yang di kejar tak dapat
yang di kendung berciciran ...
"Tiga orang penjenayah telah mati di tembak polis di di Batu Caves awal pagi tadi. Insiden itu terjadi selepas berlaku drama kejar mengejar dan tembak menembak di antara penjenayah dengan polis ..."
Pernah dengar tak berita tentang kejar mengejar dan tembak menembak antara polis dengan penjenayah kat tv atau radio kita?
Saya boleh terima kalau berlaku kejadian tembak-menembak. Di negara lain pun banyak berlaku.
Tapi susah saya nak terima kejadian kejar-mengejar berlaku di antara polis dengan penjenayah. Nak bayangkan pun susah !
Apa maknanya kejar-mengejar?
Mula-mula polis kejar penjenayah dan bila sampai satu tempat, penjenayah pula kejar polis. Tak kiralah dengan kereta ke, motor ke atau hanya dengan berlari sahaja.
Itulah maknanya kejar-mengejar. Kalau polis saja yang kejar dan penjenayah hanya lari sahaja, tak dikatakan kejar-mengejar. Itu hanya mengejar sahaja.
Cuma di Malaysia saja yang saya pernah dengar ada kejadian kejar-mengejar antara polis dengan penjenayah .
Hebat penjenayah di Malaysia ini !
p/s: Entri kitar semula. Inilah kali pertama entri saya mendapat komen. Seorang tak tahu siapa dan seorang lagi anak sulung saya yang perasan dia kiut. Kelakar pula rasanya!
hehe... klakar lh tulisan pak ngah.. tpi ada kebenrannya=)...
ReplyDeletet. kasih kerana anda orang pertama komen posting saya ... Langsung tak perasan ada orang komen. Mana tidaknya ... tak pernah ada orang komen sebelum ni.
ReplyDeletebila baca ayong hanya membayangkan ayah tengah tengok tv dengan dahi berkerut sambil cabut uban kat kepala lepas tu kaki goyang-goyang letak atas meja depan kusyen...tak buleh nak bayang adegan kejar mengejar...huhuhuhu
ReplyDeletehaha..pandai pakcik bermain dengan bahasa ye.. :)
ReplyDeleteiye kan, polis dan penjahat malaysia macam lomba F1, hehehe :)
ReplyDeletesantai berilmu antri ni .....
ReplyDeletedah namanya polis sentery.. heheheh
ReplyDeleteya main kejar-kejar..
penat kejar, main C4 pulak.. hehehehhe
salam..
ReplyDeletejenayah2
tak habis2
kalau bukan orang tempatan
orang luar pun nak buat sama
sebab negara kita mewah..
HIDIER
ReplyDeleteNAK MAIN BENDA YANG BERAT2 DAH TAK LARAT !
KUCINGORENGEMOK
ReplyDeleteYANG NAIK KAPCAI BERLAGAK MACAM F1, PUN ADA!
ABANG
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SINGGAH BUAT KALI PERTAMA DAN SUDI JADI FOLLOWER SAYA.
MAZA
ReplyDeleteDALAM MAKNANYA TU. TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH BUAT KALI PERTAMA.
ZULKBO
ReplyDeleteBENAR, KITA IMPORT SEMUANYA SECARA BORONG, TERMASUK PENJENYAH DARI SEGALA PELOSOK DUNIA.
Haha I love this entry! Lucu bangetttt!
ReplyDeleteTerus rasa macam nak ada blog sendiwi!
NAIZAF
ReplyDeleteTERIMA KASIH BU KARENA MENYUKAI ENTRI SAYA INI. TIADA SUATU APA PUN YANG BOLEH MENGHALANG IBU DARI MEMBINA BLOG SENDIRI. MOGA SAYA BISA MENJADI FOLLOWERNYA YANG PERTAMA NANTI.
salam uncle,
ReplyDeletesiapa yang jadi polis dan siapa pulak yang jadi penjenayah kali nie.....
Kejar mengejar ni sama juga dengan hambat menghambat..bila tak dapat kejar mengejar tu yang jadi tembak menembak pula..awas!
ReplyDeleteRasanya wartawan WAJIB peka dengan penggunaan ayat yang sesuai kan?
ReplyDeletebila di baca jd macam berlebih2 aje, sesaja nak bagi gempak, errppp
itu tugas seorang wartawan kah?
err...ampun....
salam..
ReplyDeletebenar tu dari sudut tatabahasa pun salah yang sepatutnya polis mengejar penjenayah .. tak perasan sebab mungkin dah jadi kebiasaan.. tapi yang biasa tu tak semestinya betul
Salam Tuan,
ReplyDelete"kejar-mengejar" dari sudut makna adalah kata ganda untuk menguatkan kata kerja "kejar" bukannya "mengejar dan "dikejar" dan tidak samasekali seerti dengan "berkejaran".
dari sudut istilah ianya bermaksud satu kerja menghambat yang serius berlaku antara pengejar dan yang dikejar, telah diterima-pakai di dalam bidang penulisan kewartawanan di Malaysia bahawa "kejar-mengejar" adalah istilah tepat bagi mencatatkan gambaran suasana adegan dan drama yang tersebut di atas...
terima kasih.
yang kurik kundi,
yang merah saga;
yang baik budi,
yang indah bahasa...
AIN
ReplyDeleteTU LAH YANG BUAT UNCLE KONFUSIUS TU !
RELEVAN
ReplyDeleteAWAS TANG MANA ? TANG KEJAR MENGEJAR KE TANG TEMBAK MENEMBAK ?
SAYANGSAYANGIBU
ReplyDeleteSAYA SETUJU. PEMBERITA SEPATUTNYA MELAPOR SAHAJA, TAPI KADANG2 BERITA SEINCI JADI SEJENGKAL !
PENJEJAKMAYA
ReplyDeleteBILA DAH BIASA, LAMA-LAMA JADI SEDAP DAN DAH TAK RASA APA-APA KESALAHAN LAGI.
BUDI RIJALI
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS PANDANGAN TUAN DAN JUGA ATAS KESUDIAN TUAN MEMBUAT KUNJUNGAN PERTAMA. TAPI SAYA GAGAL MEMASUKI BLOG TUAN.
YANG KURIK KUNDI
YANG MERAH SAGA
ANDAI HILANG BUDI
GHAIB JUGA BAHASA.
Salam Pakngah,
ReplyDeleteSemalam depan mata saya polis (kereta peronda) kejar sorang p'puan bwk moto.. laju betul p'puan tu pecut.. tak padan dgn p'puan.. hebat... patutnya kejar mengejar tu kena tukar - adegan dikejar dan mengejar..baru betul.. hehe
EKIN
ReplyDeleteYE KE POMPUAN TU ? SEKARANG NI DAH RAMAI ORANG LELAKI MACAM POMPUAN DAN ORANG POMPUAN DAH TAK MACAM POMPUAN.
YA SAYA SETUJU TUKAR KEPADA DI KEJAR DAN MENGEJAR.