Friday, May 28, 2010

TERKENANG SEMASA DULU 10 - SEOUL, KOREA SELATAN (18SX)


Harian Metro 27 Mei 2010.

Bila membaca rencana di atas, terutamanya bila melihat gambar "Istana Silam - Gyeonbokgung" dan "Seoul Tower" teringat saya pada tahun 1999 pernah pergi berkursus di Korea Selatan selama kira-kira dua minggu. Selain dari belajar perkara akademik, saya sempat juga melihat budaya, cara hidup dan gaya hidup mereka.

Satu perkara yang sangat saya kagum ialah, boleh dikatakan tiada seinci tanah pun terbiar begitu sahaja tanpa di usahakan. Bak kata orang tua2, mereka sangat pandai berbudi pada tanah. Lihat gambar di bawah di mana kelihatan sawah padi mereka yang sedang menguning di belakang saya, tidak jauh dari bandaraya Seoul.


Gambar 1. Berlatarbelakangkan Sawah Padi Yang Sedang Menguning.

Selain dari itu orang-orang Korea Selatan juga sangat megah dengan bahasa, budaya dan produk keluaran negara mereka. Taklimat yang diberikan rata-rata menggunakan bahasa Korea dan ada penterjemah di sediakan (dan mereka maju juga). Selain dari itu, mereka juga saya dapati mempunyai budi bahasa yang tinggi dan sangat pandai melayan tetamu. Dua keping gambar di bawah, saya rasa sudah cukup untuk membuktikan kenyataan saya tentang "kepandaian mereka melayan tetamu".


Gambar 2. Di Atas Seoul Tower .

Dalam gambar di atas, dia pegang saya ... mungkin tempat tu gelap sikit kot. Tapi gambar di bawah ... di tempat terang pun dia nak pegang saya juga. Nak buat macamana, dah nasib saya ...!



Gambar 3. Saya tak ingat bangunan apa kat belakang tu. Kalau dah kena buat cenggini, sapa pun boleh jadi tak ingat !

Amaran: Kepada Yunus Badawi dan Che'Pit .. jangan klik gambar di atas dan jangan lama-lama sangat tengok sawah padi tu, nanti kena penyakit kuning.

What can I say ?


Gambar 4: Dengan dayang-dayang di hadapan Istana Gyeonbokgung
(klik untuk maklumat lebih lanjut. Persembahan yanga sangat menarik).

"Camera man" sengaja nak sabotaj saya !
Nasib baik dia tak ambil paras pusat sahaja.





91 comments:

  1. salam akhi Hamzah..

    oleh kerana amaran hanya pd YB n CP sajer , org lain blh ler klik n peghati lama2 nooo.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, bilalah saya nak sampai kesana melihat sendiri keindahan negara korea dan keindahan budayanya.

    ReplyDelete
  3. alah..

    kenapa kategori 18sx??

    dah tertgk!

    i bawah umur yu!! :(

    apapun minah tu very the sporting, ceria bergambar!

    ReplyDelete
  4. Salam bang.

    Pandailah awek korea tu letak tanduk kat kepala abg. Rasanya dah nak keluar tanduk masa tu kan?

    ReplyDelete
  5. aaa...jejaka2 dia cun tak??? hahhaha

    ReplyDelete
  6. salam,

    kat korea tu dorang memang utamakan produk sendiri sape pakai produk asing tak patriotik..

    ReplyDelete
  7. tuan haji, majunya korea..dulu bola kiter kalahkan dia, sekarang dia dulu dh pi world cup..kite anto pengadil je la sbg wakil huhuhuhuh..
    p/s : terlalu byk tanah terbiar di negeri kita..adakah pihak berkuasa tak minat nk majukannya????

    ReplyDelete
  8. Kiranya kenangan mengusik jiwalah ni bang? ngeeee

    ReplyDelete
  9. Tak sabar nak tunggu sambungan . besh..


    Gambar 2- Tuan terkejut !

    Gambar 3- Tuan cool !

    Gambar 4- Memang tuan kena sabotaj! kes jeles .. hahaha

    ReplyDelete
  10. nak tanya .. siapa ambik gambar 3 te.. adakah orang korea atau orang malaysia.. saya rasa tentu orang malaysia..

    ReplyDelete
  11. wah.. kenangan manis yang memang xleh dilupekan ni en hamzah... bestnyer... ;d

    ReplyDelete
  12. Tak pakcik.. sungguh.. CP tak klik gambar tu dan x tengok lama2 sawah padi tu.. tapi CP nampak YB buat.. a ha tak tahu.. YB buat.. CP x buat..

    ReplyDelete
  13. UMMI

    SALAM KEMBALI.

    ITU CERITA LAMA UMMI .. LEBIH 10 TAHUN DULU .. ITU MUNGKIN CARA DIA ORANG MELAYAN TETAMU.

    LA NI DAH TUA DAH. ORANG TAK PANDANG SEBELAH MATA PUN.

    ReplyDelete
  14. LIPISLADY

    BUATLAH ROMBONGAN DARI LIPIS .. PASTI RAMAI YANG NAK IKUT SERTA. SEKARANG INI MACAM2 PAKEJ DITAWARKAN OLEH EJEN PELANCONGAN.

    ReplyDelete
  15. SL TEDI

    NAMA DIA BUKAN MINAH LAH .. TAPI SAYA PUN LUPA NAMA DIA !

    ReplyDelete
  16. YB 1

    INSIDEN TU BERLAKU "AT THE SPUR OF THE MOMENT" KATA ORANG PUTIH. TERGAMAM JUGA SAYA DIBUATNYA .. SEKEJAP !

    YB 2

    NASIB BAIK HATI MAKNGAHNYA TIDAK TERUSIK. DIA KATA KAT ANAK "JANGAN BAWAK BALIK SUDAH"

    ReplyDelete
  17. TIJAH

    SAYA TAK PANDANG PULA JEJAKANYA SEBAB SAYA NI 'STRAIGHT' ORANGNYA.

    ReplyDelete
  18. Singgah sebentar untuk tumpang senyum sambil memikirkan sesuatu... :)

    ReplyDelete
  19. PENJEJAK MAYA

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG BENAR. CONTOHNYA, KALAU ISI MINYAK KERETA, PETUGAS STESYEN ISIKAN MINYAK KERETA TEMPATAN DULU. DI TEMPAT KITA TERBALIK, DIA ORANG ISIKAN BMW DULU.

    ReplyDelete
  20. SAHROMNASRUDIN

    SEMANGAT DIA ORANG TINGGI. DENDAM DIA ORANG KAT JEPUN YANG PERNAH MENJAJAH MEREKA, MEMBUATKAN MEREKA BERUSAHA BERSUNGGUH2 UNTUK MENGATASI JEPUN DARI SEGI EKONOMI.

    ReplyDelete
  21. LINDA

    PANDAI AWAK MENGANALISA GAMBAR2 TU. MEMANG DALAM GAMBAR 2 TU SAYA TERGAMAM, TAK TAHU NAK BUAT APA.

    SAMBUNGANNYA .. TUNGGUUUUUU !

    ReplyDelete
  22. ENDIEM

    TEKAAN AWAK TEPAT SEKALI. ORANG MALAYSIA YANG AMBILKAN ! TAPI GAMBAR TU SEBENARNYA PENUH, SAJA SAYA POTONGKAN, NAK BAGI HEBOH SIKIT. JANGAN MARAH !

    ReplyDelete
  23. HAJARUS

    YANG TAK BESTNYA PERGI TAK BAWAK MAKNGAHNYA. TAK MACAM AWAK PERGI CAMERON HIGHLAND DENGAN SUAMI.

    ReplyDelete
  24. buat sha terasa nak makan kimchi!!!! haduii...bilalah nak jadi kenyataan angan2 dalam gambar2 nieh:)

    ReplyDelete
  25. Salam al-lavendari
    Ado ko gamba lobih golap kat tower?Tapi buek apo nak upload, tak nampak apo pun, kan? He3. Tokonang semaso dulu, hatimu mestilah rindu!

    ReplyDelete
  26. wahhhhh uncle, kemain lagi posing dengan aweks korea.....

    betul ke mak ngah tak jeles tengok nie.....

    ain suka tengok orang korea berkimono.....

    nampak sangat lemah lembut dan bersopan.....

    ReplyDelete
  27. Pengalaman yg begitu bernilai dan indah sekali..

    ReplyDelete
  28. ada gak plak nk ke Korea tapi x tahu lagi bila akan terlaksana plan tu =D

    ReplyDelete
  29. tak pernah pi korea...
    dok tgk drama korea ada la

    hehheheh

    ReplyDelete
  30. err brapa ringgit tiket airasia g korea aaa... ada kosong tak? nak g ni

    ReplyDelete
  31. cHeRyNa PiReS

    KIMCHI TU TAK SEDAP MANA PUN JIKA DI BANDINGKAN DENGAN SAMBAL TEMPOYAK PUCUK KAYU BUATAN ORANG NS.

    ReplyDelete
  32. ABANG TEMUK.

    ITULAH GAMBAR PALING GELAP BANG. MEMANG KENANGAN DI KOREA SELATAN SANGAT MANIS.

    ReplyDelete
  33. AIN

    DAH LEBIH SEPULUH TAHUN, KALAU MAKNGAH MARAH PUN, DAH SEJUK DAH SEKARANG NI.

    ORANG KOREA JUGA PAKAI KIMONO KE ? ENTAH UNCLE PUN TAK TAHU APA NAMA JENIS PAKAIAN DIA ORANG.

    ReplyDelete
  34. CEKWA

    MEMANG PENGALAMAN TIDAK BOLEH DIJUAL BELI ATAU DITUKAR GANTI. KENA ALAMI SENDIRI.

    ReplyDelete
  35. RED

    MOGA-MOGA TERLAKSANA LAH RANCANGAN AWAK ITU. WALAUPUN KOREA DAN MODEN DARI FIZIKALNYA TETAPI MEREKA TETAP MEMEGANG TEGUH BUDAYA MEREKA.

    ReplyDelete
  36. YANIE

    KALAU TERINGIN NAK PERGI, SIMPAN DUIT DARI SEKARANG !

    ReplyDelete
  37. CEMOMOI

    KADANG2 YANG BUAT MAHAL TU BUKAN TIKET KAPALTERBANG, TAPI BELANJA HOTEL DAN MAKAN MINUM. ITU TAK MASUK BELANJA SHOPPING LAGI TU.

    ReplyDelete
  38. malu konon,
    tapi dalam hati berbunga-bunga ...samapai3-4 kali posing
    jelesssssssss i...



    ...indahnya 'winter sonata' di Pulau Nami!!!

    ReplyDelete
  39. menunggu sambungan yang lagi best tu....

    ReplyDelete
  40. NASIB BAIK HATI MAKNGAHNYA TIDAK TERUSIK. DIA KATA KAT ANAK "JANGAN BAWAK BALIK SUDAH"

    Nasib baik makngah cakap mcm tu. Kalau dia kata "JANGAN BAWA BALIK ANAK SUDAH" tak ke lagi haru

    lariikkkkkssss

    ReplyDelete
  41. IKAN EMAS

    TAKKANLAH SAYA NAK TUMBUK MUKA DIA PULAK KAN ! LANGSUNG TAK DAPAT BALIK MESIA.

    ReplyDelete
  42. A KL CITIZEN

    INSYAALLAH. TENGAH SUSUN NI !

    ReplyDelete
  43. YB

    TAKKANLAH PERGI DUA MINGGU DAH BAWAK ANAK BALIK. ARNAB PUN MEMERLUKAN MASA LEBIH DUA MINGGU.

    SATU LAGI KOMEN AWAK PUAS SAYA CARI. TERIMA KASIH KERANA MENYOROT KEMBALI KOMEN AWAK. KOMEN AWAK TU SAYA JAWAB DI SINI SAJALAH YE. KOMEN AWAK BERBUNYI:

    "Org mcm saya dah dilatih utk jadi muka tebal. Kalau nak guna khidmat saya utk tanya kat org tu, kita boleh runding komisennya hehehe"

    TAKUT NANTI ORANG KATA MAHAL RANTAI DARI BERUK. TAK NAK LAH!

    ReplyDelete
  44. Orang Malaysia pun ok bang. Sporting je tak lari pun bila di pegang. he he he.

    ReplyDelete
  45. Jauh perjalanan...luas juga pemandangan...

    ReplyDelete
  46. POK LI

    SAYA TAK NDAK MENGECILKAN HATI DIA. TAKAT TU JER. SILA PERCAYA.

    ReplyDelete
  47. XIIINAM

    KAT KEDAH LAGI LUAS PEMANDANGAN .. SAWAHNYA YANG HIJAU SAUJANA MATA MEMANDANG. KAT KOREA TAK DAPAT PANDANG JAUH2, TERHALANG OLEH BANGUNAN. HEHE. LOYAR BURUK !

    ReplyDelete
  48. tengok gambar tuh...sayapun teruja hendak ke sana...

    ReplyDelete
  49. Assalamu'alaikum. salam perkenalan. seronok dapat melawat & mengembara di tempat orang. bila lah saya dapat merasa sebegini

    ReplyDelete
  50. SHA

    APA LAGI YANG DITUNGGU .. DENGAN AIR ASIA SEMUA ORANG BOLEH TERBANG. TAPI KENA BOOKING TICKET AWAL2.

    ReplyDelete
  51. ASHRAFI

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH KALI PERTAMA DAN JADI FOLLOWER SAYA.

    MELAWAT TEMPAT ORANG AKAN MENAMBAHKAN RASA SHYUKUR DAN BERTUAH HIDUP DI BUMI MALAYSIA.

    ReplyDelete
  52. salam Pak Ngah..

    Gambar bawah paling lawak... penuh maksud tersirat..hahahaha

    ReplyDelete
  53. NIDA

    SALAM KEMBALI. SELAMILAH MAKSUD YANG TERSIRAT ITU !

    ReplyDelete
  54. hiks...
    YB memang suka ngusik THL kan...
    nasib baik tak paras misai gambar tu...

    ReplyDelete
  55. DRSINGA

    YB TU BUKAN SAYA SAJA DIA SUKA USIK, SEMUA ORANG DIUSIKNYA.

    ReplyDelete
  56. Mujor le peginya 2 minggu je! Kalau 2 bulan? hehehe....

    ReplyDelete
  57. FA*ATIP

    KALAU 2 BULAN, KENA BREAK IN BETWEEN !

    ReplyDelete
  58. untung eh jadi al-lavendari...
    dah lah bejalan keliling dunio, ado lak yg sudi pogang2 lai tu, tak disuruh2...

    ReplyDelete
  59. rapat2 ni orang umah tak marahke...

    ReplyDelete
  60. ANNIE

    ITU KENANGAN MASA LALU. MASO NI DAH KURANG BERJALAN. KALAU BERJALAN PUN DOKEK2 JO.

    ReplyDelete
  61. HAMSINI

    DIA SUKA KOT, SUAMI DIA TUA-TUA PUN MASIH ADA ORANG MINAT.

    ReplyDelete
  62. Salam abg Hamzah..

    bes ada banyak kenangan sepanjang jalan ni..jauh perjalanan luas pula pemandangan..

    ReplyDelete
  63. hehehehe...bagi dia dia takde ape2 kot,..dia memang nampak mesra and friendly

    ReplyDelete
  64. Kalau layanan yang diterima sebaik itu.. mungkin saya tak nak balik Malaysia :D

    Mau tinggal di sana ..haha

    ReplyDelete
  65. RELEVAN

    SALAM KAMBALI. TAPI BEST LAGI KALAU DAPAT PERGI SUNGAI KENIAM, MEMANCING IKAN KELAH !

    ReplyDelete
  66. SHARINGINFOZ

    MASA MUDA2 DULU SERONOK LAH, SEKARANG NI CEPAT PENAT.

    ReplyDelete
  67. ANIF

    HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, BAIK LAGI DI NEGERI SENDIRI. SAYA DUA MINGGU PUN DAH TAK SABAR NAK BALIK, TENGOK ANAK !

    ReplyDelete
  68. MIMIE

    SAYA PUN TAK ADA APA-APA JUGA. CUMA MERAIKAN HAJAT ORANG ! HEHE

    ReplyDelete
  69. Salam bang.

    Mana sambungannya yg kata lagi best tu? Penat saya datang dalam hujan lebat ni bang. Habis kuyup huhuhu

    ReplyDelete
  70. Wah DrSinga jadi pengikut abg juga akhirnya. Sukalah tu hehehe

    Saya tak usik semua org. Cuma yg boleh diajak bergurau aje.

    ReplyDelete
  71. wah..best nye...
    tingin nk ke sne~
    ^_*

    ReplyDelete
  72. YB

    MEMANG CADANG NAK SAMBUNG TAPI GAMBAR2 YANG SAYA NAK MASUKKAN TINGGAL KAT OFIS PULAK. NANTI HARI ISNINLAH SAYA SAMBUNG.

    TENTANG KOMEN AWAK YANG SATU LAGI TU, SAYA TAK PERASAN PULA SIAPA YANG AWAK TAK USIK.

    ReplyDelete
  73. DYNA

    KALAU NAK PERGI, BAIK PERGI MASA MUDA2. DAH TUA2 MACAM PAKCIK NI DAH TAK ENJOY LAGI. BADAN ASYIK LENGUH2 JER

    ReplyDelete
  74. Saya tak usik CheDet, AnwarIbrahim dan LimKitMalam hehehe

    ReplyDelete
  75. Potong stim betullah abg ni. Ingat nak tengok weekend ni. Buang karanlah tunggu sampai tengah malam ni huhuhu

    ReplyDelete
  76. sape pompuan dlm gmbr no 2 tu pkcik?

    ReplyDelete
  77. JANE

    POMPUAN DALAM GAMBAR 2 DAN 3 TU, SALAH SEORANG FASILITATOR KURSUS YANG SANGAT PERAMAH DAN PANDAI CAKAP ORANG PUTIH.

    ReplyDelete
  78. YB

    DAH NAK BUAT MACAM MANA .. LUPO. ESOK DAN LUSA PULAK BANYAK JEMPUTAN KAWIN.

    DATO' K PUN AWAK TAK USIK NAMPAKNYA !

    ReplyDelete
  79. tiba-tiba teringin nak ke korea selatan.dapat naik seoul tower pun dah memadai dah.hee..

    ReplyDelete
  80. tak sampai-sampai lagi saya ke seoul..bila la agaknya

    ReplyDelete
  81. MRPENYUBIRU

    PERGI SANA KENA BAWA MEE MAGGI BANYAK2. KEDAI MAKANAN ISLAM PAYAH NAK JUMPA. ADA SEBUAH KAT MASJID, TAPI HARGA MAKANANNYA USAH DITANYA .. TAK TERTELAN.

    ReplyDelete
  82. CHIK NA

    KALAU DAH ADA PERANCANGAN TU, INSYAALLAH SATU HARI NANTI SAMPAILAH TU !

    ReplyDelete
  83. Singgah sini dan tersenyum sendrik ngn entri ni taw Tn Hj. Ada gak pose2 cenggini masa abg sy g China, peserta seminar dr negara lain suka suki mesera buh tangan atas bahu. Laju jek abg menerangkan cherita sebenar kunun nk cover line ler tu. walhal tgk gambo muka senyum tu macham sukaaaa jekk. hadede..

    ReplyDelete
  84. KHAI

    ITU CARA DIA ORANG KOT. NASIB BAIK TAK MACAM CARA ORANG US ATAU UK, MEREKA TUNJUK MESRA LAGI MENDEBARKAN KATANYA. ITU SEBAHAGIAN KENANGAN LALU, MASA MASIH KIUT MIUT. SEKARANG DAH MELENDUT. HEHE.

    ReplyDelete
  85. saya klik gambar 3, kemudian saya besarkan (ctrl +)... dan nampak tangan abang...... wooooooooo.....!!!

    ReplyDelete
  86. BUDI RIJALI

    SUDAH DIBERI INGATAN, JANGAN DIKLIK GAMBAR YANG ITU. SEKARANG SUDAH TERBONGKAR RAHASIA SAYA .. HEHE

    ReplyDelete
  87. Salam bang.

    Saya tak kira. Nak jugak baca kisah sensasi yg abg janjikan tu. Ramai dah tunggu tu bang cuma mereka tak berani nak bersuara sbb segan dgn abg agaknya.

    ReplyDelete
  88. Foo yoo..
    pakngah...
    cayalaah..
    ish..ish3..
    nak kena bawa isteri nih..
    heee..

    ReplyDelete
  89. YB

    KISAH SENSASI ITU ESOKLAH. SEBAGAI PENGGANTINYA BACALAH ENTRI TERBARU SAYA SEKEJAP LAGI. KESIAN KAT AWAK BAYAR TOL ENTAH DAH BERAPA KALI !

    ReplyDelete
  90. LANABULU

    SAYA SUKA KOMEN AWAK. MEMANG AWAK SEORANG SUAMI YANG BAIK. ORANG LAIN TAK NAK BAWA ISTERI .. TAPI AWAK KATA KENA BAWA ISTERI. SYABAS !

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.