Tuesday, June 1, 2010

TERKENANG SEMASA DULU 11 - ISTANA DI KOREA SELATAN.

... sambungan dari entri sebelum ini. (klik)


Gambar 5. Di belakang "ISTANA"

Dia orang ni cekap betul. Kita cekap tak betul. Siang-siang  dia dah ambil nama ISTANA untuk letak sebagai nama salah sebuah kenderaan keluaran negara mereka. Nanti bila kita sendiri nak guna, dah tak boleh ... melanggar hakcipta lah, paten lah, capdagang lah dsb. (Tak tahulah saya kalau perkataan Istana tu ada juga dalam bahasa Korea. Ada sesiapa tahu ?)

Tetapi kita pulak guna nama entah apa-apa kat kereta kita ...

ISWARA
EXORA
VIVA
ALZA
AUTA (opps .. mana ada !)


Gambar 6: Di apit oleh dua orang cewek, satu Korea satu Indonesia.

Yang cewek Indonesia ni ke mana saja saya pergi dia suka ikut.  Saya tidak tahu kenapa dia tidak mengikut sorang lagi peserta lelaki dari Indonesia. Agaknya saya masa itu masih kiut lagi dan nampak "harmless". Tetapi dia cukup baik walau pun dia anak jutawan di Indonesia.

Saya pernah di jemputnya dari Jakarta (dengan kereta BMWnya) di bawa ke rumahnya di Bogor untuk bertemu suami dan keluarganya. Dia juga pernah saya jemput datang ke kuarters saya di Putrajaya semasa dia mengikuti satu seminar di Kuala Lumpur. Tapi sekarang dah terputus hubungan. Harap-harap dia bacalah entri ini dan meninggalkan e-melnya untuk saya hubungi.

Masuk cerita lain pula. Cuba perhatikan gambar bumbung bangunan lama, betul2 atas kepala cewek Korea tu. Itu adalah Namdaemun Gate (klik !) yang menjadi salah satu mercu tanda yang menjadi kebanggaan orang-orang Korea. Tapi sayangnya pada 10 Februari 2008 ia telah dibakar oleh sorang penduduknya yang khabarnya tidak berpuashati terhadap majikannya. Orang Malaysia jangan tiru pulak ya !



 Gambar 7 - Ihsan Google:  Sayangnya kan ... !

Saya juga turut di bawa melawat pelbagai tempat seperti kilang besi, kilang buat kereta (hyundai), pusat R & D Samsung, muzium, tempat bershopping, pertunjukkan kebudayaan dll. Seronok naik bas ... basnya ikut lorong khas di tengah-tengah highway. Macam istimewa rasanya !

Berikut adalah beberapa keping gambar kenangan untuk dikongsi bersama.


Gambar 8. Peserta2 Kursus dari Negara2 ASEAN bergambar
di depan pusat latihan (KOICA).



Gambar 9:  Nak Pergi Shopping Tempat Orang Kampung. 
  (Namdaemun Market). Klik ! Punylah luasnya ...



Gambar 10: Bermalam di Kyongju salah sebuah bandar di selatan Seoul.



Gambar 11: Saya pun nak pegang orang Korea gak !
( pemandu bas kami yang sepatah haram pun tak tahu cakap omputih )


p/s:  tak adalah best sangat sambungannya kan ... buang karan YB jer !

47 comments:

  1. rasa macam klasik gila je tngok pic korea tu.hehe

    ReplyDelete
  2. jauh berjalan luas pandangan

    ReplyDelete
  3. orang korea tu lagi maju dari kita bior tak tau cakap orang putihkan

    ReplyDelete
  4. salam ceria hari isnin..
    moga kita semua sihat..
    pengalaman yang hebat ni
    terima kasih berkongsi

    ReplyDelete
  5. masih tuan haji pi sana, mesti dh ada wireless broadband kan walhal masa tu kiter masih pakai dial up lg huhuhuh

    ReplyDelete
  6. akhirnya encik bergambar berdua-duan juga dengan lelaki.siap pegang bahu lagi.hehe..

    nice sharing!

    ReplyDelete
  7. Besh...suka baca !

    YOBOSEUYO .. ( selamat datang )

    Ermm... bila baca n3 tuan, ingatan saya terus melayang kepada kenangan silam . Percintaan terhalang saya dan Boss ( dari Korea ) Mr Shim .

    Terus dia merajuk tak balik2 sini . Tapi bagus gak . Dpt kawen ngan en asben . ekeke

    ReplyDelete
  8. Besh...suka baca !

    YOBOSEUYO .. ( selamat datang )

    Ermm... bila baca n3 tuan, ingatan saya terus melayang kepada kenangan silam . Percintaan terhalang saya dan Boss ( dari Korea ) Mr Shim .

    Terus dia merajuk tak balik2 sini . Tapi bagus gak . Dpt kawen ngan en asben . ekeke

    ReplyDelete
  9. yang pasti masa tu rambut pak ngah tak ado nampak sangat ubannye...heheheheh ;p

    ReplyDelete
  10. RED

    JANGANLAH SAMPAI JADI GILA PULAK MENENGOK GAMBAR TU! HEHE

    ReplyDelete
  11. DAUN BIDARA

    JAUH BERJALAN, LENGOH SATU BADAN !

    ReplyDelete
  12. MAMAI

    MEMANG MEREKA MAJU DARI KITA DARI BANYAK ASPEK !

    ReplyDelete
  13. ZULKBO

    SETIAP ORANG ADA PENGALAMAN YANG BOLEH DI KONGSI !

    ReplyDelete
  14. SAHROMNASRUDIN

    MEMANG HEBAT TEKNOLOGI DI SANA. HENFONNYA BOLEH DAPAT LINE DI MANA2 HATTA SEMASA MELALUI TEROWONG !

    ReplyDelete
  15. MRPENYUBIRU

    TERIMA KASIH KERANA MENGIKUTI PENULISAN SAYA INI. IA BERI SEMANGAT KEPADA SAYA UNTUK MENULIS LAGI.

    GAMBAR SAYA DENGAN PEMANDU TU, DIA PULAK YANG MALU2 !

    ReplyDelete
  16. LINDA

    KALAU TIDAK TERHALANG DULU, MUNGKIN AWAK DAH JADI ORANG KOREA. DAN KITA MUNGKIN TIDAK DAPAT BERBLOG DAN BERFB BEGINI.

    KAMSAHAMNIDA !!!

    P/S SAYA TERPUBLISH DUA KOMEN AWAK YANG SAMA. BIARIN DIA KAN !

    ReplyDelete
  17. XTIONKAMEN

    MEMANG BETUL MACAM PETALING STREET, TAPI LUASNYA MUNGKIN BERPULUH2 KALI GANDA. DI SANA KALAU KITA JUMPA BARANG NAK DI BELI, BELI TERUS. KALAU PATAH BALIK NANTI, MUNGKIN TAK JUMPA TEMPAT TU LAGI.

    ReplyDelete
  18. lepas ni kita pegi angkasalepas lak iyer ???

    ReplyDelete
  19. SAYANGSAYANGIBU

    UBAN PAKNGAH PADA MASA ITU SEDANG STANDBY DALAM KEPALA MENANTI MASA YANG SESUAI UNTUK KELUAR ! HEHE

    ReplyDelete
  20. IKAN EMAS

    AWAK PERGILAH SORANG. SAYA BARU BALIK DARI SANA. LETIH PUN BELUM HILANG LAGI !

    ReplyDelete
  21. salam...

    waahh....kenangan di korea ek..
    mesti best kan..

    bila lah saya berpeluang nak ke sana pulak ni yekk...huhu


    p/s: terima kasih singgah blog saya tadi...tu laaa...lama sangat tak singgah..kene singgah selalu la gamaknyeee ni...barula tak lupeee....hehhee...tq

    ReplyDelete
  22. salam,

    tahun tu kalau tak salah korea teruk hadapi kegawatan ekonomi lebih teruk dari malaysia tapi hanya seketika je lepas tu terus pulih dan menguasai pasaran dunia kembali..

    ReplyDelete
  23. CIK AMY SENSEI

    TERIMA KASIH KERANA MEMBALAS KUNJUNGAN SAYA.

    ReplyDelete
  24. PENJEJAK MAYA

    SALAM KEMBALI. MEMANG BENAR MEREKA GAWAT MASA TU DAN MENGAMBIL PINJAMAN DARI WORLD BANK. MEREKA MENGAMBIL MASA YANG TIDAK LAMA UNTUK KELUAR DARI KEGAWATAN TERSEBUT. SAYA TIDAK PASTI ADAKAH HUTANG WORLD BANK SUDAH HABIS MEREKA BAYAR.

    ReplyDelete
  25. Salam. Cerita tuan memang mengesankan. Best!

    ReplyDelete
  26. Tak pernah sampai ke Korea tapi selalu tengok filem Korea je.. cantik pemandangannya.

    ReplyDelete
  27. salam ziarah :)
    hebatlah orang korea guna perkataan bahasa melayu utk kereta tempatan diorang. tumpang bangga. hehe :)

    ReplyDelete
  28. kira ok lah tu pak ngah..
    kongsi pengalaman..
    buat yg belum sempat pi sana..kan3..

    ReplyDelete
  29. ACIK

    MASA SAYA PERGI DULU, FILEM KOREA TAK MAIN KAT TV KITA LAGI. KALAU TIDAK PASTI SAYA AKAN MELAWAT TEMPAT PENGGAMBARANNYA.

    ReplyDelete
  30. NADHIERA

    PAKCIK PUN MULANYA TERPERANJAT GAK, INGATKAN KERETA DARI MALAYSIA. KEMUDIAN BARU RASA BANGGA.

    ReplyDelete
  31. AIDA ALI

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH ATAS PUJIAN DAN KESUDIAN CIKGU MENGIKUTI BLOG SAYA INI.

    ReplyDelete
  32. LANABULU

    MUNGKIN SATU HARI NANTI, IA BOLEH DIBACA OLEH CUCU CICIT SAYA. IA MACAM DIARI JUGALAH. TAPI DIARI TERBUKA.

    ReplyDelete
  33. jauh perjalanan luas pandangan...sronok....

    ReplyDelete
  34. Kereta kita kalau tak boleh pakai nama ISTANA boleh letak nama MAHLIGAI. Barulah syahdu.

    ReplyDelete
  35. Taklah buang karan sangat bang sbb pc saya pun mmg on aje kalau saya ada di rumah.

    Cewek tu anak jutawan ya bang? Bukan di Indonesia hampir semua penduduk mereka tu jutawan sbb duit rupiah dia kecil? hehehe

    ReplyDelete
  36. NZA

    SERONOK SEBAB SEGALANYA DI TANGGUNG OLEH KERAJAAN KOREA SELATAN .. TIKET KAPALTERBANG, TEMPAT TINGGAL, MAKAN MINUM BAHKAN DIBERI ELAUN SARA HIDUP LAGI. TAPI DUIT ELAUN TU HABIS KAT SANA SEMUANYA.

    ReplyDelete
  37. YUNUS BADAWI

    MEMANG DIA ANAK ORANG KAYA .. MELIHAT DARI SEGI RUMAH, KENDERAAN DAN SEBAGAINYA. HABIS MAHU DIPANGGIL APA, KALAU BUKAN JUTAWAN.

    NAMA MAHLIGAI SYAHDU TU BAGUS JUGA ! NANTI BOLEH KATA .. MAHLIGAI SYAHDU KU KENA TARIK DEK FINANCE !

    ReplyDelete
  38. wah! cantik gambar2 tu.. hehehhe

    musti masa melawat korea itew terkejung-kejung lidah nak cuba cakap bahasa dia kanzzz.. hehehe

    ReplyDelete
  39. best betul kerja macam abg hamzah..jalan makan angin aje..

    ReplyDelete
  40. MAZA

    BETUL .. MEMANG TERKEJUNG LIDAH NAK CAKAP BAHASA KOREA. YANG SAYA INGAT HANYA "KAMSAHAMNIDA" (TERIMA KASIH) SEBAB DEKAT2 BUNYINYA DENGAN NAMA SAYA.

    ReplyDelete
  41. CHIK NA

    MEMANG BEST SEBAB SATU SEN PUN TAK PERLU KELUAR DUIT SENDIRI !

    ReplyDelete
  42. Mmg syahdu bang kalau mahligai ku ditarik oleh finance. Tangkap leleh huhuhu

    ReplyDelete
  43. banyaknya tempat uncle dah pergi....

    ain ni, bumi terengganu tak habis jelajah lagi.....

    ReplyDelete
  44. KALAU KENA TARIK JADI MAHLIGAI SENDU !

    ReplyDelete
  45. YB

    KOMEN DI ATAS UNTUK AWAK. SAMPAI TERLUPA NAK TULIS NAMA .. SORI !

    ReplyDelete
  46. AIN

    MEMANG BEGITULAH KEBIASAANNYA. UNCLE PUN, NEGERI SEMBILAN YANG KECIK NI PUN BANYAK TEMPAT BELUM PERGI LAGI.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.