Wednesday, June 23, 2010

WAT THANARA dan JUDI BOLA SEPAK !





يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ۬ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya". Al- Maidah: 90.


Di antara empat dosa besar yang di suruh kita jauhi adalah:

arak, judi, pemujaan berhala dan menilik nasib.

Dalam demam bola sepak sekarang ini, ramai nampaknya yang mengambil kesempatan berjudi. Jadi mari kita fokuskan kepada kesan buruk judi:

1. Orang yang kalah judi - kecewa - minum arak. Dan kalau menang - gembira - minum arak. Masa main judi pun tak kurang juga yang minum arak.
2. Ada yang sanggup memuja/menyembah berhala untuk dapatkan restu supaya pertaruhan mereka berjaya.
3. Begitu juga ada yang sanggup berjumpa tukang tilik untuk mendapatkan tips atau tunjuk ajar memilih pasukan mana yang akan menang atau nombor mana yang tepat.
4. Ramai yang sanggup meminjam dari ah long untuk bermain judi.
5. Ada yang sanggup menjual diri (wanita) atau menjual wanita (lelaki) untuk dapatkan duit untuk berjudi.
6. Dan tidak kurang juga yang sanggup mencuri, merompak hatta membunuh orang untuk mendapatkan duit atau semasa menagih hutang.
7. Yang membunuh diri sebab kalah judi pun ramai. 8. Senarainya tidak berhenti di sini sahaja.

Lihatlah betapa hanya terlibat dengan judi sahaja, akan mengheret para penjudi melakukan hampir semua dosa-dosa besar yang lain.

Sesungguhnya amat benar sekali bahawa judi itu adalah kotor (untuk semua orang) dari perbuatan syaitan.

Hari Ahad beberapa minggu lalu saya mendapat sisipan risalah berikut dalam akhbar langganan saya. Mungkin ramai juga yang sudah mendapat dan membacanya. Kalau belum, sila baca di bawah:



Saya petik sikit kandungan risalah tersebut ..

"Dengan segera saya menghubungi TOK GURU wat itu, beliau telah memberi tunjuk ajar kepada saya dan juga nombor yang tepatnya, saya telah memenangi hadiah sebanyak RM530,000.00."
Yang membuatkan saya sangat geram, kesal dan rasa tak percaya adalah kata-kata En Mansor yang ini:

"Saya sangat bersyukur dan harap orang lain juga akan mendapat nasib baik seperti saya"
Bersyukur kepala ha...k dia !!!

Yang Hairannya:

1. kenapa En. Mansor bin Hassan tak nak tunjuk habis muka dia .. malu ke bang ?

2. kenapa TOK GURU tak beli sendiri loteri itu. Boleh lah pencen jadi TOK GURU lepas tu !

30 comments:

  1. tahniah rumah baru.cantik uma ini, tuan haji..entri tuan haji ini lain sedikit..seperti bukan tuan haji yg menulisnya..apepun, entri yg baik..tahniah ye, tuan haji...

    ReplyDelete
  2. Hai macam-macam lah sekarang ni.. Judi bolesepak telah di "online" kan.. sejak sekian lama..

    Saya risau (tidak mustahil) lepas ini judi nombor ekor akan di"online" kan juga..

    ReplyDelete
  3. wat thanara tu mengguna pakai nama dan gambar je kut...

    tapi , mungkin juga ada si kepala han...k macam tu..

    ReplyDelete
  4. kisah2 camni dh bsepah skarang..
    psl wat thanara tu, sya rasa itu kes penipuan..saja nk suh kte kol pastu ade la bende lain yg dieorg nk tu..
    JUDI mmg xelok..
    yg untungnya bookie, yg ruginya org yg bjudi..

    ReplyDelete
  5. salam,

    kalau dah tahi judi tu depa bukan kira ape..

    kalau depa fikir baik2 mana ada org jadi kaya raya dengan berjudi..

    ReplyDelete
  6. judi memang antara dosa besar, tapi semakin ramai kaum kita yang bergelumang dengan judi...
    pekan pilah hidup dengan kedai nombor ekor/spot toto saja..
    memalukan sebab yang 'menghidupkannya' orang melayu juga..

    ReplyDelete
  7. mcm2 skang...
    teruk nye dunia akhir zaman ni~

    ReplyDelete
  8. wah...template baru la. dah try call no tu, tak dpt pun..baru ingat nak ubah nasib mcm pakcik tu..huhu..

    ReplyDelete
  9. hahaha... betul la en hamzah lau la betul no tu awatnyer tok guru tu sendiri xmo beli.. leh ler cepat jadi kaya raya... ni tak still jadi tok guru penelek no jugak...

    ReplyDelete
  10. Salam Tuan Hj...

    Pertama kali saya ke sini..:)

    Yang peliknya tuan hj, saya sudah beberapa kali terima surat seperti cebisan yang tuan hj pamerkan tu, camner mereka tahu alamat saya.

    ReplyDelete
  11. ANIF

    ONLINE KE TAK ONLINE KE, YANG KAYA TAUKEH JUDI JUGA !

    ReplyDelete
  12. SAHROMNASRUDIN

    RUMAH TU, RUANG TAMU DIA SEMPIT SIKIT .. TAK TAHU MACAMANA NAK RENOVATE !

    ReplyDelete
  13. AKLCITIZEN

    ENTAHLAH .. SAYA NAK TALIPON UNTUK TEST PUN TAK BERANI.

    ReplyDelete
  14. JEJARI HALUS

    RUGI SAHAJA TAK APA, BIAR DIA TANGGUNG SORANG2. TAPI PASTI AKAN MELIBATKAN PIHAK LAIN JUGA .. KELUARGA, KERJA DSB.

    ReplyDelete
  15. PENJEJAK MAYA

    SALAM KEMBALI.

    BETUL, KALAU KAYA PUN SEKEJAP, LEPAS TU HABIS TUNGGANG LANGGANG SEBAB DUIT TAK BERKAT.

    ReplyDelete
  16. IBUINTAN

    KONONNYA KELUAR LESEN UNTUK BUKAN ISLAM, TAPI YANG BERJUDI RAMAI YANG ISLAM ATAU MELAYU ?

    ReplyDelete
  17. DYNA

    PANDAI2LAH MENGAWAL DIRI SENDIRI. DUGAAN SEMAKIN MENGASAK.

    ReplyDelete
  18. MENTIBANG LAUT

    LAMA TAK MASUK. BELAYAR KE ? NO HP SAYA TAK UBAH PUN. AWAK SALAH TEKAN KOT !

    SAYA MASIH TAK PUAS HATI DENGAN TEMPLATE TU SEBAB RUANG UNTUK POST KECIK SANGAT. BORDERNYA BANYAK MAKAN RUANG.

    ReplyDelete
  19. HAJARUS

    ITULAH PASAL. TAPI HAIRANNYA MASIH JUGA ADA ORANG TAK BOLEH BERFIKIR DENGAN WARAS.

    ReplyDelete
  20. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI. DALAM DUNIA SEKARANG TAK ADA MASALAH NAK KESAN ALAMAT KITA. CONTOH: DAPAT NO KERETA CUKUPLAH .. DIA TELEFON MEMBERNYA KAT JPJ MINTA ALAMAT. SAYA SENDIRI PERNAH TERKENA.

    ReplyDelete
  21. 'saya sangat bersyukur'...
    apasal tak tulis ..
    'saya sangat bersyukur kepada Tok Guru..'

    ReplyDelete
  22. DRSINGA

    TOK GURU DIA TAK BAGI CAKAP MACAM TU .. NANTI SYIRIK KATANYA.

    AGAKNYALAH.

    ReplyDelete
  23. pakcik, saya penah dgr ceramah dr sorang ustaz. beliau ckp tak apa kalau kita mendoakan sesuatu yg buruk berlaku pada orang yg menyokong benda-benda haram ni sebab kalau Allah nak turun bala, kita yg tak bersalah akan dapat tempiasnya sekali. wallahu`alam.

    p/s: ada award untuk pakcik. sila ambil di blog saya :)

    ReplyDelete
  24. cara paling senang depa fikir untuk cepat kaya....

    kot yer la kaya kan, silap haribulan jatuh miskin papa kedana....

    ReplyDelete
  25. NADHIERA

    LEBIH ELOK RASANYA KALAU DOAKAN MEREKA SUPAYA BERTAUBAT DAN MENDAPAT HIDAYAH DARI ALLAH.

    AWARD TU PAKCIK DAH AMBIL DAN TEPEK DAH ! T. KASIH.

    ReplyDelete
  26. AIN

    KALAU KAYA PUN MUNGKIN TAK LAMA. KALAU LAMA PUN MUNGKIN TAK TENTERAM. KALAU TENTERAM PUN MUNGKIN TAK SELAMAT. KALAU SELAMAT DI DUNIA PUN, DI AKHIRAT BELUM TENTU.

    ReplyDelete
  27. hahahhahahhaha
    sioot!!!


    >>___<<


    atok nazri sudah mereng mungkin!
    pakcik "syukur" itu hotak siot!
    hohohoho mau join! ngahahhaa

    ReplyDelete
  28. FRODO BAGGINS

    DUNIA SEKARANG SUDAHLAH TERBALIK ! TSU KOON PULAK YANG NAK TANGGUH ..

    ReplyDelete
  29. Salam Tuan Hj.Al

    Saya rasa gambar dan pengakuan syukur tu saje wat thanara and the geng tepek. Sengaja nak mengelirukan rang Melayu dan Islam. Isssh...issshhhhh....tak mo tak mo judi. Emak marah....dosa...dosa...

    ReplyDelete
  30. MAMAWANA

    SALAM KEMBALI. BACA TAK AKHBAR HARI INI DAN BERITA MALAM TADI .. ADA ORANG BUNUH DIRI SEBAB TAK MAMPU BAYAR HUTANG ALONG KERANA MAIN JUDI BOLA SEPAK.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.