Gambar 1. Pintu masuk ke UM dari arah Jalan Pantai Baru.
Awal tahu 1974 saya memasuki Universiti Malaya selepas lulus STPM (calon persendirian).
Lulus STPM adalah suatu peristiwa yang paling menggembirakan saya
(sebelum berjumpa dengan Makngahnya).
Masa tu calon persendirian yang lulus STPM, nama keluarmasuk surat khabar New Strait Times. Heboh satu malaya kampung.
Lulus STPM adalah suatu peristiwa yang paling menggembirakan saya
(sebelum berjumpa dengan Makngahnya).
Masa tu calon persendirian yang lulus STPM, nama keluar
Gambar 2: Di pintu masuk ke Kolej Kediaman Pertama
Tahun pertama saya tinggal di Kolej Kediaman Pertama. Masa tu 'ragging' masih di amalkan lagi.
Siswi yang bertudung masih lagi di anggap ganjil.
Tapi tak terdengar pulak orang buang bayi !!!
Saya dapat biasiswa Kerajaan NS sebanyak
RM1,800 setahun. Semua di situ.
Yuran, duit asrama, makan, buku, alat tulis, wayang, ansuran motor, minyak motor, beli pakaian dll.
Tiada 'top up' dari kampung.
Cukup ke tak cukup ke .. terpaksalah cukupkan.
Pandai-pandai lah nak hidup !
Tetapi pada tahun satu saya tiada motor lagi.
Motor Honda Cub hanya dapat dibeli bila masuk tahun dua.
Gambar 3: Di pintu masuk ke Kolej Kediaman Kelima.
Tahun ke tiga (tahun akhir) saya tinggal di Kolej Kediaman Kelima. Di tahun dua, saya terpaksa duduk luar sebab jahat tak dapat tinggal di asrama. (Sebab tu lah motor mustahak)
Gambar 4: Di depan Bangunan Dewan Tunku Canselor.
Ini lah Dewan Tunku Canselor tempat mengambil peperiksaan dan mengambil ijazah pada tahun 1977.
Dan sejak 2 1/2 tahun yang lalu, saya melalui semula
tempat-tempat itu pada setiap hujung minggu
sehingga projek saya selesai.
Insyallah hujung tahun ini.
Nak tengok tak rupa budak-budak U pada masa itu ?
v
v
v
v
Gambar 5: Lepak ngan kengkawan menunggu untuk masuk ke dewan kuliah - 1974.
p/s: Gambar 1 hingga Gambar 4 diambil pada minggu lepas.
wah tuan haji..zaman tue zaman blues ke..rambut semua panjang2 kan..teringat kat film ali setan biler tgk gambo terakhir tue huhuhuh
ReplyDeleteKenangan zaman dulu betul ni bang. Ramai pembaca yg belum lahir lagi masa tu. Saya pun baru nak ambil LCE masa tu hehehe
ReplyDeleteTuan, saya juga super duper junior tuan skrg ni...
ReplyDeleteinsyaAllah, bln 8 ni konvo...
Tuan, nak bunga rose biru boleh? hehe
Abg ambil STPM atau HSC masa tu? Masa tu jgn kata HSC, ada senior Cambridge dah gah.
ReplyDeleteHebatlah abg masa tu. Nasib awek UM tak tackle abg. Kalau tak melepaslah makngah ngeh3x
ngeh ngeh ngeh
ReplyDeletebila tgk gambar2 masa dulu, mmg jauh beza dgn skrg kan.. budak2 skrg mesti pelik dgn gaya n fesyen pada masa tu.. sekali sekala mengimbau kenangan masa zaman belajar seronok kan..
Yang dalam pic terakhir tu saya rasa Bang HAMZAH yang berbaju merah tu. Betul? hehehe
ReplyDeleteMasih berulang ke situ? Sambung belajar lagi? tahniahhh...
UM ni kalu dapat masuk, memang gah tau (dulu ler, skang pun masih lagi agaknya) maklum Uni yg tersohor lagi establish...
*Tumpang bangga jer, salah sorang abang saya pun belajar situ. masa tu saya kecik sangat lagi. Ayah buat kenduri.. hehehehe
:D Tahun 1974 - tahun Saya dilahirkan!
ReplyDeletedulu masa keja kat Menara TM selalu p buat urusan dlm UM..contohnya p bank, pejabat pos dan pergi lunch...
ReplyDeletehu hu hu..gambo tahun 1974, saya baru nak masuk 2 tahun..
salam..
ReplyDeletewah pakcik, nostalgia betoi tengok gambor jejaka kacak berambut panjang tu.. :)
Ohh tuan , memang nostalgia sungguh !
ReplyDeleteTetiba saya teringat gambar kenangan Ayah saya dulu-dulu . Macam tuhlah style dia bergambar . hee
hehehe, rambut style 70an-80an
ReplyDeletedulu belaja kat kolej jer
ReplyDeletetak sempat masuk U
sedeh T_T
Oh.. org UM rupanya.. Sama dgn Pak Uda saya.. Pak Uda saya org Kuala Pilah, Kusni namanya, Pakngah kenal? Kakak saya pun UM tapi kolej baru- Kolej Tun Ahmad Zaini, selalu kalau balik dari kpg, smp puduraya, naik teksi, drop dia kat sini & saya terus ke Matric UIA kat seksyen 17 (sebelah roundabout.. kenangan nih)
ReplyDeletememang sah, yang paling hensem tu en al
ReplyDeletetahun 74?
ReplyDeletehuhuhu..sya baru nak hidup...
sahromnasrudin
ReplyDeletememang filem ali setan ada scene dalam bilik kuliah di UM. saya tak ada masa penggambaran tapi beberapa orang kawan saya masuk jadi pak pacak.
yb 1 & 2
ReplyDeletesaya ambil stpm sebab saya sekolah aliran melayu.
siapa nak tackle masa tu .. makan maggi pun belah dua !
wah, siap keluar surat khabar lg tu....
ReplyDeleteeqbalzack
ReplyDeletetahniahlah sebab awak dah sampai ke tahun akhir.
kenapa nak bunga mawar biru ?
che'pit
ReplyDeletefesyen ini sebenarnya macam bulatan. lepas satu2 masa dia datang balik.
azieazah
ReplyDeletesaya baju merah yang kanan sekali. dulu orang hairan macam mana kita boleh masuk U .. ye lah kita anak orang motong gotah.
tapi sekarang orang hairan kenapa anak si polan tu tak dapat masuk U.
anif
ReplyDeletekiranya dah tua jugalah anif ni ye ! hehe
chik na
ReplyDeletebesok saya buat entri tentang menara TM yang gambarnya saya ambil dari UM.
kalau tahun 74 dah 2 tahun, maknanya tahun 2010 ni dah dekat 40lah umur cik na ye ? muda lagi !
hidier
ReplyDeletemasa tu kalau rambut pendek, tak boleh masuk geng !
linda
ReplyDeleteadakah saya ini setua ayah linda ?
mak su
ReplyDeleteawie tu tiru rambut sayalah tu ! hehe
yanie
ReplyDeletejangan bersedih .. awak masih muda sangat lagi. boleh sambung belajar. saya pun masih belajar lagi di UM sekarang ini, buat Diploma secara part-time !
ekin
ReplyDeletekalau berjumpa mungkin kenal kot. kusni tu pak uda sebelah siapa ?
adakah ekin juga berasal dari NS ?
UIA tu taulah .. berttgan dengan stor ubat Kem Kesihatan kan ?
daun bidara
ReplyDeletepaling hensem dikalangan yang tak hensem kan!
atau daun salah orang !
sayangsayangibu
ReplyDeletejangan cakap macam tu .. rasa tua sangat saya ni ! hehe
nza
ReplyDeletesekarang ni kalau keluar surat khabar, mau 35 kilo surat khabar hari tu beratnya.
UM juga menjadi nostalgia lama teman..
ReplyDeleteTempat buah hati pertama yg study kat sini..orang kg Inas..
kini....
mana entah gambar saya masa kat u ilang dah
ReplyDeletewahhhh..zaman dah jauh berubah..student wanita dulu ramai tak pakai tudung ye pakcik..sy baru tau.tp tkde kes buang bayi kan..hmmm
ReplyDeleteKira saya menyusur jalan Che Hamzah lah ni. Saya melangkah pintu masuk ikut Lembah Pantai tu 1997. Grad B.A 1990. Dan Grad Dip Ed 1991. Nostalgia tu...pernah tinggal di kolej ke 3, dan tinggal sementara di Kolej 1 masa asrama modular di SS16 terbakar...
ReplyDeletearwah ayah dlu pon um jugak
ReplyDeletemmg gaya rambut panjang sluar ketat adalah fesyen masa tu
Saya rasa dia di UM sekitar thn yg sama dgn Pakngah kot. Dia kawin dgn Mak Uda saya (adik mak saya) saya asal Perak. Skrg dia slh srg pengarah di DBP.
ReplyDeleteSalam...:):)
ReplyDeleteTksh yaa..mengimbau kenangan utk org sini juga..:):)
Rasanya sekarang UM dah byk bertukar wajahnya...:):)
LANABULU
ReplyDeleteRUPANYA AWAK MENYEMENDA DENGAN ORANG KAMPUNG INAS .. SAYA PERNAH SAMPAI KESITU, PERGI KENDURI RUMAH KELUARGA BOSS LAMA.
MAMAI
ReplyDeleteSAYA CUKUP SIMPAN GAMBAR2 TU .. UNTUK DI KENANG2 DAN TELADAN KEPADA ANAK2 DAN CUCU2 NANTI. SAYANG KALAU HILANG.
MIMIE
ReplyDeleteUSAHKAN STUDENT, USTAZAH MASA PAKCIK SEKOLAH RENDAH DULU PUN TAK PAKAI TUDUNG LAGI. KALAU PAKAI PUN .. "SEMI PRO" JER !
XIIINAM
ReplyDeleteJAUHNYA JARAK MASA MEMISAHKAN KITA YE. KINI JALAN KE KOLEJ KELIMA DAH PENUH DENGAN BANGUNAN KIRI KANAN DAN KALAU JALAN TERUS BOLEH BUAT SATU PUSINGAN. ZAMAN SAYA DULU DI SITU MASIH HUTAN BELANTARA LAGI.
JOEGRIMJOW
ReplyDeleteKITA KENALAH IKUT FESYEN MASA TU UNTUK TIDAK KELIHATAN PELIK. MEMANG "PEER PRESSURE" MENYEBABKAN KITA JADI DEMIKIAN.
EKIN
ReplyDeleteMUNGKIN SAYA KENAL. KALAU JUMPA DIA, CUBA CERITA TENTANG SAYA, MANA TAHU KOK DIA INGAT PULAK. KALAU DAH TAK INGAT MEMANG BOLEH DI FAHAMI SEBAB PERISTIWA TU DAN LEBIH 30 TAHUN.
PN KARTINI
ReplyDeleteMEMANG BANYAK SANGAT .. TAPI MASIH CAM LAGI. ADA BANYAK BANGUNAN BARU TAPI BANGUNAN LAMA TETAP ADA, CUMA DI TAMBAH, UBAHSUAI ATAU DI CAT SEMULA.
walaupun dah lewat br dpt baca n3 ni...kira puas hati sb....
ReplyDeleteUM?????
.....hhe he he he he
la la la la la...!!
bdk UM memang (jahat)? HEBAT !!
oh UM kau laa pujaan hatiku !!!!
suker sesangat !!
p/s: class Dip tu kat kampus LP jgk ke ??...
...SALAM TN HJ,..TEMPAT SY SIT EXAM PUN KAT SINI..SOK2, SY LAK YG AKAN MENGENANG TMPT NIH SBG TMPT SY ZAMAN MUDA2..HIHI
ReplyDeleteBudak u masa zaman seluar bell bottom..1974 baru darjah 4..abang Hamzah dah masuk U..
ReplyDeleterakan refom anuar agaknya
ReplyDeletetahun 77 saya tingkatan 5. Oh mudanya saya lagi
ReplyDeletetengah dok meneka2 yang mana satu THL...tapi dah bagi jawapan lak kat azieazah...
ReplyDeleteterpegun tengok rambut..)
salam ziarah dari Geng Blogger :)
ReplyDeleteseronok dapat jumpa senior UM kat sini :)
IKAN EMAS
ReplyDeleteDARI KEGEMBIRAAN AWAK TU, SUDAH PASTI IE PUN PRODUK UM. TAHUN BILA, FAKULTI APA DAN KOLEJ MANA ?
YA KELAS DIP TU KAT SITULAH !
KHAIRIAH JELANI
ReplyDeleteSAMA2 LAH KITA KELUARAN UM. MEMANG BANYAK JASA UM KEPADA SAYA. TAPI ANAK2 SAYA TAK ADA SORANG PUN MASUK UM.
RELEVAN
ReplyDeleteTAK ADA YANG TUA, TAK ADA YANG MUDA KAN ! TAPI RAMAI JUGA PEMBACA ENTRI INI YANG BELUM LAHIR PADA TAHUN TERSEBUT.
BRUTALSOLO
ReplyDeleteANWAR IBRAHIM SENIOR SAYA. SAYA SEANGKATAN DENGAN HISHAMUDIN RAIS DAN IBRAHIM ALI. TAPI IBRAHIM ALI KAT ITM MASA TU.
POK LI
ReplyDeleteSIAPA PULA YANG BERANI KATA AWAK DAH TUA ?
DRSINGA
ReplyDeleteKALAU ANAK BUJANG SAYA RAMBUT MACAM TU SEKARANG NI, DAH LAMA KENA BEBEL !
seluar berkaki besar tu...tapi memang hebat orang dapat masuk U zaman tu.
ReplyDeleteAZRUL HISHAM
ReplyDeleteMASA PAKCIK DUDUK KOLEJ KELIMA DULU SAMA DENGAN ARWAH SUDIRMAN. MASA TU KOLEJ TU CERUK BETUL. KALAU TAK ADA KENDERAAN SENDIRI MEMANG LETIH MENAPAK.
TERIMA KASIH KEPADA GENG BLOGGER KERANA MEMPERTEMUKAN KITA !
ABU MUAZ
ReplyDeleteRASA PUN HEBAT .. TAPI SAYA RASA JAUH LEBIH SUSAH NAK LULUS STPM DARI NAK LULUS UNIVERSITI.
rindunyaaaaaaa zaman study dulu....
ReplyDeletemasa matrikulasi ain tinggal di 3rd college n 1st yr di 9th college.....
tahun2 berikutnya ain dihalau keluar sbb tak aktif fofularkan kolej....
nasib baik pantai dalam masih terima ain, kalau tak ain balik kampung la jawabnya...
bangunan tunku cancelor tu cukup bersejarah dan bermakna buat warga um kan uncle....
banyak sentimental value kat situ...huhuhu
AIN
ReplyDeleteINI KISAH TAHUN BILA INI ? TENTU LAH BARU LAGI KAN !
baru tak la jugak uncle.....
ReplyDeletesekitar 13 tahun yang lalu....
sempat la ain konvo sebelum bangunan DTC tu terbakar.....
Assalamualaikum Pak Ngah. Saya wakil pelajar daripada Kolej Kediaman Kelima, UM. Untuk makluman Pak Ngah, tahun 2016 ini genaplah 50 tahun usia KK5. Justeru itu, saya bagi pihak KK5 ingin menjemput Pk Ngah dan alumni-alumni KK5 yang lain untuk bersama-sama hadir majlis "Alumni Homecoming" yang diadakan pada Mei akan datang. Sekiranya Pak Ngah berminat, sila berhubung dengan kami melalui email jubliemasdayasari@gmail.com. Insyallah, pihak kami akan jelaskan dengan lebih terperinci mengenai majlis tersebut. Terima kasih :)
ReplyDeletePak Ngah, saya mohon untuk ambil gambar lama utnuk dijadikan koleksi di KK5.
Waalaikumusalam.
DeleteBerkenaan jemputan itu di dahului dengan ucapan terima kasih. Segan pulak rasanya nak hadir rasanya.
Fasal gambar tu silakan ambil. Rasanya banyak lagi ada dalam blog ini. Kalau tak keberatan silalah beri sikit kredit kepada pemilik gambar tersebut.