Tuesday, June 29, 2010

SELAMAT HARI LAHIR AYONG - UCAPAN DARI DUA NEGARA !

 Ayong
Selamat ulang tahun kelahiran Ayong. Kita orang panggil dia Ayong. Dia anak sulung saya. Dalam keluarga kami dah ada Kak Long dan Kak Embong. Jadi kami putuskan panggil dia Ayong. Hari ini ulang tahun kelahiran dia yang ke 20 + + tahun.
Dia di lahirkan di Kuching, Sarawak semasa saya bertugas di sana. Sewaktu umur dia lebih kurang 5 bulan, saya di hantar bertugas ke Washington D.C. Dia pun nak ikut sama.
Dia ni lembik sikit dan kadang-kadang lurus bendul. Masa kecik-kecik dulu, adik dia selalu buli dia. Saya pun tak tahu macam mana dia boleh masuk UUM. Masa dia di UUM, dia giat bersilat hingga membawa dia mewakili universitinya bersilat ke luar negara.

Secara keseluruhannya saya tak ada masalah dengan dia. Saya berpuashati dengan prestasinya sebagai anak. Cuma kalau gaduh pun pasal kuching jer. Dia suka kucing (sebab lahir kat Kuching kot) dan saya pulak alahan dengan bulu kucing. Kalau ada bulu kucing kat kusyen, dan saya tersedut, alamatnya mata akan gatal, hidung berair dan sesak nafas. Macam rongga dah tertutup 80%.

Masa dia kecik2 dulu banyak juga tempat dia dah pergi ikut makayah dia. Tapi sayang, satu pun dia tak ingat. Lihat gambar-gambar di bawah yang berkaitan dengan dia. Kalau ada gambar mak atau ayah dia ter "enter frame", ia memang bukanlah di sengajakan.

Gambar 1:  Ayong, di tatang ibunya di depan rumah sewa di Kuching.
Honda Civic itu adalah juga kereta pertama saya.

  
Gambar 2: Majlis "Cukur Jambul" di kampung NS.

Gambar 3: Ayong yang di tengah-tengah ! Musim sejuk pertama di USA.
Gambar 4: Berposing sambil mengutip durian epal.

Gambar 5: Ayong menyeringai duduk atas kereta Diplomat.
Tengok stereng kereta tu salah tempat.
Gambar 6: Depan Parlimen Kanada di Ottawa. Masa tu Kakngah dah lahir.

Gambar 7: Menziarahi Disneyland di Los Angeles..


Gambar 8: Ayong di samping ikan "Jaws" @ Universal Studio. Nasib baik ikan tu dah mati !


Gambar 9: Ronda-ronda kat Honolulu, Hawai. Kakngah dah tangkap lentok !


Gambar 10: Kat Jepun. Singgah 3 malam, dalam perjalanan balik ke Malaysia.



Gambar 11: Ayong tak sabar nak ke sekolah pada hari pertama.
As malu sebab belum mandi !

Gambar 12: Ayong dengan Kakngah

Seterusnya adik dia yang kerja kat Singapura nak sambung pulak.

Over to you Kakngah. Jangan bagi chance.  Entrinya di sini.

72 comments:

  1. happi besday kat ayong..


    seronok jadi anak k PakNgah ni..

    ReplyDelete
  2. Selamat hari ulang tahun kelahiran, Ayong. :)

    ReplyDelete
  3. Salam tuan ..


    Image 1 - Manis orangnya ..

    Image 2 - Kereta pun nak enter frame

    Image 3 - skip

    Image 4 - kalau k.yong tengah .Tentu Tuan sebelah kiri ..betul tak ?

    Image 5,6,7,8 - skip

    Image 9 - As belum mandi sbb sinki dah tak muat utk badan dia .

    Image 10 - nak gi melawat kak Ngah plak .. hehe


    Tiada dalam Image - Happy birthday Kak Yong ..

    ReplyDelete
  4. Salam..

    Apa kabar Bang haji, moga sihat hendaknya..

    Moga Allah kurniakan keberkatan usia kepada ayong. Setiap saat usia itu makin berkurang, maka penuhilah ianya dengan amalan soleh.

    ReplyDelete
  5. salam tuan haji, selalu org perak yang panggil ayong nie..camno tuan haji org NS boleh ada idea nak panggil ayong??? apepun, tahniah dr saya....

    ReplyDelete
  6. ayong bila nak bagi ayah menan
    tu lak tu

    happy birthday ayong wish you all the best

    ReplyDelete
  7. selamat ulangtahun kelahiran buat ayong....
    ayong ni mesti anak mas ayahbonda dia ni kaaaan...

    semoga menjadi insan yg disenangi semua... ameeen

    ReplyDelete
  8. semanis maknya...
    .
    dan bapaknya juga...
    .
    .
    .
    :)

    ReplyDelete
  9. salam pakk cik hamzah....sihat2 ya.. hepi besday to ayong... waaa dah masuk 20an ya.... bestnya kecil2 dah merantau negara org...

    ReplyDelete
  10. salam
    selamat hari lahir kak yong
    semoga panjang umur murah rezeki bahagia dunia akhirat
    (ayat biasa nih )
    may Allah bless u =)

    ReplyDelete
  11. salam..
    selamat hari jadi Ayong
    dah anak dara sekarang yek?

    ReplyDelete
  12. Selamat hari lahir juga untuk Ayong..

    ReplyDelete
  13. IKAN EMAS

    TERIMA KASIHLAH PEPAGI JENGUK RUMAH KITA YANG LAWA NI. DIA ORANG KENA BELASAH JUGA KADANG-KADANG. TAMBAH2 MASA MULA2 JADI BAPAK DULU.

    ReplyDelete
  14. KAKCIKSEROJA

    TERIMA KASIH. BILA AYONG BALIK DARI MENGAJAR NANTI, DIA BACALAH UCAPAN KAKCIK TU !

    ReplyDelete
  15. LINDA

    SALAM KEMBALI.

    SILAP SAYA TAK BUAT NOMBOR GAMBAR. SUSAH AWAK NAK KIRA. KOMEN UNTUK GAMBAR NO. 9 (ISH .. BANYAKNYA GAMBAR KALI INI) TU TEPAT SEKALI.

    ReplyDelete
  16. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI. SAYA ALHAMDULILLAH SIHAT SAHAJA. SIHAT ORANG TUA !

    SAYA HARAP AYONG TERAPKAN PESANAN YANG SDR BERIKAN.

    ReplyDelete
  17. SAHROMNASRUDIN

    MASA TU TAK PIKIR PUN PANGGILAN ORANG NEGERI MANA. CUMA PANGGILAN TU BELUM LAGI DI GUNAKAN DALAM KELUARGA KAMI.

    ReplyDelete
  18. MAMAI

    AYONG TU SEBENARNYA DAH ADA ANAK SATU. UMUR ANAKNYA PUN DAH SETAHUN SETENGAH SEKARANG.

    ReplyDelete
  19. UMMI HUMAIRA

    ANAK SAYA ADA LIMA. SEMUANYA ANAK EMAS BELAKA. DAN KELIMA2 MEREKA PERNAH KENA BELASAH. CUMA YANG HUJUNG2 NI DAH KURANG SIKIT SEBAB AYAH DIA DAH BERUMUR.

    ReplyDelete
  20. MENTIBANG LAUT

    NANTI DI GAYONG NYA AWAK, SAYA TAK BOLEH NAK TOLONG ! HEHE

    ReplyDelete
  21. DRSINGA

    EMAK DIA LAGI MANIS ... NASIB DIA LAH DAPAT KULIT MACAM AYAH DIA. HITAM MANIS.

    ReplyDelete
  22. ALIMAZ

    SALAM KEMBALI. ALHAMDULILLAH SAYA SIHAT2 SAHAJA.

    DIA DAH NAK MASUK 30AN DAH ...

    ReplyDelete
  23. CHEQNA

    SALAM KEMBALI. SAYA AKAN PASTIKAN AYONG BACA UCAPAN CHEQNA INI NANTI.

    ReplyDelete
  24. DEENA

    SALAM KENAL JUGA DARI SAYA MELALUI ENTRI HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN AYONG.

    ReplyDelete
  25. ZULKBO

    SALAM KEMBALI. AWAK SILAP. DIA DAH JADI MAK ORANG DAH SEKARANG NI.

    ReplyDelete
  26. RELEVAN.

    TERIMA KASIH KERANA TURUT MENYAMPAIKAN UCAPAN.

    ReplyDelete
  27. Kak Ngah pun sama kelakar macam ayahnya juga, pandai bergurau

    ReplyDelete
  28. salam

    hepy besday kak yong
    bestnya
    dapat round dunia
    huhu...

    ReplyDelete
  29. kecik-kecik orang buli yea, sekarang sapa brani, masuk laaaa

    sayaaaa (angkat tangan), nak masuk meminangggg

    ReplyDelete
  30. DAUN BIDARA

    KAKNGAH TU MEMANG BEGITU .. TAK SERIUS MACAM AYONG DIA. DIA IKUT SAYA KOT !

    ReplyDelete
  31. BLUECITY

    SALAM KEMBALI. APA BESTNYA. DIA SATU APA PUN TAK HENGAT !

    ReplyDelete
  32. CEMOMOI

    HAHAHA .. SAYA GELAK KAT AWAK YANG TERLEWAT TIGA TAHUN.

    ReplyDelete
  33. selamat hari lahi kak yong..
    semoga kak yong drahmati seusia hayat kak yong..

    datuk hamzah..
    honda civic kuning tu org panggil civic telur kan..

    ReplyDelete
  34. Bertuah jadi Ayong al Lavender ni...
    Semoga terus bertuah....

    ReplyDelete
  35. ALVIN

    CIVIC TELUR ? YE LAH KOT.. DAH LAMA SANGAT. KERETA TU PUN SAYA JUAL KAT KUCHING. KALAU DIA JUMPA SAYA PUN, DAH TAK KENAL LAGI DAH.

    ReplyDelete
  36. CKLAH

    TERIMA KASIH ATAS DOA ITU. SEMOGA ALLAH MENGEKALKAN TUAH ITU DAN TURUN TEMURUN PULA.

    ReplyDelete
  37. sob..sob...terharu kamek..time kasih kamek ucapkan pada semuak dan especially pada ayah n kakngah sebab lintas langsung..best..bes..boleh buat lagi kan kan...kan...

    luv..
    ayong cute..

    ReplyDelete
  38. ayong

    ayong usah dok perasan yang ayong tu "cute" lagi !

    tahun depan kalau nak buat lagi, akan dikenakan sedikit bayaran yang berpatutan.

    ReplyDelete
  39. SLTEDI

    TERIMA KASIH DARI BAPA AYONG BAGI PIHAK DIA.

    ReplyDelete
  40. DYNA

    TERIMA KASIH KERANA TURUT MEMBERI UCAPAN.

    ReplyDelete
  41. tak lama lagi leak gambar cuculah pulak ya

    ReplyDelete
  42. waaaa. best2. cam luba lari plak main pasing baton

    ok. ai gi sana skrg...

    zassss...

    ReplyDelete
  43. Salam.
    Bila baca entri sdr, teringat LF pada anak perempun yang sorang. Dah berumahtangga dan tak ada pulak di sini. Sedang melanjutkan pengajian di US. Seronok kalau ada anak-anak di keliling kita.
    Walaupun tak mengenali ayong, uncle nak ucapkan selamat ulangtahun kelahiran. All the best.

    ReplyDelete
  44. selamat hari lahir ayong..

    seronok baca kisah ayong di blog lagi satu tu... ;p

    ReplyDelete
  45. selamat hari lahir kat ayong...semoga sentiasa ceria...kebahgiaan ayah bonda

    ReplyDelete
  46. selamat hari lahir AYONG, tak lama lagi mesti abah ayong buat n3, menjemput sume blogger ke Lavender Heights Senawang, majlis persandingan ayong...bosa nampak eh dah tu bang....ehemmm..

    ReplyDelete
  47. salam tuan haji..Tahniah buat tuan haji ...
    Puas dan bahagia rasanya...teringat pulak kat arwah abah saya,mcm tuan haji begitu sporting ngan anak2.(dah baca n3 lagi 1).

    ReplyDelete
  48. AKLCITIZEN

    GAMBAR CUCU SAYA DAH BEBERAPA KALI SAYA KELUARKAN. MULA2 DULU SEBAGAI PENCURI HATI 3. SEKARANG INI BARU DAPAT KAKI. BERJALAN TAK HENTI2.

    ReplyDelete
  49. TIJAH

    ANAK SAYA YANG KERJA KAT S'PORE TU MENJADI PEMINAT TEGAR AWAK. LIHAT NAMA AWAK ADA TERSENARAI KAT BLOGLIST DIA.

    ReplyDelete
  50. RED

    TERIMA KASIH KERANA TURUT MEMBERI UCAPAN.

    ReplyDelete
  51. LUAHFIKIRAN

    SALAM. SAYA SIMPATI DENGAN LF. NASIB BAIK SEKARANG ADA INTERNET, DAPATLAH SERING BERHUBUNG KAN. TAPI MEMANG TAK SAMA DENGAN ADA DIDEPAN MATA. ITULAH 'PASSAGE' YANG HARUS DITEMPUHI OLEH SEORANG AYAH.

    ReplyDelete
  52. SAYANGSAYANGIBU

    TERIMA KASIH. BACA BLOG YANG INI TAK SERONOK KE ?

    ReplyDelete
  53. SONATA ANAK KANCIK

    TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERI UCAPAN. DIA JUGA TELAH MENJADIKAN SAYA ATUK.

    ReplyDelete
  54. ANNIE

    AYONG TELAH PUN SELAMAT MENJADI ISTERI EN. BADRUL HISHAM DAN KINI TELAH PUN PUNYA ANAK SORANG BERUMUR SETAHUN LEBIH.

    MASA AYONG KAWIN, SAYA BELUM MULA LAGI BERBLOGGING.

    ReplyDelete
  55. KAK WAN

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH KERANA TURUT SAMA MEMBERI UCAPAN. ANAK2 SEKARANG TAK MACAM ANAK DULU-DULU.

    ReplyDelete
  56. Sanah helwah Ayong! Semoga beroleh ketenangan, kebahagiaan, keberkatan dalam hidup dan sentiasa di bawah lindungan rahmatNya..

    ReplyDelete
  57. happy birthday ayong! ayong ni ye yg pakcik ckp sebaya dgn suami sy?

    ReplyDelete
  58. UMMU AMMAR.

    TERIMA KASIH ATAS DOA ANDA. SEMOGA DI PERKENANKANNYA. AMIN.

    ReplyDelete
  59. NADIAH SIDEK

    BETUL. DIALAH YANG SEBAYA UMURNYA DENGAN SUAMI NADIAH.

    ReplyDelete
  60. selamat hari lahir ayong....pak cik...banyakknya gambar dulu2...ehheh

    ReplyDelete
  61. HONEYBUNNY

    MEMANG BANYAK .. DAH BERAPA TAHUN DAH SIMPAN ! BANYAK JUGA YANG DAH ROSAK.

    ReplyDelete
  62. selamat menyambut ulangtahun kelahiran yg ke 20 + +
    mudah2an menjadi ank yang solehah dan membahagiakan semua.

    ReplyDelete
  63. IDALARA

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU. SAYA TERIMALAH BAGI PIHAK AYONG. SEMOGA APA YANG DIDOAKAN DIMAKBULKAN TUHAN.

    ReplyDelete
  64. happy belated birthday,ayong

    .
    .
    .

    hihihi... betul2 belated ni :D


    sy suka kucing gak. mungkinkah sy lahir di kuching gak? hurmmm .. tak mungkin kot

    :D

    ReplyDelete
  65. KTS

    AWAK CAKAP BETUL2 LAH .. AWAK LAHIR KAT MANA SEBENARNYA ?

    JADI TAK LAHIR KAT KUCING NI !

    ReplyDelete
  66. Memiliki anak yg rama ( >3 orang) itu satu anugerah yang berharga. Dah tentulab macam macam feel. Anak saya yg sulung pun slow sikit berbanding adiknya. Namun yg sulong itulah yg banyak membantu kami sekarang ini.

    Catatan menarik untuk dibaca. Keep on writing.

    Blog tempat terbaik merakam kisah hidup setelah menulis ke dalam buku agak sukar kita realisasikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tiap2 anak ada personaliti dan pembawaan masing2. Alhamdulillah kesemua 5 org anak saya dpt masuk IPT.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.