyDeletePANDANGAN AWAK ITU ADA BETULNYA .. SEHINGGA KADANG2 NISBAH GURU LELAKI DAN PEREMPUAN JADI SANGAT TIDAK SEIMBANG. BARANGKALI INI MERUPAKAN SATU DILEMMA KEPADA KEMENTERIAN BERKENAAN.
HATI, JIWA, PERASAAN DAN MINDA CIKGU MAZWIN SUNGGUH MURNI..DIVIDENNYA AKAN DITUAI DI'SANA' NANTI..SYABAS
ReplyDeletesalam uncle,
ReplyDeletemoga semangat juang dan keikhlasan cikgu mazwin menjadi ikutan cikgu-cikgu yang lain....
hopefully jugak, bila tengok perjuangan cikgu2 kita nie, parents lebih buka mata bila ada kes melibatkan masalah disiplin pelajar....
jangan la asyik nak menuding jari pada cikgu jer sampai bawak kes ke mahkamah....
psst, saya tak pernah berani nak jadi cikgu sbb saya takut kena dera ngan student.....
dengan perwatakan saya yang slow motion ni rasa macam tak sesuai sangat....
tapi yang saya pelik kan, kenapa la orang selalu ingat saya ni cikgu....
tak faham sungguh.... hehehe...
Salam..
ReplyDeleteItulah pengorbanan guru...
Semoga ketabahan menempuhi pahit getirnya dugaan dan cabaran bisa sebati dalam diri seseorg bergelar guru..:):)
SHA
ReplyDeleteINSYAALLAH .. SEMOGA IBU BAPA DAN MURID2 MENGHARGAI SEGALA PENGORBANAN MEREKA.
AIN
ReplyDeleteSETUJU DENGAN PANDANGN AIN TENTANG PERLUNYA IBUBAPA LEBIH MEMAHAMI DAN MENGAHARGAI GURU.
UNCLE INGAT KENAPA ORANG PANGGIL AIN CIKGU SEBAB PENAMPILAN SERTA PAKAIAN AIN ADA CIRI-CIRI SEORANG GURU.
PN KARTINI
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. BALASAN YANG PALING BAIK KEPADA GURU ADALAH KEJAYAAN ANAK-ANAK MURID DALAM PELAJARAN DAN DALAM KERJAYA MEREKA.
sayangnya ramai yang lupa akan pengorban para guru macam nie
ReplyDeleteSalam Tuan Hamzah,
ReplyDeleteItulah hakikat kehidupan, selalunya perkara2 macam ni yg selalu terlepas pandang (atau sengaja buat tak pandang) entah lah.
slmt hari guru buat ckgu mazwin
ReplyDeleteseyes, pngrbanan guru tiada taranya
memang kagum dengan ketabahan cikgu mazwin
ReplyDeletedan benarlah seperti ulasan al-lavendari
saya mengkagumi pengolahan tuan tentang isu yg dipaparkan dlm n3 ini.
ReplyDeleteMAMAI
ReplyDeleteJANGAN ANAK MURID LUPA SUDAHLAH. TAPI SIAPA YANG TAK PERNAH JADI ANAK MURID ?
AIDAH
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. KALAU TERLEPAS PANDANG, UNION TU KENA BISING-BISINGLAH SIKIT !
JANE
ReplyDeleteBENAR .. SETIDAK-TIDAKNYA SETAHUN SEKALI KITA SAMA2 MENGINGATI PENGORBANAN PARA GURU.
PIEWAHID
ReplyDeleteSAYA GEMBIRA KERANA TUAN MENYENANGI OLAHAN SAYA ITU. SAYA KHUATIR JUGA MULANYA UNTUK MENULIS ISU BERAT DAN PANJANG NI, TAKUT ORANG MALAS NAK BACA.
A KL CITIZEN
ReplyDeleteMEMANG SAYA BENAR2 KAGUM DENGAN CIKGU MAZWIN. PATUTNYA TV KITA BUAT SATU SLOT KHAS UNTUK BELIAU.
Siapa lebih susah?
ReplyDeleteSusah juga menjawab soalan-soalan itu.
tu la namo ey lilin.. bia tobaka di tongah golap untuk oghang lain merasai manfaat ey...
ReplyDeletecamano nak gomok asyik tobaka yo
XIIINAM
ReplyDeleteCIKGU MALU NAK JAWAB YA .. SOALAN NI SEBENARNYA, SOALAN BOCOR !
CEMOMOI
ReplyDeleteJADI CELAIT (TORCHLIGHT) KAN BAGUS .. ORANG BAWA KE SANA KEMARI !
begitulh, yg brkuasa makin brtmbah koleksi harta ttp yg trpencil makin dipinggirkan.....Pengorbanan seorg guru yg xpernah mengharapkan apa2 balasan...cukup pengertian dr org2 atasan.
ReplyDeleteSangat tabik dengan guru-guru seperti ini. Masih ramai lagi yang berhadapan dengan cabaran mengajar dan berbakti sebegitu. Ini hanya sebahagian..
ReplyDeleteSemoga terus tabah hati demi anak bangsa.
Memang sunggguh dan teramat mencabar ni..Selamat hari guru cikgu Mazwin..
ReplyDeleteSalam bang.
ReplyDeletesetiap kali membaca cerita2 pengorbanan guru2 spt cikgu Mazwin ni hati saya jadi sebak - hati tisu agaknya saya ni.
Masa saya bekerja di Sarawak dulu saya sering juga masuk ke pendalaman bersama2 kawan2. Keadaan sekolah di sana mmg daif sekali. Janganlah nak cerita pasal IT bila elektrik pun tiada.
Tahniah kdp guru2 termasuk yg terpaksa meninggalkan keluarga dan kampung halaman utk mendidik anak bangsa.
hajar jg ingin mengucapkan syabas to cikgu mazwin... sanggup berkorban demi nak mendidik anak bangsa & nak juga ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru2 di seluruh dunia... :)
ReplyDeleteNZA
ReplyDeleteJANGAN BERJAUH HATI .. RAMAI ANAK2 MURID CIKGU YANG MENGHARGAINYA.
AZIEAZAH
ReplyDeleteMEMANG INI ADALAH SEBAHAGIAN DARI KISAH YANG AMAT KECIL. RAMAI LAGI YANG MERINTIH DALAM KESEPIAN.
RELEVAN
ReplyDeleteBEGITU LAH NASIB KITA. TIDAK SAMA. ADA ORANG YANG SENTIASA BERNASIB BAIK PADA PANDANGAN KITA, TETAPI DI MASA AKAN DATANG TIDAK ADA SIAPA PUN YANG TAHU.
YUNUS BADAWI
ReplyDeleteHATI AWAK BAGAI TISU .. ELOKLAH BENARLAH TU, BOLEH GUNA UNTUK MENYAPU SI AIR MATA !
HAJARUS
ReplyDeleteHARAP2 SEMUA GURU DI SELURUH DUNIA SENTIASA DIBERIKAN KEKUATAN UNTUK MENDIDIK MURID2 DI DALAM DUNIA YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN HEBAT CABARANNYA.
Saya ada tulis kat fb tpi tak ada respond ttg guru-guru yang mengajar di sebuah sekolah di kelantan. ada dalam buletin utama hari saya tulis tu.Guru besar serta guru-gurunya mengharungi banjir lumpur, basah kuyup, kelaparan menolak motosikal untuk memulakan sessi persekolahan tahun2012. hebat sungguh mereka, sekolah tu ialah sekolah orang asli yang jauh dipendalaman.Semoga Allah jua yang akan memberi ganjaranNya.....
ReplyDelete