Tuesday, June 29, 2010

9 SEBAB KENAPA SAYA BENCI PERGI KENDURI KAT HOTEL !


Gambar sebenar majlis yang saya hadiri minggu sudah.

Bila dah tua-tua ini kerap juga saya dapat jemputan kenduri kawin anak kengkawan yang di buat kat hotel-hotel. Saya cukup "bercinta" nak pergi, LEBIH-LEBIH LAGI kalau jemputan tu di buat kat hotel BERBINTANG. Makin banyak bintangnya, makin malas. Sebabnya:

1. PARKING.


Seksa nak dapat parking. Buat pulak malam tu ada 3 majlis di hotel yang sama. Bayar mahal pula tu. Hari tu saya parking dalam semak sebelah hotel dalam gelap pun kena bayar. Bayarannya pulak boleh kenyang makan dua orang yang sedang sangat lapar.

2. LAMBAT DAPAT MAKAN.

Nak makan kena tunggu habis pengantin kena sembur renjis dan ayah pengantin bagi ucapan yang termasuk bagi nasihat kepada anak menantu. Kat rumah tak boleh bagi nasihat ke ? Kemudian barulah dapat makan. Sebelum tu kunyahlah kerepek atau kacang yang ada. Kekadang tu rasa nak kunyah bunga yang ada atas meja. Pernah saya hadir satu majlis yang ramai Sultan dan Raja hadir, dekat pukul 11 malam baru dapat makan. Kira-kira kalau nak puasa esoknya, tak payah sahur lagi lah.

3. MAKAN BERSUKAT.

Nasi pula dia orang bagi satu senduk setengah sahaja. Tak boleh nak lebih. Nak minta tambah, rasa macam segan pulak. Kalau nasi Makngahnya tak habis, bolehlah buat-buat tolong habiskan. Kengkadang dia pun lapar juga !



Ini gambar menu sebenar yang saya curi snap.

4. MAKANAN TAK SEDAP.

Dah lah lambat makan dan makan pula bersukat, makanannya tak sedap pulak tu. Kalau tengok menunya, meleleh air lior. Tapi alahai .. sedap lagi makan stail buffet yang katerer caj RM11 satu kepala termasuk khemah dan cendol serta kipas angin kat kenduri rumah kawan saya sebelah tengah harinya.

5. TAK DAPAT NAK RONDA-RONDA.

Kadang2 nampak member lama duduk hujung sana. Rasa nak juga bertepuk tampar sekejap. Tapi kena menyeberang. Leceh. Secupak mata mengikut kita. Mentang-mentanglah rambut kita ni metalik. Memang cepat orang perasan. Jadi kita main tabik-tabik jer lah dari jauh.

6. TAK DAPAT NAK KARAOKE

Kita nak juga menyumbangkan sebuah dua lagu. Tapi tuan rumah dah ada penyanyi sendiri. Dia orang nyanyi bukan sedap sangat pun tapi dia lebih sikit dari saya sebab dia ADA album sendiri. Dia tak tengok lagi album saya. Macam2 gambar ada . Kadang2 dia nyanyi syok sendiri. Orang bukan nak dengar sangat pun.

7. TAK DAPAT PILIH PARTNER.

Ni lagi satu lagi yang menyeksakan. Kalau dapat partner semeja orang Korea yang tak tahu cakap Melayu atau Inggeris, tidak kah terseksa jiwa raga kita duduk sebelah dia selama 3 jam. Nak pilih meja yang ada kawan kita, tak boleh. Tuan rumah dah tetapkan meja kita. Menyampah betul !

8. TAK DAPAT PILIH SPOT.

Kadang-kadang kita dapat meja sebelah pembesar suara. Dah lah tu, volume nya paling maksima. Sakit buah pinggang kita di buatnya. Kalau ada gunting, mahu rasanya saya kerat je wayar dia, bagi dia diam sikit terus.

9. TAK DAPAT BALIK CEPAT.

Kat hotel berbintang2 ni, kita tak boleh nak balik ikut suka kita. Selagi majlis tak selesai, kita tak boleh balik. Lepas tu nak kena salam dengan bapak pengantin -beratur kekadang dekat sebatu. Nak potong Q, dewan masa tu dah terang benderang.


Ada lagi yang saya tak suka, tapi saya nak bagi peluang tuan-tuan dan puan-puan sambung pulak.


p/s: Ya Allah ampunkanlah dosa ku jika entri ini tergolong dalam kategori mengumpat. Tapi saya tidak ada menyebut pun nama sesiapa kan !!!


Nota kaki: Kenduri kahwin saya punya anak nanti,
saya nak buat kat atas jalanraya depan rumah jer !





86 comments:

  1. Salam Tuan Haji...

    Moga tuan haji sihat..

    Saya dah banyak kali juga hadir ke majlis walimah di hotel dan saya tengok keadaannya teratur dan tidak mengambil masa yang panjang. Cara mereka mengatur majlis tu sangat baik, cumanya saya tak suka kalau majlis tu ada nyanyian...kalau boleh saya nak cabut awal

    ReplyDelete
  2. sy tak pnh dpt jemputan majlis kawin kat hotel, maklumla org kampong heheheheh....
    p/s: dh lame tak berkursus kt hotel, sesekali syiok gak huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Selagi majlis tak habis, tak boleh balik, ya??? Alamak.. kalau macam tu, memang tak sesuai untuk kakcik. Bagi kakcik, lepas makan, mesti balik! :)

    ReplyDelete
  4. 10. tak sempat nak kenal sedara mara.

    11. datang kena ikut time..balik pun kena ikut time

    12. pakaian pula kena yg lip lap lip lap..

    13. tak dapat nak tengok jejaka macho tukang angkat hidang..tak dapat nak tengok gadis si pembawa bunga telur (?..) dah tak der bunga telur pun

    14. MC atau DJ skima aje...


    ampun !!!!
    IE pun dpt share ala-ala mengumpat.

    esk-esk en al-Lavendari kena buat entri fasl kenduri di rumah pulak..baru cover hutang mengumpat ni.

    ReplyDelete
  5. hehehe...uncle pon tasuke enduri kt otel eh...
    hehehe..byk protokol kan...
    nyampah..
    nk mkn bukak mulut beso2 pon xleh..hehe

    ReplyDelete
  6. betul bagai yg ditulis... saya pong tak suka majlis kawin kat hotel... skima je..tak boleh nak sembang-sembang ngan rakan taulan, sanak saudara sgt ;-)

    ReplyDelete
  7. sebelum pergi ke majlis di hotel ini eloklah kita makan dulu kalau tak nak kena gastrik.

    ReplyDelete
  8. salam bang.

    Wah tak tahu saya abg terer berkaraoke? Tapi masa anak abg kawin esok jgnlah pulak abg nyanyi. Takut hujan turun - tak ke niaya majlis hahaha

    ReplyDelete
  9. opss 2 komen di atas tak jawab soalan abg tu.

    No 10 tak dapat duduk sebelah gadis2 cun kerana jemputan selalunya org2 yg dah berumur huhuhu

    ReplyDelete
  10. saya bukan setakat pie kenduri kat hotel nak pie diner or yang sewaktu dengannya pun malas

    ReplyDelete
  11. Salam ziarah,
    Ada pro & kontranya.
    Takyah susah masak kalau kat hotel.tempat dah tersedia.bergantung kpd sendiri.

    ReplyDelete
  12. saya pun tak BERAPA suka.

    1. ada dresscode.saya lebih suka dtg pakai kain pelikat ngan baju pagoda jer.hehe..

    2. parking dah la mahal pahtu tak bleh claim ngan tuan punyer kenduri lak tu.

    3. dari awal dtg hingga time balik,seme kena beratur.nak masuk & keluar parking kereta kena beratur.nak masuk & keluar dewan kena beratur. Kalu dicampur kesemua masa terbuang gara² beratur tu,saya dah bleh update 2,3 entri kat blog.hehe

    ReplyDelete
  13. Tuya x pernah g jemputan kenduri kawin kat hotel seumur hidup..walaupun di jemput..x tau nape..

    biar la org kata kolot..heheh

    ReplyDelete
  14. samb..
    - tak bleh nak isap rokok
    - tak bleh pakai sandals..kena
    pakai kasut
    - kena datang ikut timing
    - tak bleh bawak geng
    ramai2..limited seat
    - makan pakai sudu..

    byk lagi ni..tp cukup la tu kot..

    ReplyDelete
  15. Salam.
    Memang banyak kerumitannya. Malas rasa nak pergi. Tapi bila terima kad, kita jadi serba salah. Pergi juga dan terpaksa lalui benda2 yg sdr cakap tu. Kalau ada orang istana datang, lagi banyak protokal. Nak balik lebih awal, tak berapa kena. LF teringat pernah buat kenduri bukan tempatnya di rumah. Tidaklah di hotel,tetapi hanya di dewan biasa. Dua lagi anak LF buat di rumah. LF dapat rasakan perbezaannya. Lebih meriah.
    LF fahami atas sebab2 tertentu ada keluarga yang terpaksa buat kenduri di tempat lain (bukan di rumah). Buat kenduri di dewan2 sekarang ini cukup popular. Tapi masalahnya dewan kena booking 7-8 bulan lebih awal. Itupun tengok nasib. LF cadangkan pihak sekolah beri kebenaran guna dewan atau padang sekolah. Dgn cara begini, ia membantu penduduk tempatan di samping memperolehi pendapatan. Bayaran sewa termasuk bayaran upah pekerja membersihkan dewan/padang. PIBG boleh fikirkan cadangan ini.

    ReplyDelete
  16. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI. SAYA MENENGOKNYA DARI SISI LAIN SECARA SANTAI.

    MEMANG BANYAK MAJLIS YANG TERATUR. TAPI SAYA MERASA SERONOK KALAU LEPAS MAKAN, JALAN KELILING KHEMAH JUMPA SEDARA MARA DAN KENGKAWAN DAN BALIK BILA2 SUKA.

    ITU SEMUA TAK BOLEH DI BUAT DI HOTEL.

    LAGI SATU, KALAU BUAT CARA KAMPUNG, SAYA BOLEH COVER 4-5 RUMAH SEHARI. TIDAK MAJLIS KAT HOTEL, CUMA SATU KENDURI SAHAJA BOLEH COVER SEHARI KALAU DIBUAT SEBELAH MALAM. KALAU SEBELAH SIANG MUNGKIN DAPATLAH COVER 2-3 BUAH.

    ReplyDelete
  17. KAKCIKSEROJA

    SAYA PUN MACAM KAKCIK JUGA. HABIS MAKAN JER, KALAU BOLEH NAK BALIK ATAU PERGI KENDURI RUMAH ORANG LAIN PULAK.

    ReplyDelete
  18. SAHROMNASRUDIN

    TAK LAMA DULU AWAK ADA CERITA DAPAT JEMPUTAN KAWIN ANAK MB KAT HOTEL. AWAK TAK JADI PERGI KE ?

    ReplyDelete
  19. IKAN EMAS

    SAYA SETUJU DENGAN 4 SEBAB LAGI YANG AWAK BERI TU. DAN SAYA TAHU AWAK BOLEH SAMBUNG SAMPAI 20. HEHE.

    KENDURI KAT RUMAH PUN ADA MASALAHNYA. NANTILAH BILA2 SAYA TULIS PULAK.

    ReplyDelete
  20. DYNA

    ITU PUN SATU LAGI SEBAB YANG BAGUS .. TAK BOLEH BUKA MULUT BESAR2.

    ReplyDelete
  21. Tuan Haji dah penah pegi wedding reception non-muslim di hotel?

    Lagi lambat nak habes, dah le menu ber-course2, kena tggu pengantin yamseng2 dari satu meja ke satu meja, sengsara nk tggu waktu balik!

    ReplyDelete
  22. HAMIZAH

    RAMAI ORANG TAK SUKA PROTOKOL. TETAPI ITU LAH YANG HARUS DILALUI KALAU BUAT KAT HOTEL.

    ReplyDelete
  23. CHIK NA

    BAB TAK BOLEH SEMBANG NI LAH YANG PALING RASA TERKILAN SEKALI SEBAB KITA BUKAN SELALU DAPAT JUMPA.

    ReplyDelete
  24. YB 1

    SALAM KEMBALI. AWAK TAK DENGAR LAGI SAYA NYANYI. AWAK MUNGKIN TERGAMAM DAN TAK PERCAYA.

    YB 2

    RUGILAH KALAU MAKAN DULU !

    YB 3

    SEBAB NO. 10 AWAK TU TAK TERMASUK DALAM SENARAI SAYA. HEHE

    ReplyDelete
  25. MAMAI

    NI MALAS JATUH NOMBOR WAHID NI !

    ReplyDelete
  26. DONNYIEN

    KALAU BUAT KAT RUMAH PUN TAK SUSAH NAK MASAK JUGA. GUNA KATERER JER !

    ReplyDelete
  27. TUYA

    MEMENUHI JEMPUTAN ORANG ITU WAJIB. MAKAN TAK MAKAN TU CERITA LAIN. LAIN KALI KALAU ORANG JEMPUT TU, PERGI JANGAN TAK PERGI.

    ReplyDelete
  28. MRPENYUBIRU

    SEBAB KETIGA YANG AWAK BERI TU, MEMANG SAYA SETUJU 100 % !

    ReplyDelete
  29. MENTIBANG LAUT

    TAMBAHAN YANG SECOCOK DENGAN SEBAB YANG TELAH SAYA BERIKAN.

    ReplyDelete
  30. LUAHFIKIRAN

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH ATAS KOMEN YANG BERNAS ITU. SAYA SOKONG KALAU SEKOLAH YANG PUNYA DEWAN YANG SESUAI ITU DIBENARKAN UNTUK MAJLIS KENDRUI KAWIN. BERI KEUTAMAAN KEPADA IBU BAPA YANG ADA ANAK SEKOLAH KAT SITU.

    MASALAH PARKING PUN TAK TIMBUL. IA JUGA DAPAT MEMBAWA IBU BAPA KE SEKOLAH, KERANA ADA IBU BAPA YANG TAK PERNAH JEJAK KAKI KE SEKOLAH ANAK MEREKA.

    ReplyDelete
  31. NAIZAF

    SAYA BELUM PERNAH LAGI DAPAT JEMPUTAN DARI NON-MUSLIM.

    YA. SAYA MASIH INGAT BACA FB AWAK DULU TENTANG KEBOSANAN DAN KESENGSARAAN AWAK MENANTI MAJLIS HABIS.

    ReplyDelete
  32. berbanding hotel, IM suka pi kenduri kat dewan orang ramai.

    ReplyDelete
  33. hehhe...oh mcm itu eh.....betul jugak kan.....ila suka kenduri rumah lagik..baru rasa suasana meriah sikit....dekat hotel mcm kena protokal n skema ja kan..ngeh3...

    ReplyDelete
  34. lebih kurang mcm itu jugak la sebab2 saya x suka g kenduri kat hotel..

    ReplyDelete
  35. heee, lawak tul... memang seksa hidup dipenuhi dengan protokol dan saya bukan orangnya yang bule hidop dalam kelompok cenggitu

    ReplyDelete
  36. pun x suka pegi mkn hotel yg byk protokol2 ni..sebab yg utama ialah......
    kat hotel biasanye bufet..so..sy malu nak amik makanan tu..sbb mcm ramai org duk nengok....haha!

    ReplyDelete
  37. INSAN MARHAEN

    SAYA PUN BEGITU JUGA. TETAPI KALAU DAH DI JEMPUT KAT HOTEL, WAJIB PERGI KALAU TIADA ARAL.

    ReplyDelete
  38. HONEYBUNNYA

    ITULAH PASAL PAKCIK SUKA PERGI KENDURI KAT RUMAH !

    ReplyDelete
  39. CEMOMOI

    YE LAH KITA ORANG KAMPUNG, BIASA MANDI SUNGAI TERIANG DAN KOLAM, MANA SELESA TERIKAT DENGAN PROTOKOL. TETAPI KADANG2 KEADAAN MEMAKSA, KENA TERIMA JUGALAH.

    ReplyDelete
  40. MAKDARA TERDIVA

    SAYA BELUM PERNAH LAGI HADIR KENDURI KAHWIN KAT HOTEL YANG MAKAN CARA BUFET.

    ReplyDelete
  41. RELEVAN

    ITU SATU LAGI SEBAB YANG SANGAT RELEVAN !

    ReplyDelete
  42. salam datuk hamzah..


    sy ni tak pernah g kenduri kat hotel sbb sy rasa makan kat mamak lagi best kot..

    apapun..

    sy lagi suka mkn atas jalan raya masa kenduri kawin abg nanti..ehhh..silap..masa kenduri kawin anak abg nanti..

    tu pun kalau dijemput...

    ReplyDelete
  43. ALVIN

    TERIMA KASIH KERANA BETUL2 MEMBACA ENTRI INI KERANA ADA BEBERAPA KOD RAHSIA DAPAT AWAK PECAHKAN.

    SAYA MEMANG TAK JEMPUT ORANG. KALAU SAYA AJAK NANTI, DATANG LAH SENDIRI. TAK KUASA SAYA NAK MENJEMPUT2 ! HEHE

    ReplyDelete
  44. salam,

    buat majlis kawen kat hotel buat abis banyak fulus je..

    elok juga kat jalan raya tu dekat dengan rumah tapi jangan pula cuba nak buat kat highway hehe..

    ReplyDelete
  45. sbb ke 10
    em....sume sbb2 yg sy nk bg sume org len da ckp dulu..







    smoga cepat kawen ye datuk hamzah punye anak

    ReplyDelete
  46. salam tn haji..
    saya pun jenis tak suka ngan protokol ni..tensen ye..
    pergi kenduri kahwin nak enjoy dan hepi2 makan dan beramah mesra ngan member dan sanak saudara

    ReplyDelete
  47. PENJEJAK MAYA

    SALAM KEMBALI. BAGUS JUGA KALAU BUAT KAT HIGHWAY. BOLEH KUTIP TOL ! LEPAS BELANJA KENDURI. HEHE

    ReplyDelete
  48. XTIONKAMEN

    SEBAB KE 10. TAK BOLEH PAKAI UNIFORM XTIONKAMEN !

    ReplyDelete
  49. IBUINTAN

    TERIMA KASIH KERANA SOKONG SAYA. TAPI KALAU SEMUA ORANG TAK NAK BUAT KAT HOTEL, BANKRAP PULAK HOTEL NANTI.

    ReplyDelete
  50. ONE ZABA

    YA BETUL .. TAK BOLEH BAWA ANAK2. DAN JUGA TAK BOLEH BAWA ISTERI2.

    ReplyDelete
  51. kalau mcm tu tuan haji dtg wedding saye nnt tau. Pacak kheah 1 dpn umah, x pyh tunggu nk renjis renjis, sbb saya pun tak kuasa nk bersanding. Mkn ikut suke berapa round..tp karaoke xdelah..hehe. Boleh gitu?

    ReplyDelete
  52. AbgNgah,

    Shahrom tu kata jemputan anak MBNS ke ? ..yg kat kg o Bintang ?


    pergi ke ?

    ReplyDelete
  53. MISZ SEPHIA

    SATU KHEMAH JER ? DAN JANGAN LUPA HIRE BOMOH HUJAN.

    BILA NAK BUAT BIG DAY TU ?

    ReplyDelete
  54. IKAN EMAS

    MACAM TU LAH DIA KATA DALAM BLOG DIA. SAYA TAK TAHU DIA PERGI KE TIDAK. SAYA RASA MESTI DIA PERGI SEBAB NAMPAK TERUJA SANGAT. SAYA SENDIRI TAK DAPAT JEMPUTAN KAT HOTEL.

    ReplyDelete
  55. BRUTALSOLO

    TERIMA KASIH ATAS SIMPATI YANG DI BERI.

    ReplyDelete
  56. Salam al-lavendari
    Jika dibanding2, saya lebih suka kenduri kahwin 12 - 4 ptg, layan diri, di bawah khemah atau di dewan. Itu memang beri lebih keselesaan & kebebasan kpd yg dijemput. Tapi ada orang2 yg berhajat nak buat lebih formal & eksklusif di hotel. Walau amatlah malasnya kita (dek macam2nya masalah), kenalah juga kita penuhi jemputan.

    ReplyDelete
  57. mano buleh bang. situ angin kuek nanti khemah terbang. kihkihkih...

    ReplyDelete
  58. nadiah pun tak suka sgt. buat kat hotel mmg nmpk grand tapi rasa tak seronok pulak. nak mkn kena tunggu pengantin dtg. tu pun belum tentu blh mkn lg..ada pulak kdg2 kena tunggu show la apa la..dah settle semua baru blh mkn. huhu..

    nak balik awal pun tak boleh, kena ikut aturcara. nak sembang2 dgn sedara mara pun tak boleh (kalau semeja tu blh la).

    kesimpulannya mmg tak best la kenduri di hotel!

    ReplyDelete
  59. saya pernah terlewat kerana jalan sesak dan menyesakkan. sampai di majlis waktu jamuan makan dah habis.

    jangan cerita bab perut pelbagai lagu keroncong berbunyi.

    baiklah makan kenduri di kampung.
    di kampung, dihalaman ku.

    ReplyDelete
  60. ABANG TEMUK

    SALAM KEMBALI. KITA SEBENARNYA BERKONGSI RASA. SAYA SETUJU, JEMPUTAN ORANG PERLU DI HORMATI DAN DIPENUHI.

    ReplyDelete
  61. TIJAH

    TAK APA. KITA ADA PAKEJ BOMOH ALIH HUJAN DAN ANGIN. INSYAALLAH.

    ReplyDelete
  62. NADIAH

    SENTIMEN KITA SAMA. TAPI BAGI PENGANTIN ITU ADALAH SAAT YANG AKAN JADI KENANGAN TERMANIS BUAT MEREKA. KITA LAYAN SAJALAH EK!

    ReplyDelete
  63. ABU MUAZ

    KIRA AM JADI LEBAI MALANG LAH YE. SAYA PULA KENA SALAH TIME. INGATKAN MALAM, RUPANYA SIANG. MELOPEH !

    ReplyDelete
  64. betul tu tn haji, penuh dgn protokol...xleh nk "over2"...hi...

    ReplyDelete
  65. - takde lauk yg leh dbawak blk(sdara mara rapat pun blm tntu dpt)
    - susah nak bawak budak2 kcik (esp yg hyperactive)
    - dlm hotel lampu samar2, kalo leh tdo smp tggu pengantin pun ok (tp xleh sbb nk cover duk dgn org2 bkn kerabat kte)


    dlu kenduri saya wat kat tgh padang..smua bebas..syokk..cam ala2 jom heboh gitu..

    ReplyDelete
  66. kih3..itulah..kenduri hotel mmg la grand livina sket..tp mcm too much protokol lak rse. dtg je kene present invitation card segala bagai. bkn nk attend dinner..knduri ni kena style2 kampung..sgt best!

    ReplyDelete
  67. NZA

    SELALU KE BUAT "OVER2" TU ? HEHE
    JANGAN MARAH SAYA GURAU JE !

    ReplyDelete
  68. JEJARI HALUS

    BOLEH TIDO .. PAKAI SPEK HITAM.

    RUGI RASANYA TAK DAPAT PERGI KAWIN AWAK DULU !

    ReplyDelete
  69. BABY BERRY

    TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN KALI PERTAMA.

    STYE KAMPUNG JUGA YANG BESTNYA KAN !

    ReplyDelete
  70. nampak nya pasni saya wat kenduri atas jalan depan rumah je la. senang. menjimatkan.

    ReplyDelete
  71. SUHANA

    BAGI PENGUNJUNG MEMANGLAH SUKA BEGITU TETAPI BAGI PENGANTIN TAK BERAPA MERIAH KOT. KALAU BUAT KAT HOTEL SEMUA JEMPUTAN BOLEH MELIHAT UPACARA MERENJIS, BERSANDING, POTONG KEK DAN BERSALAM DENGAN PENGANTIN MASA NAK BALIK. KALAU BUAT KAT RUMAH, TAK RASALAH SEMUA ITU.

    MAKNANYA DUA2 TU ADA BAGUS DAN ADA TAK BAGUSNYA. PILIHLAH IKUT KEGEMARAN SENDIRI. IA BUKANLAH SUATU PILIHAN YANG "RIGHT OR WRONG"

    ReplyDelete
  72. Lambatnyerrr saya terjumpa entry ni. Saya pun tak suka sgt...pas mkn takleh balik. Pastu kena kontrol tkleh sendawa (apatah lg kentut). Saya sendawa kuat...Huhu

    ReplyDelete
  73. BUNGACAHAYA

    SAYA TERTAWA BACA KOMEN AWAK. JUJUR.
    KALAU NAK KENTOOT ATAU SENDAWA, ADA MASA YANG SESUAI. MASA MUSIK TENGAH BISING TU, BOLEHLAH DI LEPASKAN. HEHE

    ReplyDelete
  74. Salam Tuan Haji

    Entri yg lawok dan komen yg lawok2 juga. Saya pernah dpt jemputan kat hotel (anak Tan Sri kawen) tapi saya tak gi sebab takda baju lawo.... alhamdulillah pd hari yg sama ada kematian sahabat so, saya ada alasan kukuh utk x hadir.

    ReplyDelete
  75. MAMAWANA

    KEMATIAN SAHABAT TELAH MENYELAMATKAN ANDA DARI KEBORINGAN PERGI KENDURI KAT HOTEL.

    ReplyDelete
  76. statement ini buat saya ketawa besar....hahahaha

    :::Kekadang tu rasa nak kunyah bunga yang ada atas meja:::

    Kat atas jalan raya depan rumah lagi seronok rasanya, asal jangan jalan raya besar lah kan, yang sentiasa ada kereta lalu lalang...

    ReplyDelete
  77. FATIN MRAZ

    TERIMA KASIH KERANA SUDI MENYELONGKAR ENTRI SAYA YANG LAMA. TERUSKAN MENYELONGKAR DAN BERI MAKLUMBALAS. HEHE

    ReplyDelete
  78. Saya tak banyak attend majlis kat hotel berbintan-bintan ni, yang ada bila saya kena "bertugas" jadi usherer la jadi pengapit la, so tak rasa seksa kena tunggu kat meja makan. memang protokol2 ni menyeksakan kadang2 kan.
    BTW, tadi petang saya komen takder CM entry latest Pak Ngah, ni ada balik, camner setting? Yg lama2 CM yg muda2 eh baru2 lepas gitu jer eh? Ajar please.

    ReplyDelete
  79. YaAllah..berair mata saya gelak
    kelakat sgt pakngah ni tau..

    ReplyDelete
  80. Semata2 menepati social resposibility.....memenuh kan hajat tuan rumah minta dimeriahkan kenduri mereka dengan penuh kehadiran.......saya tahankan lah tekanan2 yang tuan kata kan tu

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.