Wednesday, June 2, 2010

KACAU .. KACAU !

Ini komen saya dalam entri sebelum ini. Mungkin tiada yang baca. Saya pindahkannya ke sini.

1. HARAP2 20 TAHUN LAGI KITA MASIH DAPAT BERBLOG SEPERTI SEKARANG. INSYAALLAH.

2. TUA AKAN DATANG SAMADA KITA SUKA ATAU TIDAK. KALAU DI "MODIFY" PUN MUKA, KUDRAT TETAP SAMA. MACAM KERETA VW ANTIK DI MODIFY JADI PORSCHE. LARINYA MACAM TU GAK !

3. TEKNIK TUKAR WAJAH NI UNTUK SUKA2 BOLEHLAH. SEBAB ? MALAM TADI SAYA CUBA GAMBAR CUCU SAYA. SELEPAS DI TRANSFORM, MUKANYA MEMANGLAH JADI TUA, TAPI GIGIGNYA MASIH BELUM TUMBUH. ADA KE MENASABAH !

4. SAYA TIDAK DAPAT LAGI MELAWAT BLOG DAN MEMBERI KOMEN SEPERTI BIASA SEBAB SUDAH KENA SEKATAN. NANTILAH SAYA CERITA DALAM ENTRI SAYA SEKEJAP LAGI.

---------------------------------------------------------------------------------

Ini lah entrinya ...



Nampak tak apa yang saya nampak ?


"Content blocked by your organization"

Pagi tadi bila buka jer komputer saya lihat ada satu entri baru dari En. Relevansokmo.

Macam biasa secara senang hati saya pun klik lah ... tapi telah di sekat oleh pemilik kedai jahit saya. (Bedebah)

Saya cuba pulak masuk ke blog-blog orang lain, jawapannya sama juga.

Tidak mahu mengalah, saya cuba nasib pulak masuk ke laman Facebook saya.

Tulisan "Content blocked by your organization" juga terpapar di skrin. (Bedebah)




Maka akan menjadilah saya seperti seekor penyu
yang ke'seekoran' mencari cinta
Ya .. mencari cinta dalam "Hidup Tanpa Chinta" (HITACHI)



Jadi fahamilah kenapa selepas ini
saya tidak lagi dapat masuk ke blog anda semua
dan memberi komen seperti biasa
dari kedai jahit saya. (sob sob)



p/s: nasib baik menghantar dan komen entri sendiri masih boleh lepas lagi !

45 comments:

  1. salam,
    ooo... naya juga bila kena cenggini!

    ReplyDelete
  2. sadis tui..kisahnya..
    nak kena progremolah tu kot?

    ReplyDelete
  3. salam ziarah
    nak boikot israel ni
    cukup 3 produk jer
    coca-cola,colgate
    dan starbuck kerana
    mereka nyata mengaku
    support yahudi israel..
    simpati dengan internet
    di block..beli broadband je
    jawabnya..

    ReplyDelete
  4. salam pakcik..haru jugak bila dah jadi camni eh.byk2 sabar..ada la tu silap kt mane2 tu..

    ReplyDelete
  5. aikk? macamana blog sendiri boleh masuk.


    p/s: ade satu software yg boleh menyelinap keluar dari sekatan tersebut.tapi saya dah lupa namanya.nnt saya masuk opis,saya carikan.

    p/s lagik : biasanya saya subscribe "email follow-up comments. so,apa² reply dari encik terus ke emel saya.dari situ saya tahu encik sudah membalas komen saya.

    ReplyDelete
  6. kalau block sekali pun...ramai dah skrg ni yg pakai broadband..so masih boleh bukak lg kan...cam tu tak block pun xpe kan...huhu

    ReplyDelete
  7. encik baru saje approve komen saya. :D

    ReplyDelete
  8. uwaaaaaaaa.....

    cepat carik kuncinya uncle....

    seksa la kalau terkurung nanti....

    ReplyDelete
  9. laa.. kesian pakcik dah kena block. beli broadband-mampu-beli je la pakcik. boleh taip2 di mana2 saja. hehe :)

    ReplyDelete
  10. hik hik hik.. dia suruh tolong menjahit jgn berblogwalking!

    ReplyDelete
  11. uncle
    cepat2 bli brodband ye..
    hehhe

    ReplyDelete
  12. Salam bang.

    Patutlah tak nampak kelebat abg kat blog saya yg tak HITACHI tu.

    Saya cadangkan kalau abg nak komen n3 kat blog saya abg tulis aje kat blog abg ni. Nanti saya datang baca. Kalau sempat sehari saya datang sini 3-4 round. Kalah polis buat bit hehehe

    ReplyDelete
  13. ZULKBO

    SAYA TAK MINUM COKE TAPI SUKA MINUM AIR ASAM JAWA, SAYA GUNA DARLIE DAN STARBUCK MEMANG TAK PERNAH JEJAK. JADI TAK ADA MASALAH.

    BETULLAH AWAK CAKAP .. KENA BELI BROADBAND NI!

    ReplyDelete
  14. SAYANGSAYANGIBU

    APA BENDA PROGREMOLAH TU ?

    ReplyDelete
  15. PIEWAHID

    SALAM KEMBALI. MEMANG RASA CUKUP TERANIAYA DAN RESAH GELISAH NI !

    ReplyDelete
  16. MRPENYUBIRU

    AWAK MEMANG CANGGIH DAN TERKINI. SAYA TAK ADA 'EMAIL FOLLOW UP COMMENTS' TU.

    SAMPAIKAN SAYA APPROVE KOMEN AWAK PUN AWAK TAHU. HEBAT ..HEBAT !

    P/S: KALAU DAH JUMPA SOTWARE TU TOLONGLAH BERITAHU YA.

    ReplyDelete
  17. MIMIE

    SALAM KEMBALI. BUKAN SILAP TAPI MEMANG DAH JADI DASAR ORGANISASI YANG MULA BERKUAT KUASA HARI INI.

    ReplyDelete
  18. QUEEN OF 2 HEROES.

    KALAU SEMUA DAH ADA BROADBAND NANTI, MEREKA AKAN CIPTA PULA ALAT YANG BOLEH JEMKAN BROADBAND TU.

    ReplyDelete
  19. AIN

    MEMANG SEKSA SEBAB SELAMA INI KITA DAH BIASA TERBANG BEBAS TANPA SEMPADAN. UNCLE DAH BACA N3 AIN MENGENAI TUKAR WAJAH KE 20 AKAN DATANG TU. MASIH CUN MELECUN LAGI.

    ReplyDelete
  20. ANIF

    ANIF TAK BOLEH TOLONG KE ? AWAK KAN TERER IT !

    ReplyDelete
  21. NADHIRAH

    KALAU KEADAAN AKAN BERTERUSAN BEGINI, MUNGKIN PAKCIK AKAN BELI JUGA BROADBAND TU. KAT RUMAH MEMANG DAH ADA STREAMIX.

    ReplyDelete
  22. DYNA

    NAMPAK GAYANYA KENALAH BELI KALAU KEADAAN TERUSAN BEGINI.

    ReplyDelete
  23. SL TEDI

    JAHIT TAK PERNAH TAK SIAP. DAN KUALITI PRODUK PUN TAK PERNAH KENA REJECT LAGI.

    ReplyDelete
  24. YB

    SALAM KEMBALI. NAMPAKNYA BUAT SEMENTARA WAKTU NI KENALAH MELAWAT DAN MENGOMEN BLOG SEMASA BERADA DI RUMAH JER.

    ReplyDelete
  25. Kalau sudah kena sekat akses, hanya ada satu cara lagi iaitu menggunakkan web proxy untuk masuk ke blog!

    Cuba gunakkan proxy ini - http://www.megaproxy.com/freesurf/ atau http://www.daveproxy.co.uk/

    Kelemahan menggunkkan proxy.. ialah kita akan diganggu dengan iklan dll, akses ke web boleh jadi perlahan.. tetapi lebih baik daripada tidak boleh masuk langsung :D

    ReplyDelete
  26. Salam abg Hamzah..lor..nape pula kene blocked..tu payah online kat kedai jahit ni..agaknya ada getaran getaran dari mesin jahit tepi..

    ReplyDelete
  27. POK LI

    KALAU TERPENJARA KITA DUDUK DALAM DAN TAK BOLEH KELUAR. DALAM KES INI KITA DUDUK LUAR TAPI TAK BOLEH MASUK DALAM. LAGI SEKSA.

    ReplyDelete
  28. ANIF

    TERIMA KASIH BANYAK2 ATAS PANDUAN ITU. ESOK SAYA CUBA. SEKARANG SAYA KAT RUMAH .. NO PROBLEM.

    ReplyDelete
  29. RELEVAN

    BARANGKALI HARUS BOLEH JADI MUNGKIN AGAKNYA .. ENTAHLAH SAYA PUN TAK PASTI.

    ReplyDelete
  30. salam,
    hrmm..pada firasat saya laa..kekanda al-lavendari kena beli yg ada bunyi berry berry kat belakang dia tu.... masa tengah jem pun boleh berblog lagi ;p

    p/s: kanda al lavendari lebih hensem dan tampan dengan bertopi/kopiah...dpt menutup kilaun di kepala kan??? ..oppsss.... ya ampun.

    ReplyDelete
  31. salam,

    mengapa jadi begini pula anyway moga semuanya jadi okey balik..

    ReplyDelete
  32. Salam tuan ...

    penyu yang ke'seekoran ' . Hahaha

    Nampaknya penyu itu ada nilainya di hati tuan .

    Tq kerana sudi menerima .

    ReplyDelete
  33. kena beli broadband lah....
    kalau orang dah tak bagi... jangan cari jalan menyelinap keluar...
    kerja tak baik tu rasanya

    ReplyDelete
  34. AINA@AZILA

    SAYA NAK TUNGGU DULU BERRY BERRY TU .. KALAU ADA ANAK2 NAK BERI.

    P/S: SAYA PUN RASA BEGITU JUGA KALAU BERTOPI/BERKOPIAH. ITU PUN DARI SUDUT2 TERTENTU. KALAU SILAP SUDUT, NAMPAK MACAM HANTU ! HEHE

    ReplyDelete
  35. PENJEJAK MAYA

    SALAM KEMBALI. KEADAAN TAK AKAN MENJADI OK KERANA IA SUDAH MENJADI DASAR ORGANISASI YANG BARU DI KUATKUASAKAN.

    ReplyDelete
  36. LINDA

    T/KASIH KERANA MEMBERI.
    TAK TAHU BILA NAK PERGI TENGOK "IBU" PENYU NYA PULAK !

    ReplyDelete
  37. AKLCITIZEN

    KALAU NAK IKUTKAN BELI BROADBAND PUN SATU KESALAHAN JUGA KALAU MENGGUNAKANNYA DALAM MASA BEKERJA. TETAPI BENTUK KERJA SAYA TIDAK TERIKAT DENGAN MASA TETAPI TERIKAT DENGAN OUTPUT.

    ReplyDelete
  38. ENDIEM

    TERIMA KASIH KERANA BERSIMPATI.

    ReplyDelete
  39. salam ziarah...me blogwalking..nice blog :)

    ReplyDelete
  40. ok.spt yg saya war-warkan tadi, nama software tu UltraSurf.

    Cara menggunakan :

    1.Run UltraSurf (tak perlu install).

    2.Masuk IE dan masuklah laman web kegemaran anda yang telah diblok.

    3.Kalau nak guna browser lain selain IE (Firefox,Opera dll),anda perlu menukar Proxy Settings

    Proxy Settings:

    HTTP Proxy : 127.0.0.1 Port : 9666

    Dapatkan perisian UltraSurf disini :

    http://www.internetfreedom.org/UltraSurf

    sumber : http://jomphp.com/layari-internet-tanpa-sekatan-dengan-ultrasurf.html

    p/s : Follow-up comments tu ada kat bawah setiap ruangan komen blogspot.

    ReplyDelete
  41. MAMA ZHARFAN

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH KERANA SINGGAH.

    ReplyDelete
  42. ANIF DAN PENYEBIRU

    NAMPAKNYA PERTAHANAN ORGANISASI SAYA SUNGGUH KEBAL.

    TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBANTU. SAYA AMAT MENGHARGAINYA.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.