Tuesday, June 22, 2010

AKHIRNYA "AS" TAMAT JUGA BELAJAR !


13.6.2010: As diapit oleh mak dan ayahnya. Dah tinggi  zirafah  dah dia ..!


1985: Rasa macam baru semalam dia mandi dalam sinki.

Minggu lalu saya hadir majlis konvo anak saya yang ketiga di Dewan Merdeka, PWTC.

Terasa lambat sangat baru dia habis belajar. Sejak lepas SPM hingga masuk umur dia suku abad baru tamat. Yang terasa lama tu sebab dia dapat biasiswa FAMA. Belajar pulak tu kat IPTS. Nasib baiklah ayah dia ada rezeki lebih sikit.

Saya dah hadir 3 majlis konvo anak saya. Satu di IPTA dan dua lagi IPTS. Ada beza tak majlis konvo di IPTA dan IPTS ? Ini yang saya nak cerita ni ! Dan ini hanyalah persepsi dan pandangan peribadi saya sahaja.

Kat IPTA semuanya tak boleh. Rasanya macam hadir majlis pengkebumian orang hidup mati saja layaknya. Semua orang kena duduk diam-diam. Tak boleh jalan kulu kilir. Tak boleh cakap2. Tak boleh bersorak. Tak boleh bertelefon. Tak boleh ambil gambar. Tak boleh menyanyi.

Kat IPTS sebaliknya. Semuanya boleh buat. Semasa konvo anak saya yang kedua, dia siap telefon lagi semasa beratur nak naik ke pentas:


"Ayah, lepas ni giliran Kakngah. Ayah tengok kat skrin".


Rupanya ada paparan gambar dia dengan ucapan kepada makayah dia.

Graduan juga boleh bersorak-sorai. Boleh jerit2. Boleh boo orang !

Selepas habis penyampaian skrol, pensyarah2 dia menyanyi lagu2 pop atas pentas. Pendeknya majlis konvo di IPTS cukup meriah dan semua orang bergembira dan lepas bebas nak buat apa suka. Barulah di namakan majlis tamat belajar.

Apalah salahnya kalau IPTA ikut macam IPTS . Ikut 50% pun jadilah.



Masih nak "peace" lagi. Awat nya ? Sebelum ni hangpa gaduh ka ?



p/s: nanti malam saya jawab komen anda (kalau ada) - sebab nak gi mancing ni !!

60 comments:

  1. Seronoknya melihat anak2 berjaya dalam pelajaran dan juga kehidupan. :)

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya dan terus berjaya..macam ayah nya juga..Selamat Hari Bapa..

    ReplyDelete
  3. tahniah buat anak Tuan...saya tumpang gembira...

    insyaAllah, turn saya ogos ni...hehe

    ReplyDelete
  4. tahniah !!

    tahniah 1 - sb AS dah tamat belajar...selamat duit bapa dia !

    tahniah 2-handsome AS tuuu yer ?..dah kena pinang ke?

    ReplyDelete
  5. lagi satu...

    tahniah !

    wah wah wah cantik rumah baru al-lavendari ni ??

    ReplyDelete
  6. Congrats!

    Gambar baby mandi dalam sinki tu mmg priceless! Cute bangettttttt

    ReplyDelete
  7. Tahniah buat
    anda dan anak anda
    comelnya kecik mandi
    dalam sinki..he he

    _______________________


    Salam hari isnin yang ceria
    moga anda selalu sihat.
    جزاك اللهُ خيراً

    ReplyDelete
  8. Saya belum pernah lagi menghadiri majlis konvo samada di IPTA atau IPTS di Malaysia ni. Tapi dari apa yg abg cakap tu dan dari cerita2 org mmg majlis konvo di IPTA terlalu formal. Maklumlah yg bagi skrol tu selalunya raja2 atau permaisuri mereka.

    Mesti abg banyak dapat ikan sebab abg terer bab menancing ni. Jgn pancing org sudahlah bang. Anak dah 3 org yg jadi siswazah kah kah kah.

    ReplyDelete
  9. Salam.
    Posting sdr mengingatkan LF sewaktu bekerja dahulu. Setiap tahun pasti ada majlis konvo. Sekurang-kurangnya sekali setahun.Sekali setahun tak bererti sekali sahaja majlis konvo. Ia boleh berjalan selama 3 atau 4 hari dengan sessi pagi dan petang. Agak meletih dan membosankan. Tetapi atas sebab tanggungjawab dan mahu bersama graduan dan ibu bapa meraikan kejayaan, maka rasa "excitement" tetap ada. Mengenai cadangan sdr supaya dilaksanakan perubahan, LF amat setuju. Mungkin mengekalkan beberapa perkara dan mengubah sesetengah perkara. Di Barat, keadaan semasa konvo amat tidak formal dan mengambil masa yang singkat. Ada interaksi antara graduan, ibu bapa dan para pensyarah. Pihak pengurusan universiti kena buat anjakan.

    ReplyDelete
  10. btl2..konvo ipta penuh protokol...geram sbb xleh nk amek gambar..
    huhu~

    ReplyDelete
  11. TAHNIAH...
    sudah nampak kejayaan anak-anak, saya pula sedang melabur sekarang

    ReplyDelete
  12. kalau dapat ikan ruhu besar... pass kat saya....
    :)
    dengan lajunya saya akan ke Seremban..
    :)

    ReplyDelete
  13. tahniah buat anak al lavendari..
    gambar si pencuri hati tu mmg lawo!

    dapat bape kilo ikan???

    ReplyDelete
  14. congrats to anak en hamzah... comeynye dier time mandi lam sinki... ;d

    betul la kalau la kat IPTA leh wat cam kat IPTS tu mesti bestkan... ni tak formal sangat...

    ReplyDelete
  15. salam,

    kena tengok juga siapa perasmi majlis konvo tu kalau canselornya taraf raja-raja kena juga jaga protokolnya..

    ReplyDelete
  16. Assalamu'alaikum al-lavendari,
    TAHNIAH kpd anak yg bergraduat & kpd kedua ibubapanya yg jadi penaja! Alhamdulillah, rezeki anak. Semoga dia berjaya dlm kerjaya yg bakal diceburinya.

    Ya, konvok di IPTS memang menyeronokkan. Macam konvok di universiti2 luar negara.

    ReplyDelete
  17. mmg bosan pun konvo kat ipta. tiba-tiba semua org jadi hipokrit kan? huuu

    ReplyDelete
  18. Wah tahniah pak cik...semua anak2 pak cik berjaya....alhamdulillah...

    ReplyDelete
  19. tahniah dr saya..semuanya berjaya berkat didikan tuan haji :-)

    ReplyDelete
  20. KAKCIKSEROJA

    YA .. SERONOK SELEPAS MELIHAT MEREKA BERJAYA TAPI SEBELUM ITU SEMPUT JUGA NAFAS DIBUATNYA.

    ReplyDelete
  21. RELEVAN

    TERIMA KASIH. SELAMAT HARI BAPA JUGA KEPADA AWOK.

    ReplyDelete
  22. EQBALZACK

    TAHNIAH JUGA KEPADA AWAK "IN ADVANCE" - OGOS TAK LAMA DAH !

    ReplyDelete
  23. IKAN EMAS 1

    TERIMA KASIH. DUIT BAPA DIA BELUM BEGITU SELAMAT. CUMA SELAMAT DARI SEGI TAK BAYAR KEPADA U DIA LAGI.


    IKAN EMAS 2

    RUMAH BARU SAYA CANTIK YA .. TENGOK LAH SIAPA BUAT ! HEHE

    ReplyDelete
  24. NAIZAF

    SAPA LAH AGAKNYA BAPA BABY DALAM SINKI TU YE ?

    ReplyDelete
  25. ZULKBO

    DIA COMEL IKUT EMAK DIA KOT. NASIB BAIK. KALAU IKUT BAPA DIA ..

    ReplyDelete
  26. YB

    KALAU YA PUN ADA RAJA, TAKKAN NAK AMBIL GAMBAR PUN TAK BOLEH ! INI SUDAH KIJAM ..

    BANYAK JUGA DAPAT IKAN DARI SEGI BILANGANNYA, TAPI SEMUANYA DI BAWAH UMUR !

    ReplyDelete
  27. LUAHFIKIRAN

    TERIMA KASIH ATAS KOMEN TUAN ITU. SESUNGGUHNYA KOMEN LF ITU MENGUATKAN LAGI PANDANGAN SAYA.
    KALAU DULU TAK APA SEBAB TAK ADA LAGI IPTS. SEKARANG INI TAK DAPAT NAK ELAK DARI BUAT PERBANDINGAN.

    ReplyDelete
  28. DYNA

    TERIMA KASIH KERANA SETUJU DENGAN PANDANGAN PAKCIK. PAKAT2 LAH KOMPLEN.

    ReplyDelete
  29. IBUINTAN

    SUATU PELABURAN YANG TIDAK AKAN MENGECEWAKAN DAN SANGAT MEMUASKAN HATI.

    ReplyDelete
  30. RED

    TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI KEGEMBIRAAN.

    ReplyDelete
  31. DRSINGA

    TAK ADA IKAN RUHU KAT LAUT. CUMA BANYAK DAPAT IKAN GLAMER SAJA.

    TAKKAN KALAU ADA IKAN JER BARU NAK DATANG KE SEREMBAN !

    ReplyDelete
  32. MAKDARA TERDIVA

    BUDAK2 MASA KECIK SEMUANYA LAWO !

    DAPATLAH SIKIT .. UNTUK GORENG2.

    ReplyDelete
  33. HAJARUS

    ANAK HAJAR BESOK, SAYA RASA LAGI COMEL SEBAB EMAK DIA COMEL.

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN.

    ReplyDelete
  34. MAIYAH

    TERIMA KASIH KERANA SUDI MENUMPANG GEMBIRA SAYA. HEHE

    ReplyDelete
  35. PENJEJAK MAYA

    SALAM KEMBALI. BENAR PROTOKOL KENA JAGA JUGA. SEBAB ITU SAYA KATA KALAU DAPAT IKUT 50% SAHAJA, BUKAN 100%.

    ReplyDelete
  36. ABANG TEMUK

    ALAIKUMSALAM. TERIMA KASIH ATAS UCAPAN. HARAP2 BEGITULAH KERANA KITA TELAH MENYEDIAKAN ASASNYA IAITU PENDIDIKAN KEPADA ANAK2.

    ReplyDelete
  37. NADHIERA

    APA NAK BUAT TERPKASALAH IKUT. MASUK KANDANG KAMBING, MENGEMBEK .. KATA ORANG.

    ReplyDelete
  38. HONEYBUNNY

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN.
    BERLUM SEMUA LAGI BERJAYA. ADA DUA ORANG MASIH DI SEKOLAH RENDAH.

    ReplyDelete
  39. SAHROMNASRUDIN

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN. SAYA JUGA AMAT BERSYUKUR KEPADA ALLAH KERANA MEMPERKENANKAN DOA SAYA.

    ReplyDelete
  40. Tahniah kepada Tuan dan Isteri...

    juga

    kepada AS . Saya pasti n3 ini amat bermakna baginya .

    Peace !!!

    ReplyDelete
  41. LINDA

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN. SAYA BELUM BOLEH BERASA LEGA SEPENUHNYA SELAGI AS BELUM MENDAPAT KERJA TETAP. ADA KERJA KOSONG TAK ?

    PEACE !!!!

    ReplyDelete
  42. salam tuan,
    inilah antara sebabnya saya tak masuk dewan konvo....cukup setakat melihat skrin diluar sahaja .

    saya rasa macam robot.... di konvo ipta.

    ReplyDelete
  43. ABU MUAZ

    SALAM KEMBALI. NAMPAKNYA TUAN PUN SEPENDAPAT DENGAN SAYA. MUNGKIN KITA JOLOK SORANG MP UNTUK BAWA ISU INI KE PARLIMEN !

    ReplyDelete
  44. saya pernah mandikan anak saya dalam sinki. jadi ada harapan saya dapat bergambar macam gambar pertama tu.

    ReplyDelete
  45. MRPENYUBIRU

    KALAU AWAK MANDI BERSAMA DENGAN ANAK AWAK DALAM SINKI, MEMANG ADA HARAPAN DAPAT BERGAMBAR. TAPI KENA PASTIKAN SINKI YANG BOLEH MASUK DUA ORANG !

    ReplyDelete
  46. KAKNGAH

    AYAH DAN ADJUST SIKIT AYAT TU.. BOLEH ?

    ReplyDelete
  47. tahniah buat anak uncle....

    seronoknya bila anak-anak dah berjaya kan.....

    doakan kejayaan anak2 ain jugak...

    thank you...

    ReplyDelete
  48. AIN

    TERIMA KASIH AIN BAGI PIHAK ANAK UNCLE. SEMOGA ANAK2 AIN JUGA AKAN BEROLEH KEJAYAAN DALAM HIDUP MEREKA KELAK.

    ReplyDelete
  49. KALAU AWAK MANDI BERSAMA DENGAN ANAK AWAK DALAM SINKI, MEMANG ADA HARAPAN DAPAT BERGAMBAR.

    oo.. maknanya encik juga mandi bersama AS dalam sinki la yer.hehe

    ReplyDelete
  50. waahhh gambo seksi...isk kiranya ayah tak seronok la masa konvo ayong?? huuu

    ReplyDelete
  51. takleh sorak sorai, jerit2, boo orang takpe lagi


    .
    .
    .


    .
    .


    ni nak bangun gi tandas pun takut... eh.. bukan takut je.. malu pun ada.. dewan besar.. semua duk diam.. tandas dah lah jauh, kat belakang plak tu... klu jln, sume akan pandang.. errr.. tahan je la beberapa jam.. nasib dah bljr ilmu per'tahan'an

    ;D

    ReplyDelete
  52. macamana tau??



    .
    .
    .


    muahahahahaha
    muahahahahaha


    opppssssss... rahsia tau :P

    ReplyDelete
  53. KTS

    SAYA TAK TAHU SEBENARNYA. SAYA CUMA AGAK-AGAK SAHAJA. SELALUNYA TAK KENA. KALI INI MENJADI PULAK.

    SAYA SUKA KEJUJURAN AWAK. HEHE

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.